kertas kerja lawatan

9
KERTAS CADANGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR, SARAWAK. LAWATAN ILMIAH KE MAJLIS SUKAN NEGERI SARAWAK (MSNS) DAN INSTITUT SUKAN NEGERI (ISN) KUCHING, SARAWAK. KUMPULAN PISMP SEJARAH DAN BAHASA IBAN (SEMESTER 5) ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TARIKH 1

Upload: huitene-sim

Post on 05-Feb-2016

74 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pjm

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA LAWATAN

KERTAS CADANGAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

96509 BINTANGOR, SARAWAK.

LAWATAN ILMIAH KE MAJLIS SUKAN NEGERI SARAWAK (MSNS) DAN INSTITUT

SUKAN NEGERI (ISN) KUCHING, SARAWAK.

KUMPULAN

PISMP SEJARAH DAN BAHASA IBAN (SEMESTER 5)

ANJURAN

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

TARIKH

11 - 13 Mac 2015

1

Page 2: KERTAS KERJA LAWATAN

KERTAS CADANGAN LAWATAN ILMIAH KE MAJLIS SUKAN NEGERI SARAWAK

(MSNS) DAN PUSAT SATELIT INSTITUT SUKAN NEGERI (ISN) KUCHING,

SARAWAK.

1.0 Tajuk

Lawatan Ilmiah ke Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Pusat Satelit

Institut Sukan Negara (ISN), Kuching, Sarawak.

2.0 Jabatan yang Mengemukakan

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

3.0 Matlamat

Lawatan ini adalah bertujuan memberikan pengajaran dan pembelajaran secara

kontekstual aspek pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

seperti program pembangunan sukan, pengurusan sumber manusia, teknologi

dalam sukan, isu-isu dalam sukan, pengurusan kemudahan, kepimpinan dan

pengurusan kewangan. Di samping itu, pelajar juga belajar untuk merancang dan

menguruskan lawatan, seperti menyediakan kertas kerja lawatan dan seterusnya

menyediakan laporan hasil lawatan.

4.0 Objektif

Pada akhir lawatan ini pelajar dapat :

i. Merancang dan menguruskan lawatan sambil belajar ke agensi-agensi

sukan.

ii. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat yang berkaitan dengan

pengurusan dan pentadbiran organisasi pendidikan jasmani dan

sukan.

iii. Mempunyai kefahaman yang koheren tentang teori dan amalan dalam

pengurusan dan pentadbiran organisasi Pendidikan Jasmani dan

Sukan.

2

Page 3: KERTAS KERJA LAWATAN

iv. Melaksanakan pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani dan

Sukan dengan berkesan.

v. Mengintegrasikan kemahiran yang dipelajari dengan kemahiran

teknologi maklumat dan cara berkomunikasi berkesan untuk

melaksanakan latihan yang sistematik, berkesan dan bermakna.

vi. Bekerjasama dan berinteraksi dalam pelbagai situasi dan keadaan.

5.0 Asas Pertimbangan

Majlis Sukan Negeri Sarawak dan Pusat Satelit Institut Sukan Negera di Jalan

Budaya, Kuching dipilih sebagai tempat lawatan ini kerana dua organisasi ini

mengamalkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang sistematik, berstruktur

dan terancang. Oleh yang demikian, peserta-peserta lawtan dapat belajar secara

kontekstual tentang amalan pengrusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani dan

Sukan. Ini amat sesuai bagi pelajar yang mengambil kursus PJM3123E

Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan kerana ianya

merupakan organisasi yang tersebar di Sarawak. Dalam organisasi tersebut

terdapat elemen-elemen pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani dan

Sukan yang praktikal. Selain daripada itu, lawatan ini adalah untuk memenuhi

keperluan kursus PJM3123E Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani

dan Sukan yang memperuntukkan lawatan ilmiah ke pusat sukan. (Rujuk

Proforma yang dilampirkan)

6.0 Jawatankuasa Kerja

Penaung : Encik Raymond Gai Panting @ Gaie

Pengarah IPG Kampus Rajang

Penasihat : Encik Chula anak Bina

Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani

Penyelaras : Encik Ling Chung Yeo

Pensyarah Kursus PJM3123E

Pengerusi : Nasrullah bin Andi Ahmad

3

Page 4: KERTAS KERJA LAWATAN

Naib Pengerusi : Merita anak Akong

Setiausaha : Jurisda binti Risno

Naib Setiausaha : Nancy anak Cat

Bendahari : Sim Hui Tene, Hafizuddin bin Hamdan, Nillan anak Junit,

Wendy Durie anak Wilson Lubon

JK Pengangkutan : Fazal Bin Ahmad, Pengiran anak Seminai, Maurice anak

Dickinson Japul

JK Buku Program : Suzie bt Defrin, Kathy Jenah anak Igu

JK Dokumentasi : Nurfatin binti Ibrahim, Mor Eddin bin Mortada, Neil Raphael

anak Sari, Inta Madelina anak Meng

JK Kebajikan : Sarwinah binti Sulong, Andy Moltar anak Sin, Audrie anak

Joseph, Noralia anak Selanie

JK Cenderahati : Hennylyne Tiong Mee Hiong, Kasyfan bin Alimardah,

Alonie anak Julai, Wellen Mena anak Meluda

JK Minuman : Anita Dilam anak Jalan, Abd. Jumarey bin Mahmud, Lucas

anak Naga, Amy Mackina anak Etam

JK Pengacara : Rahmah binti Radin, Mohd Nuramin bin Rahim

7.0 Tarikh/Tempoh/Tempat

6.1 Tarikh : 11 - 13 Mac 2015

6.2 Tempoh : Lawatan 1 hari dan perjalanan pergi dan balik dua hari

6.3 Tempat : Majlis Sukan Negeri Sarawak dan Pusat Satelit Institut

Sukan Negera, Kuching.

8.0 Perancangan dan Aturcara Aktiviti

8.1 Hari Pertama / 11 Mac 2015

0700-0720 Taklimat Perjalanan.

0730-1430 Perjalanan ke Kuching.

2000-2200 Taklimat dan Persediaan Lawatan

4

Page 5: KERTAS KERJA LAWATAN

8.2 Hari Kedua / 12 Mac 2015

0700-0720 Taklimat.

0745-0800 Perjalanan ke MSN dan Pusat Satelit ISN Sarawak.

0800-1300 Taklimat dan Penerangan daripada Pengarah dan Pegawai

MSN.

1300-1400 Merarau / Solat Zohor.

1400-1800 Taklimat dan Penerangan daripada Pengarah, Pegawai dan

Jurulatih Pusat Satelit ISN.

1830-2000 Makan / Solat Zohor.

2000-2200 Perbincangan data dan bahan / Refleksi.

8.3 Hari Ketiga / 15 Mac 2015

0700-1000 Taklimat dan Penilaian.

1030-1700 Perjalanan balik ke IPG Kampus Rajang.

9.0 Peserta

58 orang pelajar PISMP Ambilan Januari 2013. (Sila rujuk senarai nama yang

dilampirkan)

10.0 Senarai Pensyarah Pengiring

10.1 En. Ling Chung Yeo.

10.2 En. Sebatian Baw anak Saleh.

11.0 Kenderaan dan Pemandu serta Peralatan yang diperlukan

11.1 Sebuah bas dan sebuah van beserta dua orang pemandu.

11.2 Peti pertolongan cemas.

5

Page 6: KERTAS KERJA LAWATAN

13.0 Anggaran Kos Perbelanjaan

Bil Perkara Kos Unit Jumlah 1. Elaun Makan 58 orang pelajar untuk 2 har

(OS42000)RM20.00 RM2320.00

2. Penginapan 58 orang pelajar untuk 2 malam (os42000) (jika tiada kemudahan penginapan di IPGK Tun Abdul Razak, IPGK Batu Lintang dan Bahagian Teknologi Pendidikan Sarawak)

RM45.00 RM5220.00

3. 3.1 Elaun Pensyarah Pengring (DG48) - 1 orang3.1.1 Elaun Makan untuk 2 hari 3.1.2 Elaun Harian untuk 1 hari3.1.3 Sewa Hotel untuk 2 malam

3.2 Elaun Pensyarah Pengiring (DG44)3.2.1 Elaun Makan untuk 2 hari 3.2.2 Elaun Harian untuk 1 hari3.2.3 Sewa Hotel untuk 2 malam(OS21000)

RM70.00RM35.00

RM180.00

RM65.00RM32.50

RM180.00

RM140.00RM 35.00RM360.00

RM130.00RM 32.50RM360.00

4. Elaun Pemandu 4.1 Elaun Makan untuk 2 hari (x 2 orang)4.2 Elaun Harian untuk 1 hari (x 2 orang)4.3 Sewa Hotel untuk 2 malam (x 2 orang)

RM50.00RM25.00

RM100.00

RM200.00RM100.00RM400.00

Jumlah Besar RM9297.50

14.0 Penutup

Memohon sokongan dan pertimbangan Majlis Profesional, Pengurusan dan

Pentadbiran IPG Kampus Rajang terhadap kertas cadangan ini. Semoga

cadangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya supaya dapat memenuhi

keperluan ursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan

6

Page 7: KERTAS KERJA LAWATAN

(PJM3123E). Sokongan dan pertimbangan daripada majlis amatlah dihargai dan

didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh:

……………………………………….

(SEBASTIAN BAW ANAK SALEH)

Pensyarah Akademik,Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,Institu Pendidikan Guru Kampus Rajang, 96509 Bintangor,SARAWAK.

7