kertas kerja mohon peruntukkan
DESCRIPTION
KV MYYTRANSCRIPT
KOLEJ VOKASIONAL MIRILORONG 10, JALAN JEE FOH, KROKOP, 98000 MIRI, SARAWAK
KERTAS KERJA
a) Permohonan Peruntukkan Kewangan Bagi Pembelian Bahan Pembelajaran
Diploma Vokasional Malaysia (Automotif)
1) Buku Rujukan Berkaitan Teknologi Automotif
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1.0 PENGENALAN
Kertas kerja ini adalah untuk memohon peruntukkan bagi pembelian bahan
pengajaran dan pembelajaran buku rujukan iaitubagi Modul Teknologi Automotif.
Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung
keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan.Selaras dengan
hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting
rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi
bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan
sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhikeperluan tenaga
manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat
menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang
keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk
mencari kerja.Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang
menekankan penyertaan swasta secara aktif.
Buku teks merupakan satu wadah penulisan yang mengandungi fakta,
pengetahuan dan maklumat lain yang diperlukan untuk membentuk minda pelajar.
Ianya tidak hanya berfokus kepada aspek peperiksaan sahaja tetapi lebih dari itu.
Penggunaaan bahasa yang ringkas dan padat, di samping ilustrasi yang menarik
diharap dapat merangsang minda pelajar menghayati matlamat dan objektif
pengajaran dan pembelajaran.
Buku teks dan rujukan sangat membantu anda dalam merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Ilustrasinya yang menarik dan aktiviti berpusatkan
murid akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas anda ‘hidup
dan menyeronokkan, ia perlu dijadikan sebagai sumber rujukan utama murid.
Kita hendaklah menanamkan kepada pelajar mengenai kepentingan mengguna
dan memelihara buku teks. Pendekatan Buku Teks Semakan Semula diharapkan
menjadi rujukan terkini pelajar. Isu pelajar sering mendapatkan sumber dari buku
tambahan luar lebih dari buku teks seharusnya dapat diatasi.
2.0 SASARAN
Pelajar-pelajar Teknologi Automotif Tahun 1 dan untuk pembaca yang ingin
mendalami bidang Automotif.
3.0 OBJEKTIF
Tujuan penggunaan buku-buku tersebut adalah:-
3.1 Memenuhi keperluan KSKV di mana pelajar memerlukan bahan rujukan
sebagai bahan rujukan; dan
3.2 Meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar dari segi teori dan amali dalam
menguasai ilmu berkaitan Automotif.
4.0 BILANGAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG
DIPERLUKAN
Bagi tujuan ini, permohonan bilangan bahan pengajaran dan pembelajaran:-
- Rujuk lampiran yang disediakan.
5.0 SPESIFIKASI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
- Rujuk lampiran yang disediakan.
6.0 MODUL KSKV YANG BERKAITAN
- Rujuk KSKV Teknologi Automotif.
7.0 SUMBER PERUNTUKKAN KEWANGAN
Unit Automotif Kolej Vokasional Miri akan amat komited dalam merealisasikan
transformasi pendidikan bidang teknik dan vokasional. Dengan adanya bahan-
bahan ini kelak, maka diharapkan ia dapat digunakan oleh semua Kohort
termasuk guru sebagai bahan rujukan bagi menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih lancar.
Dengan ini, perbelanjaan pembelian buku-buku ini akan menggunakan wang
peruntukkan per kapita pelajar (PCG) dan ia tidak melebihi 10% daripada nilai
yang diperuntukkan.
8.0 PENUTUP
Adalah diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya demi
pembangunan kemahiran pelajar secara khususnya, dan Negara secara amnya.
Sekian, terima kasih.
Disediakan Oleh: Disemak Oleh:
……………………. ……………………………………..
Ahmad Nizam Bin Yahaya Choo Siak Lan
Unit Automotif Pengarah
Kolej Vokasional Miri Kolej Vokasional Miri