kertas kerja projek mural 1 malaysia

8
KERTAS KERJA PROJEK MURAL 1 MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH TARIKH : 14 JULAI 2014 – 18 JULAI 2014 TEMPAT : DINDING BLOK A Anjuran: Mahasiswi Pendidik IPG Kampus Pulau Pinang Program PISMP Ambilan Januari 2011 Dengan Kerjasama :

Upload: joe-khc

Post on 18-Dec-2015

67 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

mural

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

KERTAS KERJAPROJEK MURAL 1 MALAYSIAPERINGKAT SEKOLAHTARIKH : 14 JULAI 2014 18 JULAI 2014TEMPAT : DINDING BLOK AAnjuran:Mahasiswi Pendidik IPG Kampus Pulau PinangProgram PISMP Ambilan Januari 2011Dengan Kerjasama :Kelab Kebudayaan dan Keceriaan

Sekolah Kebangsaan Bagan AjamButterworth, Pulau Pinang.1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan hasrat dan cita-cita falsafah pendidikan negara iaitu pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara,kami, mahasiswi Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang telah merangka Projek Mural 1 Malaysia. Hal ini kerana kami berhasrat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dalam pelbagai aspek seperti emosi dan jasmani serta berupaya memberi sumbangan yang ikhlas kepada pihak sekolah melalui Projek Mural 1 Malaysia. Projek ini merupakan satu aktiviti yang mendatangkan kelebihan kepada ahli-ahli Kelab Kebudayaan dan Keceriaan yang terlibat seperti memberi peluang untuk mempamerkan kreativiti masing-masing, mengurangkan stress serta melahirkan insan yang sentiasa aktif dan produktif dengan menggunakan tenaga fizikal yang ada. Malah, Projek Mural 1 Malaysia turut mendatangkan kelebihan kepada mahasiswi pendidik iaitu memberi peluang untuk merancang dan mengelolakan projek keceriaan dan kebajikan komuniti sekolah.2.0 RASIONALKertas kerja ini bertujuan mendapatkan persetujuan daripada pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam mengenai kelulusan untuk peruntukan dan bagi menjalankan Projek Mural 1 Malaysia ini agar aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang kekangan dan halangan.3.0 OBJEKTIFProjek Mural 1 Malaysia ini diharapkan dapat mencapai objektif objektif berikut :i. Mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid dalam menghasilkan mural.

ii. Melahirkan generasi murid yang aktif dan produktif serta mampu memberi sumbangan kepada sekolah.iii. Menggalakkan kerjasama antara murid-murid yang berbilang kaum.iv. Memupuk perpaduan di antara kaum.4.0 BUTIRAN AKTIVITITarikh

: 14 Julai 2014 - 18 Julai 2014Hari

: Isnin - JumaatTempat

: Dinding Blok AMasa

: 8.00 pagi 10.00 pagiPakaian

: Pakaian sukan

5.0 CADANGAN AKTIVITI 5.1Melukis Mural Disertai oleh semua ahli Kelab Kebudayaan dan Keceriaan. Aktiviti dikelola oleh penganjur projek.5.2Mengecat Mural Disertai oleh semua ahli Kelab Kebudayaan dan Keceriaan. Aktiviti dikelola oleh penganjur projek. 6.0 SASARAN

Guru-guru penasihat serta ahli-ahli Kelab Kebudayaan dan Keceriaan Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam.7.0 JAWATANKUASA AKTIVITIPenaung

: Encik Mohd Husni Bin Man (Guru Besar SKBA)Panel Penasihat : Encik Jagatheesan A/L Venugopal (Pen. Kanan Kokurikulum) Puan Hindun Binti Ramli Puan Noor Haliza Binti Othman

Cik Rosnah Binti AriffinPengerusi : Nurul Nabilah Binti NordinNaib Pengerusi : Nor Afifah Binti Muhammad YusofSetiausaha : Shangari A/P SivabalanBendahari : Nur Akma Nawwarah Binti Mohamad Azam Ahli Jawatankuasa :

AJK Hadiah : Puan Rosmery Binti Hassan

Puan Nor Khorina Binti Md Lazim

AJK Disiplin : Puan Rajeshpury A/P Nagaratnam

Encik Gopal Krishnan A/L Govindasamy

AJK Fotografi: Encik Ahmad Kaber Bin K Ismail

Encik Zabri Zabidi Bin Md. Said

AJK Keselamatan : Puan Jalilah Binti Mohd

Puan Azilawaty Binti Md Rejab8.0 TENTATIF PROGRAMTARIKHMASAAKTIVITI

14 Julai8.00 10.00 pagiMelukis mural

15 Julai8.00 10.00 pagiMelukis mural

16 Julai8.00 10.00 pagiMengecat mural

17 Julai8.00 10.00 pagiMengecat mural

18 Julai8.00 9.00 pagi

9.00 10.00 pagiMengecat mural

Pemberian cenderahati dan sesi bergambar

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARABUTIRANKUANTITIJUMLAH

CenderahatiMurid ( 43 orang )(43 X RM5)RM 215.00

Cat pelakaBiru tuaPutihMerahKuning

HitamBiru mudaHijauCoklat muda (beige)10 tin (10 X RM15)10 tin (10 X RM15)10 tin (10 X RM15)6 tin (6 X RM15)6 tin (6 X RM15)6 tin (6 X RM15)6 tin (6 X RM15)6 tin (6 X RM15)RM150RM150RM150RM90

RM90

RM90

RM90

RM90

Berus20 batang (20 X RM3)RM60

Palet8 keping(8 X RM4)RM32

JUMLAH KESELURUHANRM 1207

10.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATANSumbangan diperolehi daripada:

a) Keperluan pembiayaan/sumbangan = Pihak sekolah

b) Jumlah Keseluruhan = RM 1207.0011.0 PENUTUPKesemua mahasiswi pendidik program PISMP Ambilan Januari 2011 Kampus Pulau Pinang dan Kelab Kebudayaan dan Keceriaan mengharapkan agar projek yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat kerjasama daripada semua pihak.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

_________________________

____________________________(SHANGARI A/P SIVABALAN)

(JAGATHEESAN A/L VENUGOPAL)Setiausaha,

Penolong Kanan Kokurikulum,

Projek Mural 1 Malaysia,

Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam,Institut Pendidikan Guru,

Butterworth, Pulau Pinang.

Kampus Pulau Pinang.Diluluskan oleh, _________________________(MOHD HUSNI BIN MAN)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Bagan Ajam,

Butterworth, Pulau Pinang.