kertas-kerja-memohon-khidmat-jurulatih-catur.doc

5
KERTAS CADANGAN MEMOHON KHIDMAT JURULATIH CATUR Logo sekolah

Upload: mhd-saud-ahmad

Post on 18-Jan-2016

290 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas-Kerja-Memohon-Khidmat-Jurulatih-Catur.doc

KERTAS CADANGAN

MEMOHON KHIDMAT JURULATIH CATUR

Logosekolah

Page 2: Kertas-Kerja-Memohon-Khidmat-Jurulatih-Catur.doc

KERTAS CADANGAN MEMOHON KHIDMAT JURULATIH CATUR

1) PENDAHULUAN

Catur merupakan permainan baru yang dicadangkan untuk menggantikan permainan bola baling di Sekolah Kebangsaan --------------------- bagi tahun 2009. Ini adalah kerana ------------------------. Catur merupakan sejenis permainan yang mencabar dan boleh menjana minda murid-murid di Sekolah Kebangsaan ------------------------------------. Selain menggalakkan murid-murid untuk aktif bermain catur, ia juga dapat membentuk disiplin mereka.

Walaupun terdapat segelintir murid-murid yang berkebolehan bermain catur, namun mereka masih memerlukan khidmat nasihat bagi memantapkan lagi kemahiran mereka. Dengan ini, bantuan jurulatih yang dapat membantu mereka dalam memperbaiki teknik dan mutu permainan amatlah diharapkan. Selain itu, ia juga dapat mengembangkan bakat dan menggalakkan murid-murid lain menyertai permainan catur. Adalah diharapkan juga, ada di antara murid-murid ini yang dapat mengharumkan nama sekolah dengan memenangi pertandingan catur pada masa akan datang.

2) TUJUAN

Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk:

Mendapatkan kelulusan Guru Besar Sekolah Kebangsaan --------------------------- untuk mendapat khidmat jurulatih catur dari luar dan juga dari segi peruntukan kewangan untuk membeli peralatan bagi permainan catur bagi Kelab Catur Sekolah Kebangsaan ---------------------------.

3) MATLAMAT

Membantu murid-murid yang menyertai Kelab Catur mendapat peralatan, latihan, pengetahuan dan teknik yang sewajarnya dalam bermain catur.

4) OBJEKTIF

4.1 Menggalakkan murid-murid menyertai Kelab Catur.4.2 Membantu murid-murid mendapat latihan yang terbaik untuk meningkatkan kemahiran mereka.4.3 Membolehkan murid-murid menyertai pertandingan catur di pelbagai peringkat.

5) TARIKH 22 Januari 2009 dan 3 Februari 2009 hingga 6 Februari 2009

Page 3: Kertas-Kerja-Memohon-Khidmat-Jurulatih-Catur.doc

6) SASARAN

Ahli-ahli Kelab Catur Tahap 2

7) ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA JUMLAH (RM)1 Bayaran kepada jurulatih jemputan

RM 150 x 1 sesi 150.002 Set catur ‘Professional’

RM 40 x 3 set 120.003 Jam masa

RM 250 X 3 750.004 Bayaran sewa set catur (untuk pertandingan)

RM 5 x 2 set x 2 kategori 20.005 Bayaran sewa jam catur (untuk pertandingan)

RM 10 x 2 jam catur x 2 kategori 40.00

JUMLAH KESELURUHAN (RM) 1080.00

8) SUMBER KEWANGAN

Peruntukan SUWA Kokurikulum Sekolah Kebangsaan ----------------.

Page 4: Kertas-Kerja-Memohon-Khidmat-Jurulatih-Catur.doc

9) PENUTUP

Adalah menjadi harapan besar agar kertas cadangan yang ------------------------- Kuala Lumpur. Dengan ini, segala peruntukan dan khidmat jurulatih yang disalurkan akan digunakan dengan sebaik-baiknya oleh ahli-ahli Kelab Catur.

Disediakan oleh,

…………………………………………….( )Guru Penasihat,Kelab Catur,SK ,Kuala Lumpur

Cadangan kertas kerja ini telah disemak dan dinilai cadangannya, maka dengan itu cadangan kertas kerja ini diluluskan serta peruntukan-peruntukan kewangan yang dinyatakan diluluskan permohonannya.

Yang menjalankan tugas,

………………………………………………( )Guru Besar,SK ,Kuala Lumpur