kertas kerja lawatan sid

8
SK KOLOMBONG INANAM KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR LAWATAN KE KILANG SUSU SEKOLAH (SID)” Tarikh: 21hb Oktober 2015 Tempat: KOLOMBONG,DAERAH KOTA KINABALU 1

Upload: abah-wafiah

Post on 06-Dec-2015

260 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

ok bah

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Lawatan Sid

SK KOLOMBONG INANAM

KERTAS KERJA LAWATAN

SAMBIL BELAJAR

” LAWATAN KE KILANG SUSU SEKOLAH (SID)”

Tarikh:

21hb Oktober 2015

Tempat:

KOLOMBONG,DAERAH KOTA KINABALU

Dengan kerjasama:

SK Kolombong, Kota Kinabalu & Unit Kecemerlangan Tahun 6

1

Page 2: Kertas Kerja Lawatan Sid

SK KOLOMBONG INANAM

1. PENDAHULUAN

Generasi masa kini adalah penyambung warisan kepimpinan dan

kecemerlangan negara di masa akan datang. Mereka haruslah menyedari

kenyataan ini. Sama ada mereka mahu atau tidak, mereka sewajarnya menyedia

atau memperlengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sebaiknya.

Cabaran mereka untuk beberapa tahun yang akan datang sudah tentu akan

menjadi lebih mencabar lagi sebagaimana suasana kini yang sudah terlalu

mencabar daya ketahanan berbanding dengan suasana 10 tahun yang lalu.

Jangkamasa 10 tahun bukanlah terlalu panjang, tetapi dalam tempoh tersebut,

pelbagai penemuan baru dalam pelbagai bidang kehidupan, gaya hidup dan

pemikiran muncul bertali arus tanpa dapat disekat lagi. Bagi mengahadapi

suasana ini, menjadi tanggungjawab mereka untuk bersedia dengan langkah-

langkah yang lebih berhati-hati, wajar dan proaktif.

Sudah tentu pelbagai program diadakan bagi menyediakan generasi atau

pelajar masa kini untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran akan datang.

Kerajaan juga telah memberikan pelbagai peruntukan bagi memastikan generasi

masa kini mendapat ilmu dan pengalaman sewajarnya untuk meneruskan

kepimpinan dan kecemerlangan negara pada masa akan datang. Kerajaan juga

melihat usaha-uhasa seperti ini haruslah bermula dari akar umbi sesuai dengan

peribaghasa “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Oleh yang demikian, pelajar-pelajar dari sekolah rendah juga sudah mula

didedahkan dengan pelbagai bentuk ilmu dan pengalaman dalam menongkah

kehidupan global pada masa akan datang. Pelajar-pelajar sekolah rendah adalah

satu golongan yang memerlukan pendekatan yang tersendiri sesuai dengan

tahap perkembangan dan kemampuan mereka dalam mengharungi kehidupan

yang memerlukan pendekatan tertentu sebelum mereka melangkah masuk ke

sekolah menengah. Lantaran menyedari sumbangan dan kepentingan golongan

ini dalam mewarisi negara. Program untuk meningkatkan semangat dan

keberanian serta membentuk kekuatan mental pelajar.

2

Page 3: Kertas Kerja Lawatan Sid

SK KOLOMBONG INANAM

Lawatan ini merupakan salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang

amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial

selain dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan

kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan

didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa

dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal.

Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan

mencapai objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar lawatan ini akan dapat

memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri,

meningkatkan semangat dan keberanian serta membentuk kekuatan mental

mereka. Di samping menimba pengalaman, lawatan ini nanti akan dapat

mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.

3

Page 4: Kertas Kerja Lawatan Sid

SK KOLOMBONG INANAM

2. LATAR BELAKANG

“Program Melahirkan Murid Yang Cemerlang Dan Berkemahiran Tinggi”

merupakan satu program yang dirancang bagi meningkatkan semangat dan

keberanian serta membentuk kekuatan mental dalam diri pelajar agar dapat

menguatkan jati diri setiap pelajar yang mengikuti program ini.

Kejayaan sesebuah negara bukan hanya dilihat daripada kecemerlangan

generasi dalam akademik semata-mata, namun perkara yang lebih utama

adalah sejauhmana generasi pada masa tersebut boleh mengenalpasti

kemahiran yang ada berdasarkan pengalaman serta mengharungi dan

mengadaptasi cabaran globalisasi yang pastinya akan menguji kekuatan mental

dan fizikal.

3. RASIONAL

3.1 Memenuhi aspirasi kerajaan yang tegas dalam usaha untuk melahirkan

modal insan yang seimbang dari segi kecemerlangan pencapaian

akademik dan juga berkemahiran.

3.2 Melatih murid untuk mampu bekerjasama dalam menghadapi cabaran,

berfikiran positif, bersikap berani, berdisiplin dan sabar dalam

melaksanakan tanggungjawab disamping meningkatkan lagi tahap

keyakinan diri.

3.3 Melahirkan murid yang bersedia dari segi mental dan emosi dalam

berhadapan dengan cabaran hidup globalisasi akan datang.

4. MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk membina keyakinan diri pelajar dan

membentuk disiplin yang perlu ada pada setiap pelajar. Pelbagai aktiviti disusun

dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan

dan dapat diaplikasikan dalam menempuh cabaran yang mendatang serta

berfikir secara rasional apabila berhadapan dengan situasi mencabar.

4

Page 5: Kertas Kerja Lawatan Sid

SK KOLOMBONG INANAM

5. OBJEKTIF

Objektif porgram ini adalah untuk:

5.1 Menanamkan sikap positif, bekerjasama, bertoleransi, beramanah dan

daya saing yang sihat dalam pelbagai situasi.

5.2 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti

yang disediakan.

5.3 Membina keyakinan diri kepada pelajar bahawa mereka boleh

melakukan dan mencapai kejayaan yang lebih baik dari apa yang telah

mereka lakukan atau capai setakat ini.

4.3.1 Memberi pendedahan kepada pelajar cara mempraktikkan apa yang

dipelajari kepada situasi yang sebenar. Contohnya Pengurusan Diri,

Pendidikan Islam, Moral dan lain-lain.

5.4 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan

intelek.

6. KONSEP LAWATAN

6.1 Mengenali teknologi dan kemahiran memproses susu sekolah dalam

suasana yang sebenar.

7. PENYERTAAN

30 orang murid Sekolah Kebangsaan Kolombong, Kota Kinabalu.

7.1 4 guru

8. SASARAN

8.1 Seramai 30 peserta iaitu murid Tahun 2 UKM dari Sekolah Kebangsaan

Kolombong, Kota Kinabalu.

9. MASA DAN TARIKH

Tarikh : 21 Oktober (Rabu)

Masa : 07.00a.m.

10. TEMPAT

Sabah International Dairies, Kolombong

5

Page 6: Kertas Kerja Lawatan Sid

SK KOLOMBONG INANAM

11. JAWATANKUASA KERJA LAWATAN

AHLI JAWATANKUASA KERJAPROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG SUSU SEKOLAH (SID),

KOLOMBONG

Penasihat : En Hambali Hj ShuibPengerusi : En Yassin Abd RahmanPenyelaras : En Mohd Fadzli B Ag Abd GhaniSetiausaha : Pn Hesmiati Binti MiringBendahari : En Ag Sallehin B MatiasinPengangkutan : Pn Dayang Kasimah Binti JailSarapan : Pn Hesmiati Binti MiringDisiplin : En Yassin Bin Abd Rahman

Pengiring : En Yassin Abd Rahman En Mohd Fadzli B Ag Abd Ghani Pn Hesmiati Binti Miring

Pn Dayang Kasimah Binti Jail

12. TENTATIF PROGRAM

TENTATIF AKTIVITI LAWATAN

HARI RABU (21 Oktober 2015)MASA AKTIVITI TINDAKAN

07.00am Taklimat sebelum ke tempat lawatan dan bertolak, sarapan

Guru Pengiring

07.30am Tiba di SID Kolombong Guru Pengiring

08.00am Taklimat oleh pegawai Sabah International Dairies

09.30 am Lawatan sekitar kilang SID Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan

11.30amPertukaran cendra hatiBergambar Makan tengah hari

Sabah International Dairies

12.30am Bertolak dari SID Sabah International Dairies

6

Page 7: Kertas Kerja Lawatan Sid

SK KOLOMBONG INANAM

13. PERBELANJAAN

BIL PERKARA KOS RM QTY JUMLAH RM

1 Sarapan 1.00 30 30.00

2 Makan Tengahari 3.00 30 90.00

2 Pengangkutan 250.00 1 250.00

JUMLAH 370.00

14. PENUTUP

7

Page 8: Kertas Kerja Lawatan Sid

SK KOLOMBONG INANAM

Segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah bagi

menerapkan dan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang

mantap dan berdisiplin. Program ini juga berperanan untuk memupuk nilai-

nilai murni dalam diri. Diharapkan segala perancangan dapat dilaksanakan

seperti yang dirancangkan dengan lancar dan berkesan. Akhir kata, kami

merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat

sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program

lawatan ini.

Disediakan oleh, Disokong oleh,

……………………………..… ..........................................

(HESMIATI BINTI MIRING) (HAMBALI HJ. SHUIB)

Setiausaha Kelas 2 UKM Guru BesarSK Kolombong, Kota Kinabalu SK. Kolombong, Kota Kinabalu

Disemak oleh,

.........................................

(YASSIN BIN ABD RAHMAN)GPK KOKUM 2015SK Kolombong, Kota Kinabalu

8