tuan speaker, 1. saya mohon membentangkan belanjawan … · tuan speaker, 1. saya mohon...

64
1 UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 1999 Oleh Y.B. TIMBALAN KETUA MENTERI/MENTERI KEWANGAN DATUK SERI PANGLIMA OSU HJ. SUKAM Di Dewan Undangan Negeri Pada Isnin, 16 November 1998 Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. 2. Ini adalah Ucapan Belanjawan saya yang pertama dalam Dewan Yang Mulia ini. Saya merasa bersyukur dan bertuah kerana dengan izin Allah s.w.t. dapat menunaikan tanggungjawab yang saya anggap sebagai cabaran penting bagi saya lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang lembab dan krisis kewangan yang melanda negara kita dan rantau Asia Timur sejak 16 bulan lalu. Krisis ekonomi yang mencengkam Asia Timur termasuk negara kita dewasa ini membawa bersama-samanya pelbagai kesan dan implikasi.

Upload: doanphuc

Post on 15-Mar-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

1

UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 1999

Oleh

Y.B. TIMBALAN KETUA MENTERI/MENTERI KEWANGAN DATUK SERI PANGLIMA OSU HJ. SUKAM

Di Dewan Undangan Negeri Pada Isnin, 16 November 1998

Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999

untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini.

2. Ini adalah Ucapan Belanjawan saya yang pertama dalam

Dewan Yang Mulia ini. Saya merasa bersyukur dan

bertuah kerana dengan izin Allah s.w.t. dapat

menunaikan tanggungjawab yang saya anggap sebagai

cabaran penting bagi saya lebih-lebih lagi dalam

keadaan ekonomi yang lembab dan krisis kewangan yang

melanda negara kita dan rantau Asia Timur sejak

16 bulan lalu. Krisis ekonomi yang mencengkam Asia

Timur termasuk negara kita dewasa ini membawa

bersama-samanya pelbagai kesan dan implikasi.

Page 2: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

2

Diantara lain ianya mencetuskan huru-hara ke atas

sistem pengurusan kewangan bukan sahaja di negara

kita, tetapi juga di negara-negara Asia yang lain. Kita

semua sedia maklum bahawa kesan-kesan kegawatan

ekonomi serantau telahpun disentuh secara luas dan

mendalam oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam

Ucapan Belanjawan Negara pada 23 Oktober 1998.

Saya amat kagum di atas langkah-langkah berani yang

diambil oleh Kerajaan Pusat untuk menyelamatkan

negara dan seterusnya berusaha bersungguh-sungguh

untuk memulihkan ekonomi menerusi dasar-dasar

kewangan dan fiskal yang telahpun menunjukkan kesan-

kesan yang positif dalam jangka masa yang pendek.

Ketangkasan pimpinan Kerajaan untuk membendung

keadaan daripada menjadi lebih buruk telah menarik

perhatian serta minat para pemimpin dan pakar-pakar

ekonomi antarabangsa, maka sewajarnya harus diberi

setinggi-tinggi pengiktirafan.

Page 3: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

3

Tuan Speaker,

3. Belanjawan Tahun 1999 adalah Belanjawan ke-5 yang

dibentangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum

Dewan Yang Mulia ini dibubarkan. Adalah menjadi

kewajipan saya selaku Menteri yang memegang

portfolio kewangan untuk membimbing ekonomi negeri

supaya terus bergerak ke arah pertumbuhan yang

mampan, ke arah peningkatan produktiviti dan

seterusnya, mengorak langkah-langkah untuk

memulihkan ekonomi dan kewangan negeri. Kita di

Sabah merasa bersyukur dengan kebijaksanaan

kepimpinan Kerajaan Pusat, kerana dengan adanya Pelan

Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN), strategi-strategi

untuk memulihkan ekonomi di peringkat Nasional telah

membuka laluan kepada perancangan pemulihan

di peringkat negeri. Kesan yang nyata akibat

kemelesetan ini ke atas sektor komersial, ialah

pengurangan pelaburan dan permintaan. Bagi sektor

awam pula, telah mengalami penurunan hasil.

Page 4: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

4

Namun demikian kewibawaan serta keyakinan atas

kebolehan sendiri yang ditonjolkan oleh barisan

pemimpin-pemimpin Kerajaan Barisan Nasional hari ini,

sama ada di peringkat Pusat mahupun Negeri, telah

mencipta ‘the Malaysia Way’, untuk mengekalkan

suasana kestabilan dalam sistem ekonomi dan berjaya

meredakan keadaan tidak menentu yang ditimbulkan

oleh kemelesetan ekonomi dan krisis kewangan

serantau. Meskipun pemulihan ekonomi bergantung

kepada faktor-faktor dan pengaruh luar negara, tetapi

masih banyak usaha yang kita boleh lakukan sendiri.

Tuan Speaker,

4. Adalah jelas bahawa Belanjawan Negeri bagi tahun

1999 mengambilkira pelbagai aspek pengurusan yang

boleh mencergaskan ekonomi di samping menekankan

keberkesanan kos dalam pelaksanaan bagi mencapai

matlamat sesuatu program. Belanjawan–belanjawan

yang dibentangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional bagi

Page 5: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

5

tempoh 4 tahun yang lalu telah menghasilkan asas-asas

ekonomi yang kukuh bagi Sabah dalam menghadapi

kesan-kesan kemelesetan ekonomi. Saya tidak

menafikan bahawa terdapat kepincangan dan kelemahan

dalam penggunaan sumber kewangan negeri, kerana

terdapat unsur-unsur pembaziran, penggunaan yang

tidak produktif dan kurang atau tidak effisien dari segi

kos. Namun Kerajaan sedang memberikan perhatian

yang serius dan mengambil langkah-langkah yang

sewajarnya untuk membetulkan keadaan supaya apa

juga bentuk pembaziran wang awam yang berlaku dapat

dibendung. Hanya pengurusan ekonomi yang diletak di

atas premis yang kukuh dan cekap sahaja dapat

menangkis ancaman-ancaman yang menggugat

kesejahteraan negara dan rakyat dan sekaligus dengan

itu dapat memulihkan kemelesetan ekonomi. Sebagai

persediaan untuk menangani kelembapan hasil negeri

bagi tahun ini, Kementerian Kewangan telah mengambil

langkah awal untuk mengurangkan perbelanjaan yang

diluluskan pada tahun ini iaitu sebanyak RM367.89 juta.

Page 6: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

6

5. Oleh yang demikian Belanjawan Tahun 1999

menggariskan beberapa strategi iaitu:

(i) Memperkukuhkan kewangan negeri menerusi

perbelanjaan berhemat dan keberkesanan kos;

(ii) Merasionalisasi fungsi organisasi bagi

meningkatkan prestasi sektor awam;

(iii) Meneruskan pembangunan kemudahan-kemudahan

infrastruktur awam bagi menggiatkan

perkembangan sektor industri dan sosio-ekonomi;

(iv) Memperkukuhkan asas-asas ekonomi khususnya

bagi sektor-sektor produktif seperti pelancongan,

industri pembuatan, perusahaan berasaskan

pertanian dan perhutanan;

(v) Menyelaras usaha Kerajaan Persekutuan untuk

mengawal kenaikan kadar inflasi;

(vi) Mempertingkatkan pembangunan di luar bandar

dalam semua bidang khususnya dalam pembasmian

kemiskinan;

Page 7: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

7

(vii) Meneruskan program bantuan sosial untuk

menjamin kesejahteraan rakyat;

(viii) Merangsang peranan agensi-agensi awam untuk

mendokong tindakan pemulihan ekonomi negeri; dan

(ix) Menekankan pembangunan sumber manusia.

Persekitaran Ekonomi Dunia

Tuan Speaker,

6. Krisis kewangan dan matawang negara-negara Asia

adalah faktor utama menyebabkan output ekonomi dunia

yang perlahan pada tahun ini. Krisis ini telah merebak

ke Rusia, Afrika Selatan, Australasia dan Amerika Latin

dan akan terus mengancam ekonomi dan sistem kewangan

dunia, kecuali usaha dan langkah-langkah yang padu

diambil oleh masyarakat kewangan antarabangsa untuk

membentuk sistem kawalan yang realistik bagi mengatasi

pergolakan pasaran kewangan dunia yang kebelakangan

ini semakin menjadi tidak terkawal. Justeru itu

Page 8: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

8

pertumbuhan ekonomi dunia dijangka berkembang

perlahan pada kadar 2.00% dalam tahun 1998 dan

mengukuh pada 2.50% dalam tahun 1999 berbanding

4.10% dalam tahun 1997.

Tuan Speaker,

7. Saya ingin menyentuh sedikit sebanyak mengenai

pergolakan ekonomi Amerika Syarikat, Jepun, China dan

Eropah yang mempunyai pengaruh besar ke atas ekonomi

dunia. Amerika Syarikat menunjukkan kadar

pertumbuhan sederhana iaitu 3.50% tahun ini dan

2.00% pada tahun 1999 berbanding dengan kadar 3.90%

pada tahun 1997. Kesan daripada krisis ekonomi di Asia,

telah melemahkan permintaan luaran (external demand)

dan gangguan ke atas eksport barangan kapital Amerika

Syarikat, menyebabkan defisit akaun semasa bertambah.

Kadar pertumbuhan negara Jepun, sebagai kuasa

ekonomi Asia yang terunggul, dijangka berada pada

kadar negatif 2.50% dalam tahun 1998 dan dijangka

Page 9: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

9

meningkat sedikit kepada 0.50% pada tahun hadapan.

Hubungan dagangannya yang meluas dan pinjaman

kewangan yang besar kepada negara-negara Asia yang

lain menyebabkan ekonomi Jepun lebih tergugat

berbanding negara-negara industri yang lain. Faktor-

faktor dalaman yang tidak begitu menggalakkan akibat

daripada kenaikan cukai penggunaan pada bulan April

tahun ini dan kelembapan gunatenaga dan pendapatan

maka, permintaan domestik yang merupakan faktor

penting bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi Jepun

telah menguncup dan terus dingin. Penurunan nilai yen

dan krisis sektor perbankan dan kewangan yang belum

selesai turut membawa masalah. Semua petunjuk-

petunjuk tersebut tidak memungkinkan ekonomi Jepun

menjadi pulih dalam masa yang singkat. Walaupun China

secara relatifnya tidak tergugat ekoran daripada krisis

ekonomi di Asia, kerana amalan akaun modal mereka yang

tertutup, namun ketidakstabilan di Jepun telah

menjejaskan unjuran KDNK sebenar di China. Daripada

pertumbuhan pada 8.80% tahun lepas, China diramal

Page 10: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

10

berkembang secara perlahan pada 5.50% dalam tahun

1998 dan lebih tinggi sedikit pada tahun 1999. Ini

adalah disebabkan oleh banjir besar yang melanda China

yang telah mengakibatkan pengangguran. Daya saing

China juga turut terjejas akibat penurunan nilai

matawang negara-negara Asia yang lain kerana ini

seterusnya akan mengurangkan eksport. Walau

bagaimanapun kedudukan akaun semasa China dijangka

akan terus mengalami lebihan dan rezab tukaran

asingnya masih lagi mencukupi.

8. Di benua Eropah, pemulihan ekonomi mereka yang

bertambah kukuh sepanjang tahun 1997 dijangka

menjadi sederhana dalam tahun 1998 dan 1999.

Pertumbuhan di Eropah diramalkan masing-masing pada

3.00% dan 2.50% pada tahun 1998 dan 1999 berbanding

2.50% pada tahun lepas. Unjuran pertumbuhan mereka

sepatutnya lebih baik jika tidak kerana kesan

kelembapan, terutamanya ke atas jumlah eksport akibat

kemelesetan di Asia. Jerman dijangka akan mencatat

Page 11: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

11

pertumbuhan KDNK sebenar pada 2.60% dan 2.50%

masing-masing pada tahun 1998 dan 1999 berbanding

2.20% dalam tahun 1997. Pertumbuhan ini didorong

oleh faktor eksport yang berterusan dan pengurangan

kadar pengangguran. Negara Perancis pula akan

bergantung sepenuhnya kepada eksport untuk mencapai

pemulihan yang berterusan pada tahun ini. Peningkatan

permintaan domestik, pelaburan dan penurunan kadar

pengangguran dan penurunan kadar inflasi bermakna

pertumbuhan di Perancis diramal kukuh pada 3.10% dan

2.80% masing-masing pada tahun 1998 dan 1999

berbanding 2.30% tahun lepas.

Ekonomi Malaysia

Tuan Speaker,

9. Rekod kadar pertumbuhan yang tinggi di Malaysia dalam

tempoh satu dekad telah dimusnahkan oleh jangkitan

Asia. Daripada pencapaian pertumbuhan tahunan yang

Page 12: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

12

membanggakan pada kadar lebih 8.00% selama lebih

sepuluh (10) tahun kebelakangan, negara kita kini

berhadapan dengan kemelesetan ekonomi. Keadaan

sistem kewangan antarabangsa yang tidak terkawal,

telah memberi peluang kepada pedagang dan spekulator

pasaran mata wang asing yang tidak berprinsip untuk

melemahkan ekonomi dan keutuhan sosial negara kita.

Perihal bagaimana dan mengapa fenomena buruk ini

berlaku telahpun diulas dengan panjang lebar oleh YAB

Perdana Menteri Malaysia dalam Ucapan Belanjawan

Negara baru-baru ini. Memandangkan perkembangan

yang tidak sihat ini, Kerajaan Malaysia telah mengambil

langkah-langkah yang drastik dengan matlamat untuk

melindungi ekonomi kita daripada kegiatan manipulasi

dan spekulasi di pasaran matawang dan pasaran saham

dan seterusnya menstabilkan perdagangan luar.

10. Pertumbuhan sebenar KDNK Malaysia pada

keseluruhannya dijangka akan menguncup sebanyak

4.80% tahun ini, iaitu perbezaan 12.5 mata peratus

Page 13: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

13

apabila dibandingkan dengan pertumbuhan 7.70% yang

dicapai pada tahun 1997. Walau bagaimanapun dengan

adanya peningkatan kawalan dari segi kewangan dan

fiskal yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan

Persekutuan, Malaysia dijangka akan masih dapat

mencatat pertumbuhan yang positif, iaitu pada kadar

1.00% pada tahun 1999.

11. Krisis serantau telah turut mempengaruhi Indeks

Harga Pengguna (CPI) Malaysia yang dahulunya rendah

dan stabil. Inflasi dijangka akan meningkat daripada

2.70% tahun lepas kepada 5.00% tahun 1998. Walau

bagaimanapun, saya berkeyakinan bahawa dengan

perlaksanaan langkah-langkah yang tertentu dalam

Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN) dan usaha-

usaha bersepadu daripada semua pihak yang berkenaan,

kadar inflasi pada tahun hadapan dijangka dapat

dikurangkan kepada sekitar 3.50%.

Page 14: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

14

Ekonomi Sabah

Tuan Speaker,

12. Sabah telah mencapai pertumbuhan ekonomi pada

3.00% tahun lepas dari segi KDNK sebenar berbanding

6.10% pada tahun 1996. Sebahagian besarnya

disumbangkan oleh sektor pertanian, perkilangan dan

perkhidmatan yang menyumbang lebih daripada 60.00%

kepada KDNK sebenar negeri. Walau bagaimanapun,

proses pemulihan dan pengukuhan serta pengembangan

ekonomi Sabah telah terjejas disebabkan keadaan

ekonomi di beberapa sektor yang masih berada dalam

keadaan genting dan juga berikutan dengan

pertumbuhan yang lembab yang dialami di kalangan

rakan-rakan dagangan utama kita.

13. Ekonomi negeri dijangka akan tumbuh pada kadar

positif iaitu 2.60% dalam tahun 1998 dan akan

meningkat kepada 3.20% pada tahun 1999.

Page 15: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

15

14. Pertumbuhan yang optimistik akan dirasai walaupun

ekonomi serantau masih menghadapi masalah. Ini

adalah kerana pertambahan besar dalam eksport, yang

menyumbang lebih daripada 75.00% kepada KDNK

sebenar Sabah, dalam nilai pembeli. Sepanjang lapan

bulan pertama tahun ini, eksport kita telah meningkat

sebanyak 26.00% kepada RM8.89 billion berbanding

RM7.05 billion pada masa yang sama pada tahun 1997.

Ini adalah perkembangan yang membanggakan bila

dibandingkan dengan kadar pertumbuhan eksport kasar

yang dicapai pada tahun lepas, iaitu sebanyak 5.60%.

Tuan Speaker,

15. Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah dan

strategi yang telah dikenalpasti oleh Majlis Tindakan

Ekonomi Negara (NEAC) dan Majlis Tindakan Ekonomi

Negeri (SEAC) dalam mengawasi kadar inflasi untuk

memastikan ia berada pada paras yang terkawal.

Page 16: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

16

Indeks harga pengguna Sabah telah meningkat pada

kadar 4.10% dalam tempoh Januari – September tahun

ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Dengan

adanya kawalan kadar pertukaran dan usaha daripada

semua pihak, saya yakin bahawa kadar inflasi Sabah

dijangka berada di bawah 4.00% pada tahun ini dan

tahun hadapan.

16. Sektor ekonomi utama untuk tahun 1998 dan 1999

diramalkan datangnya daripada pertanian dan

penternakan serta perlombongan dan kuari yang mana

gabungan sektor-sektor ini telah menyumbang lebih

kurang 40.00% kepada jumlah KDNK sebenar Sabah.

Kedua-dua sektor ini akan digalakkan lagi oleh

peningkatan yang besar dalam eksport produk minyak

sawit dan petroleum mentah yang pada masa ini

merupakan eksport komoditi utama negeri dari segi

nilai. Sepanjang lapan bulan pertama tahun ini, eksport

bagi kedua-dua komoditi ini semakin teguh dengan

adanya permintaan yang tinggi dan harga di pasaran

Page 17: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

17

dunia yang sangat baik. Gabungan nilai eksport produk

minyak sawit dan petroleum mentah sepanjang tempoh

ini menyumbang sebanyak 49.50% kepada jumlah kasar

eksport Sabah dan faktor inilah yang membawa unjuran

yang positif KDNK sebenar negeri Sabah.

17. Dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, jumlah

eksport produk minyak sawit meningkat sebanyak

13.54% kepada 1.375 juta ton daripada 1.211 juta ton

pada masa yang sama dalam tahun 1997, dimana nilai

eksport meningkat hampir 98.71%, iaitu kepada

RM3.086 billion daripada RM1.553 billion.

18. Petroleum mentah telah mengambil alih tempat papan

lapis sebagai komoditi eksport kedua terbesar negeri

tahun ini. Sepanjang tempoh bulan Januari hingga Ogos

1998, jumlah eksport petroleum mentah meningkat

sebanyak 51.00% iaitu kepada 3.07 juta ton daripada

2.033 juta ton dalam masa yang sama bagi tahun 1997.

Page 18: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

18

Nilai eksportnya telah meningkat sebanyak 57.82%

iaitu kepada RM1.321 billion daripada RM0.837 billion.

19. Sektor perhutanan dan pembalakan yang selama ini

menjadi penyumbang utama kepada KDNK Sabah, kini

telah mengalami kemerosotan berbanding dengan

sektor-sektor ekonomi yang lain. Tahun ini pengeluaran

kayu adalah dijangka dalam sekitar 6.00 juta kubik

meter. Dalam tempoh setengah tahun pertama tahun

ini, pengeluaran kayu telah mencapai 3.35 juta kubik

meter. Angka ini adalah 7.40% lebih rendah daripada

pengeluaran bagi tempoh yang sama tahun lepas.

20. Sektor-sektor seperti pembinaan, jualan borong dan

runcit, restoran dan hotel dijangka tumbuh pada kadar

yang perlahan. Meskipun demikian, sektor-sektor ini

masih dapat menyumbang sebanyak 18.00% kepada

jumlah KDNK Sabah.

Page 19: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

19

21. Sektor perkhidmatan mungkin akan mengalami

pertumbuhan yang stabil. Kelembapan dalam sektor

perbankan dan kewangan mungkin dapat diseimbangi

(offset) oleh lain-lain industri seperti pengangkutan.

Syarikat-syarikat dalam perkhidmatan ini diramal akan

mencatat peningkatan pendapatan menerusi

peningkatan caj-caj pengangkutan dan perkapalan,

kargo dan penyimpanan (stor). Industri lain yang

dijangka akan mengalami pertumbuhan dalam sektor

perkhidmatan ialah industri pelancongan. Pada suku

tahun pertama tahun 1998, jumlah pelawat yang datang

ke Sabah telah bertambah sebanyak 8.63% iaitu,

kepada 140,625 orang pelawat berbanding dengan

128,488 orang pelawat yang dicatat pada masa yang

sama tahun lepas. Untuk menjamin pertumbuhan kedua-

dua sektor ini, iaitu perkapalan dan pelancongan,

pemberian insentif berkaitan percukaian telahpun

diumumkan dalam Belanjawan Negara.

Page 20: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

20

22. Walau bagaimanapun sektor pembuatan yang

menyumbang 15.00% kepada KDNK Sabah adalah

membimbangkan. Kebanyakan komoditi eksport

berkaitan dengan perkayuan, yang menyumbang kepada

KDNK Sabah seperti papan lapis, kayu bergergaji dan

veneer menurun nilai eksport masing-masing bagi

tempoh enam bulan pertama tahun ini. Papan lapis

merosot sebanyak 25.00%, kayu bergergaji 20.30% dan

lapisan veneer sebanyak 33.10%. Ini disebabkan oleh

permintaan di pasaran dunia yang menurun dan

kelembapan harga pasaran bagi kebanyakan komoditi

tersebut. Namun begitu, lain-lain komoditi eksport

yang turut menyumbang kepada sektor perusahaan,

seperti methanol, HBI dan percetakan tidak bersalut

serta kertas tulis secara keseluruhannya, telah

mencatat kenaikan sebanyak 23.40%. Sektor

pembuatan berkemungkinan akan bergerak perlahan

dalam tahun 1998 tetapi diramal akan bertambah baik

pada tahun hadapan.

Page 21: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

21

23. Berkaitan dagangan luar, Sabah mencatat lebihan

dagangan yang sihat sebanyak RM2,596.81 juta

sepanjang tempoh daripada Januari hingga Ogos 1998

berbanding dengan defisit sebanyak RM449.84 juta

bagi masa yang sama tahun lepas. Ini adalah

disebabkan pencapaian pendapatan eksport negeri yang

baik bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini dimana

pendapatan eksport telah meningkat sebanyak 26.00%

berbanding penurunan sebanyak 16.70% dalam import.

Anggaran Belanjawan Tahun 1999

Tuan Speaker,

24. Setelah mengambilkira strategi-strategi Belanjawan

1999 dan senario ekonomi negeri pada tahun hadapan,

saya mencadangkan sejumlah RM1,185.65 juta

diperuntukkan bagi tahun 1999. Jumlah ini adalah

peruntukan yang sederhana. Daripada jumlah ini

sebanyak RM872.65 juta atau 73.60% adalah untuk

Page 22: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

22

perbelanjaan Perbekalan dan RM313.00 juta atau

26.40% adalah untuk caruman kepada Kumpulan Wang

Pembangunan Negeri.

Anggaran Hasil

Tuan Speaker,

25. Hasil bagi tahun hadapan adalah diramalkan sebanyak

RM1,213.51 juta; iaitu, menunjukkan penurunan 10.35%

berbanding dengan Anggaran Hasil disemak bagi tahun

1998, iaitu, RM1,353.68 juta. Anggaran asal ialah

RM1,727.35 juta. Pengurangan sebanyak 21.63%

daripada Anggaran Hasil asal bagi tahun ini wajar

dilakukan memandangkan kelembapan ekonomi dan

kewangan yang sedang dialami. Sumber daripada hasil

hutan, yang merupakan penyumbang utama telah

mengalami kelembapan pasaran hingga menyebabkan

penurunan pungutan kepada RM331.67 juta iaitu,

penurunan lebih daripada 45.00% daripada cadangan

Page 23: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

23

pungutan asal yang dianggarkan sebanyak RM611.80

juta. Di samping itu, kelembapan yang dialami di

pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur, Kerajaan Negeri

memutuskan supaya tidak meneruskan cadangan untuk

penyenaraian Sawit Kinabalu Sdn. Bhd. Oleh yang

demikian RM500.00 juta yang dianggar sebagai hasil

daripada penyenaraian tersebut tidak akan menjadi

kenyataan. Bagi menampung kekurangan hasil akibat

pembatalan eksesais ini, Kerajaan Negeri telah

menghendaki Sawit Kinabalu Sdn. Bhd. menjelaskan

hutangnya dengan Kerajaan melalui keuntungan yang

diperolehi daripada perniagaannya. Dengan pembayaran

tertentu yang telah diterima dan melalui usaha-usaha

untuk menambah pungutan hasil daripada sumber-

sumber lain, Kerajaan Negeri yakin hasil yang disemak

semula bagi tahun 1998 sebanyak RM1,353.68 juta

boleh dicapai.

Page 24: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

24

Tuan Speaker,

26. Walaupun keadaan ekonomi dijangka akan bertambah

cerah pada tahun hadapan, didapati kesan positif ini

tidak dapat mengatasi kadar penurunan hasil daripada

sektor perhutanan akibat daripada kemerosotan

sumber hutan. Sumbangan sektor perhutanan bagi

tahun 1999, yang dijangka sebanyak RM260.37 juta

atau 21.46%, daripada keseluruhan hasil negeri, adalah

berbeza di antara 30.00% hingga 50.00% daripada

sumbangan bagi tahun-tahun yang lalu. Pengiraan hasil

perhutanan bagi tahun 1999 adalah berdasarkan

jangkaan pengeluaran balak sebanyak 3.00 juta kubik

meter sahaja. Lebih kurang 92.00% daripada hasil

perhutanan adalah melalui royalti dan bayaran keluaran

hutan dan premium kayu balak . Mulai bulan April tahun

ini Kerajaan telah menghapuskan royalti eksport kayu

diproses bagi membantu industri kayu-kayan.

Page 25: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

25

27. Sumbangan daripada Kastam dijangka meningkat

berikutan pemulihan keadaan ekonomi pada tahun 1999.

Oleh yang demikian Jabatan Kastam dan Eksais Diraja

telah menetapkan sasaran hasil sebanyak

RM250.05 juta, iaitu, merupakan peningkatan 25.56%

berbanding dengan Anggaran Hasil disemak 1998

sebanyak RM199.144 juta. Seperti biasa hasil daripada

sumber ini adalah melalui cukai import dan cukai eksais

ke atas barang-barang keluaran petroleum. Dengan

sumbangan sebanyak 20.62% daripada keseluruhan hasil

negeri, sumber Kastam telah menjadi penyumbang

kedua terbesar selepas perhutanan.

Tuan Speaker,

28. Berikutan dengan kemerosotan sumber hutan, Kerajaan

Negeri telah menumpukan perhatian terhadap sumber

tanah bagi meningkatkan hasil. Melalui usaha yang gigih

dan yang terancang, kutipan hasil setakat Ogos 1998

sebanyak RM104.96 juta telah melebihi anggaran asal

Page 26: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

26

sebanyak RM100.40 juta daripada sumber ini.

Berdasarkan prestasi yang begitu menggalakkan maka

hasil daripada sumber tanah bagi tahun 1998 telah

disemak semula kepada RM144.53 juta iaitu,

peningkatan sebanyak 43.96%. Adalah dijangka

prestasi baik ini akan berterusan, maka anggaran hasil

sumber tanah bagi tahun 1999 diramalkan sebanyak

RM205.44 juta, merupakan peningkatan 42.14%. Sama

seperti tahun ini, sebahagian besar daripada hasil tanah

adalah melalui peningkatan pungutan premium tanah

akibat daripada pertambahan pemberian hak milik tanah

dan pertukaran status tanah.

29. Sektor perlombongan dijangka menyumbangkan

RM103.18 juta pada tahun hadapan. Daripada jumlah ini

RM100.19 juta adalah royalti daripada petroleum dan

RM2.99 juta lagi royalti daripada tembaga. Bagi tahun

ini kutipan sebenar daripada royalti petroleum sebanyak

RM85.66 juta adalah melebihi anggaran asal sebanyak

RM75.66 juta disebabkan peningkatan kadar

Page 27: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

27

pengeluaran minyak mentah dan gas asli berikutan

permintaan yang kukuh. Adalah dijangka keadaan ini

akan kekal di tahun hadapan. Manakala hasil daripada

royalti tembaga dianggarkan sebanyak RM2.99 juta; ini

merupakan peningkatan 14.10% dibandingkan dengan

Anggaran Hasil yang disemak semula bagi tahun 1998

iaitu RM2.69 juta.

Tuan Speaker,

30. Kerajaan Persekutuan dijangka akan menyumbangkan

jumlah peruntukan sebanyak RM91.81 juta di tahun

1999, yang merupakan peningkatan 3.15% jika

dibandingkan dengan anggaran 1998 sebanyak RM89.00

juta. Daripada jumlah ini RM58.06 juta adalah dalam

bentuk Pemberian mengikut Perlembagaan yang

termasuk Pemberian mengikut Kiraan Kepala, Pemberian

Khas dan Pemberian Pertambahan Hasil. Bakinya,

sebanyak RM33.75 juta adalah merupakan peruntukan

yang disediakan bagi menemui tuntutan yang akan

Page 28: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

28

dikemukakan semasa tahun 1999. Saya yakin hubungan

rapat yang sedia terjalin dengan Kerajaan Persekutuan

akan memudahkan pengeluaran sepenuhnya jumlah

sumbangan yang dianggarkan bagi tahun 1999.

Tuan Speaker,

31. Pada akhir tahun 1997, Kerajaan Negeri telah

meluluskan peruntukan undang-undang menerusi

Enakmen Badan-Badan Berkanun yang bertujuan untuk

membolehkan Kerajaan meningkatkan serta

memperbaiki kawalan melalui penyelarasan dalam urusan

atau prosedur-prosedur pentadbiran Badan-Badan

Berkanun. Pada masa ini terdapat 17 buah Badan-Badan

Berkanun yang mempunyai sejumlah 122 buah anak

syarikat di Sabah. Beberapa siri taklimat dan

perbincangan telahpun diadakan bagi penyediaan garis

panduan yang berpatutan. Perlaksanaan Enakmen ini

akan dapat memastikan penggunaan dan pengagihan

sumber-sumber secara optima; mengelakkan amalan-

Page 29: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

29

amalan pembaziran serta melaksanakan projek-projek

yang produktif dan membawa kesan positif kepada

hasil negeri. Sehubungan dengan perkembangan

sedemikian maka dijangka daripada jumlah hasil

sebanyak RM49.41 juta melalui Pungutan, Dividen dan

Faedah pada tahun 1999, sebahagian besar daripada

jumlah tersebut, iaitu RM30.00 juta, adalah merupakan

dividen yang akan dibayar kepada Kerajaan Negeri.

Dengan mengambilkira nilai saham-saham yang dipegang

oleh Kerajaan Negeri iaitu sebanyak RM1.6 billion,

didapati amaun dividen yang dianggarkan ini adalah

konservatif dan boleh dicapai.

32. Walaupun berhadapan dengan keadaan ekonomi

sekarang Kerajaan Negeri juga berharap agar Agensi-

agensi awam yang berkenaan dapat mengambil berat

tentang bayaran balik pinjaman mereka kepada

Kerajaan Negeri. Setakat 31.12.1997 jumlah hutang

agensi-agensi awam adalah RM1.9 billion. Setelah

mengambilkira potensi agensi-agensi awam, pada tahun

Page 30: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

30

1999, pungutan di bawah Pelbagai Hasil yang

dianggarkan adalah sebanyak RM168.37 juta dan

daripada jumlah ini RM150.00 juta dijangka dikutip

menerusi bayaran balik pinjaman negeri. Ingin

ditekankan di sini bahawa tanpa bayaran balik adalah

sukar bagi Kerajaan untuk meluluskan pinjaman

tambahan kepada Agensi-agensi yang berhutang. Saya

juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menggesa

supaya Agensi-agensi awam Negeri meningkatkan usaha

dan prestasi untuk menjadi lebih berdikari dengan

mempertingkatkan kecekapan dan produktiviti. Pihak

pengurusan Agensi-agensi awam harus menggunakan

potensi, peluang dan sumber yang ada pada mereka ke

tahap yang optima. Yang diperlukan ialah imaginasi,

kreativiti dan kesungguhan. Kemelesetan ekonomi yang

kita alami tidak sewajarnya dijadikan sebagai alasan

untuk berpuashati dengan pencapaian yang minima,

untuk tidak menambah usaha atau lebih buruk lagi untuk

menutup kelemahan yang ada. Sebaliknya kemelesetan

ekonomi sepatutnya dianggap sebagai cabaran untuk

Page 31: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

31

mendorong kepada komitmen dan usaha yang lebih gigih

dan bijaksana. Mentaliti dan budaya subsidi yang

sentiasa mengharap bantuan tidak sepatutnya wujud

lagi setelah sekian lama kita merdeka.

Tuan Speaker,

33. Satu lagi sumber hasil yang penting adalah pendapatan

dari Jualan Air yang dianggarkan berjumlah RM60.425

juta pada tahun 1999. Jumlah ini merupakan

peningkatan yang besar iaitu 146.00% berbanding

dengan anggaran hasil yang disemak sebanyak

RM24.487 juta. Pertukaran sistem bil lama kepada

sistem bil berkomputer pasti akan menghasilkan sistem

kutipan bayaran yang lebih teratur, kemas dan cekap,

meskipun masih terdapat masalah dan kerumitan pada

masa ini. Adalah dijangkakan bahawa Jabatan Air

dapat mengutip hasil sebanyak RM60.425 juta bagi

tahun 1999 berdasarkan keyakinan masalah teknikal

Page 32: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

32

yang wujud dapat diatasi selewat-lewatnya pada akhir

tahun ini.

34. Selain daripada hasil-hasil yang telah dinyatakan

di atas, Hasil Kerajaan Negeri juga termasuk butiran-

butiran biasa seperti Sewaan Bangunan Kerajaan yang

akan menyumbangkan RM17.84 juta; Hasil dalam

Negeri dan Lesen-lesen dijangka berjumlah RM2.47

juta; Hasil daripada Perkhidmatan Kerajaan Tertentu

seperti Bayaran Mahkamah dan Bayaran Balik dijangka

berjumlah RM1.61 juta; Keretapi sebanyak

RM0.92 juta dan Pelabuhan dan Dermaga sebanyak

RM1.59 juta.

Perbelanjaan Perbekalan 1999

Tuan Speaker,

35. Belanjawan bagi tahun 1999 akan menguji kewibawaan

Kerajaan untuk menunaikan tanggungjawabnya dalam

Page 33: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

33

keadaan yang berbeza daripada tahun-tahun terdahulu.

Penurunan hasil bagi tahun depan, mewajarkan

penyusunan semula program-program Kerajaan mengikut

prioriti yang ditentukan. Program-program yang

berupaya menjana pendapatan akan diberi keutamaan.

Disamping itu, pelarasan perlu dilakukan keatas

tatacara mengurus dan berbelanja. Pendekatan kos

efektif mestilah diamalkan bukan sahaja kerana kita

sedang menghadapi kemelesetan tetapi kita seharusnya

sentiasa memikul tanggungjawab untuk memastikan

sumber kewangan negeri digunakan dengan cermat

tetapi berkesan. Oleh itu, Belanjawan tahun 1999 ini

menjurus kepada peningkatan disiplin kewangan sebagai

satu-satunya alat yang efektif untuk melahirkan

pendekatan baru dalam pengurusan sektor awam yang

mempunyai kesan langsung terhadap pengurusan

ekonomi negeri.

Page 34: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

34

Anggaran Perbelanjaan Mengurus

Tuan Speaker,

36. Jumlah perbelanjaan Perbekalan pada tahun 1999

dianggarkan sebanyak RM1,185.65 juta. Daripada

jumlah ini sebanyak RM872.65 juta dianggarkan untuk

Perbelanjaan Mengurus dan RM313.00 juta dicarumkan

kepada Kumpulan Wang Pembangunan. Anggaran

Perbelanjaan Mengurus dibahagikan seperti berikut:

(i) Emolumen - RM367.00 juta

(ii) Perbelanjaan Berulang - RM279.09 juta

(iii) Perbelanjaan Khas - RM226.56 juta

37. Peruntukan untuk membiayai emolumen sebanyak

RM367.00 juta menunjukkan penurunan sebanyak

RM7.44 juta atau 2.00% daripada anggaran disemak

pada tahun ini sebanyak RM374.44 juta. Manakala

sejumlah RM279.09 juta yang disediakan bagi

Perbelanjaan-perbelanjaan Lain Berulang, menunjukkan

Page 35: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

35

pengurangan sebanyak RM49.10 juta atau 14.96%

berbanding dengan anggaran disemak pada tahun ini

berjumlah RM328.19 juta. Baki sebanyak RM226.56

juta adalah disediakan untuk Perbelanjaan Khas di mana

sebahagian besar daripada peruntukan ini merupakan

perbelanjaan untuk program penswastaan air iaitu,

sebanyak RM70.00 juta. Manakala RM46.47 juta

adalah untuk Perbelanjaan Perkhidmatan Am

Perbendaharaan; RM47.80 juta untuk pemberian

kepada agensi-agensi awam negeri; RM20.00 juta lagi

untuk pemberian kepada program bantuan sosial negeri

dan bakinya sebanyak RM42.29 juta diperuntukkan bagi

memenuhi keperluan-keperluan penting dalam

perkhidmatan awam.

38. Pengagihan peruntukan Perbelanjaan Perbekalan yang

dicadangkan bagi tahun 1999 mengikut Kementerian dan

jabatan-jabatan di bawah kawalannya adalah seperti

berikut:

Page 36: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

36

Kementerian / Jabatan

Anggaran 1999 RM Juta

%

I. Perbelanjaan Bekalan (a) Kementerian Kewangan

415.47

35.04

(b) Kementerian Perhubungan dan Kerja Raya

248.04 20.92

(c) Jabatan Ketua Menteri 194.73 16.42 (d) Kementerian Pertanian dan Perikanan

117.09 9.88

(e) Kementerian Perkhidmatan Sosial 63.21 5.33 (f) Kementerian Pembangunan Luar Bandar 47.10 3.97 (g) Kementerian Kebudayaan, Alam Sekitar dan Pelancongan

27.52 2.32

(h) Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan

20.47 1.73

(i) Kementerian Pembangunan Sumber dan Perusahaan

15.53 1.31

(j) Kementerian Belia dan Sukan 11.51 0.97 (k) Kementerian Pembangunan

Perindustrian 3.63 0.31

(l) Agensi Lain 10.88 0.92 II. Perbelanjaan Tanggungan 10.47 0.88 Jumlah 1,185.65 100.00

Huraian ke atas peruntukan yang disediakan untuk

Kementerian-Kementerian tersebut adalah seperti

berikut:

Page 37: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

37

(a) Jabatan Ketua Menteri

Bagi tahun 1999, cadangan anggaran perbelanjaan

mengurus bagi Jabatan Ketua Menteri dan Agensi-

agensi di bawahnya ialah berjumlah RM194.73 juta.

Peruntukan yang dicadangkan termasuk perbelanjaan

untuk menampung keperluan emolumen, pemberian

Biasiswa Kerajaan Negeri, dan gran kepada Institute

For Development Studies (Sabah). Oleh kerana

perbelanjaan biasiswa dan latihan berhubungkait

dengan pembangunan sumber manusia, peruntukan yang

disediakan pada tahun hadapan sebanyak RM33.00 juta,

hendaklah dimanfaatkan sebaik-baiknya dalam keadaan

kemelesetan ini. Justeru itu, penghantaran pelajar-

pelajar untuk latihan ke luar negeri tidak lagi

dibenarkan kecuali dalam bidang tertentu sahaja.

Pendekatan ini akan membuka lebih banyak peluang

kepada mereka yang layak untuk menjalani latihan dalam

negeri, khususnya latihan teknikal yang sedia diserap ke

dalam pasaran tenaga kerja yang bersesuaian. Inisiatif

Page 38: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

38

untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi dalam

sektor awam dengan penggunaan teknologi maklumat

menerusi Sabah Net yang dilancarkan pada tahun 1997,

akan terus mendapat perhatian. Pada tahun hadapan

Kerajaan akan menyediakan sebanyak RM9.60 juta

untuk memesatkan pengkomputeran sektor awam.

Dengan peningkatan penggunaan Teknologi Maklumat

(IT) ini, orang awam sewajarnya akan mendapat

manfaat daripada perkhidmatan yang cekap dan cepat.

Walaupun begitu saya ingin menegaskan bahawa dalam

menghadapi kemelesetan sekarang ini, perolehan

kemudahan IT tidaklah berasaskan kepada tren pasaran

atau teknologi semata-mata. Tidak semua peringkat

kakitangan memerlukan kemudahan komputer

multimedia, maka amalan berjimat hendaklah sentiasa

diamati dalam urusan ini.

Page 39: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

39

(b) Kementerian Perhubungan dan Kerja Raya

Perhubungan dan Kerja Raya yang merangkumi beberapa

buah Jabatan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air,

Jabatan Keretapi, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga

diperuntukkan sebanyak RM248.04 juta untuk tahun

1999. Daripada jumlah ini, sebanyak RM118.51 juta

diperuntukkan kepada Jabatan Air, RM107.38 juta

untuk Jabatan Kerja Raya, RM9.57 juta untuk Jabatan

Pelabuhan dan Dermaga; RM9.84 juta untuk Jabatan

Keretapi Negeri dan baki sebanyak RM2.74 juta untuk

perbelanjaan pejabat Kementerian berkenaan.

(c) Kementerian Pertanian dan Perikanan

Kementerian Pertanian dan Perikanan berserta

beberapa Jabatan dan Agensi dibawahnya akan

diperuntukkan sebanyak RM117.09 juta. Daripada

jumlah ini sebanyak RM38.67 juta disediakan untuk

Jabatan Pengairan dan Saliran, RM8.53 juta untuk

Page 40: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

40

Jabatan Perikanan, RM13.66 juta untuk Jabatan

Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, RM36.50

juta untuk Jabatan Pertanian dan RM19.73 juta untuk

empat buah agensi di bawahnya termasuk pejabat

kementerian berkenaan.

(d) Kementerian Kebudayaan, Alam Sekitar dan

Pelancongan

Sebanyak RM27.51 juta dicadangkan bagi perbelanjaan

mengurus untuk Kementerian Kebudayaan, Alam Sekitar

dan Pelancongan. Peruntukan ini bertambah sebanyak

36.26% berbanding dengan peruntukan disemak

sebanyak RM20.19 juta pada tahun ini. Sabah yang

kaya dengan warisan budaya dan sumber alam sekitar

bukan sahaja merupakan khazanah bagi generasi akan

datang tetapi sebagai bahan tarikan pelancong-

pelancong dari luar negeri. Selain daripada itu, negeri

Sabah kini telahpun dikenalpasti oleh para saintis

sebagai salah satu tempat di dunia yang amat kaya

Page 41: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

41

dengan kepelbagaian biologi. Dengan pewujudan

Jabatan Konservasi Alam Sekitar dan pengabungan Unit

Kebudayaan serta Lembaga Kebudayaan, yang dahulunya

di bawah Kementerian Belia dan Sukan dan diikuti

dengan perletakan Jabatan Muzium di bawah

Kementerian Kebudayaan, Alam Sekitar dan

Pelancongan; kesemuanya ini akan menyepadukan usaha

bagi manfaat industri pelancongan.

(e) Kementerian/Agensi Lain

Kementerian Perkhidmatan Sosial dijangka menerima

peruntukan sebanyak RM63.21 juta. Manakala sejumlah

RM20.47 juta diperuntukkan kepada Kementerian

Kerajaan Tempatan dan Perumahan. Kementerian Belia

dan Sukan berserta Agensi-agensi di bawahnya

mendapat peruntukan sebanyak RM11.51 juta.

Kementerian Pembangunan Perindustrian berserta

jabatan di bawahnya akan mendapat peruntukan

sebanyak RM3.63 juta. Manakala sebanyak RM47.09

Page 42: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

42

juta dicadangkan bagi anggaran perbelanjaan mengurus

tahun 1999 untuk Kementerian Pembangunan Luar

Bandar. Jumlah ini termasuk perbelanjaan bagi dua

puluh daerah penuh dan sepuluh daerah kecil.

Sementara Kementerian Pembangunan Sumber dan

Perusahaan akan menerima sebanyak RM15.53 juta bagi

membolehkan Kementerian ini menampung perbelanjaan

operasi latihan kakitangan awam dan aktiviti-aktiviti

yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia.

Sebanyak RM10.88 juta akan disediakan bagi memenuhi

perbelanjaan Yang Di Pertuan Negeri, Dewan Undangan

Negeri, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan

Peguam Besar Negeri dan Jabatan Kehakiman Syariah.

(f) Kementerian Kewangan

Bagi tahun 1999, peruntukan sebanyak RM415.47 juta

atau 35.04% dari keseluruhan Anggaran Perbelanjaan

Mengurus diletakkan di bawah kawalan Kementerian

Page 43: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

43

Kewangan. Jumlah ini termasuklah RM313.00 juta yang

disumbangkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan

Negeri. Sejumlah RM63.29 juta lagi disediakan di

bawah perbelanjaan Perkhidmatan Am Perbendaharaan.

Perbelanjaan ini merangkumi peruntukan sebanyak

RM20.00 juta untuk Pemberian kepada Badan-badan

Keagamaan Lain Bukan Islam untuk menjadikan nilai-

nilai keagamaan sebagai benteng kepada keruntuhan

akhlak; dan seterusnya sebagai tunggak perpaduan dan

keharmonian di kalangan masyarakat majmuk yang

menganut berbagai agama dan kepercayaan di Negeri

ini. Sejumlah RM8.00 juta lagi adalah merupakan

pemberian kepada sekolah-sekolah untuk memastikan

penyediaan kemudahan-kemudahan asas dan juga

persekitaran sekolah-sekolah khususnya di luar bandar

agar menjadi perangsang kepada kecemerlangan

pembangunan pendidikan di Sabah. Manakala RM13.00

juta lagi adalah untuk bayaran penswastaan kenderaan.

Pada tahun hadapan Kerajaan Negeri akan juga turut

terlibat membantu golongan pengusaha kecil khususnya,

Page 44: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

44

dalam bidang pemprosesan makanan melalui peningkatan

kemahiran dan penggunaan teknologi moden. Golongan

usahawan ini sering menghadapi masalah untuk

mendapatkan modal, teknologi dan peralatan moden

kerana mereka tidak dapat memenuhi syarat untuk

mendapatkan pinjaman daripada skim-skim pinjaman

yang ada. Untuk tujuan ini, dana bagi pembangunan

usahawan kecil ditubuhkan dan peruntukan sebanyak

RM4.50 juta adalah dicadangkan.

39. Kerajaan akan terus menyumbang kepada Kumpulan

Wang Pinjaman Negeri sebanyak RM20.00 juta. Dengan

caruman ini, jumlah wang terkumpul bagi Kumpulan

Wang tersebut adalah dianggarkan sebanyak RM45.00

juta pada awal tahun hadapan. Sebahagian besar

daripada Kumpulan Wang ini akan digunakan untuk

memajukan sektor-sektor yang produktif diantaranya

ialah pembangunan Kota Kinabalu Industrial Park,

sejajar dengan matlamat Rangka Rancangan Jangka

Panjang Sabah (RRJPS).

Page 45: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

45

Tuan Speaker,

40. Saya ingin mengingatkan dan sekali lagi menggesa semua

Pegawai Pengawal Kewangan di Kementerian/Jabatan-

jabatan dan juga Agensi-agensi Kerajaan supaya

mengawal dan menyelia penggunaan wang awam dengan

penuh tanggungjawab dan amanah, agar setiap

perbelanjaan itu akan digunakan dengan sepenuh

manfaat. Perbelanjaan yang tidak penting dan

membazir hendaklah sentiasa dielakkan. Peruntukan

kewangan yang disediakan di dalam Belanjawan tahunan,

adalah merupakan perancangan perbelanjaan yang

ditafsirkan dalam bentuk anggaran kewangan. Apabila

berlakunya sesuatu kemungkinan di mana peruntukan

perbelanjaan melebihi dari keperluan sebenarnya, ini

akan menghasilkan penjimatan ke atas perbelanjaan

tersebut. Dalam keadaan sebegini adalah menjadi

tanggungjawab Pegawai-pegawai Pengawal, untuk

menentukan supaya perbelanjaan yang tidak dirancang

Page 46: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

46

lebih awal tidak akan dilakukan semata-mata untuk

menghabiskan peruntukan yang dijimatkan.

41. Kemelesetan ekonomi menuntut kita supaya lebih

bijaksana, berhemat dan berwaspada dalam mengurus

sumber dan kewangan negeri. Ini bukan sahaja kerana

sumber alam semula jadi memang terhad sifatnya,

tetapi juga kerana sudah menjadi kelaziman perjalanan

ekonomi bahawa zaman mewah dan zaman gersang

sering bersilih ganti. Oleh itu kita tidak mampu dan

tidak boleh membiarkan perbelanjaan yang boros dan

membazir. Dengan kata lain, pengurusan dan

perlaksanaan projek dan aktiviti yang dirancang

hendaklah dijalankan dengan berkesan iaitu berjaya

mencapai matlamat dan juga efisien dari segi kos.

Inilah kunci ke arah menjadikan ekonomi kita lebih

cekap supaya negeri kita dapat terus bersaing

dipersada ekonomi dunia hari ini. Kita mesti selalu

mengamalkan sikap berbelanja di mana perlu sahaja,

Page 47: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

47

dan bertindak dengan cermat dan sederhana supaya

setiap perbelanjaan dilakukan dengan penuh bertertib.

42. Saya juga ingin menyeru agar semua pemimpin politik

dan wakil rakyat supaya mematuhi dan mendokong

dasar-dasar, kriteria-kriteria dan garis-garis panduan

yang telah diluluskan, khususnya perkara-perkara yang

berkaitan dengan program pemulihan ekonomi. Kita

hendaklah mengelakkan diri dari membuat permintaan

kewangan yang keterlaluan, dan tidak munasabah.

Adalah mustahak agar kementerian-kementerian,

jabatan-jabatan dan agensi-agensi awam negeri dapat

mematuhi sepenuhnya had perbelanjaan yang telah

disediakan, serta merancang dan mengawal dengan rapi

perbelanjaan tanpa membabit peruntukan tambahan.

Page 48: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

48

Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 1999

Tuan Speaker,

43. Kerajaan sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat dan

matlamat kita untuk membasmi kemiskinan akan

diteruskan walaupun sumber dan kewangan negeri turut

terjejas ekoran krisis ekonomi yang sedang dihadapi.

Usaha-usaha pembangunan tetap akan diberi perhatian

dan keutamaan. Bagaimanapun, pemberian peruntukan

pembangunan tahun 1999 terpaksa ditentukan dan

dipadankan mengikut had kemampuan. Di samping itu

pengagihan peruntukan kepada semua Kementerian dan

agensi Kerajaan telah mengambilkira pencapaian

penggunaan peruntukan pada tahun lepas dan juga

keperluan-keperluan tertentu sejajar dengan dasar,

tanggungjawab atau fungsi masing-masing.

44. RRJPS iaitu rancangan pembangunan 15 tahun negeri

Sabah yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Barisan

Nasional pada tahun 1995, terus menjadi garis panduan

Page 49: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

49

dalam pemberian peruntukan tahun 1999 dengan

memberi fokus kepada pelan tindakan strategik bagi

membangunkan sektor-sektor yang produktif.

Tuan Speaker,

45. Sejumlah RM601.37 juta dicadangkan untuk membiayai

perbelanjaan pembangunan tahun 1999. Angka ini

menunjukkan penurunan sebanyak RM69.74 juta atau

10.39% daripada anggaran perbelanjaan yang disemak

tahun 1998 yang berjumlah RM671.11 juta. Jumlah

RM601.37 juta ini meliputi RM520.92 juta wang negeri,

RM50.27 juta pinjaman Persekutuan dan RM30.18 juta

Imbuh Balik Persekutuan.

46. Daripada RM520.92 juta wang negeri untuk

perbelanjaan Pembangunan yang dicadangkan, RM344.9

juta akan dibiayai menerusi Kumpulan Wang

Pembangunan, manakala selebihnya adalah dicadang

untuk dibiayai menerusi pembiayaan defisit yang akan

Page 50: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

50

didapatkan daripada Kerajaan Pusat. Pembiayaan

defisit ini adalah mencerminkan kesungguhan Kerajaan

Negeri untuk meneruskan program-program

pembangunan di samping mengerakkan ekonomi

tempatan sesuai dengan Pelan Tindakan Pemulihan

Ekonomi Negeri.

47. RM520.92 juta wang negeri yang dicadang bagi tahun

hadapan akan dibahagikan mengikut sektor-sektor

berikut:

Sektor RM(Juta) % Ekonomi . . . . . . . . . . . . 337.87 64.90 Sosial . . . . . . . . . . . 118.78 22.80 Pentadbiran Am . . . . . 57.27 11.00 Luar Jangka . . . . . . . . 7.00 1.30 --------- --------

520.92 100.00 ======== =======

48. Peruntukan RM337.87 juta yang dicadangkan di bawah

sektor ekonomi, antara lainnya merangkumi RM119.23

juta untuk kemudahan awam, RM87.30 juta untuk

Page 51: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

51

sektor pertanian dan pembangunan luar bandar,

RM81.21 juta untuk pengangkutan dan RM33.68 juta

untuk perdagangan dan pembangunan perindustrian.

49. Daripada RM119.23 juta yang diperuntukan di bawah

kemudahan awam yang dikhaskan untuk program bekalan

air, RM80.00 juta adalah untuk penambahbaikkan

bekalan air di tiga buah bandar utama iaitu Kota

Kinabalu, Sandakan dan Tawau; menerusi program

penswastaan. Disamping itu sebanyak RM6.00 juta

dikhaskan untuk penyambungan bekalan air kepada

lapangan terbang baru Tawau.

50. Diantara projek-projek yang disenaraikan di bawah

sektor pertanian dan pembangunan luar bandar adalah

seperti berikut :

RM(Juta)

- Program Pengembangan Pertanian 26.79

- Pengairan dan Saliran 15.76

- Perhutanan 14.24

Page 52: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

52

- Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan

Perusahaan Ternak 10.34

- Koperasi Pembangunan Desa 9.80

51. Di bawah pengangkutan pula, sejumlah RM68.25 juta

adalah dikhaskan untuk pembinaan jalanraya dan

jambatan di seluruh negeri. Pelabuhan dan Dermaga

diperuntukan sejumlah RM5.30 juta manakala Jabatan

Keretapi mendapat RM4.18 juta. Pengambilalihan jalan

di kawasan perumahan di bawah Kementerian Kerajaan

Tempatan dan Perumahan juga telah diperuntukkan

sebanyak RM3.50 juta.

52. Jumlah yang besar yang diperuntukkan bagi sektor-

sektor ekonomi ini menujukkan keikhlasan Kerajaan

dalam menunaikan komitmen bagi memajukan program

perindustrian dan juga usaha untuk membasmikan

kemiskinan dan semua ini adalah sebahagian matlamat

dalam RRJPS.

Page 53: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

53

53. Daripada RM118.78 juta yang dicadangkan untuk sektor

sosial, RM76.00 juta adalah untuk pembangunan

kemudahan asas luar bandar, RM21.19 juta untuk

pembangunan perumahan awam kos rendah dan bandar

dan RM17.31 juta lagi untuk pengairan dan saliran.

Di samping itu, RM3.20 juta dicadangkan untuk belia

dan sukan dan baki sebanyak RM1.08 juta adalah baki

yang diperlukan untuk menyiapkan dua buah bangunan

baru perpustakaan negeri di Papar dan Kudat.

54. Bagi sejumlah RM57.27 juta yang disediakan untuk

pentadbiran am, sejumlah RM31.10 juta adalah

diperuntukkan kepada Jabatan Tanah dan Ukur untuk

membiayai projek-projek seperti pengkomputeran

pemilikan tanah dan penguatkuasaan, pengkomputeran

pemerosesan sukat dan ukur dan juga pampasan ke atas

pengambilan tanah. Baki yang berjumlah RM26.17 juta

pula adalah untuk pembinaan dan pembaikan bangunan-

bangunan Kerajaan di bawah Kementerian Kerajaan

Page 54: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

54

Tempatan dan Perumahan, Jabatan Kerja Raya dan juga

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.

55. Pembahagian peruntukan pembangunan tahun 1999

mengikut Kementerian adalah seperti yang berikut:

Kementerian RM(Juta) %

Kementerian Perhubungan dan Kerja Raya ……………… 201.15 38.61

Jabatan Ketua Menteri ………………………………………………… 108.74 20.88

Kementerian Pertanian dan Perikanan ……………………….. 100.08 19.21

Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan ………… 36.72 7.05

Kementerian Pembangunan Luar Bandar ……………………. 26.00 5.00

Kementerian Kewangan …………………………………………………. 15.00 2.88

Kementerian Pembangunan Perindustrian ………………….. 9.81 1.88

Kementerian Kebudayaan, Alam Sekitar dan Pelancongan ………………………………………………………………….. 9.02 1.73

Kementerian Pembangunan Sumber …………………………….. 3.52 0.68

Kementerian Belia dan Sukan ………………………………………. 2.80 0.53

Kementerian Perkhidmatan Sosial …………………………….. 1.08 0.21

Luar Jangka ………………………………………………………………………. 7.00 1.34

---------- --------

520.92 100.00

======== =======

Page 55: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

55

Tuan Speaker,

Peruntukan Persekutuan

56. Sejumlah RM50.38 juta pinjaman Persekutuan pada

tahun hadapan adalah untuk membiayai projek-projek

seperti bekalan air serta-merta dan bekalan air luar

bandar, perumahan kos rendah dan projek Kota

Kinabalu Industrial Park (KKIP). Di bawah peruntukan

imbuh balik Persekutuan, sejumlah RM30.18 juta telah

disediakan untuk membiayai keperluan kapital bagi

projek-projek Kerajaan Negeri di bawah Jabatan

Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan

Perusahaan Ternak dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

57. Negeri Sabah juga telah diperuntukkan sejumlah

RM435.15 juta pemberian terus daripada Kerajaan

Persekutuan. Jumlah ini yang merupakan pertambahan

sebanyak 17.66% daripada tahun lalu adalah untuk

projek-projek seperti berikut:

Page 56: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

56

RM(Juta)

Jalanraya dan Jambatan ……………………….. 389.08

Bekalan elektrik luar bandar ………………… 30.30

Perhutanan ………………………………………………… 4.61

Perikanan …………………………………………………… 2.96

Pertanian (Perkhidmatan pengembangan) 2.70

Pengairan dan Saliran …………………………….. 2.50

Bekalan Air ………………………………………………… 2.00

Lembaga Tabung Getah ………………………….. 1.00

---------

435.15 ======= 58. Bantuan dan komitmen terus menerus daripada

Kerajaan Persekutuan ini sudah tentu akan membantu

usaha Kerajaan Negeri untuk memperhebatkan

pembangunan kemudahan infrastruktur dan sekaligus

merangsang pembangunan ekonomi di negeri ini. Bagi

pihak Kerajaan Negeri saya ingin merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan atas keperihatinan Kerajaan Pusat

terhadap pembangunan negeri ini.

Page 57: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

57

Penutup

Tuan Speaker,

59. Dalam keadaan apa jua tekanan sekalipun berikutan

daripada kegawatan yang dialami sekarang ini, saya

yakin sebahagian besar rancangan pembangunan akan

dapat dijayakan. Malahan jika ditinjau dari sudut yang

positif, kegawatan ini membuka peluang untuk kita

mengamati “ranjau di sepanjang perjalanan” dan

mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang perlu

diperbetulkan dalam usaha kita untuk membangunkan

Negeri Sabah. Pengajaran yang diperolehi daripada

semua ini mengajak semua pihak termasuk Ahli-ahli

Yang Berhormat dan pimpinan parti pembangkang untuk

berkerjasama dan bersatu menyokong tindakan

pemulihan ekonomi dan langkah-langkah yang membawa

manfaat demi untuk menangani rintangan-rintangan

yang mengugat kesejahteraan dan keamanan negara

mahupun negeri Sabah.

Page 58: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

58

60. Dalam hubungan ini, sukalah saya mengulangi ungkapan

ucapan YAB Perdana Menteri dalam ucapan Belanjawan

Negara baru-baru ini untuk dihayati, yang berbunyi:

“Adalah lebih penting rakyat menyedari

bahawa negara kita berada di dalam keadaan

ekonomi yang sukar akibat kejatuhan nilai

Ringgit dan kemerosotan pasaran saham serta

defisit yang agak besar dalam kewangan

Kerajaan. Justeru itu, Kerajaan berharap

orang ramai akan memahami langkah-langkah

yang terpaksa diambil oleh Kerajaan untuk

mengukuhkan kedudukan kewangannya.

Kesediaan rakyat untuk berkorban dan

menerima langkah ini akan membantu

mempercepatkan pemulihan ekonomi”.

Page 59: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

59

Tuan Speaker,

61. Kita yakin Belanjawan 1999 berupaya untuk meneruskan

matlamat Kerajaan Barisan Nasional untuk memastikan

kesinambungan kegiatan-kegiatan sektor utama seperti

sektor pelancongan dan sektor perindustrian

khususnya bidang pembuatan. Penyediaan kemudahan-

kemudahan infrastruktur awam dan pembangunan sosial

akan terus berjalan lancar. Sebagai sebuah negeri yang

sedang pesat membangun bukanlah mudah untuk

mengurus perancangan dan pelaksanaan program-

program pembangunan dalam suasana kemelesetan ini.

Kita hendaklah tekun dan tidak jemu-jemu meneruskan

usaha dan komitmen dan tidak sekali-kali mengambil

ringan dalam melaksanakan apa jua program pemulihan

ekonomi yang dirancang. Hubungan baik di antara

Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat merupakan

faktor pendorong yang penting untuk menjamin

kejayaan.

Page 60: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

60

62. Dengan adanya sumbangan Kerajaan Negeri untuk

sektor pembangunan sebanyak RM520.92 juta bersama-

sama dengan komitmen kewangan Kerajaan Persekutuan

sebanyak RM515.60 juta, dan di tokok tambah dengan

beberapa peruntukan lain daripada Kementerian

Persekutuan bagi projek di Sabah contohnya; sebanyak

RM416 juta untuk Universiti Malaysia Sabah; sudah

semestinya peruntukan yang berjumlah lebih daripada

RM1452.52 juta, berupaya mencergaskan agenda

pembangunan ekonomi dan sosial di negeri ini.

Peruntukan sebegini besar mencerminkan kesungguhan

Kerajaan untuk terus berbakti kepada rakyat negeri ini.

63. Keadaan yang wujud menuntut kita supaya mengambil

sikap dan pendekatan yang realistik. Tak usahlah kita

terpedaya dengan janji-janji kosong dan tidak

bertanggung jawab yang diutarakan oleh orang-orang

tertentu kononnya mereka akan memberikan itu dan ini

kepada rakyat jika mereka dipilih menerajui

pemerintahan. Janji-janji demikian tidak lebih

Page 61: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

61

daripada khayalan dan mimpi di siang hari semata-mata.

Janji-janji kosong memang murah untuk dijaja kesana-

kesini, yang bakal menanggung kos dan padah buruk

ialah rakyat sendiri. Janji-janji kosong seperti ini

memang seronok didengar dan sangat menghiburkan,

tetapi ianya tidak memberi apa-apa erti. Seperti yang

telah saya sebutkan, Kerajaan yang memerintah

sekarang sememangnya sangat prihatin dan komited

untuk membela nasib rakyat agar kekayaan yang dijana

dapat dinikmati secara saksama tanpa mengira

perbezaan bangsa, suku kaum dan agama. Namun nasib

rakyat tidak boleh dijamin dengan cara dan pendekatan

lama. Pembelaan nasib rakyat dengan cara menjanjikan

wang dividen hanyalah janji kosong yang bertujuan

mengabui mata rakyat untuk pilihanraya. Rakyat Sabah

bukan mudah diperdayakan. Cara kita ialah melalui

penyelesaian masalah kemiskinan jangka panjang, yang

hanya boleh dicapai menerusi penyertaan rakyat dalam

aktiviti-aktiviti ekonomi secara gigih dan terancang.

Ini atas keyakinan bahawa rakyat Sabah memiliki

Page 62: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

62

potensi dan kebolehan untuk berjaya dalam segala

bidang dan lapangan, asalkan sanggup berusaha dan

bersedia mengambil peluang yang diadakan. Maka itulah

sebabnya Kerajaan menumpukan kepada pembangunan

perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana untuk

diterokai oleh rakyat. Dalam hal ini, Kerajaan akan

terus membantu dari segi bimbingan, modal dan bantuan

teknik. Banyak jenis aktiviti yang boleh diusahakan.

Saya ingin menyeru supaya rakyat bersikap positif dan

merebut peluang-peluang yang ada demi masa depan

yang lebih cerah dan cemerlang. Kunci ke arah

kejayaan tidak lain dan tidak bukan ialah usaha yang

gigih dan kesabaran menghadapi rintangan dan halangan.

Tuhan tidak akan mengubah nasib kita kalau kita sendiri

tidak berusaha untuk berbuat demikian.

64. Akhir sekali saya juga ingin mengingatkan bahawa dalam

urusan berbelanja kita hendaklah mengamalkan

pendekatan “ukur baju di badan sendiri” dan bertindak

dengan penuh cermat dan tertib untuk mencegah

Page 63: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

63

pembaziran wang awam. Selanjutnya kita mesti sanggup

berkorban dan yakin dengan kebolehan kita sendiri

dalam mengendalikan hal ehwal pentadbiran negeri ini.

Anggota-anggota perkhidmatan awam sebagai

penggerak jentera dan organisasi Kerajaan, seharusnya

menjadi contoh kepada rakyat jelata dalam proses

membawa perubahan dalam pemikiran (mind-set) dan

budaya kerja yang berlandaskan nilai-nilai

kecemerlangan terutamanya keyakinan pada diri,

disiplin, jujur, tekun dan sabar. Nilai-nilai inilah yang

membolehkan masyarakat Jepun dan Taiwan untuk maju

dan berjaya meskipun negara mereka miskin dari segi

sumber asli. Sumber terpenting mereka ialah tenaga

dan daya manusia. Disamping itu, anggota-anggota

perkhidmatan awam hendaklah juga berusaha untuk

memelihara dan mengukuhkan perpaduan di kalangan

mereka dan di kalangan rakyat berbilang kaum dan

agama di Sabah supaya kestabilan sosial dan politik

dapat dikekalkan kerana tanpa kestabilan sosial dan

Page 64: Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan … · Tuan Speaker, 1. Saya mohon membentangkan Belanjawan Tahun 1999 untuk kelulusan Dewan Yang Mulia ini. ... ke arah peningkatan

64

politik, pemulihan dan kemajuan ekonomi di negeri ini

tidak akan menjadi kenyataan.

65. Tuan Speaker, saya mohon mencadang.

Kementerian Kewangan Wisma Kewangan KOTA KINABALU