kertas kerja pesta ang pow ke-15 kampus · pdf fileahli parlimen wangsa maju 12.0 pemglibatan...

Download KERTAS KERJA PESTA ANG POW KE-15 KAMPUS · PDF fileAhli Parlimen Wangsa Maju 12.0 PEMGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM Jumlah Exco = 29 orang Mahasiswa/i UKM ... EXCO TUGAS-TUGAS KHAS EE

If you can't read please download the document

Upload: phamthuan

Post on 06-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • PESTA ANG POW KE-15 KAMPUS KUALA LUMPUR, UKM

    21 MAC 2014

    KERTAS KERJA

    PESTA ANG POW KE-15

    KAMPUS KUALA LUMPUR

    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

    TARIKH:

    21MAC 2014

    TEMPAT:

    DEWAN SERBAGUNA KOLEJ TUN SYED NASIR (DSG KTSN) UKM KKL

    ANJURAN:

    SEKRETARIAT KELAB TIONG HUA

    KOLEJ TUN SYED NASIR

    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR

    TEMA:

    KEUTUHAN WARISAN NADI KEMUAFAKATAN BANGSA

  • PESTA ANG POW KE-15 KAMPUS KUALA LUMPUR, UKM

    21 MAC 2014

    KERTAS KERJA

    PESTA ANG POW KE-15

    SEKRETARIAT KELAB TIONG HUA

    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KAMPUS KUALA LUMPUR

    1.0 TUJUAN

    Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta

    bantuan kewangan daripada Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) untuk

    menjayakan program Pesta Ang Pow Ke-15 Kampus Kuala Lumpur Universiti

    Kebangsaan Malaysia.

    2.0 PENGENALAN RINGKAS PESTA ANG POW

    2.1 Pesta Ang Pow Kampus Kuala Lumpur Universiti Kebangsaan

    Malaysia (UKM KKL) merupakan salah satu program kebudayaan

    tahunan yang diadakan di Kolej Tun Syed Nasir. Pesta Ang Pow telah

    berlangsung selama 14 tahun secara berterusan dan program ini

    merupakan antara program yang mendapat sambutan hangat dalam

    kalangan mahasiswa/i. Pesta Ang Pow berperanan untuk menyatukan

    semua warga KTSN melalui tema Keutuhan Warisan Nadi

    Kemuafakatan Bangsa. Persefahaman sesama warga KTSN yang

    berasal dari pelbagai latar belakang dapat dicapai melalui aktiviti-

    aktiviti yang diadakan bersempena Pesta Ang Pow. Seterusnya,

    hubungan silaturahim sesama mahasiswa/i dapat dipupuk untuk

    menjayakan aktiviti yang bakal berlangsung. Hubungan persaudaraan

    dalam kalangan mahasiswa/i mahupun pihak pengurusan juga dapat

    diperkukuhkan menerusi objektif Pesta Ang Pow. Dari sudut

    mahasiswa/i, mereka dapat memperoleh pengalaman dan pengetahuan

    yang tidak ternilai sepanjang aktiviti Pesta Ang Pow. Pelaksanaan

    Pesta Ang Pow dalam kalangan mahasiswa/i telah menjadi tradisi

    kepada mahasiswa/i Kolej Tun Syed Nasir sebagai penyediaan kepada

    mereka untuk menghadapi onak duri masa depan. Malah, gagasan 1

    Malaysia yang dilaungkan telah mencerminkan betapa pentingnya

    wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Perpaduan

    merupakan asas pembangunan negara. Maka, melalui tema Keutuhan

    Warisan Nadi Kemuafakatan Bangsa, pelaksanaan Pesta Ang Pow

    mesti dapat menjulang nama baik Universiti Kebangsaan Malaysia

  • PESTA ANG POW KE-15 KAMPUS KUALA LUMPUR, UKM

    21 MAC 2014

    sebagai sebuah universiti perpaduan yang gemilang, cemerlang dan

    terbilang.

    2.2 Pada Pesta Ang Pow Ke-14, pihak sekretariat telah berjaya membawa

    masuk budaya tarian singa ke UKM dan telah menarik minat pelbagai

    kaum termasuk Melayu, Cina, dan India. Persembahan tersebut telah

    mendapat pujian daripada para penonton. Maka, pihak sekretariat Pesta

    Ang Pow Ke-15 memutuskan untuk meneruskan tradisi kebudayaan

    seperti ini. Secara keseluruhannya, pada sesi 2013/2014, Sekretariat

    Kelab Tiong Hua memutuskan untuk mengadakan satu malam

    persembahan pada 21 Mac 2014 di Dewan Serbaguna KTSN UKM

    KKL.

    3.0 MISI

    Mewujudkan persefahaman, perpaduan dan keharmornian di kalangan

    mahasiswa/i UKM KKL.

    4.0 MATLAMAT

    4.1 Merayakan sambutan Tahun Baru Cina di kalangan mahasiswa/i UKM

    KKL.

    4.2 Mengalakkan interaksi antara kaum di kalangan mahasiswa/i UKM

    KKL.

    4.3 Memperkembangkan budaya Tiong Hua kepada mahasiwa/i UKM KKL.

    5.0 OBJEKTIF

    Objektif menganjurkan Pesta Ang Pow ini adalah berdasarkan matlamat yang

    ingin mencapai iaitu:

    5.1 Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mahasiswa-

    mahasiswi UKM KKL yang terdiri daripada pelbagai kaum dan

    agama dalam proses untuk menjayakan pesta ini.

    5.2 Memupuk minat mahasiswa/i UKM (KKL) untuk menghayati

    kebudayaan Tiong Hua.

    5.3 Mengharumkan nama UKM KKL di kalangan masyarakat.

  • PESTA ANG POW KE-15 KAMPUS KUALA LUMPUR, UKM

    21 MAC 2014

    6.0 TEMA

    KEUTUHAN WARISAN NADI KEMUAFAKATAN BANGSA

    7.0 ANJURAN

    Sekreteriat Kelab Tiong Hua Kolej Tun Syed Nasir

    8.0 TARIKH DAN MASA

    Tarikh : 21 Mac 2014 Malam persembahan Pesta Ang Pow Ke-15

    Masa : 7.30 malam hingga 11.00 malam

    9.0 TEMPAT PROGRAM

    Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir (DSG KTSN), Jalan Temerloh, 53000

    Kuala Lumpur.

    10.0 PUBLISITI

    Publisiti dilakukan adalah untuk mempromosikan Pesta Angpow kepada orang

    ramai termasuk mahasiswa/i UKM dan universiti lain serta masyarakat

    tempatan. Di bawah adalah strategi-strategi yang kita rancang:

    a. Banner - Dalam kampus Kuala Lumpur UKM

    - Dalam Kolej Tun Syed Nasir

    b. Bunting - Dalam kampus Kuala Lumpur UKM

    c. Flyer - Dalam kampus Kuala Lumpur UKM

    d. Poster - Dalam kampus Kuala Lumpur UKM

    e. Video - Melalui rangkaian sosial (Facebook dan YouTube)

  • PESTA ANG POW KE-15 KAMPUS KUALA LUMPUR, UKM

    21 MAC 2014

    11.0 CADANGAN PERASMI

    Perasmi adalah tetamu jemputan yang merasmikan Pesta Ang Pow UKM KKL

    Ke-15 dan di bawah adalah yang dicadangkan:

    i. Yang Berhormat Dato Sri Liow Tiong Lai Presiden MCA

    ii. Yang Berhormat Dato Dr Tan Kee Kwong Ahli Parlimen Wangsa Maju

    12.0 PEMGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

    Jumlah Exco = 29 orang Mahasiswa/i UKM

    Jumlah AJK = 300 orang Mahasiswa/i UKM

    Jumlah Pengunjung = 1100 orang

    1. Terdiri daripada : 10 orang Tetamu Kehormat

    2. 20 orang Tetamu Khas

    3. 20 orang Mahasiswa/i universiti berdekatan

    4. 1050 orang Mahasiswa/i UKM

    13.0 STRUKTUR ORGANISASI

    Sila rujuk Lampiran A

    14.0 TENTATIF PROGRAM

    Sila rujuk Lampiran B

    https://www.facebook.com/Tankeekwong

  • PESTA ANG POW KE-15 KAMPUS KUALA LUMPUR, UKM

    21 MAC 2014

    15.0 PERINCIAN PROGRAM

    15.1 Tarian Tradisional Cina

    Tarian tradisional Cina dipersembahkan oleh pelajar kaum Cina dari

    kampus UKM KKL supaya tarian tradisional dapat diwariskan dan

    tidak dilupai oleh masyarakat pada masa kini.

    15.2 Tarian Singa dan Tarian Naga

    Tarian singa dan tarian naga akan dipersembahkan oleh pelajar kampus

    UKM KKL yang bertujuan memberi peluang kepada mahasiswa/i

    terutamanya mereka yang berbangsa lain untuk menghayati budaya

    kaum Cina yang unik.

    15.3 Tarian Kebudayaan Malaysia

    Tarian Kebudayaan Malaysia akan dipersembahkan oleh kaum-kaum

    yang berlainan iaitu Melayu, Cina, dan India. Tarian ini adalah selaras

    dengan konsep 1 MALAYSIA yang bertujuan untuk menyatupadukan

    suku kaum yang berlainan.

    15.4 Nyanyian oleh Mahasiswa/i UKM KKL

    Nyanyian lagu Negaraku dan lagu universiti akan dinyanyikan oleh

    setiap hadirin dan mahasiswa/i UKM sebelum program dimulakan.

    Selain itu, nyanyian lagu Tahun Baru Cina akan dipersembahkan oleh

    mahasiswa/i yang berbilang kaum dalam UKM KKL.

    15.5 Tayangan Multimedia

    Pertunjukan Multimedia akan memperkenalkan seluruh sekretariat

    Pesta Ang Pow Ke-15 dan tema Pesta Ang Pow Ke-15.

    15.6 Persembahan Kebudayaan Cina

    Persembahan Kebudayaan Cina akan dipersembahkan oleh orang luar

    yang profesional dalam bidang ini. Tujuan persembahan ini adalah

    untuk menyerikan lagi aturcara program pada malam tersebut.

  • PESTA ANG POW KE-15 KAMPUS KUALA LUMPUR, UKM

    21 MAC 2014

    16.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

    Sila rujuk Lampiran C

    17.0 PEJABAT URUSAN

    Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat

    menyurat, sila hubungi:

    Pejabat Urusan

    Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Mahasiswa

    Paras 5, Bangunan Pusanika

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    43600 UKM Bangi

    Selangor Darul Ehsan.

    (u / p : Wong Bing Seng 012-8477770)

    Tel : 03 8921 3490/3240

    Faks : 03 8921 3490

    E-mel : /

    Laman web : http://www.ukm.my/pmukm

    http://www.ukm.my/pmukm

  • PESTA ANG POW KE-15 KAMPUS KUALA LUMPUR, UKM

    21 MAC 2014

    18.0 SYOR/ PENUTUP

    Kesimpulannya, kami berharap agar Pesta Ang Pow Ke-15 Kampus Kuala

    Lumpur dapat dijayakan. Kami akan berusaha agar program ini dapat mencapai

    objektif dan matlamatnya. Semoga mahasiswa/i yang terlibat dapat menimba

    ilmu dan pengalaman yang berguna. Selain itu, pihak sekretariat juga berharap

    agar program ini akan mengharumkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia

    Kampus Kuala Lumpur. Diharapkan pihak Jabatan Perkhidmatan Pelajar dapat

    meluluskan kertas kerja ini serta bantuan kewangan yang dipohon agar program

    ini dapat dijayakan. Kerjasama daripada semua pihak amat kami hargai.

  • PESTA ANG POW KE-15 KAMPUS KUALA LUMPUR, UKM

    21 MAC 2014

    Disediakan oleh,

    _________________

    (Wong Bing Seng)

    Ketua Pengarah

    Sekretariat Pesta Ang Pow UKMKKL Ke-14

    Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Disemak oleh,

    ________________

    (Saudara Mohamad Farmi Hisham Bin Jamal)

    MEP Pemantau,

    Kolej Tun Syed Nasir

    Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Disemak oleh,

    _________________________

    (Dr. Yap Wei Boon)

    Felo Pemantau,

    Kolej Tun Syed Nasir

    Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Dis