kertas kerja program inovasi top-is

Upload: mohamad-haryadi-ekeni

Post on 03-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Program Inovasi Top-Is

    1/6

    SEKOLAH KEBANGSAANSUNGAI UD, DALAT

    KERTAS KERJA

    PROGRAM INOVASI TOP-IS 2010Be The Different

    SEKOLAH:

    SK. SG. UD, DALAT

    TARIKH :

    JANUARI - SEPTEMBER 2010

    ANJURAN:SK SG UD &

    UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

    Projek Inovasi Program Top-IS / SKSGUD/LooAS/2010 1

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Program Inovasi Top-Is

    2/6

    1.0 PENDAHULUAN

    Program Top-IS membawa maksud Top Is Smart dan To Perform Is Smart.

    Program ini adalah hasil kesinambungan program Top 10(Tahun 2006) yang berjaya

    menghasilkan 9 daripada 10 murid sasaran yang memperolehi 5A dalam peperiksaan

    UPSR. Program Top 15(Tahun 2007) berjaya menghasilkan 11 daripada 15 memperoleh

    5A dalam UPSR. Program Top 15 telah dijenamakan semula sebagai Program Top-IS

    bermula tahun 2008. Program Top-IS adalah Program Jangka Pendek sebagai

    penambahbaikan daripada program yang telah dibuat sebelum ini (Top 10 & Top 15).

    2.0 RASIONAL

    Rasional program ini adalah untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti yang

    memperoleh pencapaian 5A setiap tahun dan dapat melonjakkan pencapaian UPSR

    keseluruhan sekolah khasnya melonjakkan kecemerlangan akademik dan disiplin dalam

    memperkasakan sekolah. Walaupun program Top IS pada tahun 2009 tidak mencapai

    target seperti yang dikehendaki, tetapi berdasarkan rekod sebelum ini, program Top IS

    akan terus digunapakai untuk peningkatan prestasi pencapaian akademik di sekolah ini.

    Jabatan Pelajaran Daerah Dalat juga akan menggunapakai Program Top IS untuk

    melonjakkan prestasi akademik bagi sekolah-sekolah rendah di Daerah Dalat.

    3.0 OBJEKTIF

    Objektif program Top-IS adalah untuk:

    a) Memperoleh kecemerlangan dalam ujian UPSR tahun semasa.

    b) Mensasarkan 20 orang murid memperoleh 5A dalam ujian UPSR tahun 2010.

    c) Meningkatkan motivasi diri untuk belajar.

    d) Mewujudkan daya saing belajar di kalangan murid tahun 6.

    4.0 TEMPOH PERLAKSANAANTarikh yang dirancang ialah Januari - September 2010

    5.0 TEMPAT

    SK Sungai Ud, Dalat.

    Projek Inovasi Program Top-IS / SKSGUD/LooAS/2010 2

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Program Inovasi Top-Is

    3/6

    6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

    6.1 Pemilihan Calon Program Top-IS

    Kumpulan Sasaran Program Top-IS adalah terdiri daripada 20 orang terbaik

    daripada 75 orang murid dalam tahun 6 yang telah diuji melalui TOV ujian penggal

    2 tahun 5. Kumpulan ini akan diberi tunjuk ajar dan bimbingan khusus demi

    mencapai sasaran 5A dalam ujian UPSR.

    6.2 Calon yang terpilih untuk Porgram Top-IS terdiri daripada:

    1. Affendy B. Jureng (6U)

    2. Dasryl Hanson B. Darus(6U)

    3. Freddyson B. Lisan(6U)

    4. Friscilliana Bt. Sili(6U)

    5. Hasnaa Najiah Bt. Sahani(6U)

    6. Mohd. Milzam B. Mohd. Fauzi(6U)

    7. Ricky B. Amet(6U)

    8. Zulhasri B. Hermi(6U)

    9. Zulikma Bt. Zaini(6U)

    10. Beatrice Bt. Jelani(6D)

    11. Catherine Bt. Budin(6D)

    12. Evangieline Bt. Gerard Mowe(6D)

    13. Jefferson Jhiram Ak Thomas(6D)

    14. Joesafik B. Jawan(6D)

    15. Micheal B. Saibi(6D)

    16. Muhammad Nur Fikry B. Ismail(6D)

    17. Nursuhaiza Bt. Muliadi(6D)

    18. Robson B. Boi(6D)

    19. Umi Nur Hidayah Bt. Hamdi(6D)

    20. Zurina Bt. Aking(6D)

    6.3 20 orang murid yang dipilih menyertai program ini akan menggunakan

    lencana khas Program Top-IS dan peserta lain boleh mengganti di kalangan

    Projek Inovasi Program Top-IS / SKSGUD/LooAS/2010 3

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Program Inovasi Top-Is

    4/6

    20 orang murid yang menggunakan lencana berdasarkan prestasi dan

    pencapaian akademik semasa.

    7.0 PERANCANGAN AKTIVITI PROGRAM TOP-IS

    Program yang disenaraikan adalah berdasarkan perancangan yang telah dibuat

    seperti:

    7.1 Taklimat kepada guru

    7.2 Taklimat untuk menerangkan tentang pelajar terpilih dan aktiviti program

    yang telah dirancang dan pelaksanaannya.

    7.3 Perjumpaan dengan ibu bapa/ penjaga. Menjelaskan tentang objektif

    program serta peranan yang harus dipikul oleh ibu bapa.

    7.4 Pelantikan Mentor-Mentee. Membantu murid Program Top-IS mendapat

    bimbingan serta perhatian khusus. Murid boleh merujuk masalah berkaitan

    pembelajaran dengan membuat perjumpaan dua kali seminggu iaitu pada

    hari Selasa dan Rabu.

    7.5 Ujian Bulanan/Semester dan Pra UPSR. Murid menduduki ujian setiap

    bulan, ujian semester dan 7 ujian Pra-UPSR bagi meninjau sejauh mana

    perkembangan dan mengenalpasti kelemahan untuk penambahbaikan.

    7.6 Latihan Kendiri (Self- Access Learning). Murid Top IS akan dibekalkan

    dengan set-set latihan bagi 4 mata pelajaran teras untuk dibuat sendiri di

    rumah. Semakan dilakukan oleh guru subjek @ mentor.

    7.7 Penggunaan Lencana. Penggunaan Lencana Top-IS bagi memaklumkan

    kepada murid lain bahawa mereka ini adalah kumpulan sasaran untuk

    mencapai 5A bagi UPSR.

    7.8 Program Membaca. Murid dikehendaki membaca seberapa banyak buku

    dan akan direkod di dalam buku NILAM. Keutamaan kepada buku Bahasa

    Melayu dan Bahasa Inggeris.7.9 Kelas Tambahan . Kelas tambahan diadakan setiap hari Khamis dan

    Jumaat manakala guru yang berminat mengajar hujung minggu amat dialu-

    alukan.

    7.10 LinkDengan Sekolah Di Semenanjung. Pihak sekolah dan murid juga

    Projek Inovasi Program Top-IS / SKSGUD/LooAS/2010 4

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Program Inovasi Top-Is

    5/6

    hubungan dua hala dengan sekolah-sekolah di Kelantan, Terengganu,

    Johor, Majlis Guru Besar dan Sekolah-sekolah lain bagi berkongsi set-set

    contoh kertas soalan UPSR.

    7.11 Laporan Bulanan Murid Top-IS. Perkembangan murid Top-IS sentiasa

    dipantau dan dilaporkan melalui mesyuarat bulanan AJK.

    7.12 Buku Rekod Prestasi Top-IS. Setiap calon Program Top-IS akan dibekalkan

    sebuah buku rekod prestasi bagi merekod prestasi semasa berdasarkan

    markah ujian utama yang diduduki serta mencatat aktiviti yang telah

    dijalankan seperti sesi kaunseling individu, kaunseling kelompok, aktiviti

    ceramah dan kem sepanjang menyertai program ini.

    7.13 Keperluan Program. Bahan-bahan keperluan untuk pelaksanaan program

    adalah 4 set buku soalan untuk setiap mata pelajaran utama bagi murid Top

    IS, 20 buah lencana, murid-murid lain soalannya perlu dicetak secara risso.

    8.0 PENUBUHAN JAWATANKUASA PROGRAM TOP IS

    8.1 Jawatankuasa Top-IS terdiri daripada:

    Pengerusi : Tn. Hj. Ismail Hj. Mawi (Guru Besar)

    Naib Pengerusi: Pn. Jaidah Bt. Isa (Penolong Kanan 1)

    Setiausaha: En. Loo Ah Sing (Guru Bimbingan Dan Kaunseling)

    AJK: En. Saini B. Jamblee (Guru Kelas 6D/Guru BM)

    En. Mohd. Haryadi B. Ekeni (Guru Bestari, SC Tahun 6)

    Pn. Jaliha bt. Suut (Guru Kelas 6U/ Guru BM)

    En. Khang Ah Leong ( Guru ICT)

    Pn. Nurlisiana Abdullah (Guru Penyelaras Pusat Sumber)

    Pn. Aspaliza Abdullah (Bendahari PIBG)

    Semua Ketua Panitia M/P Asas

    Semua Guru M/P Tahun 6

    9.0 PENUTUPFEBRUARI 2008

    Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan

    berkesan. Semoga segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan dapat

    membantu melonjakkan kecemerlangan akademik di sekolah ini dan dapat membantu

    Projek Inovasi Program Top-IS / SKSGUD/LooAS/2010 5

  • 7/29/2019 Kertas Kerja Program Inovasi Top-Is

    6/6

    mengekalkan rekod prestasi pencapaian terbaik daerah Dalat dalam pencapaian UPSR

    di bahagian Mukah dan seluruh negeri Sarawak. Mudah-mudahan segala ilmu yang

    diterima oleh para peserta dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian serta dapat

    membantu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta

    mempunyai nilai tambah dalam penghasilan modal insan.. Oleh itu, kerjasama daripada

    semua pihak termasuk murid, guru dan ibu bapa peserta program ini amat diperlukan dan

    didahului dengan ucapan terima kasih.

    Disediakan oleh, Disahkan oleh,

    .......................................( Encik Loo Ah Sing ) (Haji Ismail bin Haji Mawi)Guru Bimbingan & kaunseling Guru Besar,Sek. Keb. Sg. Ud, Sek. Keb. Sg. Ud,

    96300 Dalat, 96300 Dalat,Sarawak. Sarawak.

    Projek Inovasi Program Top-IS / SKSGUD/LooAS/2010 6