kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum

14
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BERSEPADU KO KURIKULUM SK SUNGAI TUKANG SIDIN 36750 CHIKUS, PERAK RASIONAL Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah. Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara. MATLAMAT PROGRAM Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

Upload: soulmoon

Post on 18-Dec-2014

3.324 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BERSEPADU KO KURIKULUM

SK SUNGAI TUKANG SIDIN36750 CHIKUS, PERAK

RASIONAL

Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.

Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara.

MATLAMAT PROGRAM

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi peluang kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti disamping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat kejasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.

Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.

Page 2: Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum

Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi.

OBJEKTIF

Dengan adanya perkhemahan bersepadu ini ianya dapat :

1. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.

2. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.3. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan

seharian secara teratur dan berdisiplin.4. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi

dalam suasana semula jadi yang kondusif.5. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti

masing-masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.6. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-

rukun beragama dan kehidupun bermoral.

KUMPULAN SASAR

Semua pelajar tahap 2 iaitu semua ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam dan semua guru pemimpin Sekolah Kebangsaan Sungai Tukang Sidin.

JANGKA MASA PERKHEMAHAN

Perkhemahan ini akan diadakan pada :

Tarikh : 12 – 13 November 2010

Hari : Jumaat hingga Sabtu

Tempat : Kawasan Padang Sekolah SK Sungai Tukang Sidin

Page 3: Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En Muhammad Halili Bin Mohd Isa

Pengerusi : En Sarji Bin Amat

Naib Pengerusi 1 : En Amir Shariffuddin Bin Asmuni

Naib Pengerusi 2 : Pn Nasriah Bt Mansor

Setiausaha : En Mohd Puad Bin Samsudin

Bendahari : En Muhamad Shamsul Bin Saad

JAWATANKUASA KERJA

Kem Komander : En. Mohd Puad Bin Samsudin

: Pn. Masitah Bt Shafie

Persiapan Tempat : En. Muhamad Shamsul Bin Saad

En. Abdul Razak Bin Jamaluddin

Peralatan : En. Sarji Bin Amat

: En. Nik Hamarun Bin Abdul Halim

Pendaftaran : Cik Nur Nadiah Nafisah Bt Badri

Pn. Farizan Bt Saiddin

Keselamatan : En. Amir Shariffuddin Bin Asmuni

: Pn. Nor Sharina Bt Frey Khan

Hadiah : Pn. Masitah Bt Shafie

Aktiviti dan Riadah : En. Mohd Puad Bin Samsudin

: Pn. Siti Rabiatuladwiyah Bt Mohd Ramli

Urusetia Makanan : Pn. Nasriah Bt Mansor

: Pn. Moona Fairuz Bt Bidin

BAJET/ PERBELANJAAN:

1. Sumber Kewangan.

Peruntukan sekolah RM1000.00

Page 4: Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum

2. Kos.

BIL. PERKARA KOS JUMLAH

1. Hadiah

1. Pertandingan memasak

2. Pertandingan kawasan perkhemah

3. Pertandingan kawad kaki

4. Peserta terbaik ( Lelaki )

( Perempuan )

5. Kumpulan terbaik keseluruhan

RM 3 .00 X 8

RM 3 .00 X 8

RM 3 .00 X 8

RM 10.00 X 1

RM 10.00 X 1

RM 30.00 X 1

RM 24.00

RM 24.00

RM 24.00

RM 10.00

RM 10.00

RM 30.00

2. Bahan untuk mamasak

1. Ayam

2. Telur

3. Sardin

4. Beras

5. Roti

6. Sayur

RM 15.00 X 8

RM 10.00 X 3

RM 5.00 X 20

RM 25.00 X 2

RM3.25 X 20

RM 120.00

RM 30.00

RM 100.00

RM 50.00

RM 65.00

RM 27.00

3. 1. Peralatan memasak RM 490.00

Jumlah RM 1000.00

Page 5: Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum

JADUAL PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH

SK SUNGAI TUKANG SIDIN 2010

HARI JUMAAT (12 November 2010 )

3.00 petang : Melaporkan diri dan mendaftar

Pelajar menjalankan tugas menyiapkan khemah dan

kawasan mengikut kumpulan.

3.30 petang : Taklimat perkhemahan

4.30 petang : Solat Asar

5.00 petang : Riadhah ( Permainan Stesen).

6.30 petang : Memasak untuk makan malam.

Mandi dan besiap untuk solat.

7.15 malam : Solat Magrib dan Isyak

9.00 malam : SLOT 1

11.30 malam : Tidur

HARI SABTU ( 13 November 2010 )

6.00 pagi : Bangun dan mandi / Solat Subuh

7.00 pagi : Senaman dan riadah

Sarapan pagi

8.00 pagi : Pemeriksaan khemah dan kawasan.

8.30 pagi : PERTANDINGAN KAWAD KAKI

10.00 pagi : Minum dan rehat.

10.30 pagi : SLOT 2

12.00 tgh : Memasak makan tengah hari dan pertandingan memasak.

Makan tengah hari dan mandi.

1.00 petang : Solat Zohor

2.00 petang : SLOT 3

3.30 petang : Menurunkan khemah dan membersihkan kawasan.

4.00 petang : Perasmian Penutup dan penyampaian hadiah.

4.30 petang : Bersurai dan balik ke rumah.

Page 6: Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum

PENUTUP

Segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah bagi

menerapkan dan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang

mantap dan disiplin yang kuat. Program ini juga berperanan untuk memupuk

semangat setia kawan dan saling tolong-menolong dan bantu-membantu serta

mengekalkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar supaya ia disemai

dan dipupuk sejak mereka kecil dan menjadi sebati bila mereka meningkat

remaja dan dewasa kelak.

Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua

pihak. Demikian juga sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan

secara langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu. Sokongan dan

bantuan dari semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung

dalam menjayakan program ini adalah diucapkan berbanyak-banyak terima

kasih.

Page 7: Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum

IKRAR PERKHEMAHAN

Kami

Para peserta Perkhemahan Unit Beruniform

Sekolah Kebangsaan Sungai Tukang Sidin

Dengan penuh keikhlasan dan takzimnya berikrar

Bahawa kami akan menyertai perkhemahan ini dengan bersungguh-sungguh

Bahawa kami akan menjalani semua aktiviti yang diprogramkan dengan tabah

dan penuh semangat

Bahawa kami akan manfaatkan peluang yang diberi untuk memperkaya

pengetahuan dan kemahiran kami, serta mempereratkan lagi silaturrahim antara

kami

Bahawa kami akan menghargai dan menjunjung tinggi segala panduan, nasihat

dan tunjuk ajar yang bakal kami perolehi

Bahawa kami akan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dengan

penuh kesedaran dan tanggungjawab

Bahawa kami akan menghadapi setiap kesukaran dan masalah sebagai cabaran

dan ujian

Bahawa kami akan berusaha bersama-sama menjayakan perkhemahan ini

Bahawa kami akan kembali dengan semangat perjuangan yang tinggi

Dan kamilah

Pendukung cita-cita bangsa dan negara.

Page 8: Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum

PERALATAN YANG PERLU DIBAWA SEMASA PERKHEMAHAN.

INDIVIDU

1. Uniform pengakap / puteri islam 11. Lampu suluh

2. Pakaian sembahyang / sejadah 12. Tuala

3. Pakaian sukan 13. Pakaian mandi

4. Selimut 14. Beras 3 cawan

5. Kasut dan selipar 15. Telur 2 biji

6. Ubat dan berus gigi dan sabun mandi

7. Pakaian untuk 2 hari

8. Pinggan dan gelas 2 biji

9. Sudu

10. Barang-barang lain yang difikirkan perlu

Disediakan Oleh,

………………………En Mohd Puad Bin Samsudin

Setiausaha Kokurikulum

Disemak Oleh,

………………………En Sarji Bin AmatPK Kokurikulum

Diahkan Oleh,

………………………En Muhammad Halili B Mohd Isa

Guru Besar SKSTS

Page 9: Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum
Page 10: Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum

JADUAL AKTIVITI PERKEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK SUNGAI TUKANG SIDIN 2008

5.456.30-

7.307.30-8.30

8.30 –

11.00

11.00-

12.00

12.00-

2.30

2.30-

3.30

3.00-

4.30

4.30-

5.00

5.00-

6.00

6.00-

8.00

Rabu

Lapur diri AKTIVITI AKTIVITI

Makan

Malam

Solat

maghrib

Khamis Solat

Subuh/

Sarapan

Riadah Pemeriksaan

Kemah

AKTIVITI

1

AKTIVITI

2

Makan

Tengahari/

sembahyan

g zohor

AKTIVITI

3

REHAT

PTG

AKTIVITI

4

AKTIVITI

5

Makan

Malam

Solat

maghrib

Jumaat

AKTIVITI AKTIVITIPenyampaia

n Hadiah

Makan

Tengahari/

sembahyan

g zohor

Bersurai

Membersih Kawasan / Memasang Kemah

Page 11: Kertas kerja perkhemahan bersepadu ko kurikulum