kertas kerja program puteri umno 2

8
1 KERTAS KERJA PROGRAM GLAM TOUCH’  Tarikh & Hari: 14 Disember 2013 (Sabtu) Anjuran: Puteri UMNO Cawangan Parit Sonto Dengan Sokongan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam

Upload: inoranain

Post on 14-Oct-2015

642 views

Category:

Documents


70 download

DESCRIPTION

contoh kertas kerja program

TRANSCRIPT

  • 1

    KERTAS KERJA

    PROGRAM GLAM TOUCH

    Tarikh & Hari:

    14 Disember 2013 (Sabtu)

    Anjuran:

    Puteri UMNO Cawangan Parit Sonto Dengan

    Sokongan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam

  • 2

    KERTAS KERJA

    PROGRAM GLAM TOUCH PUTERI UMNO CAWANGAN PARIT SONTO

    1.0 Pendahuluan

    Program GLAM TOUCH merupakan satu program yang dirancang oleh persatuan

    Puteri UMNO Cawangan Parit Sonto setelah menyedari akan keperluan penampilan

    diri luaran wanita bagi meningkatkan dan mengembalikan keyakinan diri seorang

    wanita pada masa kini. Dewasa kini, wanita telah bergerak seiring dengan lelaki

    samada dalam bidang pekerjaan, ekonomi, pendidikan dan seterusnya menjadi salah

    satu faktor yang memberi sumbangan kepada pendapatan negara.

    Penampilan luaran merupakan pandangan pertama orang lain terhadap seseorang

    individu. Oleh sebab itu, penggunaan serta teknik solekan yang betul sangat penting

    bagi memastikan penampilan diri yang ditonjokan mampu memikat hati orang lain.

    Justeru itu, melalui program yang dirancang peserta akan diajar teknik asas solekan,

    penggunaan peralatan solekan dengan betul dan kaedah solekan yang sesuai untuk

    majlis-majlis rasmi seperti temuduga kerja, makan malam syarikat, majlis-majlis sosial

    serta majlis-majlis ilmu yang lain.

    Di pasaran pada masa kini, terdapat banyak peralatan solekan yang dijual dan pelbagai

    jenama. Setiap alatan solekan tersebut dijual bertujuan untuk membantu pengguna

    menjadi lebih cantik dan menarik. Namun begitu, jika cara solakan yang digunakan

    tidak betul ia akan menyebabkan wajah seseorang itu nampak pelik, tidak menarik dan

    lebih teruk dijadikan bahan ketawa oleh orang sekeling. Pengetahuan mengenai

    solekan akan membantu individu memilih serta mengaplikasikan kemahiran yang

    telah dipelajari pada waktu yang betul, majlis yang sesuai dan peralatan yang betul

    untuk meningkatkan keyakinan diri dan seterunya menyerlahkan kelebihan diri semasa

    bersosial dengan orang lain.

    Diharapkan, program yang dirancang dapat membantu memberi pendedahan kepada

    puteri-puteri UMNO tentang dunia solekan serta rahsia keajaiban solekan dalam

    meningkatkan keyakinan diri masing-masing.

    2.0 Objektif Program

    2.1 Memberi pendedahan kepada peserta akan pengenalan skim warna, alatan

    solekan dan jenis-jenis berus dengan jelas. .

    2.2 Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan asas-asas solekan dengan

    betul.

    2.3 Peserta mengaplikasikan teknik solekan ke majlis rasmi dengan betul.

  • 3

    3.0 Perlaksanaan Program

    Program ini merupakan progran yang dijalankan dengan usahasama Giatmara Ayer

    Hitam. Di Giatmara Ayer Hitam mereka mempunyai tenaga pengajar yang bertauliah

    serta peralatan yang sesuai untuk progam solekan. Oleh sebab itu, untuk melaksankan

    program ini, perbincangan bersama pihak Giatmara telah dibuat bagi memastikan

    program ini dijalankan seperti yang dirancang.

    4.0 Penceramah/Fasilitator

    Fasilitator yang akan terlibat dalam program ini adalah tenaga pengajar solekan

    daripada Giatmara Ayer Hitam,Cik Siti Nurul Afiqah Binti Ghulam Haider, 2 orang

    pelajar kursus solekan Giatmara Ayer Hitam, dan Ahli Jawatankuasa Puteri Cawangan

    Parit Sonto.

    5.0 Butiran program

    Tarikh program: 14 Disember 2013 (Sabtu)

    Peserta: Perempuan berumur lingkungan 15 tahun hingga 30 tahun

    Jumlah peserta : 20 orang

    Bayaran pendaftaran peserta : RM15.00/ seorang

    6.0 Ahli Jawatankuasa

    SILA RUJUK LAMPIRAN A

    7.0 Tentatif Program

    SILA RUJUK LAMPIRAN B

    8.0 Tentatif Majlis Penutup

    SILA RUJUK LAMPIRAN C

    9.0 Anggaran Perbelanjaan

    SILA RUJUK LAMPIRAN D

    10.0 Penutup

    Memandangkan program ini akn memberi manfaat kepada puteri-puteri cawangan Parit

    Sonto, maka diharapkan program ini mendapat sokongan dan kelulusan peruntukan daripada

    pihak pengurusan Puteri UMNO Bahagian Ayer Hitam.

    Disediakan oleh :

    NORASIKEN BINTI ABDUL RAHMAN

    Ketua Puteri UMNO

    Cawamgan Kg. Parit Sonto

  • 4

    LAMPIRAN A

    SENARAI JAWATANKUASA PROGRAM GLAM TOUCH

    Penasihat : Pn. Nuriyati Binti Md Ihtnin

    Pengarah program : Norasiken Binti Abdul Rahman

    Timb. Pengarah : Masnadia Binti Mat Raya

    Setiausaha : Nor Fara Diana Binti Abdul Rahman

    Bendahari : Norazuranida Binti Sarip

    Ketua Urusetia : Cenderahati Masatila Binti Mat Raya

    Makanan Umi Awanis Binti Khamis

    Pengangkutan & Keselamatan Nor Ain Binti Sarif

    Protokol & Promosi Norazura binti Bongkek

  • 5

    LAMPIRAN B

    TENTATIF PROGRAM GLAM TOUCH

    Masa Aktiviti

    8.00 pg : Semua peserta berkumpul di padang tadika untuk pendaftaran

    8.30 pg : Bergerak ke Giatmara Ayer Hitam

    8.45 pg : Tiba di Giatmara Ayer Hitam

    9.00 pg : Sesi taklimat awal daripada pihak Giatmara Ayer Hitam

    9.15 pg : Aktiviti 1 - Pengenalan kepada solekan (pengenalan peralatan solekan, cara

    penggunaan yang betul, cara penjagaan, pengenalan skim warna serta

    fungsinya dan kesan penggunaan skim warna- secara teori)

    10.30 pg : Aktiviti 2 Teknik Solekan yang asas

    12.00 t/hari : Rehat Tengahari & solat Zohor

    1.30 ptg : Aktiviti 3 Aplikasi solekan oleh peserta untuk ke Majlis Rasmi.

    4.30 ptg : Majlis perasmian penutup program oleh Ketua Puteri UMNO Bahagian

    Ayer Hitam Puan Nuriyati Binti Md Ithnin

    5.40 ptg : Majlis bersurai

  • 6

    LAMPIRAN C

    TENTATIF MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM GLAM TOUCH

    Masa Perkara

    4.30 petang : Ketibaan para peserta dan jemputan di Dewan Utama Pusat Giatmara

    Ayer Hitam

    4.45 petang : Bacaan Doa

    4.50 petang : Ucapan aluan oleh Cik Norasiken Binti Abdul Rahman - Pengarah Program Glam Touch / Ketua Puteri Cawangan Paarit Sonto

    5.00 petang : Ucapan oleh En. Baharudin

    Pengurus Giatmara Ayer Hitam

    5.10 petang : Ucapan oleh Tuan Haji Abdul Manaf Bin Hj. Abdul Manaf

    Ketua Cawangan Parit Sonto

    5.20 petang : Ucapan Perasmian oleh Puan Nuriyati binti Md Ithnin

    Ketua Puteri Bahagian Ayer Hitam

    5.30 petang : Penyampaian cenderamata

    5.40 petang : Jamuan petang dan bersurai

  • 7

    LAMPIRAN D

    ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM GLAM TOUCH

    PENDAPATAN

    1 Sumbangan UMNO

    Puteri Bahagian Ayer

    Hitam

    RM 800.00 RM 800.00

    2 Duit Tabung Puteri

    Cawangan Parit Sonto

    RM 150.00 RM 150.00

    3 Yuran pendaftaran

    peserta

    RM 15.00 X 20 = RM200.00 RM 300.00

    JUMLAH

    RM 1250.00

    PERBELANJAAN

    1 Bayaran kepada Giatmara (1) Tenaga pengajar (2) Kos bahan = RM 30.00 X 20 peserta

    RM 70.00

    RM 600.00

    2 Makan

    Tengahari (Nasi putih Ayam nasak merah, sayur lemak, ikin masin, sambal belacan, buah dan air oren)

    (1) Giat Mara = RM 5.00 X 5 orang (2) Urusetia = RM 5.00 X 5 orang (3) Peserta = RM 5.00 X 20 peserta

    Petang (2 biji kuih, bubur kacang & air teh O / kopi O) (1) VIP = RM 3.00 X 5 orang (2) Urusetia = RM 3.00 X 5 orang (3) Peserta = RM 3.00 X 20 orang

    RM 150.00

    RM 90.00

    3 Pentadbiran RM 20.00

    4 Pengangkutan (Kg. Parit Sonto ke Giatmara Ayer Hitam dan

    kembali ke Kg. Parit Sonto)

    4 buah kereta x RM 15.00

    RM 60.00

    5 Promosi

    Flayers, Banting & Banner

    RM 80.00

    6 Cenderahati

    Giat mara (Tenaga pengajar & Giat mara)= RM10.00 X 2

    VIP = RM10.00 X 6

    RM 80.00

    7 Kontigensi RM 100.00

    JUMLAH

    RM 1250.00