kertas kerja perkhemahan perdana ku 2014

10
CADANGAN KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PERDANA KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2014 TARIKH : 21-23 MAC 2014 TEMPAT: SK POS RAYA ANJURAN: PPD KINTA UTARA

Upload: hafizah-hamid

Post on 14-Feb-2016

251 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh kertas kerja perkhemahan

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Perkhemahan Perdana Ku 2014

CADANGAN KERTAS KERJAPERKHEMAHAN PERDANA

KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA

TAHUN 2014

TARIKH : 21-23 MAC 2014 TEMPAT: SK POS RAYA

ANJURAN: PPD KINTA UTARA

MAKLUMAT PERKHEMAHAN PERDANAKADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Page 2: Kertas Kerja Perkhemahan Perdana Ku 2014

PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA TAHUN 2014

1.0 PENGENALAN

Perkhemahan ini merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan yang mantap dari semua sudut serta mendedahkan pelajar kepada pelbagai cabaran dan kemahiran yang berguna. Program ini melibatkan semua ahli Persatuan Kadet Remaja Sekolah di daerah Kinta Utara. Secara amnya, perkhemahan ini dijalankan untuk memupuk jatidiri dalam diri peserta perkhemahan serta membina ketahanan diri mereka kepada cabaran.

2.0 MATLAMAT

Kursus ini bertujuan mendedahkan kebolehan dan memberi peluang kepada peserta untuk menilai kebolehan diri untuk menjadi pemimpin di peringkat sekolah khususnya, dan di peringkat daerah amnya. Selain itu aktiviti ini diharap akan dapat membentuk sahsiah dan kepimpinan di kalangan pelajar melalui aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah. Dalam masa yang sama dapat menghayati alam sekitar serta dapat menguji kemampuan dan keberkesanan latihan-latihan yang telah dilalui selama ini.

3.0 OBJEKTIF

i. Membina keyakinan ahli kadet bahawa mereka berpotensi menjadi individu, pelajar dan pemimpin yang cemerlang.

ii. Memberi kesedaran dan peluang untuk memahami diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan diri yang positif.

iii. Memberi pengiktirafan kepada kadet berdasarkan kebolehan serta pencapaiannya

iv. Mewujudkan kesedaran ahli kadet kepada kebolehan, keupayaan serta tanggungjawab dirinya sebagai individu kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Anggota Pasukan KRS dari sekolah menengah di Daerah Kinta Utara

1

Page 3: Kertas Kerja Perkhemahan Perdana Ku 2014

5.0 MAKLUMAT PERLAKSANAAN

5.1 Tarikh : 21-23 Mac 20145.2 Tempat : SK Pos Raya

6.0 PENGANGKUTAN

Sekolah akan menguruskan sendiri pengangkutan murid pergi dan balik.

7.0 MAKAN / MINUM

Akan disediakan oleh penganjur.

8.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

a) Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah menengah di daerah Kinta Utara yang mempunyai KRS.

b) Bilangan penyertaan bagi setiap sekolah adalah 1 orang kadet putera dan 1 orang kadet puteri.

c) Semua murid yang menyertai kursus ini hendaklah sihat tubuh badan dan TIDAK dijangkiti penyakit kronik. (borang Pengesahan Kesihatan hendaklah dilengkapkan dan dibawa semasa pendaftaran). Peserta yang mengidap penyakit kronik akan diminta dihantar balik oleh guru pengiring masing-masing.

d) Semua murid yang menyertai kursus ini hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga masing-masing. (borang Kebenaran hendaklah dilengkapkan dan dibawa semasa pendaftaran).

9.0 KEWANGAN

a) Setiap peserta dikehendaki membayar RM50.00 melalui sekolah masing-masing dalam bentuk wang tunai atau cek kepada JAWATANKUASA KADET REMAJA SEKOLAH DAERAH KINTA pada atau sebelum 18 Mac 2014

10.0 PENGINAPAN

a) Semua peserta akan menginap di dalam khemah yang disediakan oleh sekolah masing-masing. Pihak Urus Setia tidak akan bertanggungjawab terhadap khemah tersebut.

11.0 PAKAIAN PESERTA

a) Semua peserta hendaklah berpakaian separuh uniform (No. 4B) sepanjang kursus ini kecuali semasa aktiviti kawad kaki.

2

Page 4: Kertas Kerja Perkhemahan Perdana Ku 2014

b) Peserta tidak dibenarkan memakai seluar pendek dan/atau singlet sepanjang tempoh perkhemahan.

c) Pemakaian selipar semasa aktiviti tidak dibenarkan.

12.0 PENYEDIAAN MAKANAN DAN MINUMAN

a) Makanan dan minuman peserta dan pegawai akan disediakan secara berpusat dan akan diuruskan oleh Jawatankuasa daerah.

b) Air masak akan disediakan ditempat yang ditetapkan sepanjang tempoh kursus.

c) Pinggan, cawan, sudu atau garfu hendaklah dibawa sendiri oleh peserta. Urus Setia tidak akan bertanggungjawab terhadap peralatan tersebut.

d) Semua peserta dikehendaki membasuh pinggan / cawan / sudu / garfu masing-masing setelah digunakan.

e) Semua peserta dikehendaki akur dengan jadual masa makan / minum yang disediakan.

13.0 KESELAMATAN / KECEMASAN

a) Semua jenis senjata adalah ditegah dibawa.b) Rokok, dadah, minuman keras, pertaruhan dan salah laku adalah

ditegah dan peserta akan dihantar pulang serta-merta sekiranya didapati bersalah melanggar peraturan ini.

c) Semua peserta / pegawai hendaklah MENGUTAMAKAN KESELAMATAN sepanjang kursus ini berlangsung.

d) SILA LAPOR DENGAN SEGERA KEPADA PIHAK URUS SETIA JIKA BERLAKU SEBARANG KEMALANGAN.

14.0 PETI BANTU MULA (FIRST AID)

a) Peti Kecemasan akan dibekalkan oleh Urus Setia.b) Setiap ubatan peribadi haruslah mendapat kebenaran &

pengesahan doktor serta dimaklumkan kepada Urus Setia.

15.0 AKTIVITI YANG DICADANGKAN

15.1 KAWAD KAKI15.2 ORIENTEERING15.3 BANTU MULA15.4 IKATAN DAN SIMPULAN15.5 IKHTIAR HIDUP

3

Page 5: Kertas Kerja Perkhemahan Perdana Ku 2014

16. AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara

Timbalan Pengerusi :Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara

Naib Pengerusi 1 : Penolong PPD HEM, PPD Kinta Utara

Naib Pengerusi 2 : Penyelia Kokurikulum, PPD Kinta Utara

Setiausaha : Pegawai Teknikal PPB, PPD Kinta Utara

Penolong Setiausaha : Pegawai Tadbir KRS Kinta Utara

Bendahari : Bendahari Jawatankuasa KRS Daerah Kinta Utara

Anggota Jawatankuasa : 1. Jawatankuasa KRS Daerah Kinta Utara

17. JAWATANKUASA PENGELOLA

1. Penyelaras : Pegawai Tadbir KRS KU

2. Komandan Kem : Ketua Jurulatih KRS KU

3. Urusetia : Pegawai Data KRS KU Setiausaha KRS KU Bendahari KRS KU

4. Logistik dan Peralatan : Pegawai Pelaksana KRS

KU Quartermaster KRS KU

5. Sajian : Pegawai HEWA KRS

6. Keselamatan dan Kebajikan : Pegawai Istiadat KRS KU

7. Aktiviti / Ujian : Jurulatih KRS KU Briged KRS KU

8. Statistik : Pegawai Data KRS KU

9. Laporan : Setiausaha KRS KU

4

Page 6: Kertas Kerja Perkhemahan Perdana Ku 2014

5

Page 7: Kertas Kerja Perkhemahan Perdana Ku 2014

18. PENUTUP

Adalah diharapkan melalui perkhemahan ini akan dapat meningkatkan lagi profesionalisme kadet di sekolah-sekolah. Selain itu, pengalaman serta pengetahuan mengenai kursus kenaikan pangkat diharap dapat dilaksanakan oleh kadet-kadet di peringkat sekolah pula.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………………………… ……………………………………………(MOHAMAD NASIR B DOLLAH) (BADROL HISHAM B MOHD YUSOF)Pegawai Tadbir Penyelia KokurikulumKRS Kinta Utara PPD Kinta Utara

6

Page 8: Kertas Kerja Perkhemahan Perdana Ku 2014

SENARAI KEPERLUAN PESERTA

a) Pakaian Lengkap No 4.b) Pakaian Separuh No. 4B (T-Shirt KRS)c) Pakaian solatd) Pakaian untuk aktiviti kecergasane) Pakaian mandif) Kain tualag) Kelengkapan mandi/dirih) Ubat sapu luarani) Ubat yang disahkan oleh doktor (kegunaan sendiri)j) Khemahk) Lampu suluhl) Kasut spike / drillm) Kasut sukann) Selipar (mandi/solat)o) Baju sejukp) Selimut / sleeping bagq) Baju hujanr) Pinggans) Cawant) Sudu / Garfuu) Tali (aktiviti tali-temali) – jenis Parakod 8mm - 1.5mv) Buku logw) Alatan menulisx) Messtin (1 set – sepasang)

7

Page 9: Kertas Kerja Perkhemahan Perdana Ku 2014

JADUAL TENTATIF PERKHEMAHAN PERDANA KRS KINTA UTARA 2014

MASA / TARIKH

21 MAC 2014(Jumaat)

22 MAC 2014(Sabtu)

23 MAC 2014(Ahad)

0530-0630 PENGURUSAN DIRISOLAT

PENGURUSAN DIRISOLAT

0630 - 0700 PERHIMPUNAN PAGI

PERHIMPUNAN PAGI

0700-0800 SARAPAN SARAPAN

0800-1000 AKTIVITI 1 AKTIVITI 5

1000-1030 MINUM PAGI MINUM PAGI

1030-1230 AKTIVITI 2 KHIDMAS

1230-1430MAKAN TENGAHARISOLAT

BERSURAI

1430-1600 PERJALANAN AKTIVITI 3

1600-1700 PENDAFTARAN MINUM PETANGSOLAT ASAR

1700-1900 TAKLIMAT AKTIVITI 4

1900-2100 URUS DIRISOLAT

URUS DIRISOLAT

2100-2300TAKLIMAT PENGURUSAN DAN AKTIVITI

2300 WAKTU SUNYI WAKTU SUNYI

8