kertas kerja lawatan

Upload: firdaus-jalil

Post on 16-Jul-2015

264 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BERTAM 83700 YONG PENG JOHOR DARUL TAKZIM

PROJEK LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL DAN STADIUM BUKIT JALIL KERTAS CADANGAN PROJEK

ANJURAN KELAS 6 BESTARI DENGAN KERJASAMA PANITIA BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BERTAM

CADANGAN TARIKH 10/ 3/ 2012

1.0

TUJUAN Kertas kerja ini di sediakan bertujuan memohon kelulusan daripada pihak Guru Besar untuk program anjuran kelas 6 Bestari kerjasama Panitia Bahasa Melayu dibawah mata pelajaran Bahasa Malaysia.

2.0

PENGENALAN Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi

3.0

OBJEKTIF 3.1 Memberi peluang kepada murid untuk melihat sendiri latihan sukan yang dibuat dalam usaha melahirkan atlet sukan yang bertaraf dunia. Menerapkan nilai minat bersukan dalam diri murid-murid. Memberi pendedahan kepada murid kawasan latihan dan tempat bersukan yang digunakan sewaktu latihan serta pertandingan.

3.2 3.3

4.0

NAMA AKTIVITI Projek Lawatan Sambil Belajar Ke sekolah Sukan Bukit Jalil dan Stadium Bukit Jalil, Selangor Darul Ehsan.

5.0

CADANGAN TARIKH 10/3/2012

6.0

ANJURAN Kelas 6 Bestari dan kerjasama Panitia Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Seri Bertam

7.0

TEMPAT y y Sekolah Sukan Bukit Jalil Stadium Bukit Jalil

8.0

BILANGAN PESERTA 35 orang termasuk guru pengiring.

9.0

PENGANGKUTAN 9.1 Bas sekolah.

10.0

AHLI JAWATANKUASA DAN PELAKSANA Rujuk lampiran A.

11.0

TENTATIF PROGRAM Rujuk lampiran B.

13.0

ANGGARAN PERBELANJAAN Rujuk lampiran C

Lampiran A SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BERTAM AHLI JAWATANKUASA DAN PELAKSANA PROJEK LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BERTAM

PENAUNG GURU PENASIHAT

: ENCIK ZAKARIA BIN OTHMAN : ENCIK AZALI BIN HAN

PENGERUSI PROJEK TIMBALAN PENGERUSI SETIAUSAHA I SETIAUSAHA II BENDAHARI

: MUHAMMAD ARIF BIN MUHAIMIN : YAZID BIN YUSOF : MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL JALIL : HARIS BIN AYUB : MOHAMAD HAFIZ BIN JONED

JAWATANKUASA PELAKSANA 1. AJK PROGRAM 2. AJK PENAJAAN 3. AJK PENGANGKUTAN 4. AJK KEBAJIKAN 7. AJK KESELAMATAN 9. AJK DOKUMENTASI 10. AJK FOTOGRAFI : IKHMAL BIN ZAINUHAR : MUHAMMAD FARHAN GHAZI BIN HARUN : AFIQ BIN HAMDAN : JOEL GIAK SIGAR : AHMAD BIN ARSHAD : FARIHIN BIN SAAD : KHAIRUL ANUAR BIN SAMURI

TENTATIF PROGRAM

Lampiran B

7.00 pagi 7.30 pagi 9.00 pagi 9.15 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 12.30 pagi 1.00 petang 1..45 petang 2.00 petang 2.30 petang 4.00 petang 4.30 petang 5.00 petang

: Murid berkumpul di sekolah : bertolak ke Sekolah Sukan Bukit Jalil : Tiba di Sekolah Sukan Bukit Jalil : Taklimat daripada pihak Sekolah Sukan Bukit Jalil : Sarapan pagi : Lawatan ke sekitar Sekolah Sukan Bukit Jalil : Majlis penutup lawatan ke Sekolah Sukan Bukit Jalil : Makan tengah hari dan solat zuhur. : Tiba di Stadium Bukit Jalil. : Penerangan daripada pihak pengurusan Stadium Bukit Jalil : Lawatan ke sekitar Stadium Bukit Jalil. : Minum petang dan solat Asar : Majlis penutup lawatan ke Stadium Bukit Jalil. : Bertolak pulang ke sekolah

Lampiran C

ANGGARAN PERBELANJAAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL DAN STADIUM BUKIT JALIL SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BERTAM

a. Makanan (RM10X35 orang) b. Pengangkutan Sebuah bas c. Cenderahati (Plat dan lain yang sesuai)

RM 350.00

RM 500.00 RM 200.00

Kos keseluruhan ialah :

RM 1050.00

14.0

PENUTUP Adalah diharapkan dengan aktiviti yang telah dirancang ini dapat

dilaksanakan dengan jayanya demi mencapai cita-cita murni dalam memperkukuh sistem pembelajaran di Malaysia bagi menghadapi cabaran dunia global masa kini di persada arena pendidikan negara. Seterusnya, program ini berharap dapat memupuk budaya bersukan di antara murid-murid dalam melahirkan insane yang sihat dan cergas.

Yang benar,

(MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABD JALIL) Setiausaha Jawatankuasa Lawatan, Kelas 6 Bestari, Sekolah Kebangsaan Seri Bertam.

15.0

RUANGAN PENGESAHAN

Disemak Oleh,

........................................ (AZALI BIN HAN) Guru Penasihat, Kelas 3 Bestari, Sekolah kebangsaan Seri Bertam.

Diluluskan Oleh,

.......................................... (ENCIK ZAKARIA BIN OTHMAN) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Bertam.