kertas kerja perhimpunan mingguan

5
SJK (C) TAI TONG PETI SURAT 403 90704, SANDAKAN, SABAH, MALAYSIA KERTAS CADANGAN PERHIMPUNAN MINGGUAN 19 OKTOBER 2015 PROGRAM ANJURAN: INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8

Upload: leong-chunhung

Post on 21-Feb-2016

286 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

intern 2015

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Perhimpunan Mingguan

SJK (C) TAI TONGPETI SURAT 403

90704, SANDAKAN,SABAH, MALAYSIA

KERTAS CADANGAN PERHIMPUNAN MINGGUAN

19 OKTOBER 2015

PROGRAM ANJURAN:

INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8

Page 2: Kertas Kerja Perhimpunan Mingguan

1.0 PENGENALAN

Projek menguruskan perhimpunan mingguan merupakan salah satu projek yang

akan dijalankan oleh guru pelatih dari IPG Kampus Gaya bagi memenuhi syarat

Internship bagi semester 8 ini. Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan

pengisian program dengan mengambil kira penglibatan semua warga sekolah di atas

bantuan dari semua guru-guru SJK (C) Tai Tong.

2.0 RASIONALSeperti mana yang digariskan dalam Garis Panduan Internship menyatakan

bahawa Internship merupakan satu program di lapangan yang bertujuan untuk

mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan

sebenar tugas guru permulaan. Justeru, kami dikehendaki merancang, melaksana dan

menilai projek atau aktiviti yang dirancang dan disediakan yang mana aktiviti tersebut

berkait dengan aktiviti rutin yang menjadi amalan dan budaya sekolah yakni

mengendalikan perhimpunan. Oleh demikian, melalui aktiviti ini kami akan berusaha

mendapatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui aktiviti secara hands-on.

Melalui aktiviti ini pelajar akan didedahkan dengan kemahiran untuk menguruskan

sesuatu aktiviti di sekolah yakni perhimpunan sekolah.

3.0 MATLAMAT3.1 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.

4.0 OBJEKTIF4.1 Mempelajari cara menguruskan perhimpunan sekolah.

4.2 Memantapkan kemahiran komunkasi dengan warga sekolah.

4.3 Melatih, membimbing dan mengurus murid-murid dalam sesuatu aktiviti.

4.4 Memantapkan lagi aspek interpersonal dan intrapersonal di hadapan warga

sekolah terutama dalam menyusun atur aktiviti yang akan dilaksanakan.

Page 3: Kertas Kerja Perhimpunan Mingguan

5.0 NAMA PROGRAMProjek Pengurusan Perhimpunan Mingguan

6.0 ANJURANGuru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya dan guru-guru SJK

(C) Tai Tong.

7.0 TARIKH19 Oktober 2015

8.0 TEMPATDewan SJK (C) Tai Tong.

9.0 ORGANISASIPenaung : Pn. Tan Chew Keng (Guru Besar SJK (C) Tai Tong)

Penasihat : 1. Pn. Ho Shui Han (Pen. Kanan 1)

2. Pn. Chiang King Vun (Pen. Kanan HEM)

3. Pn. Leong Oi Khen (Pen. Kanan KK)

Guru Mentor : Cik. Chin Jin Siew

10.0 PELAN TINDAKAN PROJEK

Bil. Strategi Pelaksanaan Huraian

1. Merancang dan Melihat Merancang aktiviti yang bakal dijalankan

Menyediakan kertas kerja untuk diluluskan oleh pihak

sekolah.

2. Penyediaan Mendapatkan bantuan daripada mereka untuk

membantu melancarkan majlis.

Berbincang dengan guru mentor dan guru-guru lain

berkaitan perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam

menjalankan perhimpunan.

Menyediakan tentatif program.

3. Pelaksanaaan Melaksanakan aktiviti mengikut perancangan yang telah

Page 4: Kertas Kerja Perhimpunan Mingguan

disediakan.

11.0 TENTATIF PROGRAM:Masa Aktiviti

0645 - Ketibaan para guru dan murid.di dewan.

0700 - Perhimpunan dimulakan.

- Nyanyian lagu NegaraKu dan lagu Sekolah.

- Ucapan daripada guru pelatih.

- Ucapan daripada guru PK.

- Ucapan daripada Guru Besar.

0730 - Perhimpunan tamat.

- Bersurai.

12.0 PENUTUPAdalah diharapkan agar cadangan aktiviti perhimpunan khas dapat

diluluskan bagi membolehkan kami belajar cara menguruskan sesuatu

perhimpunan dan memberi kami peluang menguruskan murid dalam sesuatu

aktiviti apabila berada di sekolah kelak. Ini kerana guru bukan sahaja mengajar

dalam bilik darjah apabila berada di sekolah malah banyak lagi tugas-tugas lain

yang perlu dipikul dan dilaksanakan oleh guru bagi memastikan pembangunan

modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Disediakan oleh:

........................................

( LEONG CHUN HUNG )

Guru Pelatih,

IPG Kampus Gaya

Disemak dan Disahkan oleh:

........................................

( TAN CHEW KENG)

Guru Besar,

SJK (C) Tai Tong