kertas kerja panitia sejarah

Upload: husnamahirah

Post on 01-Mar-2016

1.816 views

Category:

Documents


178 download

DESCRIPTION

Contoh kertas kerja panitia sejarah

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA SUDUT PANITIA SEJARAH SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA

1. PENDAHULUANProjek sudut Panitia Sejarah dipersekitaran sekolah merupakan suatu langkah pentingdanbertujuanuntukmenyediakansuasana pembelajaranyang kondusif dan bermaklumat terutamanya bagi mata pelajaran Sejarah yang julung kali diperkenalkan pada tahun 2014 kepada murid-murid sekolah rendah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Projek Sudut Panitia Sejarah ini amat diperlukan kerana sudut ini adalah pertama kali ingin diwujudkan dan bertujuan untuk memaparkan pelbagai bahan yang berkaitan dengan sejarah Negara atau dunia seperti bahan-bahan artifak, maklumat zaman pra sejarah, informasi tentang pra dan pasca kemerdekaan Negara Malaysia. Ianya juga berasaskan kepada kesedaran bahawa proses pembelajaran tidak harus terikat dan terhad kepada apa yang berlaku di dalam ruang kelas tetapi melibatkan persekitaran sekolah yang ceria dan berupayamerangsang dan membina kecemerlangan intelek dan sahsiah murid.

2..MATLAMATMenjadikan persekitaran sekolah ceria, bermaklumat dan berupaya merangsang intelek, sahsiah, sifat ingin tahu dan minat murid, selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua. Mewujudkan sebuah Sudut Panitia Sejarah yang kemas , cantik dan bermaklumat dari segi informasi tentang sejarah, bahan-bahan bantu pembelajaran dan mural yang indah.

3. MISIMenyediakan persekitaran sekolah yangceria danberupaya merangsangkecemerlangan akademik dan sahsiah murid.

4. OBJEKTIFAntara objektif perlaksanaan projek ini ialah :1. Menyediakan suasana yang boleh merangsang intelek dan sahsiah murid.2. Meningkatkan sifat ingin tahu dan minat murid kepada Sejarah.3. Meningkatkan sifat menghargai kebersihan dan keceriaan di kalangan murid.4. Mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran.5. Membebaskan proses pembelajaran daripada ruang lingkup kelas.

5. KUMPULAN SASARANKumpulan sasaran projekialah untuk para murid danguru-guru SK Seksyen 11 Kota Damansara serta para ibu bapa dan pelawat ke sekolah.

6. PELAN PELAKSANAAN PROJEKi. Penyediaan jadual kerja menggunakan Carta Gantt.ii. Pembahagian tugasan mengikut kerja dan masa.iii. Pembentangan struktur projek- Pemerhatian dan lawatan ke komponen Sudut Panitia Sejarah.iv. Gotong-royong membersihkan kawasan projek.v. Memperbaiki dan mencantikkan dekorasi di kawasan projek.

7. METODOLOGI/KAEDAHi. Membincangkan aktiviti dan projek di peringkat AJK induk .ii .Merancang aktiviti bersama dan mengenal pasti guru yang bertanggungjawab dan sasaran projek.iii. Kertas kerja ditulis dan perancangan yang telah disusun dilaksanakan .v .Keberkesanan akan dinilai. 8. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT:PN MAIMOON BT DUSA Guru Besar

PENGERUSI :EN NIK AZMAN BIN KUNDOR GPK Kurikulum

PENYELARAS :PN HUSNA MAHIRAH BINTI HASAN ( Ketua Panitia Sejarah)

SETIAUSAHA :PN AZILA BINTI IBRAHIM AJK : Guru Sejarah SK Seksyen 11 Kota Damansara

9. ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN DAN SUMBER KEWANGAN BilPerkara kuantiti Jumlah Kos

1Upah Membuat Lukisan Mural(15x8 kaki) x RM101200.00

2Cat putih140.00

3Cat warna150.00

4Cat Minyak8300.00

5Kertas warna220.00

6Kertas Laminasi I 50.00

7Memasang Papan Tanda Unit Panitia Sejarah1300.00

8Kain skerting3 meter50.00

9Pokok4 pasu150.00

JUMLAHRM2160.00

10. PERUNTUKAN

Peruntukan daripada matapelajaran teras iaitu lain-lain matapelajaran (Sejarah).

11. PENUTUP

Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Tujuan untuk memastikan Projek Unit Panitia Sejarah ini sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria dan bolehmerangsangkecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik dan sahsiah. Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat tersebut. Diharapkan segala cadangan dan masalah yang dikemukan dalam kertas kerja ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran sekolah supaya projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang oleh pihak jawatankuasa Unit Panitia Sejarah SK Seksyen 11Kota Damansara . Akhirnya, dengan kerjasama pelbagai pihak diharapkan Projek Unit Panitia Sejarah SK Seksyen 11Kota Damansara ini akan mendapat manfaat dan memberi pelbagai faedah serta informasi kepada warga sekolah SK Seksyen 11 Kota Damansara. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

...........................................(HUSNA MAHIRAH BINTI HASAN)Penyelaras Projek Unit Panitia Sejarah SK Seksyen 11 Kota Damansara.

Disemak Oleh :

...........................................(EN. NIK AZMAN BIN KUNDOR)Penolong Kanan Pentadbiran SK Seksyen 11 Kota Damansara.5