kertas kerja perkhemahan unit beruniform 2015

13
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN (2) SIMPANG LIMA, PERSIARAN RAJA MUDA MUSA, 41200 KLANG SELANGOR D.E 2015 RASIONAL Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara ’hands on’ dengan para pelajar selaku peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara. MATLAMAT PROGRAM Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada Page 1 of 13

Upload: fairuz-sahid

Post on 07-Sep-2015

116 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Tunas Kadet Remaja Sekolah

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORMSEKOLAH KEBANGSAAN (2) SIMPANG LIMA, PERSIARAN RAJA MUDA MUSA, 41200 KLANG SELANGOR D.E2015

RASIONAL

Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para pelajar selaku peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara.

MATLAMAT PROGRAM

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi peluang kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti disamping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kejasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya. Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi.

OBJEKTIF

Dengan adanya perkhemahan bersepadu ini ianya dapat :

1.Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.2.Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.3.Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin.4.Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi dalam suasana semula jadi yang kondusif.5.Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.6.Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-rukun beragama dan kehidupun bermoral.

KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar tahap 2 iaitu semua ahli pasukan unit beruniform sekolah yang terdiri daripada Pengakap, Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Tunas Pandu Puteri dan semua guru pemimpin Sekolah Kebangsaan (2) Simpang Lima, Klang.

JANGKA MASA PERKHEMAHAN

Perkhemahan ini akan diadakan pada :

Tarikh: 11 12 September 2015

Hari: Jumaat hingga Sabtu

Tempat: Kem El- Azzhar, Lot 1103, Jalan Morib, Taman Harmoni, Batu 28, Banting, Selangor, Malaysia

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat: En. Sahruddin Bin HalilPengerusi : En. Tn. Hj. Norihsan Bin Mohd SharifNaib Pengerusi 1: En. Mohd Hasni Bin Abdul HamidNaib Pengerusi 2: Pn. Wee Nai ChauSetiausaha: En. Mohd Fairuz Bin Mohamad SahidBendahari: Pn. Jeyanthi A/P Ramasamy

JAWATANKUASA KERJA

Kem Komandan: En. Mohd Erwan Bin Ahamad Superi: Cik Nor Syuhada Binti Mohd Tajuddin

Persiapan Tempat: En. Jamhariri Bin Ahmad Shafiai En. Mohd Fairuz Bin Mohamad Sahid

Peralatan: En. Mohd Hamdan Bin Mohd Noor: En. Mohd Zafuan Bin Bakhtar

Pendaftaran: Pn. Jamilah Binti Md Din ( Ketua ): Pn. Gan Bee Lian ( TKRS ): En. Mohd Zafuan Bin Bakhtar (Pengakap): Pn. Hjh. Siti Rabitah Bt. Amat Taslim (Puteri Islam): Pn. Geraldine Mary Rose (PBSM): Pn. Mohana A/P Karunakaran (Tunas Puteri)

Keselamatan &: En. Kaharudin Bin Mohd YusuffPertolongan Cemas: En. Mahaeswarren A/L Veerasingam: Pn. Kamaleswary A/P Kasalingam: Pn. Siti Hamidah Binti Ab. Wahid

Hadiah: Pn. Siti Nor Fazilah Binti Saruman: Pn. Noor Rafidah Binti Abu Bakar Aktiviti dan Riadah: Pn. Nor Haida Binti Jusoh : Pn. Siti Anizah Binti Zubri: Pn. Siti Nor Fazilah Binti Saruman: Pn. Noor Rafidah Binti Abu Bakar

Urusetia Makanan: Pn. Siti Marhumah Binti Mesri: Pn. Siti Sanisah Binti Sidek

Amalan Kerohanian & Etika: Pn. Kogilavani A/P KanesanMoral / Keagamaan: Pn. Hjh. Siti Rabitah Bt. Amat Taslim: Pn. Veronica A/P Samuel

Kebersihan &: Pn. Indrani A/P PalaniappanKhidmat Masyarakat: Pn. Hjh. Jamaliah Binti Md. Noor

Fotografi & Publisiti: En. Mohd Hamdan Bin Mohd Noor : Cik Nor Syuhada Binti Mohd Tajuddin

Dokumentasi: Pn. Lim Hue TengJuruacara: Pn. Muliati Sofa Binti Mohd Hafid: Pn. Rashidah Binti Khapid

Bacaan Doa: En. Muhd Muazzin Bin Simon

BAJET/ PERBELANJAAN:1.Sumber Kewangan.Peruntukan sekolahRM1000.00Yuran Penyertaan40 x RM90.00 = RM3600.00Sumbangan PIBGRM 500.00JumlahRM5100.002.Kos.BIL.PERKARAKOSJUMLAH

1.Hadiah1. Pertandingan survival 2. Pertandingan Permainan stesen3. Pertandingan Mendirikan Khemah4. 5. Peserta terbaik ( Lelaki ) ( Perempuan )6. Kumpulan terbaik keseluruhanRM 3 .00 X 8 RM 3 .00 X 8 RM 3 .00 X 8

RM 10.00 X 1RM 10.00 X 1RM 30.00 X 1

RM 24.00RM 24.00RM 24.00

RM 10.00RM 10.00RM 30.00

2Sijil penyertaanRM 2.00RM 80.00

3. T-shirt PerkhemahanRM 25.00RM 1000.00

4. Pengangkutan RM 1000.00RM 1000.00

5. InsuransRM 6.00RM 240.00

6. Aktiviti High ropeRM16.00RM 640.00

7. Penginapan Dormitori termasuk 3x makan.RM42.00RM 1680.00

8. Button Badge RM 3.45RM 138.00

9. Banner & Bunting RM 1.50 sekakiRM 200.00

JumlahRM 5100.00

JADUAL PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH SK (2) SIMPANG LIMA, KLANG 2015 HARI JUMAAT (11 September 2015 )

2.00 petang: Melaporkan diri dan mendaftar Guru Pengiring dan Para pelajar bertolak ke Kem El-Azzhar.Pelajar menjalankan tugas menyiapkan khemah dan kawasan mengikut kumpulan. 4.00 petang: Taklimat perkhemahan4.30 petang: Solat Asar & Aktiviti Moral 5.00 petang:Riadah ( Permainan Stesen).6.30 petang:Makan malam.Mandi dan besiap untuk solat.7.15 malam:Solat Magrib dan Isyak & Aktiviti Moral9.00 malam:AKTIVITI 111.30 malam:TidurHARI SABTU ( 12 September 2015 )

5.30 pagi: Bangun dan mandi / Solat Subuh & Aktiviti Moral7.00 pagi: Senaman dan riadah Sarapan pagi8.00 pagi:Pemeriksaan khemah dan kawasan. 8.30 pagi:PERTANDINGAN SURVIVAL10.00 pagi: Minum dan rehat.10.30 pagi:AKTIVITI 212.00 tgh:Makan tengah hari dan mandi.1.00 petang:Solat Zohor & Aktiviti Moral2.00 petang:AKTIVITI 33.30 petang: Menurunkan khemah dan membersihkan kawasan.4.00 petang: Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah.4.30 petang: Bersurai dan bertolak pulang ke sekolah.PENUTUP

Segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah bagi menerapkan dan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang mantap dan disiplin yang kuat. Program ini juga berperanan untuk memupuk semangat setia kawan dan saling tolong-menolong dan bantu-membantu serta mengekalkan hubungan silaturrahim antara para pelajar supaya ia disemai dan dipupuk sejak mereka kecil dan menjadi sebati bila mereka meningkat remaja dan dewasa kelak. Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak. Demikian juga sokongan dan bantuan ehsan daripada semua pihak secara langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu. Sokongan dan bantuan daripada semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh,Disemak oleh,

.....................................................................................................................(En. Mohd Fairuz B. Mohamad Sahid)(Tn. Hj. Norihsan B. Mohd Sharif)Setiausaha,Guru Pen. Kanan Kokurikulum,Perkhemahan Unit Beruniform 2015,SK (2) Simpang Lima, Klang.SK (2) Simpang Lima, Klang.

Disahkan oleh,

..........................................(En. Sahruddin Bin Halil)Guru Besar,SK (2) Simpang Lima, Klang, Selangor D.E

IKRAR PERKHEMAHAN

KamiPara peserta Perkhemahan Unit BeruniformSekolah Kebangsaan (2) Simpang Lima, KlangDengan penuh keikhlasan dan takzimnya berikrarBahawa kami akan menyertai perkhemahan ini dengan bersungguh-sungguhBahawa kami akan menjalani semua aktiviti yang diprogramkan dengan tabah dan penuh semangat Bahawa kami akan manfaatkan peluang yang diberi untuk memperkaya pengetahuan dan kemahiran kami, serta mempereratkan lagi silaturrahim antara kamiBahawa kami akan menghargai dan menjunjung tinggi segala panduan, nasihat dan tunjuk ajar yang bakal kami perolehiBahawa kami akan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab Bahawa kami akan menghadapi setiap kesukaran dan masalah sebagai cabaran dan ujianBahawa kami akan berusaha bersama-sama menjayakan perkhemahan iniBahawa kami akan kembali dengan semangat perjuangan yang tinggi Dan kamilahPendukung cita-cita bangsa dan negara.

PERALATAN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PERKHEMAHAN.

INDIVIDU1. Pakaian Unit Beruniform9. Lampu suluh2. Pakaian sembahyang 10. Tuala3. Pakaian sukan11. Pakaian mandi4. Selimut12. Ubat-ubatan5. Kasut dan selipar13. Plastik6. Peralatan mandi14. Alat tulis7. Pakaian untuk 2 hari8. Barang-barang lain yang difikirkan perlu

Page 8 of 10