kertas kerja pengakap smkkkb 2010

19
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PENGAKAP 2010 SMK (BESTARI PERDANA) KUALA KUBU BHARU DI PADANG SEKOLAH SMK KKB PENGENALAN Pengakap merupakan unit beruniform yang tertua di Malaysia serta ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Ilmu-ilmu kepengakapan diperturunkan dari generasi ke genarasi secara tersusun dan mempunyai struktur pentadbirannya yang tersendiri. Slogan ‘Sekali Berpengakap Terus Berpengakap’ menjadi slogan keramat bagi ahli-ahli pengakap. Sehubungan dengan itu, pihak Unit Pengakap SMK Kuala Kubu Bharu berhasrat mengadakan perkhemahan dua hari satu malam di sekolah. Ahli pengakap akan didedahkan dengan ilmu asas perkhemahan dan sekaligus mereka berpeluang menambah koleksi Lencana Kepandaian dan Lencana Kemahiran mengikut bidang masing-masing. Ahli Pengakap juga dilatih agar hidup bersosial secara sihat dan pada masa yang sama tidak meminggirkan keperluan rohani melalui aktiviti-aktiviti yang disusun padat dan kemas. Adalah diharapkan ahli pengakap akan terus berdidiplin dan bijak mengurus masa seterusnya menjadi warganegara Malaysia yang berketrampilan serta berhemah mulia. OBJEKTIF 1. Memantapkan kemahiran mendiri, melipat dan menyimpan khemah dengan betul. 2. Membaharui Persetiaan Pengakap untuk semua ahli. 3. Menggunakan kemahiran ikatan dalam kehidupan seharian. 4. Menjadikan ahli pengakap yang berdisiplin tinggi dan sentiasa patuh akan arahan.

Upload: kitol

Post on 18-Jun-2015

3.748 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kertas kerja perkhemahan 2 hari 1 malam

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pengakap Smkkkb 2010

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PENGAKAP 2010SMK (BESTARI PERDANA) KUALA KUBU BHARU

DI PADANG SEKOLAH SMK KKB

PENGENALAN

Pengakap merupakan unit beruniform yang tertua di Malaysia serta ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Ilmu-ilmu kepengakapan diperturunkan dari generasi ke genarasi secara tersusun dan mempunyai struktur pentadbirannya yang tersendiri. Slogan ‘Sekali Berpengakap Terus Berpengakap’ menjadi slogan keramat bagi ahli-ahli pengakap.

Sehubungan dengan itu, pihak Unit Pengakap SMK Kuala Kubu Bharu berhasrat mengadakan perkhemahan dua hari satu malam di sekolah. Ahli pengakap akan didedahkan dengan ilmu asas perkhemahan dan sekaligus mereka berpeluang menambah koleksi Lencana Kepandaian dan Lencana Kemahiran mengikut bidang masing-masing.

Ahli Pengakap juga dilatih agar hidup bersosial secara sihat dan pada masa yang sama tidak meminggirkan keperluan rohani melalui aktiviti-aktiviti yang disusun padat dan kemas. Adalah diharapkan ahli pengakap akan terus berdidiplin dan bijak mengurus masa seterusnya menjadi warganegara Malaysia yang berketrampilan serta berhemah mulia.

OBJEKTIF

1. Memantapkan kemahiran mendiri, melipat dan menyimpan khemah dengan betul.

2. Membaharui Persetiaan Pengakap untuk semua ahli.3. Menggunakan kemahiran ikatan dalam kehidupan seharian.4. Menjadikan ahli pengakap yang berdisiplin tinggi dan sentiasa patuh akan

arahan.5. Merealisasikan Persetiaan dan Undang-undang pengakap pada setiap masa.6. Melatih ahli pengakap kemahiran asas kebombaan dan pencegahan kebakaran.

TEMA

Sekali Berpengakap Terus Berpengakap

SASARAN

Semua 80 ahli pengakap Muda, Pengakap Remaja.

TARIKH

9 hingga 10 April 2010 (Jumaat & Sabtu)

Page 2: Kertas Kerja Pengakap Smkkkb 2010

SUMBANGAN

RM10 seorang

SENARAI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn. Mazmin bin MohdNaib Pengerusi 1 : En. Abd. Aziz bin Mohamed YussofNaib Pengerusi 2 : Pn. Hjh Siti Faridah bt. AyubNaib Pengerusi 3 : Pn. Maniza bt. YusofKetua Perkhemahan : Puan Roslah Makh HassanSetiausaha Program : En. Suhaini bin Samsudin

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL Bidang Tugas Pemimpin Catatan

1 Pendaftaran

Pn. Wan Shamsiah bt. Wan YusoffPn. Zarina bt. Zainal Abidin

- mencatat kehadiran ahli- memungut yuran

pendaftaran- bekerjasama dengan AJK

penempatan

2Penempatan Perkhemahan

Pn. Ruzita binti Abdullah

- menguruskan penempatan khemah pelajar

- memastikan proses penempatan pelajar lancar.

3Keselamatan dan

disiplinPn. Azura bt. Draman

- menguruskan disiplin dari awal hingga akhir dalam keadaan baik.

- Memastikan perkhemahan berjalan dengan suasana harmoni.

- Membuat rondaan malam - Melantik AJK berkaitan

4. Makanan

Pn. Siti Roha bt. HarisEn. Zulkornain bin ZainuddinPn. Juraidah bt. Jamhari

- memastikan pengagihan makanan berjalan lancer

- melantik di kalangan ahli menyediakan makanan

5 Kebersihan Pn. Hjh. Shirine bt. Shafie

- memastikan kebersihan surau, tapak perkhemahan dan sekitarnya dalam keadaan baik di sepanjang perkhemahan.

Page 3: Kertas Kerja Pengakap Smkkkb 2010

6 SijilPn. Azma Shakirah bt. Mohd. Fauzi

- memastikan nama pelajar mengikut kad pengenalan.

- Menaip nama pelajar dengan betul.

- Menguruskan majlis penyampaian sijil di akhir perkhemahan.

7Buku program /

dokumentasiPn. Nurizan bt. Mohamed Anwar

- Memastikan dokumentasi disediakan di akhir perkhemahan.

- Menyediakan ‘pamplet’ mudah berkaitan perkhemahan.

8 Kain rentangPn. Siti Safiah bt. Sulaiman

- Menyediakan kain rentang sebagai publisiti selewat-lewatnya seminggu sebelum perkhemahan.

9 Aktiviti

En. Mohd. Rafizi bin RafieEn. Azizuddin bin ZainuddinPn. Salina bt. Mohd. YatimTn. Hj. Rohaizad bin Mokhtar

- Melantik jurulatih- Memastikan setiap stesen

ada jurulatih atau pegawai bertugas

- Memastikan semua aktiviti berjalan lancar.

ANGGARAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN

Sumber Kewangan

1. Pendaftaran Peserta RM10.00 x 80 = RM8002. Sumbangan sekolah RM200 = RM200

========JUMLAH RM1,000

Anggaran Kos

1. Makan malam/tgh RM3 x 90 x 2 kali = RM540Sarapan pagi RM2 x 90 x 1 kali = RM180Minum petang RM1 x 90 x 1 kali = RM90

2. Sijil dan hadiah RM1 x 90 = RM903. Perbelanjaan runcit RM100 = RM100

===========JUMLAH PERBELANJAAN RM1,000

Page 4: Kertas Kerja Pengakap Smkkkb 2010

TENTATIF PROGRAM

HARI/MASA AKTIVITI CATATAN

JUMAAT

1400

Pendaftaran Taklimat perkhemahanMendirikan khemahPembahagian patrol

Pembahagian Patrol mengikut jantina.

1645Solat Asar berjemaah

1700

Perhimpunan PatrolUpacara Naik Bendera

- Negaraku- Lagu Negeri selangor- Doa- Taklimat Kem Komandan

1900 Makan Malam AJK Makanan

1920 – 2100

Persiapan diriSolat Maghrib berjemaah / Kuliah MoralTazkirah Kepengakapan Mendidik Jiwa MurniSolat Isyak berjemaah

Kuliah bertajuk “Tanggungjawab Seorang Ahli pengakap” oleh Tn. Hj. Rohaizad bin Mokhtar.

2100

Kembara Malam- lagu pengakap- tepuk pengakap

2300Selamat Malam Bestari

SABTU

0500

Persiapan diriSolat Subuh berjemaah

0700Selamat pagi Bestari

- kawad tongkat- lawatan ke tapak perkhemahan

0800 Sarapan pagi

Page 5: Kertas Kerja Pengakap Smkkkb 2010

- Upacara naik bendera- Negaraku- Negeri Selangor- Doa

0930 – 1230

Base 1Ceramah pencegahan kebakaran oleh Bomba dan Penyelamat, Kula Kubu Bharu.

Base 2Ceramah Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Base 3Persatuan Bulan Sabit Merah – teknik merawat luka kecil & CPR

AJK Makanan sila sediakan minum dan makan tengah hari kepada petugas luar.

1230Makan tengah hari

- Solat Zohor berjemaahAJK makananSolat di surau

1430 - 1630

AKTIVITI

Base 1 : Permainan Kecil

Base 2 : Lagu-lagu Pengakap

Base 3 : Simpulan dan Ikatan

Base 4 : Pertolongan Cemas

Base 5 : Kawad Tongkat / statik

Base 6 : Undang-undang Pengakap

Setiap stesen dihadkan kepada 20 minit sahaja. Wisel akan dibunyikan untuk Patrol bergerak ke stesen berikutnya.

1630 – 1700

Minum petang- Istiadat turun bendera- Lipat khemah- Khidmat masyarakat- Upacara penutup / penyerahan sijil

Patrol bertugas

AJK Sijil

1700BERSURAI

Page 6: Kertas Kerja Pengakap Smkkkb 2010

Peralatan / Keperluan yang perlu dibawa semasa perkhemahan

1. Khemah (jika ada)2. Sepasang uniform pengakap lengkap3. Pakaian Solat (muslim)4. Baju T5. Tali pengakap (belajar ikatan dan simpulan)6. Berus gigi7. Sabun mandi8. Tuala mandi9. Lampu suluh (pastikan berfungsi dengan baik)10. Seluar sukan11. Stokin12. Buku log13. Alatulis14. Pinggan15. Cawan16. Kain lap (untuk lap khemah)17. Telur ayam 4 biji18. Beras satu cawan19. Sardin Cap Ayam saiz besar20. Susu pekat manis – 1 tin21. Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu

CATATAN : Perlu diingatkan bahawa, ahli pengakap tidak membawa terlalu banyak pakaian kerana perkhemahan hanya dijalankan di sekolah sahaja. Cuma dua hari satu malam sahaja. Peralatan berharga seperti telefon bimbit, dan barang kemas diLARANG sama sekali.

Page 7: Kertas Kerja Pengakap Smkkkb 2010

UNDANG-UNDANG PERKHEMAHAN

1. Dilarang berkelakuan sumbang, berjudi atau bergaduh.

2. Tidak dibenarkan keluar dari tapak perkhemahan selepas 12.00 malam kecuali

jika terdapat aktiviti yang dilakukan selepas waktu tersebut atas arahan pegawai

bertugas pada waktu tersebut.

3. Tidak dibenarkan memasuki kawasan perkhemahan wanita bagi lelaki dan

sebaliknya kecuali kepada pegawai / guru bertugas.

4. Ahli pengakap hendaklah sentiasa mematuhi arahan ketua dan mengikuti prinsip

yang terkandung dalam undang-undang pengakap.

5. Tidak dibenarkan menyalakan sebarang api di dalam khemah kerana dikhuatiri

akan mengakibatkan kebakaran.

6. Jangan sesekali memasang ubat nyamuk di dalam khemah untuk mengelakkan

kebakaran dan pelajar lemas dengan asap ubat nyamuk.

7. Sentiasa menjaga keselamatan diri dan laporkan kepada guru bertugas sekiranya

terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan sendiri.

8. Ahli pengakap dikehendaki memakai pakaian seragam lengkap setiap kali

melakukan aktiviti kecuali senaman pagi.

9. Beratur ketika ingin mengambil makanan dan buangkan sisa makanan ke dalam

tong sampah yang disediakan.

10. Hendaklah sentiasa bersabar dan menyedari bahawa perkhemahan tidak sama

seperti di rumah, jadi segala kekurangan hendaklah dihadapi dengan hati yang

tabah dan anggaplah kepayahan itu sebahagian daripada proses pembelajaran!

Page 8: Kertas Kerja Pengakap Smkkkb 2010

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANKUALA KUBU BHARUJALAN KOLAM AIR44000 KUALA KUBU BHARU TEL: 03-60641162

Ruj. Kami : SMKKKB / PGK/10/02/03Ruj. Tuan :Tarikh : 23 Mac 2010

Kepada :Semua ibu/bapa/penjaga,Ahli Pengakap Kumpulan 10 SMK Kuala Kubu Bharu

Tuan / Puan,

PERKHEMAHAN KEPANDAIAN PENGAKAP

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu bercadang mengadakan Perkhemahan Kepandaian Pengakap mengikut maklumat berikut :

2.1 Tarikh : 9 & 10 April (Jumaat & Sabtu)2.2 Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu2.3 Pedaftaran : 3.00 petang 13 Mac (Jumaat)2.4 Waktu balik : 5.00 petang 14 Mac (Sabtu)2.5 Sumbangan : RM10 seorang (Sijil & Pengurusan)

3. Tujuan perkhemahan tersebut diadakan untuk membantu ahli pengakap melengkapkan lencana kemahiran yang patut mereka perolehi disamping memberi pendedahan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah yang dirancang.

4. Tuan/Puan boleh mengembalikan surat persetujuan ibu/bapa/penjaga yang telah lengkap diisi serta kembalikan kepada Cikgu Roslah bt. Makh Hassan pada atau sebelum 8 April 2010. Segala pertanyaan sila hubungi beliau di talian 019-266 4635.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

--------------------------------------(MAZMIN BIN MOHD.)Pengetua,SMK Kuala Kubu Bharu.

s.k.,

1. Yang di-Pertua, PIBG2. Penolong Kanan Kokurikulum3. Fail

Page 9: Kertas Kerja Pengakap Smkkkb 2010

Lampiran B

SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Bahawa saya bernama ___________________________________________________

beralamat

_______________________________________________________________________

memberi kebenaran kepada anak saya bernama _________________________________

___________________________ Nombor Kad Pengenalan _______________________

dalam Tingkatan __________ untuk menyertai

____________________ bertarikh ____________________________

bertujuan _________________________________________________________ yang dianjurkan

oleh pihak

Saya faham segala peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur seperti yang tercatat di atas dan berjanji tidak akan menuntut, mendakwa pihak penganjur sekolah, Jabatan dan Kementerian Pelajaran jika berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan yang menimpa ke atas diri anak saya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan atau semasa perjalanan pergi dan balik dari aktiviti tersebut.Saya juga maklum bahawa pihak sekolah telah mengambil langkah-langkah perlu untuk menjamin keselamatan anak saya.

Pengakuan dibuat oleh: Saksi

........................................

........................................ .......................................

.

Tarikh : _______________ No. telefon : __________________

(Nama Bapa / Penjaga)

(Alamat)

(Nama Anak .)

Perkhemahan Kepandaian Pengakap(Nama tempat)

9 & 10 April 2010

menambah ilmu dan kemahiran kepandaian pengakap

SMK KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR.

(Tanda tangan)

(Nama)

(Tanda tangan)

(Nama)

Di SMK Kuala Kubu Bharu

Page 10: Kertas Kerja Pengakap Smkkkb 2010

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANKUALA KUBU BHARUJALAN KOLAM AIR44000 KUALA KUBU BHARU. TEL: 03-60641162

Ruj. Kami : SMKKKB /PGK/10/02/01 Ruj. Tuan :Tarikh : 16 Mac 2010

Kepada :Pusat Latihan Bomba,Kuala Kubu Bharu,44000 Kuala Kubu Bharu.

Tuan,

Permohonan Mengadakan Latihan Memadam Kebakaran

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Pasukan Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu bercadang mengadakan sesi pembelajaran latihan memadam kebakaran mengikut maklumat berikut :

Tarikh : 10 April 2010(Sabtu) Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Peserta : 80 orang ahli pengakap

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama dan jasa baik Tuan supaya dapat memberikan sedikit sebanyak tunjuk ajar berkaitan pencegahan kebakaran dan teknik menggunakan alat pemadam api atau apa-apa yang difikirkan sesuai oleh pihak Tuan. 4. Guru yang bertanggung jawab menguruskan aktiviti tersebut ialah Cikgu Suhaini bin Samsudin. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi beliau di talian 019-576 0787.

Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

--------------------------------------(MAZMIN BINTI MOHD.)Pengetua,SMK Kuala Kubu Bharu.

s.k.,1. Yang di-Pertua, PIBG2. Penolong Kanan Kokurikulum3. Fail

Page 11: Kertas Kerja Pengakap Smkkkb 2010

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANKUALA KUBU BHARUJALAN KOLAM AIR44000 KUALA KUBU BHARU. TEL: 03-60641162

Ruj. Kami : SMKKKB / PGK/09/02/02Ruj. Tuan :Tarikh : 17 Mac 2010

Kepada :Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor,44000 Kuala Kubu Bharu.

Tuan,

Permohonan Semburan ” Fogging ” Sempena Perkhemahan Kepandaian Pengakap

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Pasukan Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu akan mengadakan perkhemahan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 9 April 2010 (Jumaat – Sabtu). Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu. Masa : Sepenuh Masa. Peserta : 80 orang dan 20 orang guru/pembantu.

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama dan jasa baik Tuan supaya dapat membuat semburan ” Fogging ” di kawasan sekolah sebelum perkhemahan tersebut berlangsung. 4. Guru yang bertanggung jawab menguruskan perkhemahan tersebut ialah Cikgu Suhaini bin Samsudin. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi beliau di talian 019-576 0787.

Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

--------------------------------------(MAZMIN BINTI MOHD.)Pengetua Kanan,SMK Kuala Kubu Bharu.

s.k.,1. Yang di-Pertua, PIBG2. Penolong Kanan Kokurikulum3. Fail

Page 12: Kertas Kerja Pengakap Smkkkb 2010

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANKUALA KUBU BHARUJALAN KOLAM AIR44000 KUALA KUBU BHARU. TEL: 03-60641162

Ruj. Kami : SMKKKB / PGK/09/02/04Ruj. Tuan :Tarikh : 17 Mac 2010

Kepada,

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,Cawangan Kuala Kubu Bharu,Hulu Selangor.

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN LATIHAN RAWATAN KECEMASAN

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Pasukan Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu bercadang mengadakan Latihan mengikut maklumat berikut :

Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu) Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Peserta : 80 orang ahli pengakap

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama dan jasa baik Tuan agar dapat mengadakan ceramah berkaitan rawatan kecemasan atau CPR kepada peserta terlibat. 4. Guru yang bertanggung jawab menguruskan aktiviti tersebut ialah Cikgu Suhaini bin Samsudin. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi beliau di talian 019-576 0787.

Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

--------------------------------------(MAZMIN BINTI MOHD.)Pengetua,SMK Kuala Kubu Bharu.

Page 13: Kertas Kerja Pengakap Smkkkb 2010

s.k.,1. Yang di-Pertua, PIBG2. Penolong Kanan Kokurikulum3. Fail

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAANKUALA KUBU BHARUJALAN KOLAM AIR44000 KUALA KUBU BHARU. TEL: 03-60641162

Ruj. Kami : SMKKKB / PGK/09/02/06Ruj. Tuan :Tarikh : 17 Mac 2010

Kepada,

Agensi Anti Dadah Kebangsaan,Cawangan Kuala Kubu Bharu,Hulu Selangor.

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN CERAMAH ANTI DADAH

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Pasukan Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu bercadang mendengar ceramah anti dadah mengikut maklumat berikut :

Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu) Tempat : SMK Kuala Kubu Bharu Masa : 9.30 pagi hingga 12.30 pagi Peserta : 80 orang ahli pengakap

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama dan jasa baik Tuan agar dapat mengadakan ceramah berkaitan dengan pencegahan penagihan dadah kepada peserta terlibat. 4. Guru yang bertanggung jawab menguruskan aktiviti tersebut ialah Cikgu Suhaini bin Samsudin. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi beliau di talian 019-576 0787.

Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

--------------------------------------

Page 14: Kertas Kerja Pengakap Smkkkb 2010

(MAZMIN BINTI MOHD.)Pengetua Kanan,SMK Kuala Kubu Bharu.

s.k.,1. Yang di-Pertua, PIBG2. Penolong Kanan Kokurikulum3. Fail