kertas kerja lawatan stam

Upload: azamiah-n-azwan

Post on 20-Jul-2015

193 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

SAMT TENGKU AMPUAN JEMAAH SEKSYEN 11, SHAH ALAM

KERTAS KERJA LAWATANPERKONGSIAN ILMU

TARIKH:7 April 2012

TEMPAT:PERPUSTAKAAN UNIVERITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

ANJURAN:MAJLIS TINGKATAN 6_____________________________________________________________________________________________________

1.0

PENDAHULUAN

Ilmu ialah salah satu ibadah tuntutan agama yang wajib kepada setiap umat manusia di dunia ini. Cabang ilmu sangat luas dan pengetahuannya sejauh umpama merentasi dunia memberikan banyak manfaat dan kemajuan kepada manusia dan sekalian makhluk di dunia. Namun cabang ilmu yang diperolehi dan dipraktikkan itu mempunyai berbagai-bagi lapangan dan definisi destinasinya. Kertas kerja ini di buat berdasarkan tema Perkongsian Ilmu diantara warga SAMTTAJ dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk menggunakan kemudahan perpustakaan mereka yang telah sedia maklum menyimpan khazanah-khazanah ilmu yang sangat banyak dan meliputi berbagai aspek dan bidang keilmuan. Disamping itu, kurangnya koleksi bahan-bahan buku dan khazanah ilmu di sekolah merupakan salah satu sebab utama program lawatan ini dirancang kerana hal masalah ini menyukarkan pelajar-pelajar khususnya tingkatan 6 untuk mencari bahan-bahan rujukan bagi kerja kursus Balaghah dan Adab Nusus yang tidak dinafikan memerlukan sejumlah karya dan penulisan-penulisan dari para penulis yang masyhur yang membahaskan berkenaan dengan tajuk-tajuk kerja kursus yang perlu mereka bahaskan. 2.0 OBJEKTIF 1) Memberi peluang kepada pelajar ting 6 STAM membuat rujukan dan kajian tajuk kerja kursus yang perlu mereka sediakan 2) Mendedahkan kepada pelajar tentang karya-karya penulis yang masyhur dan ulung 3) Meluaskan kefahaman dan pengetahuan mereka berkenaan dengan subjek kajian mereka 3.0 TEMPAT LAWATAN Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 4.0 TARIKH DAN MASA LAWATAN Tarikh Hari Masa bertolak : : : 28 Mei 2012 Isnin 7.00 pagi

5.0 SASARAN Semua pelajar Ting. 6 STAM Bilangan Pegawai Pengiring Bilangan Peserta : : 2 orang 50 orang

5.1 Senarai Nama Pegawai Pengiring Sila rujuk lampiran (1) 5.2 Senarai Nama Peserta Lawatan Sila rujuk lampirn (2) 6.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN LAWATAN Penasihat Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK Makanan AJK Disiplin : Pn Zunaidah Bt Wan Chik : En Ermie B Jonoh : Pn Azamiah Bt Tumiran : Pn Kamariah Bt Kamari : Cik Norazliana Bt : En Mazlan

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN & SUMBER KEWANGAN

BIL 1 2

PERKARA Pengangkutan (bas) Makan & Minum

KOS SEUNIT RM 300 RM 5

KUANTITI 2 50

JUMLAH RM 600 RM 250 RM 750

JUMLAH KESELURUHAN

7.1 Sumber Kewangan : Sumber kewangan bagi membiayai program Ting 6 STAM ini diperolehi daripada PCG STAM sebanyak RM 750 yang akan membiayai kos pengangkutan dan makan pelajar.

8.0

TENTATIF PROGRAM LAWATAN 7.00 am 8.30 am 9.00 am 10.00 am 11.30 am 1.30 pm 2.30 p.m : Bertolak dari sekolah : Taklimat pegawai UIA : Sesi kajian dan rujukan (Pelajar 6 STAM) : Lawatan sekitar pusat sumber (AJK Pusat Sumber) : Ceramah pengurusan pusat sumber : Rehat & Solat Zohor : Bersurai

10.0 PENUTUP Kami berharap agar program lawatan ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta kerjasama dari pihak puan. Bagi melancarkan perjalanan ke tempat lawatan, kami memohon jasa baik pihak puan agar mempertimbangkan permohonan kami untuk mendapatkan bantuan kewangan khususnya dari segi pengangkutan pelajar memandangkan jarak dari tempat lawatan dari sekolah adalah jauh. Semoga program lawatan ini dapat memberi banyak manfaat kepada pelajar tingkatan 6 STAM. Segala jasa baik dan sokongan yang pihak puan berikan amatlah kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh, . (Pn Azamiah Bt Tumiran) Guru Ting. 6 STAM

Disemak oleh,

Disahkan oleh,