kertas kerja pdk likas

12
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK JALAN BAKAM, MIRI TEL: 085-421201, 085-421202 KERTAS KERJA “ PROGRAM LAWATAN ILMIAH DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)” TEMPAT Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Likas, Sabah. TARIKH 30 September 2013 – 4 Oktober 2013 ANJURAN BERSAMA

Upload: dewipurplerose

Post on 29-Oct-2015

64 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pdk

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja PDK Likas

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

JALAN BAKAM, MIRI

TEL: 085-421201, 085-421202

KERTAS KERJA

“ PROGRAM LAWATAN ILMIAH DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)”

TEMPAT

Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Likas, Sabah.

TARIKH

30 September 2013 – 4 Oktober 2013

ANJURAN BERSAMA

PDK Likas

IPG Kampus Sarawak, Miri

Page 2: Kertas Kerja PDK Likas

1.0 PENGENALAN

Penganjuran program bersama Pemulihan Dalam Komuniti merupakan salah

satu tugasan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan sukatan PKB 3112

iaitu Pemulihan Dalam Komuniti. Program pemulihan dalam komuniti bertujuan

untuk memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang program yang

bersesuaian untuk membantu masyarakat berkeperluan khas ini supaya dapat

diintegrasi dalam masyarakat setempat. Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

merupakan salah satu program yang melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa /

penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk

membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan mendapat tempat dalam

masyarakat. Program ini diuruskan oleh guru pelatih dan Jawatankuasa PDK yang

dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat

Malaysia dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh ibubapa/penjaga ahli

keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan

penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah

dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian

Pendidikan (Pendidikan Khas).

2.0 RASIONAL KURSUS

Kursus PKU3112 ini merupakan kursus bidang Pendidikan Khas umum. Ia memberi

malumat kepada pelajar untuk menjalinkan kolaborasi secara berkesan dengan

pihak jabatan kebajikan masyarakat yang terlibat secara langsung dengan individu

berkeperluan khas. Kursus ini memberi penekanan tentang khidmat sosial yang

perlu bagi seorang guru Pendidikan Khas.

Page 3: Kertas Kerja PDK Likas

3.0 RASIONAL KERTAS KERJA

3.1 Memenuhi keperluan pro forma PKB 3112 iaitu Pemulihan Dalam Komuniti

bagi amali menjalankan program di Pusat Pemulihan dalam komuniti yang

berdekatan.

3.2 Memberi pendedahan awal kepada guru pelatih mengenai prosedur

menguruskan program bersama komuniti dengan betul.

3.3 Salah satu cara memberi pendedahan kepada guru pelatih untuk

menjalankan aktiviti amal kepada masyarakat.

3.4 Memupukkan perasaan kasih sayang terhadap golongan kurang upaya.

3.5 Merupakan satu alternatif sebagai cara untuk mengeratkan perpaduan

antara kaum di Malaysia.

3.6 Menggalakkan kerjasama antara pihak luar dalam menyertai program amal.

3.7 Mengeratkan silaturahim antara warga IPG Kampus Sarawak dengan pihak

luar seperti Pusat Pemulihan dalam Komuniti Likas.

4.0 OBJEKTIF KURSUS

4.1 Menjelaskan keperluan pemulihan dalam kalangan individu berkeperluan

khas

4.2 Menghuraikan etika kerja sosial dalam melaksanakan tugas-tugas

kemasyarakatan

4.3 Menghuraikan konsep dan peranan Pemulihan dalam Komuniti

4.4 Membuat perancangan projek kemasyarakatan yang akan dijalankan dalam

pusat Pemulihan Dalam Komuniti

4.5 Melaksanakan projek kemasyarakatan di pusat pemulihan dalam komuniti

4.6 Menyediakan laporan projek kemasyarakatan di pusat Pemulihan dalam

Komuniti.

Page 4: Kertas Kerja PDK Likas

5.0 OBJEKTIF KERTAS KERJA

5.1 Guru pelatih dapat mengorganisasikan sesuatu program dengan baik dan

sistematik.

5.2 Guru pelatih dapat mengetahui prosedur penganjuran sesuatu program

dengan jabatan di bawah kementerian seperti Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan masyarakat dari penyediaan kertas kerja sehinggalah

ke peringkat menjalankan program.

5.3 Guru pelatih dapat menganjurkan program dengan mengaplikasikan

pengetahuan yang diperolehi sewaktu mempelajari teori Pemulihan dalam

Komuniti.

5.4 Meningkatkan kemahiran interpersonal guru pelatih dengan pihak-pihak

tertentu dalam situasi yang pelbagai semasa mengelola Program bersama

Pihak Pemulihan dalam komuniti.

5.5 Guru pelatih dapat melaksanakan tugas organisasi dalam satu pasukan.

5.6 Melaksanakan aktiviti kemasyarakatan samping mengeratkan silaturahim

antara guru pelatih dengan masyarakat luar seperti pihak pemulihan dalam

komuniti.

Page 5: Kertas Kerja PDK Likas

6.0 BUTIRAN PROGRAM

6.1 NAMA PROGRAM

Program Lawatan Ilmiah Di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

6.2 TARIKH

30 September 2013 – 4 Oktober 2013

6.3 MASA

8.00 pagi – 5 petang

6.4 TEMPAT

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Likas, Sabah.

6.5 PENYERTAAN

Pengelola : Guru Pelatih PISMP Pendidikan Khas Semester 6

Peserta : Pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Likas

6.6 ANJURAN

Kerjasama Pusat PDK Likas serta Guru Pelatih PISMP Pendidikan Khas

IPG Kampus Sarawak.

Page 6: Kertas Kerja PDK Likas

7.0 SENARAI PESERTA

BIL NAMA NO KAD PENGENALAN

1 ABANG NURYAZID BIN ABANG SHUHARDI 910107-13-5865

2 ANDREW ANDERSON ANAK SANG 910609-13-5443

3 CHRISTER RITTER BADON 900205-12-5565

4 MOHAMAD AMIR BIN MONIR 910131-13-6083

5 MOHD HILMIE BIN ISMAIL 890718-12-5089

6 MOHD ISMAIL BIN AHMAD SABARI 911129-12-5013

7 MOHD ZULKARNAEN BIN ISMAIL 910613-13-5657

8 MOHD HAFIZ BIN AMRAN 910126-12-5427

Page 7: Kertas Kerja PDK Likas

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung :En Bedui Bin Une

Pengarah IPG Kampus Sarawak

Penasihat :En Amir Bin Ismail

Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

Penyelaras :Cik Sapatomah@Sabtuyah Binti Haji Morshidi

Pensyarah subjek Pemulihan Dalam Komuniti.

9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Mohd Ismail Bin Ahmad Sabari

Naib Pengerusi : Mohamad Amir Bin Monir

Setiausaha : Andrew Anderson Anak Sang

Bendahari : Mohd Zulkarnaen Bin Ismail

AJK Program` : Mohd Hafiz Bin Amran

AJK Peralatan : Mohd Hilmie Bin Ismail

AJK Dokumentasi : Christer Ritter Badon

AJK Kebajikan : Abang Nuryazid Bin Abang Shuhardi

10.0 PENGANGKUTAN

Menggunakan kenderaan sendiri.

Page 8: Kertas Kerja PDK Likas

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Perkara Unit Harga/Kos Jumlah

Bahan-bahan masakan

Tepung gandum

Ikan bilis

Bawang besar

Minyak masak

Garam

4 paket

1 bungkus

1 bungkus

2 paket

1 paket

RM 1.50 x 4

RM 10.00 x 1

RM 3.00 x 1

RM 2.00 x 2

RM 1.00 x 1

RM 6.00

RM 10.00

RM 3.00

RM 4.00

RM 1.00

Aktiviti sukaneka

Span

Belon

Hadiah pemenang

(bagi keempat-

empat kategori

pertandingan)

2 paket

3 paket besar

Tempat pertama

Tempat kedua

Tempat ketiga

RM 2.50 x 2

RM 2.00 x 3

RM 5.00 x 4

RM 3.00 x 4

RM 2.00 x 4

RM 5.00

RM 6.00

RM 20.00

RM 12.00

RM 8.00

Jamuan makan RM 100.00

Cenderahati

- Plak IPG

- Sumbangan Ikhlas

1 unit

RM 10

Rm 10

Makanan untuk 5 hari

-Makan pagi -Makan tengah hari

19 orang RM 5 x 19orangx 5 hari

RM 475

JUMLAH KESELURUHAN

RM 660

*Jumlah keseluruhan adalah untuk satu pusat PDK sahaja

*Peruntukan diberi keutamaan kepada perkara penting dan tertakluk kepada cara yang lebih menjimatkan.

Page 9: Kertas Kerja PDK Likas

12.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran 1

13.0 PENUTUP

Pihak kami berharap program lawatan ini akan berjalan dengan lancar seperti

yang telah dirancang. Semoga program ini mendapat kerjasama daripada pihak-

pihak yang berkaitan secara langsung mahupun secara tidak langsung demi

menyebarkan ilmu kepada golongan istimewa. Diharapkan juga dengan adanya

program ini, objektif-objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai disamping turut

jua memberikan ilmu pengetahuan berkaitan pengurusan dan pentadbiran

sesebuah organisasi kepada guru pelatih. Semoga program ini mendapat

keberkatan dan keredhaan oleh Allah s.w.t. InsyaALLAH.

Disediakan oleh,

………………………………………...............

(ANDRE ANDERSON ANAK SANG)

Setiausaha,

Program Lawatan Ilmiah PDK,

IPG Kampus Sarawak.