kertas kerja origami

19
KERTAS KERJA PROJEK BERASASKAN SEKOLAH MEMARTABATKAN MATEMATIK MELALUI KESENIAN ORIGAMI 1.0 TUJUAN Kertas cadangan ini adalah bertujuan memohon kelulusan dan kerjasama pihak sekolah (Guru Besar SK LKTP Bukit Permai) dalam menjalankan aktiviti dinyatakan di atas. 2.0 LATAR BELAKANG Kursus BBP10402 – Creativity And Innovation adalah merupakan salah satu mata pelajaran bagi Progam Pensiswazahan Guru Kohort 2 Ambilan Februari. Bagi semester kedua ini, kerja kursus yang perlu dilaksanakan adalah berkaitan dengan ” Projek Berasaskan Origami ” mengikut kreativiti ahli kumpulan pelaksana. Penganjuran aktiviti ini diharap agar dapat memberikan manfaat kepada pihak sekolah terutama bagi murid-murid tahun 5. Penganjuran aktiviti ini juga melibatkan seorang guru dari SK Kangkar Pulai dan 2 orang Guru SK LKTP Bukit Permai. 3.0 JUSTIFIKASI Melalui aktiviti dijalankan, murid-murid akan dapat menghasilkan lipatan asas untuk menghasilkan bentuk 3-D yang lebih kompleks / sukar. Selain itu, program ini juga akan dapat memupuk semangat kerjasama yang tinggi antara murid. Program ini dijalankan sebagai pengisian program tahunan anjuran bersama Panitia Matematik dan Panitia Pendidikan Seni Visual. 4.0 MATLAMAT

Upload: irdawati-kamaruzaman

Post on 24-Jun-2015

2.839 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja origami

KERTAS KERJA

PROJEK BERASASKAN SEKOLAH

MEMARTABATKAN MATEMATIK MELALUI KESENIAN ORIGAMI

1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini adalah bertujuan memohon kelulusan dan kerjasama pihak sekolah

(Guru Besar SK LKTP Bukit Permai) dalam menjalankan aktiviti dinyatakan di atas.

2.0 LATAR BELAKANG

Kursus BBP10402 – Creativity And Innovation adalah merupakan salah satu mata

pelajaran bagi Progam Pensiswazahan Guru Kohort 2 Ambilan Februari. Bagi semester

kedua ini, kerja kursus yang perlu dilaksanakan adalah berkaitan dengan ” Projek

Berasaskan Origami ” mengikut kreativiti ahli kumpulan pelaksana. Penganjuran aktiviti

ini diharap agar dapat memberikan manfaat kepada pihak sekolah terutama bagi murid-

murid tahun 5. Penganjuran aktiviti ini juga melibatkan seorang guru dari SK Kangkar Pulai

dan 2 orang Guru SK LKTP Bukit Permai.

3.0 JUSTIFIKASI

Melalui aktiviti dijalankan, murid-murid akan dapat menghasilkan lipatan asas untuk

menghasilkan bentuk 3-D yang lebih kompleks / sukar. Selain itu, program ini juga akan

dapat memupuk semangat kerjasama yang tinggi antara murid. Program ini dijalankan

sebagai pengisian program tahunan anjuran bersama Panitia Matematik dan Panitia

Pendidikan Seni Visual.

4.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan motivasi diri murid dalam pembelajaran.

Seterusnya program ini diharap agar dapat mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran.

Selain itu, kreativiti murid akan dapat diserlahkan dengan adanya aktiviti seperti ini.

5.0 BUTIRAN

5.1 Tarikh : 22 Oktober 2012 – 31 Oktober 2012

5.2 Lokasi/Tempat Program : SK LKTP Bukit Permai

5.3 Skop / sasaran : Murid Tahun 5 ( 23 Orang)

5.4 Tema : Memartabatkan Matematik Melalui Kesenian Origami

Page 2: Kertas kerja origami

5.5 Tentatif Program : 13 Oktober 2012

Mesyuarat AJK

Perbincangan penyediaan kertas kerja dan

aktiviti yang akan dijalankan.

15 Oktober 2012 – 19 Oktober 2012

Mesyuarat Guru-guru / Taklimat kepada

Murid

Penyediaan kertas kerja/ kertas cadangan

Anggaran kos

Bukti penghasilan

Pengumpulan kertas terpakai

22 Oktober 2012 – 24 Oktober 2012

Penghantaran Kertas cadangan kepada

Guru Besar

Bengkel

o Guru membimbing murid membuat

lipatan asas.

o Penerapan nilai berjimat cermat

(penggunaan kertas terpakai)

o Membimbing murid membina

origami 3-D strawberi , burung

layang-layang dan angsa.

29 Oktober 2012 – 31 Oktober 2012

Aktiviti kumpulan (pertandingan

menghasilkan origami 3-D yang telah

dipelajari.

Penghasilan hasil kerja kelas – seekor

angsa yang lebih besar dari hasil

pertandingan.

Refleksi .

5.6 AJK/Urusetia : 1. Mohd Azli B Hj Mohd Jali (Urusetia)

2. Marliana Bt Sehamat (Urusetia)

3. Hairul Anuar B Yaacob (Urusetia)

4. Cik Hajjah Salmiza Bt Mohyiddin (Guru Kelas 5)

Page 3: Kertas kerja origami

6.0 KEWANGAN

Hadiah

Tempat Pertama : RM 25.00

Tempat Kedua : RM 20.00

Tempat Ketiga : RM 15.00

Tempat Keempat : RM 10.00

Air Mineral : RM 30.00

JUMLAH : RM 100.00

7.0 IMPLIKASI

Jika program ini tidak diluluskan oleh Guru besar maka ia akan mempengaruhi keputusan

keseluruhan kami dalam mata pelajaran Creativity And Innovation. Selain itu, kami tidak

akan dapat menyempurnakan tugasan ini jika tiada persetujuan dan kerjasama yang baik

antara AJK Pelaksana dan Guru Besar, Guru-guru serta murid – murid yang terlibat.

8.0 KEPUTUSAN

Harapan kami semua adalah agar aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya sekaligus

mendatangkan manfaat kepada semua terutamanya murid-murid tahun 5.

Page 4: Kertas kerja origami

LAMPIRAN

LIPATAN ASAS

RAJAH PENERANGAN CATATAN1. Sediakan kertas segi

empat tepat dengan

ukuran 2 : 1 (contohnya

panjang 10 cm manakala

lebar 5 cm)

2. Lipat bucu kiri bertemu

bucu kanan.

Konsep matematik :

1. Ukuran

2. Bentuk 2-D

1. Hasil lipatan adalah seperti

rajah disebelah.

2. Buka semula lipatan.

Konsep matematik :

1. Separuh , setengah

(topik pecahan)

1. Seterusnya, lipat bucu atas

bertemu bucu bawah

Konsep matematik :

1. Pecahan perdua

2. Paksi simetri bentuk

segi empat tepat.

1. Buka semula lipatan

1. Hasil selepas dibuka

semula lipatan adalah

seperti rajah disebelah.

2. Lipat semula, bucu bawah

bertemu bucu atas.

Konsep matematik :

1. Pecahan perempat

2. Paksi simetri segi

empat tepat.

Page 5: Kertas kerja origami

LAMPIRAN

LIPATAN ASAS

RAJAH PENERANGAN CATATAN1. Lipat ke atas

1. Ulang langkah di atas

dengan melipat bahagian

sebelah ke atas.

1. Lipat ke dalam untuk

membentuk seperti rajah di

sebelah.

1. Ulang langkah di atas

untuk melipat bahagian

sebelahnya.

Konsep matematik :

1. Bentuk 2 matra

segiempat sama ( tajuk

ruang dan bentuk)

Page 6: Kertas kerja origami

LAMPIRANLIPATAN ASAS

RAJAH PENERANGAN CATATAN1. Lipat ke bawah

1. Hasil lipatan adalah seperti

rajah disebelah.

2. Lipat bucu kiri ke bucu

kananyang akan

menghasilkan rajah

seterusnya.

Konsep matematik :

1. Bentuk 2 matra (segi

tiga sama kaki)

1. Hasil lipatan adalah seperti

rajah di sebelah.

Konsep matematik :

1. Bentuk 2 matra (segi

tiga sama kaki sais

lebih kecil)

Page 7: Kertas kerja origami

LAMPIRAN

GAMBAR PROJEK YANG HENDAK DILAKSANAKAN

Page 8: Kertas kerja origami

LAMPIRAN

GAMBAR PROJEK YANG HENDAK DILAKSANAKAN

Page 9: Kertas kerja origami

LAMPIRAN

GAMBAR PROJEK YANG HENDAK DILAKSANAKAN

Page 10: Kertas kerja origami

LAMPIRAN

GAMBAR PROJEK YANG HENDAK DILAKSANAKAN

Page 11: Kertas kerja origami

LAMPIRAN

GAMBAR PROJEK YANG HENDAK DILAKSANAKAN

Page 12: Kertas kerja origami

LAMPIRAN

GAMBAR PROJEK YANG HENDAK DILAKSANAKAN

Page 13: Kertas kerja origami

LAMPIRAN

GAMBAR PROJEK YANG HENDAK DILAKSANAKAN

Page 14: Kertas kerja origami

LAMPIRAN

GAMBAR MODEL PROJEK YANG TELAH SIAP

Page 15: Kertas kerja origami

LAMPIRAN

GAMBAR MODEL PROJEK YANG TELAH SIAP

Disediakan : Disemak : Disahkan :

………………………………….. ………………………………. …………………………….(MARLIANA BINTI SEHAMAT) (MOHD AZLI B MOHD JALI) GURU BESAR

SETIAUSAHA PENGERUSI