kertas kerja program majlis makan malam mjbsm

Upload: alhafiz85

Post on 19-Jul-2015

747 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS MAKAN MALAMMAJLIS JEMAAH BAHTERA SAMUDERA MALAYSIA PERTUBUHAN BELIA MUAFAKAT TARIKH MASA TEMPAT : 30 JUN 2012 : 8.00 P.M : Hotel Palm Inn, Ampang Point

No.76 & 77, Lorong Mamanda 1 68000 Ampang Point Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

1.

PENGENALAN

MAJLIS MAKAN MALAM M.J.B.S.M ini julung kalinya diadakan dengan gabungan bersama PERTUBUHAN BELIA MUAFAKAT dengan bertemakan Majlis P.A.C.J Bersatu Maju adalah program yang dirancangkan oleh Majlis Tertinggi Jemaah Bahtera Samudera Malaysia. Ia berlandaskan konsep permuafakatan dan bersatu bagi menambah mutu. Program ini dirangka bagi menyediakan satu tabung kewangan yang

kukuh demi untuk membiayai pelbagai aktiviti majlis dan meningkatkan pembangunan dan pengurusan Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia. Dalam satu majlis yang sama Majlis Penyampaian Watikah juga akan diberikan kepada ahli-ahli yang berdaftar. Dalam sistem dunia yang semakin canggih dan materialistik, kedudukan kewangan yang kukuh adalah merupakan penggerak utama dalam setiap aktiviti yang dirancangkan. Tanpa wang, cita-cita hanyalah sebuah khayalan. Dalam kejayaan yang ingin dicapai maka setiap individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak, mestilah benar-benar memahami , menghayati dan melaksanakan setiap peranan yang dipertanggungjawabkan di bahu masing-masing dengan sempurna dan berkesan. Oleh itu, adalah diharapkan dengan usaha dan inisiatif yang jitu serta bersungguh-sungguh, matlamat untuk mengukuhkan kewangan MJBSM melalui program makan malam ini akan tercapai.

1

2.

OBJEKTIF

2.1

40% - untuk penganugerahan sijil kepada ahli berdaftar yang sah

2.2

30% - untuk menambah dana tabungan untuk Pertubuhan Belia Muafakat

2.3

30% - untuk menambah dana tabungan Majlis Jemaah Bahtera Samudera Malaysia

2.4

Disamping itu, program ini juga bertujuan memupuk hubungan dengan lebih erat melalui kerjasama dan jalinan kemesraan antara sesama ahli jemaah majlis.

3.

RASIONAL

3.1

Dana kewangan majlis dapat diperbaiki dan ditingkatkan.

3.2

Kerjasama yang terjalin melalui pelaksanaan program dapat dieratkan antara sesama ahli jemaah

3.3

Perpaduan antara dua pihak dapat dikukuhkan dengan persefahaman yang terjalin.

4.

TARIKH PELAKSANAAN 30 Jun 2012

5.

TEMPAT PELAKSANAAN Hotel Palm Inn, Ampang Point No.76 & 77, Lorong Mamanda 1 68000 Ampang Point Selangor Darul Ehsan, Malaysia. (cadangan

2

6.

MASA PELAKSANAAN 8.00 PM 11.30 PM

7.

SASARAN 6.1 6.2 6.3 6.4 Semua ahli MJBSM Semua ahli bersekutu Majlis Semua Ahli baru Belia-belia.

8.

JAWATANKUASA PELAKSANA : YM Paduka Ayahanda Cikgu Joe : YM Ayahanda Cikgu Shurkur : Kekanda Paduka Neo : Along Kruger Kechik

Penasihat Pengerusi Penyelaras Program

Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Naib Bendahari Ahli Jawatankuasa Program Pendaftaran

: Mohd Alhafiz Bin Omar : Mohd Redzuan Bin Bajri : Angah Shukor : Along Fahmie

: Mohd Hafiz Bin Zainol Rashid : Muhammad Adib B Mohd Kiar Bangi

Protokol & Sambutan

: Angah Saiful Pavilion : Angah Izwan Afifi Bangi

Buku Program & Dokumentasi

: : Angah Bob UIAM

Disiplin & Keselamatan

: Fairuz kg Pandan : Kekanda Wan Lencai

Logistik dan Persiapan Pentas Hubungan dan Komunikasi

: Angah Hakim Sg Besi : Angah Syam

3

Kebersihan

: Angah Khairul Aiman Khairuddin Bangi : Angah Izwan Afifi Bangi

Makanan &jamuan

: Along Wan Shah Alam : Shifatul Husna : Sri Kandi Kak Long Hasniza

Sijil & Watikah

: Along Momo Wangsa Maju : Mohd Redzuan Bajri

Bacaan Doa Pengacara Majlis Tugas Khas

: Angah Taufiq Roslan : Along Bami UIAM : Along Sukri Khamis Seri Kembangan : Along Fendi Sg Besi

4

9.

TENTATIF ATURCARA PROGRAM

8.00 malam

: Ucapan pengerusi Majlis : Bacaan doa : Ucapan Presiden M.J.B.S.M

8.15malam

: Jamuan Makan Malam : Penyampaian sijil/watikah/selempang : sesi bergambar

11.00 malam

: Majlis Bersurai

10.

ANGGARAN PENDAPATAN & PERBELANJAAN PROGRAM

10.1

Pendapatan

Jumlah meja a) b) Meja VIP 1 Meja x 8 orang x RM 150/pack Meja Biasa 10meja x 20 orang x RM150/pack : RM 1200.00 : RM 30000.00

Jumlah Pendapatan

: RM 31200.00

10.2

Perbelanjaan Makanan

a)

Menu Utama

210 x RM50.00

: RM 10,500.00 : RM 10,500.00

Jumlah Perbelanjaan Makanan

10.3

Bahan Pelbagai

:

5

a) b) c) d) e) f) g) h)

Banner & Bunting Cenderamata Sijil & watikah Tag nama Selempang Buku program Toup Perbelanjaan Pelbagai

: RM 400.00 : RM 300.00 : RM 1000.00 : RM 200.00 : RM 2000.00 : RM 200.00 : RM 30.00 : RM 1,000.00

10.4

Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan Pendapatan Perbelanjaan ( Untung Bersih ) RM31,200.00 RM15,630.00

: RM15,630.00

10.5

=

RM15570.00

11.

PENUTUP

Dalam teori Pengurusan Projek, terdapat beberapa kriteria yang perlu diambil berat oleh pihak pengurusan. Antaranya ialah perancangan, pengelolaan, pelaksanaan, pengarahan, pengawalan, penilaian dan pelaporan. Semua aspek yang disebutkan tadi adalah berkaitan antara satu sama lain. Tercicir salah satu daripadanya maka akan pincanglah perjalanan projek yang dirancang. Selain daripada ciri-ciri tadi, kita juga mestilah berkemampuan bekerja secara kolektif dan bersungguh-sungguh dalam segala hal. Pepatah Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing mestilah sentiasa mengiringi jiwa setiap daripada kita. Setiap masalah mestilah diambil berat dan dihalusi serta dirundingi sebelum sesuatu keputusan dibuat. Setiap tindakan mestilah cepat,tepat dan bersesuaian. Dalam hal ini, Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Seandainya kita sahaja yang bersungguh-sungguh tetapi kumpulan sasaran iaitu ahli-ahli majlis di seluruh Malaysia yang diharapkan membantu kita bersikap negatif maka semua akan menemui kebuntuan.

6

Oleh itu adalah sangat penting, kumpulan sasaran perlu bersama-sama bergerak cergas menghulurkan tangan memberikan sumbangan dalam bentuk sokongan moral dan material. Ini adalah kerana sebagai sebuah komuniti, setiap orang daripada kita berkewajipan membantu membina asas kecemerlangan majlis dan belia yang bakal mewarisi kepimpinan Negara. Aspirasi kerajaan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan melahirkan Masyarakat Penyayang tidak akan tercapai tanpa adanya penyertaan aktif semua pihak. Akhir kata, saya percaya sekiranya kita mampu menghapuskan fahaman presentisme yang merantai kita daripada bersikap proaktif maka tidak mustahil, objektif kita untuk memperolehi pendapatan demi kecemerlangan pembangunan rohani dan jasmani diri belia dan majlis. Saya juga yakin dengan berkat pertolongan daripada Allah s.w.t serta usaha yang bersungguh-sungguh daripada semua pihak akan membolehkan setiap orang daripada kita mampu menghela nafas lega dan mengukir senyuman berjela di akhir projek ini nanti. InsyaAllah.

Disediakan oleh,

Disemak dan diluluskan oleh,

(MOHD ALHAFIZ BIN OMAR) Setiausaha M.J.B.S.M

YM Paduka Ayahanda Cikgu Joe Penasihat Utama/Presiden Pertubuhan Muafakatan M.J.B.S.M

7