kertas kerja malam anugerah mahasiwa … naib canselor (hal ehwal pelajar & alumni), ukm ii)...

30
MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2 & 3 MEI 2013 MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN 1 KERTAS KERJA MALAM ANUGERAH MAHASIWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS SESI 2012/2013 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN Kertas kerja ini diusulkan bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan penajaan dalam bentuk kewangan atau barangan atau kedua-duanya daripada pihak yang berkenaan menjadi sebahagian penyumbang ke arah kejayaan program ini. 2.0 PENGENALAN Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal Kolej Keris Mas merupakan suatu majlis besar yang secara gahnya diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia pada pertengahan semester kedua pengajian setiap tahun atau dahulunya lebih dikenali sebagai Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Keris Mas. Sehubungan dengan itu, malam Melakar Imaginasi Seindah Lautanmewarisi acara tahunan tersebut untuk kali yang ke-12 pada sesi ini. Ungkapan penuh bermakna „Melakar Imaginasi Seindah Lautandipilih sebagai tema majlis makan malam pada kali ini dan dipadankan dengan konsep „It‟s All About Ocean‟ di mana para pelajar dan tetamu jemputan diminta hadir dengan mengenakan pakaian yang bersesuaian berlatarkan It‟s All About Ocean‟ mengikut kreativiti masing-masing. Ungkapan indah tersebut juga memberikan gambaran bahawa walau apa pun penampilan kita pada malam Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal Kolej Keris Mas sesi 2012/2013 itu nanti, diharapkan di penghujung majlis ini, seluruh warga kolej dan para jemputan akan menikmati setiap saat yang berlalu dan berkongsi satu kenangan atau nostalgia yang tidak mungkin dapat dilupakan serta akan kekal abadi dalam ingatan setiap orang yang hadir. Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk menzahirkan rasa terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga kepada setiap pelajar Kolej Keris Mas yang selama ini telah berusaha bersungguh-sungguh menyumbangkan tenaga dan buah fikiran mahupun wang ringgit dalam menjayakan setiap aktiviti kolej sepanjang sesi ini. Memandangkan pelajar adalah sumber kekuatan Kolej Keris Mas maka amat bertepatanlah majlis ini diadakan. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan sesama penghuni kolej dan juga para jemputan yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan kepercayaan. Manakala bagi mahasiswa/i tahun akhir, penganjuran majlis makan malam ini secara tidak langsung ia merupakan acara kemuncak untuk meraikan mereka yang bakal memulakan kehidupan baru di alam pekerjaan kelak. Selain itu, majlis ini juga diadakan untuk menghargai setiap satu kejayaan pelajar kolej ini dalam bidang akademik mahupun kokurikulum yang secara totalnya telah membantu menaikkan imej dan kualiti penghuni kolej. Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar majlis makan malam ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya sekaligus memberi kesan yang amat mendalam kepada semua warga kolej dalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persefahaman seterusnya meninggalkan satu kenangan indah yang sentiasa diingati.

Upload: vuonglien

Post on 01-Sep-2018

263 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 1

KERTAS KERJA

MALAM ANUGERAH MAHASIWA DAN AMAL

KOLEJ KERIS MAS

SESI 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini diusulkan bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan penajaan

dalam bentuk kewangan atau barangan atau kedua-duanya daripada pihak yang

berkenaan menjadi sebahagian penyumbang ke arah kejayaan program ini.

2.0 PENGENALAN

Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal Kolej Keris Mas merupakan suatu majlis besar

yang secara gahnya diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)

Universiti Kebangsaan Malaysia pada pertengahan semester kedua pengajian setiap tahun

atau dahulunya lebih dikenali sebagai Majlis Makan Malam Tahunan Kolej Keris Mas.

Sehubungan dengan itu, malam „Melakar Imaginasi Seindah Lautan‟ mewarisi acara

tahunan tersebut untuk kali yang ke-12 pada sesi ini. Ungkapan penuh bermakna

„Melakar Imaginasi Seindah Lautan‟ dipilih sebagai tema majlis makan malam pada

kali ini dan dipadankan dengan konsep „It‟s All About Ocean‟ di mana para pelajar dan

tetamu jemputan diminta hadir dengan mengenakan pakaian yang bersesuaian berlatarkan

‘It‟s All About Ocean‟ mengikut kreativiti masing-masing. Ungkapan indah tersebut juga

memberikan gambaran bahawa walau apa pun penampilan kita pada malam Malam

Anugerah Mahasiswa dan Amal Kolej Keris Mas sesi 2012/2013 itu nanti, diharapkan di

penghujung majlis ini, seluruh warga kolej dan para jemputan akan menikmati setiap

saat yang berlalu dan berkongsi satu kenangan atau nostalgia yang tidak mungkin dapat

dilupakan serta akan kekal abadi dalam ingatan setiap orang yang hadir. Tujuan utama

majlis ini diadakan adalah untuk menzahirkan rasa terima kasih dan tahniah yang tidak

terhingga kepada setiap pelajar Kolej Keris Mas yang selama ini telah berusaha

bersungguh-sungguh menyumbangkan tenaga dan buah fikiran mahupun wang ringgit

dalam menjayakan setiap aktiviti kolej sepanjang sesi ini. Memandangkan pelajar adalah

sumber kekuatan Kolej Keris Mas maka amat bertepatanlah majlis ini diadakan. Di

samping itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk

perpaduan sesama penghuni kolej dan juga para jemputan yang terdiri daripada pelbagai

agama, bangsa dan kepercayaan. Manakala bagi mahasiswa/i tahun akhir, penganjuran

majlis makan malam ini secara tidak langsung ia merupakan acara kemuncak untuk

meraikan mereka yang bakal memulakan kehidupan baru di alam pekerjaan kelak. Selain

itu, majlis ini juga diadakan untuk menghargai setiap satu kejayaan pelajar kolej ini

dalam bidang akademik mahupun kokurikulum yang secara totalnya telah membantu

menaikkan imej dan kualiti penghuni kolej. Oleh yang demikian, adalah diharapkan agar

majlis makan malam ini akan berjalan dengan lancar dan jayanya sekaligus memberi

kesan yang amat mendalam kepada semua warga kolej dalam usaha untuk mengeratkan

lagi hubungan silaturahim dan persefahaman seterusnya meninggalkan satu kenangan

indah yang sentiasa diingati.

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 2

3.0 MISI

Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk

memastikan kelancaran program ini dengan

3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti supaya

dapat membentuk mahasiswa/i yang berketrampilan dan berdisiplin.

3.2 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang

ditetapkan dan objektif-objektif yang telah digariskan.

3.3 Menjaga nama baik universiti dan kolej sebelum, sepanjang dan selepas

pelaksanaan program.

4.0 MATLAMAT

Pihak jawatankuasa pelaksana telah menetapkan matlamat penganjuran majlis adalah

4.1 Menerapkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, bantu-membantu, semangat

bersatu padu dan sebagainya ke dalam diri setiap warga kolej bersama jemputan.

4.2 Mengukuhkan semangat membina dan mengharumkan nama Kolej Keris Mas ke

peringkat yang lebih tinggi.

4.3 Membentuk mahasiswa/i yang berketrampilan dalam semua aspek di samping

membentuk sahsiah diri, sifat kepimpinan serta cara pengurusan organisasi yang

efektif.

4.4 Menjaga dan memelihara kebajikan warga kolej agar para pelajar berasa bertuah

menetap di Kolej Keris Mas.

.

5.0 OBJEKTIF

Selari dengan lapan (8) Garis Panduan Pelaksanaan Kokurikulum Berkredit Berasaskan

Kontrak Pembelajaran, pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif

yang perlu dicapai

5.1 Melatih para pelajar dalam kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban

(HPP1). Tingkah laku bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain, kepekaan

kepada alam sekitar dan kepekaan dan kebertanggungjawaban terhadap situasi

sosial seperti perpaduan dan kemiskinan.

5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran komunikasi (HPP2). Menunjukkan

kemahiran bukan lisan yang berkesan (gerak tubuh, nada suara), menyampaikan

idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan, menunjukkan kebolehan

berinteraksi secara berkesan dan mampu berintekasi menggunakan bahasa

antarabangsa.

5.3 Memupuk kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang

hayat (HPP3). Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 3

kemahiran, meneroka isu/masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara

kendiri dan mengumpul maklumat secara kendiri.

5.4 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran nilai, sikap, etika dan

profesionalisme (HPP4). Menunjukkan tingkah laku profesional sesuai dengan

etika kerjaya, melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah dan

menunjukkan sikap kesukarelawanan.

5.5 Mencungkil kemahiran pemikiran kiritkal, penyelesaian masalah dan

pendekatan saintifik (HPP5). Mengenal pasti masalah tersurat dan tersirat,

mengenal pasti dan mensintesiskan masalah dengan tepat dan menilai pelbagai

pilihan dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.

5.6 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan

(HPP6). Menjadi pemimpin atau pengikut sesuai dengan konteks, membina kerja

berpasukan untuk mencapai maklumat yang disepakati dan membantu rakan-

rakan secara proaktif.

5.7 Memupuk kemahiran pengurusan dan keusahawanan (HPP7). Mencambah

idea/cadangan/perancangan setelah meneliti pelbagai pilihan, menetapkan

matlamat masa depan dengan menjajarkan perancangan, mempamerkan

kemampuan untuk, melaksana, memantau dan menilai aktiviti secara sistematik

dan menyerahkan/menyahkan autoriti dan kebertanggungjawaban kepada individu

lain.

5.8 Melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran kretatif dan inovatif (HPP8).

Sentiasa meneroka idea baru, melahirkan idea kreatif/berinovasi yang menambah

nilai dan sentiasa merentas halangan dan merebut peluang.

6.0 TEMA

“Melakar Imaginasi Seindah Lautan”

7.0 KONSEP

IT’S ALL ABOUT OCEAN

Mencungkil bakat dan melahirkan mahasiswa/i yang kreatif merupakan antara tujuan

utama ‘It’s All About Ocean’ yang telah dipilih sebagai konsep pemakaian Malam

Anugerah Mahasiswa dan Amal Kolej Keris Mas sesi 2012/2013 kali ini. Para pelajar

dan tetamu yang hadir pada majlis makan malam tersebut diminta untuk mengenakan

pakaian yang mengikut tema warna namun harus mengikut etika pemakaian seperti yang

telah ditetapkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia. Oleh itu, konsep ‘It’s All

About Ocean’ ini yang menjadi tema pemakaian tetamu yang datang ke Malam Anugerah

Mahasiswa dan Amal Kolej Keris Mas pada sesi 2012/2013 kali ini akan menjadikan

para pelajar lebih kreatif untuk mencari idea mencipta dan mendapatkan gaya pemakaian

yang sesuai dalam usaha menepati konsep ‘It’s All About Ocean’ dalam majlis pada kali

ini.

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 4

8.0 ANJURAN

Sekretariat Naib Yang Dipertua II

Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA)

Kolej Keris Mas

Sesi 2012/2013

Universiti Kebangsaan Malaysia.

9.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:

Tarikh : 2 & 3 Mei 2013

Hari : Khamis & Jumaat

Masa : 8.00 malam – 11.00 malam

10.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program akan dijalankan ialah di dalam Dewan Canselor Tun Abdul Razak

(DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

11.0 PUBLISITI

Publisiti bagi majlis ini adalah dicadangkan dilaksanakan sekitar Kolej Keris Mas

khususnya dan Universiti Kebangsaan Malaysia amnya menerusi

poster

bunting

kain rentang

siaraya

pembukaan ‘booth’ ketika Hari Keluarga Temasya Gemilang Kolej Keris Mas

(TG2KM) dan

mewujudkan satu sudut info majlis di kawasan kafetaria

Poster akan ditampal di setiap blok kediaman dan di bangunan pentadbiran. Bunting dan

kain rentang akan digantung di sekitar kolej manakala hebahan menerusi siaraya akan

dilakukan ketika Hari Keluarga Temasya Gemilang Kolej Keris Mas (TG2KM) yang

dijangka akan berlangsung dua bulan sebelum majlis makan malam ini. Pembukaan

‘booth’ ketika TG2KM dan sudut info di kafetaria pula lebih menekankan aspek konsep

pemakaian ketika majlis dengan harapan semua penghuni kolej akan hadir dengan

mengenakan pakaian yang menepati konsep yang telah ditetapkan oleh pihak

jawatankuasa pelaksana. Sudut info akan membekalkan serba sedikit maklumat penting

kepada penghuni seperti jadual perjalanan bas, pengedaran kupon, nama perasmi dan

sebagainya. Jawatankuasa pelaksana juga bercadang menghebahkan mengenai majlis ini

menggunakan skrin digital yang terletak di hadapan pintu masuk utama Universiti

Kebangsaan Malaysia seminggu sebelum majlis ini berlangsung.

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 5

12.0 CADANGAN PERASMI

Cadangan perasmi Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal Kolej Keris Mas sesi ini

adalah seperti berikut :

i. Perasmian Malam Pertama (Junior’s Night)

1) Senator Dato’ Raja Nong Chik bin Datuk Zainal Abidin

Senator Wilayah Persekutuan

2) Y.Bhg Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Naib Canselor, UKM

3 ) Y.Bhg Prof. Ir. Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

ii) Perasmian Malam Kedua (Senior’s Night)

1) Y.B. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

2) Y.Bhg Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Naib Canselor, UKM

3) Y.Bhg Prof. Ir. Othman A. Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

13.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Sasaran peserta :

Majlis ini melibatkan semua warga Kolej Keris Mas iaitu seramai 2000 orang

serta 40 jemputan daripada rumah anak yatim untuk dua (2) malam.

Jumlah urusetia :

200 orang

14.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

15.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 6

16.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

17.0 ULASAN PENASIHAT UTAMA PROGRAM

Rujuk Lampiran D

18.0 RINGKASAN EKSEKUTIF PROGRAM

Rujuk Lampiran E

19.0 PAKEJ PENAJAAN PROGRAM

Rujuk Lampiran F

20.0 BORANG PERSETUJUAN SUMBANGAN

Rujuk Lampiran G

21.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila

hubungi :

Sekretariat Naib Yang Dipertua II,

Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA)

Aras 2, Pusat Kemudahan Kolej,

Kolej Keris Mas,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

(u/p : Muhammad Nazirul Aiman Bin Abu Supian- 013-2778285)

Tel : 03-8921 4010

Faks : 03-8921 4009

E-mel : [email protected]

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 7

18.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas kerja pemasaran Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal

Kolej Keris Mas sesi 2012/2013 ini mendapat pertimbangan dan kelulusan penajaan

dalam bentuk kewangan atau barangan atau kedua-duanya daripada pihak yang berkenan

menjadi sebahagian penyumbang ke arah kejayaan program ini. Selain itu, adalah

menjadi harapan Jawatankuasa Majlis Makan Malam agar program ini dapat dijayakan

dengan lancar dan mencapai segala objektif yang telah digariskan. Penganjuran majlis

seumpama ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua mahasiswa/ i yang

telah sedaya-upaya memerah tenaga dan buah fikiran yang juga merupakan suatu

pengalaman yang sememangnya tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, sekaligus

menjadi mangkin dan batu loncatan buat mereka dalam menempuh alam pekerjaan kelak.

Secara tidak langsung, kolej akan dapat melahirkan warga mahasiswa/ i yang berfikiran

positif, dinamik, aktif, progresif serta cekap dalam segala tindakan. Oleh itu, segala

sokongan, komitmen dan pengembelingan tenaga daripada semua pihak amat dialu-

alukan. Semoga segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan

sepenuhnya agar majlis ini dapat dijayakan dengan sempurna dan dapat memberi satu

kenangan indah khususnya kepada semua warga Kolej Keris Mas dan mahasiswa/ i

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disediakan oleh,

MUHAMMAD NAZIRUL AIMAN

B. ABU SUPIAN

Ketua Pengarah Eksekutif

Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal

Kolej Keris Mas

Sesi 2012/2013

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disemak oleh,

AKMAL FIRDAUS B ROSLI Yang Dipertua

Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i

(JAKSA)

Kolej Keris Mas

Sesi 2012/2013

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Disokong oleh,

NORLISA BT MOHAMED AMIN

Felo Penasihat

Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal

Kolej Keris Mas

Sesi 2012/2013

Disahkan oleh,

DR RUSLIN BIN AMIR

Pengetua

Kolej Keris Mas

Universiti Kebangsaan Malaysia

Tel : 03-8921 4009 (pejabat) ;

019-2686865 (tel. bimbit)

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 8

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL KOLEJ KERIS MAS

SESI 2012/2013

Penaung

Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

Naib Canselor, UKM

Pengerusi

Y.Bhg. Prof. Ir. Dr. Othman A.Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM

Penyelaras

Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman

Timbalan Pendaftar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM

Penasihat Utama

Dr. Ruslin bin Amir

Pengetua Kolej Keris Mas, UKM

Penasihat

En Ishak Abdul Rahman

Timbalan Pengetua Kolej Keris Mas, UKM

Tuan Syed Kamarudin Haji Sadak

Pengurus Hal Ehwal Pelajar Kolej Keris Mas, UKM

En. Zulkarnain Hadi

Penolong Pengurus Kolej Keris Mas, UKM

Norlisa Bt Mohamed Amin

Felo Penasihat

Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal

Kolej Keris Mas, UKM

Siti Humaira Bt Haron

Felo Penasihat

Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal

Kolej Keris Mas, UKM

Ex-officio

Akmal Firdaus Bin Rusli

Yang Dipertua

Jawatankuasa Kebajikan Siswa/ i (JAKSA)

Kolej Keris Mas

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 9

Ketua Pengarah Eksekutif

Muhammad Nazirul Aiman B. Abu Supian

Fakulti Sains Dan Teknologi/3

013-2778285

A132761

Pengarah Eksekutif I

Nurul Nadiah Bt. Abdul Nashir

Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan/3

014-5071202

A133136

Pengarah Eksekutif II

Muhammad Hanif Hamizan Bin Othman

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina/2

017-2055413

A135928

Setiausaha

Fairuza Lina Bt Awang

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina/1

013-6770447

A140393

Timbalan Setiausaha

Siti Suryani Bt Kasbullah

Fakulti Sains dan Teknologi/1

017-7133923

A141344

Bendahari

Siti Norhalijah Bt Yussop Fakulti Ekonomi dan Pengurusan/1

017-9899263

A139782

Timbalan Bendahari

Noor Hidayah Bt Hasbullah

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan/1

012-4261364

A140499

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 10

Eksekutif Program : Mohd Naim Bin Abdul Rahim

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina/1

A140106

Eksekutif Gimik, Media : Muhammad Sufiyan Bin Amril

dan Multimedia Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina/1

A140326

Eksekutif Jamuan : Suliyana Salmi Bt Tajudin

Fakulti Sains dan Teknologi/2

A139005

Eksekutif Pemasaran : Nur Farahafizah Bt Mohd Fauzi

Fakulti Pendidikan/2

A137771

Eksekutif Pengangkutan dan : Hairish Kumar A/L Ganesan

Keselamatan Fakulti Sains dan Teknologi/1

A140198

Eksekutif Protokol : Ahmad Faathin Bin Mohd Fadzil

Fakulti Pendidikan Islam/2

A137199

Eksekutif Tugas-tugas Khas : Muhammad Izwan Bin Ishak

Fakulti Sains dan Teknologi/1

A141223

Eksekutif Sijil & Cenderamata : Hani Izzati Bt Mohd Rodzi

Fakulti Sains dan Teknologi/2

A138403

Eksekutif Teknikal & Siaraya : Afdal Diyaudin Bin Amirudin

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat/1

A140119

Eksekutif Persembahan : Nurdini Bt A. Rahman

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan/2

A138029

Eksekutif Publisiti : Muhammad Syahmi Bin Mohamad

Fakulti Sains dan Teknologi/1

A141202

Eksekutif Kebajikan : Megat Abdul Latif Bin Megat Mohd Azlan

Fakulti Undang-Undang/1

A139346

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 11

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

KHAMIS, 2 MEI 2013

MASA PERKARA TEMPAT

Dewan Canselor Tun Abdul

Razak (DECTAR)

8.00 malam

Ketibaan Mahasiswa/i Kolej Keris Mas

8.15 malam

Ketibaan Tetamu Jemputan

8.25 malam

Ketibaan Perasmi

8.35 malam

Persembahan Pembukaan (Pertunjukan

Fesyen)

8.40 malam

Alu-aluan Pengacara Majlis

.

8.45 malam

Bacaan Doa

8.50 malam

Ucapan Ketua Pengarah

8.55 malam

Ucapan Pengetua Kolej Keris Mas

9.00malam

Ucapan Perasmi

Senator Dato’ Raja Nong Chik bin Datuk

Zainal Abidin

9.15 malam

Gimik Perasmian

9.20 malam

Jamuan Makan Malam

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 12

9.30 malam

Persembahan Band Chorus oleh Kelab Suara

Mas KKM

Dewan Canselor Tun Abdul

Razak (DECTAR)

9.45 malam

Penyampaian Sijil

10.00 malam

Cabutan Bertuah

10.05 malam

Persembahan ‘Tarian Sepanjang Zaman’

oleh Kelab Pawana Mas KKM

10.20 malam

Penyampaian Anugerah

10.30 malam

Persembahan 1 Malaysia oleh Kelab

Sanggar Mas, Kesenian Cina dan India

KKM

10.45 malam

Cabutan Bertuah

10.55 malam

Anugerah King And Queen Of The Night

11.00 malam

Bersurai

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 13

JUMAAT, 3 MEI 2013

MASA PERKARA TEMPAT

Dewan Canselor Tun Abdul

Razak (DECTAR)

8.00 malam

Ketibaan Mahasiswa/i Kolej Keris Mas

8.15 malam

Ketibaan Tetamu Jemputan

8.25 malam

Ketibaan Perasmi

8.35 malam

Persembahan Pembukaan Oleh Artis Budaya

Kolej Keris Mas

8.40 malam

Alu-aluan Pengacara Majlis

.

8.45 malam

Bacaan Doa

8.50 malam

Ucapan Ketua Pengarah

8.55 malam

Ucapan Pengetua Kolej Keris Mas

9.00 malam

Ucapan Perasmi

9.15 malam

Gimik Perasmian

Y.B. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim

9.20 malam

Jamuan Makan Malam

9.30 malam

Persembahan Band Chorus oleh Kelab Suara

Mas KKM

9.45 malam

Penyampaian Sijil

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 14

10.00 malam

Cabutan Bertuah

Dewan Canselor Tun Abdul

Razak (DECTAR)

10.05 malam

Persembahan ‘Tarian Sepanjang Zaman’

oleh Kelab Pawana Mas KKM

10.20 malam

Penyampaian Anugerah

10.30 malam

Persembahan 1 Malaysia oleh Kelab

Sanggar Mas, Kesenian Cina dan India

KKM

10.45 malam

Cabutan Bertuah

10.55 malam

Anugerah King And Queen Of The Night

11.00 malam

Bersurai

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 15

LAMPIRAN C

BELANJAWAN

Anggaran pendapatan

BIL PERKARA RM

1.

2.

Tabung Pengetua Kolej Keris Mas

Sumbangan

Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel)

Perasmi

Syarikat-syarikat swasta

36 000

5 000

4 000

6 000

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN

51 000

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA RM

1.

2.

3.

4.

Pengurusan

a) Peralatan alat tulis

i) Kertas A4(RM 10 × 3 ring)

ii) Fotokopi

iii) Toner Ink (RM 200 × 1)

b) Kad Ring-Ring ( RM 10 × 30 keping)

c) Kebajikan AJK ( RM 5 ×120 orang)

Pengangkutan

a) Sewa Kenderaan (RM 150 × 3 hari)

b) Minyak Kenderaan (RM 50 × 3 hari)

c) Kecemasan

Jamuan

a) Mahasiswa/ i

b) Jemputan

c) VIP

d) VVIP

Program

70

30

100

200

300

600

450

150

100

36 000

1000

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 16

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Teknikal

a) Dekorasi Pentas

b) Penyelenggaraan

Protokol

a) Kad jemputan (RM 1.50 × 80 keping)

b) Buku Cenderamata (RM 6 × 80 buah)

Publisiti

a) Kain Rentang 8’ × 3’(RM 70 × 3 keping)

b) Bunting 2’ × 6’(RM 40 × 6 keping)

c) Poster A3 (RM 15 × 10 keping)

d) Media Elektronik

e) Media Cetak

Sijil dan Cenderamata

a) Sijil (RM 1.50 × 200 keping)

b) Hamper (RM 20 × 10 buah)

c) Cenderamata Anugerah (RM 30 × 10 orang)

d) Cenderamata Perasmi (RM 200 × 2 orang)

e) Cenderamata Mahasiswa/ i (RM 4 × 2000 orang)

Tugas-Tugas Khas

a) Backdrop

b) Tag Nama (RM 2 × 120 orang)

Rencam

700

120

480

240

240

150

100

100

300

200

300

400

8 000

230

240

200

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN

51 000

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 17

LAMPIRAN D

ULASAN PENASIHAT UTAMA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selaku Pengetua Kolej Keris Mas dan juga merangkap Penasihat Utama kepada Malam

Anugerah Mahasiswa dan Amal Kolej Keris Mas sesi 2012/2013, saya amat berbesar hati dan

bersyukur sekiranya program ini mendapat penajaan dari syarikat tuan/ puan.

Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal Kolej Keris Mas sesi 2012/2013 ini merupakan

program tradisi yang diadakan setiap tahun bagi memberikan aspirasi, semangat dan

penghargaan kepada para pelajarnya yang beroleh kejayaan yang cemerlang dalam bidang

akademik, sukan mahupun ko-kurikulum di samping memberi galakan kepada pelajar yang

lainnya untuk terus berusaha agar turut meraih kecemerlangan. Selain itu, antara tujuan utama

program ini juga adalah untuk memupuk hubungan erat di antara penghuni-penghuni Kolej

Keris Mas yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui program sedemikian, para penghuni

dapat lebih mengenali dan saling bekerjasama dalam usaha menjayakan program.

Para pelajar yang terlibat dalam urusan mengorganisasi gerak kerja program pula akan

dapat menimba pelbagai pengalaman dan meningkatkan keyakinan berkomunikasi serta

mematangkan mereka dalam urusan pengurusan organisasi dan pembuatan keputusan. Secara

tidak langsung, ia dapat melatih dan meningkatkan ciri-ciri modal insan yang terdapat dalam

diri para pelajar sebagai persediaan sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan. Justeru,

adalah penting untuk pihak penganjur mengadakan program sedemikian supaya lebih ramai

penghuni Kolej Keris Mas yang berwawasan, berkemahiran dan bervisi dapat dilahirkan.

Justeru, amatlah penting program seperti ini diadakan dan diharapkan pelbagai pihak

dapat memberikan kerjasama bagi menjayakan program tahunan yang gilang-gemilang ini.

Akhirul kalam, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak syarikat tuan/ puan di atas

segala jasa baik dan kerjasama yang bakal diberikan bagi menjayakan program ini.

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 18

LAMPIRAN E

IPTA

Universiti Kebangsaan Malaysia

TAJUK PROGRAM

Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal Kolej

Keris Mas sesi 2012/2013

JENIS PROJEK

Majlis makan malam ini diadakan bagi menghargai

segala sumbangan para penghuni kepada Kolej

Keris Mas.

MATLAMAT DAN PENCAPAIAN

PROGRAM

1. Membentuk mahasiswa/ i yang berketrampilan

dalam semua aspek di samping membentuk sahsiah

diri, sifat kepimpinan serta cara pengurusan

organisasi yang efektif.

2. Mengukuhkan semangat bekerja berkumpulan

dan melatih diri sedia menghulurkan bantuan

kepada komuniti pada bila-bila masa.

3. Menyediakan platform kepada mahasiswa/ i

untuk berbakti kepada kolej yang tidak semestinya

diukur pada nilai wang yang disumbangkan atau

anugerah yang dirangkul untuk kolej.

ANJURAN

Sekretariat Naib Yang Dipertua II

Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA)

Sesi 2012/2013

Kolej Keris Mas

Universiti Kebangsaan Malaysia

TARIKH DAN TEMPAT

2 & 3 Mei 2013 bertempat di Dewan Canselor Tun

Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan

Malaysia

BILANGAN PESERTA

2000 orang

ANGGARAN KOS

RM 51 000

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 19

LAMPIRAN F

PAKEJ PENAJA KEWANGAN

PENAJA PLATINUM EMAS PERAK GANGSA

FAEDAH

PENAJA

1. Pengecualian

cukai pendapatan

2. Jemputan ke

Majlis Makan

Malam Tahunan

Kolej Keris Mas

sebagai perasmi

pada Senior’s

Night

3. Tapak booth

percuma sepanjang

Temasya

Gemilang Kolej

Keris Mas

(TG2KM) 2013

berlangsung

4. Pengiklanan

secara percuma

ketika tayangan

multimedia Majlis

Makan Malam

Tahunan Kolej

Keris Mas

5. Logo dan Nama

Syarikat akan

diletakkan di

backdrop, pakaian

ahli jawatankuasa,

buku cenderamata,

kain rentang,

bunting dan poster

1. Pengecualian

cukai pendapatan

2. Jemputan ke

Majlis Makan

Malam Tahunan

Kolej Keris Mas

sebagai tetamu

VVIP

3. Tapak booth

percuma sepanjang

Temasya Gemilang

Kolej Keris Mas

(TG2KM) 2013

berlangsung

4. Logo dan Nama

Syarikat akan

diletakkan di dalam

buku cenderamata,

kain rentang,

bunting dan poster

1. Pengecualian

cukai pendapatan

2. Jemputan ke

Majlis Makan

Malam Tahunan

Kolej Keris Mas

sebagai tetamu

VIP

3. Menyediakan

Tapak booth

semasa Temasya

Gemilang Kolej

Keris Mas

(TG2KM) 2013

berlangsung

4. Logo dan

Nama Syarikat

akan diletakkan di

dalam buku

cenderamata, kain

rentang, bunting

dan poster

1. Pengecualian

cukai pendapatan

2. Menyediakan

Tapak booth

semasa Temasya

Gemilang Kolej

Keris Mas

(TG2KM) 2013

berlangsung

3.Logo dan Nama

Syarikat akan

diletakkan di

dalam buku

cenderamata,

kain rentang,

bunting dan

poster.

JUMLAH

RM 10,000

RM 5,000

RM 3,000

RM 1,000

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 20

PAKEJ PENAJA KEWANGAN : PENAJA PLATINUM

Penaja utama ialah pihak yang menyumbang dalam jumlah RM 10,000 ke atas. Antara faedah-

faedah yang diterima daripada sumbangan pihak anda adalah:

1. PENGECUALIAN CUKAI

Semua sumbangan dalam bentuk wang tunai akan dikecualikan dari pembayaran cukai. Setiap

sumbangan mestilah ditulis atas nama : Bendahari UKM - Malam Anugerah Mahasiswa dan

Amal Kolej Keris Mas

2. JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI SENIOR‟S NIGHT MALAM ANUGERAH

MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS SESI 2012/2013

Ketua Pengarah Eksekutif akan merasmikan Senior’s Night iaitu salah satu dari malam di mana

pada malam tersebut akan dihadiri oleh pelajar tahun akhir. Ini membolehkan syarikat anda akan

dikenali dan menjadi destinasi pekerjaan kepada pelajar-pelajar cemerlang.

3. PEMBERIAN BOOTH PERCUMA SEPANJANG TEMASYA GEMILANG KOLEJ

KERIS MAS (TG2KM) 2013 BERLANGSUNG

Temasya Gemilang Kolej Keris Mas (TG2KM) yang akan diadakan pada pada 18 Mac 2013- 31

Mac 2013 merupakan Karnival Kolej Keris Mas di mana temasya ini menjadi tumpuan seluruh

warga kolej khususnya dan Universiti Kebangsaan Malaysia serta penduduk sekitar Bangi dan

Kajang amnya menyertai pelbagai pertandingan, melawat pelbagai pameran, gerai barangan dan

makanan di samping seminar atau bengkel yang diadakan.

4. IKLAN PERCUMA KETIKA MAJLIS ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL

KOLEJ KERIS MAS SESI 2012/2013

Pihak jawatankuasa melalui Post Gimik dan Multimedia akan menyediakan satu iklan mengenai

syarikat tuan berdurasi maksimum 3 minit sebelum dan semasa majlis berlangsung.

5. LOGO DAN NAMA SYARIKAT DI BACKDROP, PAKAIAN JAWATANKUASA,

BUKU CENDERAMATA, KAIN RENTANG, BUNTING DAN POSTER

Logo syarikat tuan akan dipaparkan pada backdrop, pakaian ahli jawatankuasa (AJK), buku

cenderamata, kain rentang, bunting dan poster. Nama syarikat anda juga akan dipaparkan dalam

setiap promosi dan publisiti program yang dijalankan. Perkataan penaja juga akan digunakan

pada setiap jenis publisiti seperti “Penaja Platinum” dan dinyatakan dalam teks Pengerusi Majlis.

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 21

PAKEJ PENAJA KEWANGAN : PENAJA EMAS

Penaja utama ialah pihak yang menyumbang dalam jumlah RM 5,000 ke atas. Antara faedah-

faedah yang diterima daripada sumbangan pihak anda adalah:

1. PENGECUALIAN CUKAI

Semua sumbangan dalam bentuk wang tunai akan dikecualikan dari pembayaran cukai. Setiap

sumbangan mestilah ditulis atas nama : Bendahari UKM - Malam Anugerah Mahasiswa dan

Amal Kolej Keris Mas

2. JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS

MAS SESI 2012/2013 SEBAGAI TETAMU KEHORMAT (VVIP)

Dua orang wakil dari syarikat tuan dijemput hadir pada salah satu dari malam program ini

berlangsung.

3. PEMBERIAN BOOTH PERCUMA SEPANJANG TEMASYA GEMILANG KOLEJ

KERIS MAS (TG2KM) 2013 BERLANGSUNG

Temasya Gemilang Kolej Keris Mas (TG2KM) yang akan diadakan pada pada 18 Mac 2013 - 31

Mac 2013 merupakan Karnival Kolej Keris Mas di mana temasya ini menjadi tumpuan seluruh

warga kolej khususnya dan Universiti Kebangsaan Malaysia serta penduduk sekitar Bangi dan

Kajang amnya menyertai pelbagai pertandingan, melawat pelbagai pameran, gerai barangan dan

makanan di samping seminar atau bengkel yang diadakan.

4. LOGO DAN NAMA SYARIKAT AKAN DILETAKKAN DI BUKU CENDERAMATA,

KAIN RENTANG, BUNTING DAN POSTER

Logo syarikat tuan akan dipaparkan pada buku cenderamata, kain rentang, bunting dan poster.

Nama syarikat anda juga akan dipaparkan dalam setiap promosi dan publisiti program yang

dijalankan. Perkataan penaja juga akan digunakan pada setiap jenis publisiti seperti “Penaja

Emas”.

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 22

PAKEJ PENAJA KEWANGAN : PENAJA PERAK

Penaja utama ialah pihak yang menyumbang dalam jumlah RM 3,000 ke atas. Antara faedah-

faedah yang diterima daripada sumbangan pihak anda adalah:

1. PENGECUALIAN CUKAI

Semua sumbangan dalam bentuk wang tunai akan dikecualikan dari pembayaran cukai. Setiap

sumbangan mestilah ditulis atas nama : Bendahari UKM - Malam Anugerah Mahasiswa dan

Amal Kolej Keris Mas

2. JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS

MAS SESI 2012/2013 SEBAGAI TETAMU KHAS (VIP)

Dua orang wakil dari syarikat tuan dijemput hadir pada salah satu dari malam program ini

berlangsung.

3. PENYEDIAAN BOOTH SEMASA TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS

(TG2KM) 2013 BERLANGSUNG

Temasya Gemilang Kolej Keris Mas (TG2KM) yang akan diadakan pada 18 Mac 2013 - 31 Mac

2013 merupakan Karnival Kolej Keris Mas di mana temasya ini menjadi tumpuan seluruh warga

kolej khususnya dan Universiti Kebangsaan Malaysia serta penduduk sekitar Bangi dan Kajang

amnya menyertai pelbagai pertandingan, melawat pelbagai pameran, gerai barangan dan

makanan di samping seminar atau bengkel yang diadakan.

4. LOGO DAN NAMA SYARIKAT AKAN DILETAKKAN DI DALAM BUKU

CENDERAMATA, KAIN RENTANG, BUNTING DAN POSTER.

Logo syarikat tuan akan dipaparkan pada buku cenderamata, kain rentang, bunting dan poster.

Nama syarikat anda juga akan dipaparkan dalam setiap promosi dan publisiti program yang

dijalankan. Perkataan penaja juga akan digunakan pada setiap jenis publisiti seperti “Penaja

Perak”.

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 23

PAKEJ PENAJA KEWANGAN : PENAJA GANGSA

Penaja utama ialah pihak yang menyumbang dalam jumlah RM 1,000 ke atas. Antara faedah-

faedah yang diterima daripada sumbangan pihak anda adalah:

1. PENGECUALIAN CUKAI

Semua sumbangan dalam bentuk wang tunai akan dikecualikan dari pembayaran cukai. Setiap

sumbangan mestilah ditulis atas nama : Bendahari UKM - Malam Anugerah Mahasiswa dan

Amal Kolej Keris Mas

2. PENYEDIAAN BOOTH SEMASA TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS

(TG2KM) 2013 BERLANGSUNG

Temasya Gemilang Kolej Keris Mas (TG2KM) yang akan diadakan pada pada 18 Mac 2013 - 31

Mac 2013 merupakan Karnival Kolej Keris Mas di mana temasya ini menjadi tumpuan seluruh

warga kolej khususnya dan Universiti Kebangsaan Malaysia serta penduduk sekitar Bangi dan

Kajang amnya menyertai pelbagai pertandingan, melawat pelbagai pameran, gerai barangan dan

makanan di samping seminar atau bengkel yang diadakan.

3. LOGO DAN NAMA SYARIKAT AKAN DILETAKKAN DI DALAM BUKU

CENDERAMATA, KAIN RENTANG, BUNTING DAN POSTER

Logo syarikat tuan akan dipaparkan pada buku cenderamata, kain rentang, bunting dan poster.

Nama syarikat anda juga akan dipaparkan dalam setiap promosi dan publisiti program yang

dijalankan. Perkataan penaja juga akan digunakan pada setiap jenis publisiti seperti “Penaja

Gangsa”.

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 24

PAKEJ PENAJA BARANGAN

PENAJA

PERKAKASAN

PEJABAT

PAKAIAN AHLI

JAWATANKUASA

CENDERAMATA/

HADIAH

FAEDAH

PENAJA

1. Pengecualian cukai

pendapatan

2. Jemputan ke Malam

Anugerah Mahasiswa

dan Amal Kolej Keris

Mas sebagai tetamu

VIP

3. Logo dan Nama

Syarikat akan

diletakkan di dalam

buku cenderamata,

banner, bunting dan

poster

4. Tapak booth percuma

selama 2 hari Temasya

Gemilang Kolej Keris

Mas (TG2KM) 2013

berlangsung

1. Pengecualian cukai

pendapatan

2. Jemputan ke Malam

Anugerah Mahasiswa

dan Amal Kolej Keris

Mas sebagai tetamu

VIP

3. Logo dan Nama

Syarikat akan

diletakkan di pakaian

ahli jawatankuasa, buku

cenderamata, banner,

bunting dan poster

4. Tapak booth percuma

selama 2 hari Temasya

Gemilang Kolej Keris

Mas (TG2KM) 2013

berlangsung

1. Pengecualian cukai

pendapatan

2. Jemputan ke Malam

Anugerah Mahasiswa

dan Amal Kolej Keris

Mas sebagai tetamu

VIP

3. Logo dan Nama

Syarikat akan

diletakkan di

cenderamata, buku

cenderamata, banner,

bunting dan poster

4. Tapak booth percuma

selama 2 hari Temasya

Gemilang Kolej Keris

Mas (TG2KM) 2013

berlangsung

CONTOH

BARANGAN

Mana-mana dua (2)

barangan di bawah:

1. Kertas A4

2. Pencetak

3. Alat Tulis

4. Komputer

5. Telefon/ Mesin Faks

6. Mesin Fotostat

Mana-mana tiga (3)

barangan di bawah:

1. Kemeja Formula

One

2. Vest/ Jaket

3. T-shirt

4. Topi

5. Beg

Mana-mana dua (2)

barangan di bawah:

1. Cenderamata

2. Hadiah cabutan

bertuah

3. Hadiah kepada

pemenang Prince &

Princess dan King &

Queen of the Night serta

pemenang anugerah

pelajar

4. Door Gift

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 25

PAKEJ PENAJA BARANGAN : PENAJA PERKAKASAN

PEJABAT

Penaja perkakasan pejabat ialah pihak yang menyumbang keperluan pejabat untuk kegunaan

pengurusan program. Antara faedah-faedah yang diterima daripada sumbangan pihak anda

adalah:

1. PENGECUALIAN CUKAI

Semua sumbangan akan dinyatakan dalam bentuk wang tunai supaya dapat dikecualikan dari

pembayaran cukai. Setiap sumbangan mestilah ditulis atas nama : Bendahari UKM - Malam

Anugerah Mahasiswa dan Amal Kolej Keris Mas

2. JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KKM SESI

2012/2013 SEBAGAI TETAMU KHAS (VIP)

Dua orang wakil dari syarikat tuan akan dijemput hadir pada salah satu dari malam program ini

berlangsung.

3. LOGO DAN NAMA SYARIKAT AKAN DILETAKKAN DI DALAM BUKU

CENDERAMATA, KAIN RENTANG, BUNTING DAN POSTER

Logo syarikat tuan akan dipaparkan pada buku cenderamata, kain rentang, bunting dan poster.

Nama syarikat anda juga akan dipaparkan dalam setiap promosi dan publisiti program yang

dijalankan. Perkataan rasmi juga akan digunakan pada setiap jenis publisiti seperti contoh

“Pencetak Rasmi” dan dinyatakan dalam teks Pengerusi Majlis.

4. PEMBERIAN BOOTH PERCUMA SELAMA 2 HARI TEMASYA GEMILANG

KOLEJ KERIS MAS (TG2KM) 2013 BERLANGSUNG

Temasya Gemilang Kolej Keris Mas (TG2KM) yang akan diadakan pada pada 18 Mac 2013 - 31

Mac 2013 merupakan Karnival Kolej Keris Mas di mana temasya ini menjadi tumpuan seluruh

warga kolej khususnya dan Universiti Kebangsaan Malaysia serta penduduk sekitar Bangi dan

Kajang amnya menyertai pelbagai pertandingan, melawat pelbagai pameran, gerai barangan dan

makanan di samping seminar atau bengkel yang diadakan.

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 26

PAKEJ PENAJA BARANGAN : PENAJA PAKAIAN AHLI

JAWATANKUASA

Penaja pakaian ialah pihak yang menyumbang dalam mana-mana tiga (3) barangan daripada

senarai untuk kegunaan ahli jawatankuasa sepanjang program berlangsung. Antara faedah-faedah

yang diterima daripada sumbangan pihak anda adalah:

1. PENGECUALIAN CUKAI

Semua sumbangan akan dinyatakan dalam bentuk wang tunai supaya dapat dikecualikan dari

pembayaran cukai. Setiap sumbangan mestilah ditulis atas nama : Bendahari UKM - Malam

Anugerah Mahasiswa dan Amal Kolej Keris Mas

2. JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KKM SESI

2012/2013 SEBAGAI TETAMU KHAS (VIP)

Dua orang wakil dari syarikat tuan dijemput hadir pada salah satu dari malam program ini

berlangsung.

3. LOGO DAN NAMA SYARIKAT AKAN DILETAKKAN PADA PAKAIAN AHLI

JAWATANKUASA, BUKU CENDERAMATA, KAIN RENTANG, BUNTING DAN

POSTER

Logo syarikat tuan akan dipaparkan pada pakaian ahli jawatankuasa (AJK), buku cenderamata,

kain rentang, bunting dan poster. Nama syarikat anda juga akan dipaparkan dalam setiap promosi

dan publisiti program yang dijalankan. Perkataan rasmi juga akan digunakan pada setiap jenis

publisiti seperti “Pakaian Rasmi” dan dinyatakan dalam teks Pengerusi Majlis.

4.PEMBERIAN BOOTH PERCUMA SELAMA 2 HARI TEMASYA GEMILANG KOLEJ

KERIS MAS (TG2KM) 2013 BERLANGSUNG

Temasya Gemilang Kolej Keris Mas (TG2KM) yang akan diadakan pada pada 18 Mac 2013 - 31

Mac 2013 merupakan Karnival Kolej Keris Mas di mana temasya ini menjadi tumpuan seluruh

warga kolej khususnya dan Universiti Kebangsaan Malaysia serta penduduk sekitar Bangi dan

Kajang amnya menyertai pelbagai pertandingan, melawat pelbagai pameran, gerai barangan dan

makanan di samping seminar atau bengkel yang diadakan.

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 27

PAKEJ PENAJA BARANGAN : PENAJA CENDERAMATA/

HADIAH

Penaja cenderamata/ hadiah ialah pihak yang menyumbang dalam bentuk mana-mana dua (2)

barangan daripada yang disenaraikan. Antara faedah-faedah yang diterima daripada sumbangan

pihak anda adalah:

1. PENGECUALIAN CUKAI

Semua sumbangan akan dinyatakan dalam bentuk wang tunai supaya dapat dikecualikan dari

pembayaran cukai. Setiap sumbangan mestilah ditulis atas nama : Bendahari UKM - Malam

Anugerah Mahasiswa dan Amal Kolej Keris Mas.

2. JEMPUTAN KE MAJLIS ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KKM SESI

2012/2013 SEBAGAI TETAMU KHAS (VIP)

Dua orang wakil dari syarikat tuan dijemput hadir pada salah satu dari malam program ini

berlangsung.

3. LOGO DAN NAMA SYARIKAT AKAN DILETAKKAN DI CENDERAMATA, BUKU

CENDERAMATA, KAIN RENTANG, BUNTING DAN POSTER

Logo syarikat tuan akan dipaparkan pada cenderamata, buku cenderamata, kain rentang, bunting

dan poster. Nama syarikat anda juga akan dipaparkan dalam setiap promosi dan publisiti

program yang dijalankan. Perkataan penaja juga akan digunakan pada setiap jenis publisiti

seperti “Penaja Hadiah Cabutan Bertuah” dan dinyatakan dalam teks Pengerusi Majlis.

4. PEMBERIAN BOOTH PERCUMA SELAMA 2 HARI TEMASYA GEMILANG

KOLEJ KERIS MAS (TG2KM) 2013 BERLANGSUNG

Temasya Gemilang Kolej Keris Mas (TG2KM) yang akan diadakan pada pada 18 Mac 2013 - 31

Mac 2013 merupakan Karnival Kolej Keris Mas di mana temasya ini menjadi tumpuan seluruh

warga kolej khususnya dan Universiti Kebangsaan Malaysia serta penduduk sekitar Bangi dan

Kajang amnya menyertai pelbagai pertandingan, melawat pelbagai pameran, gerai barangan dan

makanan di samping seminar atau bengkel yang diadakan.

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 28

LAMPIRAN G

(MAMA/BORANG G/001)

Muhammad Nazirul Aiman b. Abu Supian

Ketua Pengarah Eksekutif

Malam Anugerah Mahasiswa dan Amal

Kolej Keris Mas

Sesi 2012/2013

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM Bangi

Selangor Darul Ehsan

Tel (Pej)/ Faks: 03-8921 4009

Tel (H/P) : 013-2778285

Y.Bhg Tun/ Tan Sri/ Puan Sri/ Toh Puan/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik,

PERSETUJUAN MEMBERI SUMBANGAN KEWANGAN DAN PENAJAAN

Nama Syarikat : ___________________________________________________________

Alamat : _________________________________________________________________

_________________________________________________________________

No Tel : ________________________ Faks : _________________________

PAKEJ PENAJA KEWANGAN

1. Penaja Platinum : RM 10 000 ke atas ( )

2. Penaja Emas : RM 5 000 ke atas ( )

3. Penaja Perak : RM 3 000 ke atas ( )

4. Penaja Gangsa : RM 1 000 ke atas ( )

PAKEJ PENAJA BARANGAN

Jenis Barangan : Kuantiti

______________________________________ ( )

______________________________________ ( )

______________________________________ ( )

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 29

IKLAN BUKU CENDERAMATA

Eksklusif Berwarna Tidak Berwarna

Halaman Kedua A5 RM 900 -

Halaman Tengah A4 RM 1500 -

Halaman Belakang A5 RM 400 -

Kulit Muka Belakang A5 RM 700 -

Premium Berwarna Tidak Berwarna

¼ muka surat A7 RM 100 RM 50

½ muka surat A6 RM 150 RM 100

1 muka A5 RM 250 RM 180

*Tandakan ’X’ pada yang berkenaan JUMLAH :_________________

Sumbangan Peribadi : RM _________________

Ringgit Malaysia (dalam perkataan) ______________________________

____________________________________________________________

Dengan berbesar hatinya, seperti butiran diri di atas, BERSETUJU untuk menyumbangkan

kepada penganjuran MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS

MAS SESI 2012/2013 mengikut pakej yang ditawarkan dan dipersetujui.

MALAM ANUGERAH MAHASISWA DAN AMAL KOLEJ KERIS MAS 2012/2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

2 & 3 MEI 2013

“MELAKAR IMAGINASI SEINDAH LAUTAN ” 30

Bersama-sama ini disertakan bersama wang tunai / cek / kiriman wang pos / draf bank

bernombor :________________ yang berjumlah RM ___________________ RINGGIT

MALAYSIA_____________________________________________

Ditulis atas nama : Bendahari UKM - Malam Anugerah Mahasiswa Dan Amal Kolej Keris

Mas

Tandatangan : Cop Rasmi :

Pengesahan Penganjur :

Nama :

Tarikh :

Masa :