kertas kerja kursus perkahwinan

13
KERTAS KERJA KURSUS PRA PERKAHWINAN ANJURAN JPP IPG KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR. 1.0 PENGENALAN Perkahwinan adalah hubungan sah di sisi undang-undang yang disempurnakan melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama sebagai pasangan seksual dan serumah. Perkahwinan adalah asas kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Hanya melalui perkahwinan, lelaki dan perempuan boleh menjalinkan hubungan intim yang sah di sisi undang-undang. Di Malaysia terdapat 2 jenis kursus perkahwinan diperkenalkan kepada semua warganegara. Bagi masyarakat Islam Kursus Pra Perkahwinan adalah diwajibkan bagi pasangan ya g ingin berumah tangga. Manakala bagi masyarakat bukan Islam, ianya boleh dibuat pilihan sama ada menghadiri Kursus Pasca Perkahwinan atau tidak perlu. Bagi masyarakat Islam, Kursus Pra Perkahwinan yang wajib dihadiri sebelum mendirikan rumahtangga biasanya dilaksanakan oleh Jabatan Agama tempat masing-masing atau dilaksanakan oleh badan-badan swasta yang telah diberi tauliah oleh Jabatan Agama. Pengisian bagi kursus ini telah ditentukan oleh Jabatan Agama dan para peserta akan dibekalkan dengan modul Kursus Pra Perkahwinan [1]

Upload: amir-ikhwanuddin

Post on 25-Jul-2015

1.278 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Kursus Perkahwinan

KERTAS KERJA KURSUS PRA PERKAHWINAN

ANJURAN JPP IPG KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR.

1.0 PENGENALAN

Perkahwinan adalah hubungan sah di sisi undang-undang yang disempurnakan

melalui upacara sivil atau keagamaan antara dua individu yang ingin tinggal bersama

sebagai pasangan seksual dan serumah. Perkahwinan adalah asas kehidupan

berkeluarga dan bermasyarakat. Hanya melalui perkahwinan, lelaki dan perempuan

boleh menjalinkan hubungan intim yang sah di sisi undang-undang.

Di Malaysia terdapat 2 jenis kursus perkahwinan diperkenalkan kepada semua

warganegara. Bagi masyarakat Islam Kursus Pra Perkahwinan adalah  diwajibkan

bagi pasangan ya g ingin berumah tangga. Manakala bagi masyarakat bukan Islam,

ianya boleh dibuat pilihan sama ada menghadiri Kursus Pasca Perkahwinan atau

tidak perlu.

Bagi masyarakat Islam, Kursus Pra Perkahwinan yang wajib dihadiri sebelum

mendirikan rumahtangga biasanya dilaksanakan oleh Jabatan Agama tempat masing-

masing atau dilaksanakan oleh badan-badan swasta yang telah diberi tauliah oleh

Jabatan Agama. Pengisian bagi kursus ini telah ditentukan oleh Jabatan Agama dan

para peserta akan dibekalkan dengan modul Kursus Pra Perkahwinan Islam dari

Jabatan Agama. Bayaran akan dikenakan kepada peserta kursus bagi proses

penyediaan buku modul, sijil dan lain-lain.

2.0 NAMA PROGRAM

Program ini dinamakan sebagai “Kursus Pra Perkahwinan” anjuran Jawatankuasa

Perwakilan Pelajar (JPP) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Kursus ini

ditawarkan kepada semua guru pelatih di dalam institut ini.

[1]

Page 2: Kertas Kerja Kursus Perkahwinan

3.0 MATLAMAT KURSUS

3.1 Membantu pelajar mendapatkan sijil pra perkahwinan yang disahkan oleh

Jabatan Agama Islam.

3.2 Mengeratkan hubungan sillaturahim antara guru pelatih dengan

jawatankuasa perwakilan pelajar selaku pengelola program.

3.3 Dapat meningkatkan kerjasama dalam kalangan Jawatankuasa

Perwakilan Pelajar(JPP) dengan guru pelatih.

3.4 Dapat menunjukkan komitmen Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)

sebagai wakil pelajar.

3.5 Program ini akan menjadi titik tolak kepada program yang akan terus

dilaksanakan pada masa akan datang.

4.0 OBJEKTIF KURSUS

4.1 Kursus ini dapat memberi pendedahan awal alam perkahwinan kepada

peserta yang ingin berumahtagga.

4.2 Kursus ini juga dapat memberi panduan kepada peserta tentang cara

menguruskan proses perkahwinan daripada permohonan pernikahan

hingga ke hari pernikahan.

4.3 Para peserta juga akan diberi panduan bagi mempersediakan diri untuk

menghadapi alam perkahwinan dan tanggungjawab membentuk sebuah

keluarga serta menguruskannya.

4.4 Kursus ini juga memberi panduan bagi menghadapi konflik dalam

rumahtangga dan cara mengatasinya dengan berkesan.

[2]

Page 3: Kertas Kerja Kursus Perkahwinan

5.0 RASIONAL

5.1 Kursus ini adalah untuk menjayakan salah satu program tahunan yang

dilaksanakan oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP) di IPG KIK.

5.2 Dapat membantu guru pelatih mendapatkan sijil dalam kursus pra

perkahwinan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

5.3 Dapat meringankan beban guru pelatih mendapatkan sijil pra perkahwinan

dengan pembayaran yuran yang berpatutan.

5.4 Dapat memberi pendedahan awal kepada guru-guru pelatih di IPG

Kampus Ilmu Khas mengenai kepentingan mengikuti kursus pra

perkahwinan.

5.5 Menggalakkan guru pelatih untuk melibatkan dengan aktiviti yang

dilaksanakan.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran untuk kursus pra perkahwinan anjuran Jawatankuasa Perwakilan

Pelajar ini ialah seluruh warga IPG Kampus Ilmu Khas yang terdiri daripada :

i. Semua guru pelatih daripada kumpulan PRA PISMP,PISMP,TESL, dan KPLI

ii. Semua staf yang bekerja di IPG Kampus Ilmu Khas.

iii. Semua staf sokongan yang berkerja di IPG Kampus Ilmu Khas.

7.0 TARIKH DAN MASA

TARIKH : 17 & 18 HB SEPTEMBER 2011

MASA : 8.00 pagi – 6.00 petang

TEMPAT : AUDITORIUM BLOK TESL, IPG KAMPUS ILMU KHAS

ANJURAN : JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR(JPP)

(BIRO PENGURUSAN DAN PERHUBUNGAN LUAR)

[3]

Page 4: Kertas Kerja Kursus Perkahwinan

8.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

8.1 JAWATANKUASA INDUK

8.2 JAWATANKUASA PENGELOLA

[4]

PENAUNG

ENCIK SHAARI B. OSMANPengarah

IPG Kampus Ilmu Khas

PENASIHAT

TN. HJ. SAHARUDDIN B. SUHADIKetua Jabatan

Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Ilmu khas

PENGERUSI PROGRAM

MUHAMAD B. IBRAHIM

Pengerusi Biro Kerohanian JPP IPG Kampus Ilmu Khas

SETIAUSAHA

MOHAMAD FAHRUDDIN B. MOHD FAZAINPengerusi

Biro Pengurusan dan Perhubungan LuarJPP IPG Kampus Ilmu Khas

BENDAHARI

NURLIYANA IZZATI BT. AB RAHIMBendahari kehormat

JPP IPG Kampus Ilmu Khas

Page 5: Kertas Kerja Kursus Perkahwinan

8.3 AHLI JAWATANKUASA KECIL

[5]

AJK PENERBITAN

HASRUL SAMADPengerusi biro penerbitan

AJK PERASMIAN

SITI KHALILAH BT. ABDUL RAHMANNaib Setiausaha

AJK TEKNIKAL

DHAVASINI A/P ARUMUGHAMNaib pengerusi Biro Pengurusan & perhubungan Luar

AJK MULTIMEDIA & SIARAYA

ANIS NURSHAFIRA BT. JAMLUDDINPengerusi Biro Multimedia & siaraya

AJK MAKANAN

ZUE BT. DAHMANPengerusi Biro Makanan

AJK HADIAH / CENDERAHATI

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Page 6: Kertas Kerja Kursus Perkahwinan

9.0 BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA

BIL. AHLI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

1. AJK PENERBITAN 1. Menyediakan poster sebagai langkah untuk menghebahkan program ini.

2. Menempah banner sebagai iklan bagi kursus pra perkahwinan ini.

3. Mengedarkan buletin sepanjang kursus diadakan.

2. AJK MULTIMEDIA & SIARAYA 1. Memastikan semua alatan yang digunakan di dalam audi terutamanya mikrofon dalam keadaan baik.2. Menyediakan LCD Projector untuk digunakan oleh penceramah.3. Mengambil gambar sepanjang kursus dijalankan.4. Menyediakan dokumentasi keseluruhan aktiviti dalam kursus yang dijalankan.

3. AJK MAKANAN 1. Menyediakan makanan kepada para peserta kursus.2. Memastikan makanan yang disediakan mengikut menu yang telah ditetapkan.3. Menyediakan plastik untuk membuang sampah bagi makanan yang dibungkus.

4. AJK TEKNIKAL 1. Menyediakan jadual bertugas menjaga kawasan dalam auditorium.2. Menyediakan borang kehadiran kepada semua peserta kursus.3. Melantik ajk yang akan menyelia pendaftaran peserta kursus.4. Menyediakan borang-borang ataupun laporan yang berkenaan.

5. AJK PERASMIAN 1. Menyediakan tempat perasmian penutupan.2. Menghantar surat jemputan kepada VIP yang dijemput.3. Melantik jawatankuasa yang akan terlibat dengan majlis penutupan.

6. AJK HADIAH / CENDERAHATI 1. Menyediakan hadiah untuk jemputan pada majlis penutupan.

2. Menyediakan cenderahati kepada setiap penceramah.

[6]

Page 7: Kertas Kerja Kursus Perkahwinan

10.0 TENTATIF PROGRAM

HARI : SABTU ( 17 HB SEPTEMBER 2011 )

MASA PERKARA / AKTIVITI

8.00 – 9.00 PAGI Pendaftaran peserta kursus- bayaran duit yuran.- pemberian buku program dan buku perkahwinan.- pemeriksaan nama peserta program.- taklimat kursus.

9.00 – 9.30 PAGI REHAT / MINUM PAGI

9.30 – 11.30 PAGI MODUL 1 ( AKIDAH )

11.30 – 1.30 TGH HARI MODUL 2 ( IBADAT )

1.30 – 2.30 PETANG MAKAN TENGAH HARI / REHAT / SOLAT ZOHOR

2.30 – 3.30 PETANG MODUL 3 ( AKHLAK ISLAMIAH )

3.30 – 4.30 PETANG MODUL 4 ( PERKAHWINAN DAN PROSEDUR )

4.30 PETANG MINUM PETANG / BERSURAI

[7]

Page 8: Kertas Kerja Kursus Perkahwinan

HARI : AHAD ( 18 HB SEPTEMBER 2011 )

MASA PERKARA / AKTIVITI

8.00 – 9.00 PAGI MODUL 5 ( HUBUNGAN DALAM KELUARGA )

9.00 – 10.00 PAGI MODUL 6 ( PENGURUSAN SUMBER KELUARGA )

10.00 – 10.30 PAGI REHAT / MINUM PAGI

10.30 – 11.30 PAGI MODUL 7 ( PENGURUSAN KESIHATAN )

11.30 – 12.30 TGH HARI MODUL 8 ( KOMUNIKASI SUAMI ISTERI )

12.30 – 2.00 PETANG MAKAN TENGAH HARI / REHAT / SOLAT ZOHOR

2.00 – 4.00 PETANG MODUL 9 ( PENGURUSAN TEKANAN / STRESS )

MODUL 10 ( PENGURUSAN KONFLIK )

4.00 – 4.15 PETANG REHAT / MINUM PETANG

4.15 – 5.30 PETANG MODUL 11 ( PERKHIDMATAN KAUNSELING )

MODUL 12 (Pengurusan talak/fasakh & Prosedur Penceraian )

5.30 – 6.00 PETANG MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA JEMPUTAN DAN PENCERAMAH.

11.0 IMPLIKASI KEWANGAN

[8]

Page 9: Kertas Kerja Kursus Perkahwinan

11.1 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA JUMLAH (RM)

1. MAKANAN PESERTA ( seperti di lampiran 1 )

RM 10.00 X 180 peserta ( sehari ) RM 3476.00

2. FAIL PESERTA / BAHAN RUJUKAN RM 4.00 X 180

= RM 720.003. SIJIL PESERTA

-

3. BAYARAN PENCERAMAH RM 400 X 6

= RM 24004. BANNER KURSUS PRA PERKAHWINAN

RM 100

5. HADIAH DAN CENDERAHATI

1 ) penceramah = 6 x RM 10.002) jemputan = RM 20.00

RM 80.00

6. WANG KECEMASANRM 100

JUMLAH RM 6866.00

11.2 SUMBER PENDAPATAN

BIL. PERKARA JUMLAH (RM)

1. YURAN PESERTA

RM 60 X 180 PESERTA

RM 10800.00

2. KUTIPAN DARIPADA PENSYARAH -

JUMLAH RM 10800.00

[9]

Page 10: Kertas Kerja Kursus Perkahwinan

12.0 PENUTUP

Akhir sekali, saya selaku setiausaha program yang bertanggungjawab untuk

merancang perjalanan Kursus Pra Perkahwinan ini berharap agar kertas kerja ini

diterima oleh pihak tuan dan seterusnya pihak saya akan dapat meneruskan perjalanan

program ini dan memastikan program ini berjalan dengan jayanya. Semoga dengan

penyediaan kertas kerja ini akan memudahkan lagi pihak tuan untuk memberi kelulusan

kepada program ini. Harapan saya ialah semoga kursus ini dapat dilaksnakan dan

program ini dapat dijayakan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………….. ………………………………………….

( MOHAMAD FAHRUDDIN B. MOHD FAZAIN) ( TN HJ. SAHARUDDIN B. SUHADI )

Pengerusi, Ketua Jabatan,Biro Pengurusan& Perhubungan Luar. Jabatan Hal Ehwal pelajar,

IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Diluluskan oleh :

…………………………………………. ( ENCIK SHAARI B. OSMAN )

Pengarah,Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,Kuala Lumpur.

[10]