kertas kerja kriket

Upload: mohd-shafee

Post on 14-Apr-2018

610 views

Category:

Documents


22 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Kriket

    1/5

    SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT

    KM 12.8 KG PAYA RUMPUT,

    76450 MELAKA,

    KERTAS CADANGAN

    PENUBUHAN PASUKAN

    KRIKET SEKOLAH

    DISEDIAKAN OLEH:-

    EN. MOHD SHAFEE BIN SULAIMAN

    SETIAUSAHA SUKAN, SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT.

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Kriket

    2/5

    1.0 TAJUK.

    KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PASUKAN KRIKET SEKOLAH.

    2.0 PENGENALAN.

    Sukan kriket adalah satu sukan yang dimainkan di peringkat antarabangsa. Di

    peringkat dunia sukan ini menjadi kegilaan di beberapa buah negara seperti India

    dan negara-negara Eropah. Sukan kriket adalah satu sukan yang sangat masyhur di

    seluruh dunia. Sehubungan dengan itu pihak sekolah bercadang untuk menubuhkan

    pasukan ini bagi mencipta nama diperingkat yang lebih tinggi seterusnya membawa

    nama Malaysia di persada dunia.

    3.0 RASIONAL.

    Kegiatan Kokurikulum di sekolah adalah bertujuan untuk memberi pendidikan

    mental, fizikal, rohani dan intelek kepada murid-murid secara tidak formal.

    Pengalaman melalui kegiatan Kokurikulum bertambah berkesan jika murid-murid

    terlibat secara aktif dan dapat melihat faedahnya untuk masa depan mereka.

    Untuk tujuan-tujuan itu maka sekolah bercadang untuk menubuhkan pasukan

    kriket sekolah. Dengan adanya pasukan ini semoga dapat membuka minda anak-

    anak paya rumput yang selama ini hanya tertumpu di sekitarnya sahaja. Semogadengan penubuhan pasukan ini nanti dapatlah anak-anak paya rumput ini keluar ke

    tempat orang menimba seberapa banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan untuk

    memajukan agama, bangsa dan negara. Semoga segala pengalaman dan ilmu

    pengetahuan berguna untuk mereka pada masa hadapan kerana sukan adalah

    pembelajaran seumur hidup.

    4.0 MATLAMAT.

    4.1 Mencungkil bakat dan melahirkan murid-murid yang mempunyai

    kemahiran yang tinggi dalam permainan Kriket.

    4.2 Melahirkan pemain-pemain yang berkemahiran tinggi untuk mewakili

    sekolah ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

    4.3 Membentuk jatidiri dan semangat kesukanan yang tinggi dikalangan

    murid-murid.

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Kriket

    3/5

    5.0 OBJEKTIF.

    5.1 Melatih murid-murid untuk mejadi pemain kriket bertaraf antarabangsa.

    5.2 Melatih murid untuk mewakili sekolah ke peringkat negeri, kebangsaan

    dan antarabangsa.

    5.3 Memberi pendedahan kepada para pelatih dalam permainan ini.

    5.4 Untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan paya rumput terkenal di

    peringkat negeri dan kebangsaan dengan adanya satu pasukan kriket

    yang kuat.

    6.0 KOS/SUMBER KEWANGAN.

    6.1 Sumbangan Luar.

    7.0 SUMBER TENAGA.

    7.1 Guru-guru SK. PAYA RUMPUT.

    7.2 Pengerusi Teknik Kriket Negeri melaka

    7.3 Persatuan Kriket Negeri melaka

    8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN MEMBELI PERALATAN DAN

    KELENGKAPAN.

    Bil. Perkara Kuantiti Kos (RM)

    1. Kelengkapan Latihan

    Stanford Cricket Team Set Junior

    i. Batting Legguard CLUB (3 pairs)

    ii. Batting Glove CLUB (3 pairs)

    iii. Wicket Legguard CLUB JN (3 pairs)

    iv. Wicket Glove COLLEGE JN (3 pairs)

    v. Cricket Helmet Junior (4 pcs)

    vi. Cricket Bat Size 4/5 (2 pcs)

    vii. Stump & Bail SN (1 set)

    1 Set RM 2 820.00

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Kriket

    4/5

    viii. Poly Ball (30 pcs)

    ix. AVIS Criket Ball Leather (3 pcs)

    x. Abdominal Guard (3 pcs)

    xi. Cricket Spare Grips (2 pcs)

    xii. Cricket Sun Hat (1 pcs)

    xiii. Equipment Bag (1 pcs)

    2. Kelengkapan Pertandingan

    Gunn & Moore Cricket Team Set Junior

    i. Batting Legguard 202 Youth (3 pairs)

    ii. Batting Glove 101 Youth (3 pairs)

    iii. Wicket Legguard 606 Youth (1 pairs)

    iv. Wicket Glove 606 Leather Youth

    (1 pairs)

    v. Cricket Helmet Junior (3 pcs)

    vi. Cricket Bat Size 4/5 (2 pcs)

    vii. Stump & Bail Junior (1 set)

    viii. Crawn Match Cricket Balls 4.75oz

    (6 pcs)

    ix. Arm Guard (2 pcs)

    x. Abdominal Guard Anatomic(2 pcs)

    xi. Umpire Counter (1 pcs)

    xii. Bat Mallet (1 pcs)

    xiii. Equipment Bag Original Wheelie (2 pcs)

    1 Set RM 1 920.00

    3. Harimaya Cricket Mat Coir 1 Pcs RM 2 160.00

    4. Jersi Cricket Junior 2 Set RM 2100.00

    5. JUMLAH RM 9 000.00

  • 7/27/2019 Kertas Kerja Kriket

    5/5

    9.0 PENUTUP.

    Semoga segala cadangan dan perancangan mendapat sokongan dan

    kerjasama daripada semua pihak bagi meningkatkan prestasi murid-murid dan

    sekolah. Diharapkan perhatian dan sumbangan daripada semua pihak dapat

    merialisasikan impian sekolah untuk menjadi sekolah yang ternama bukan sahaja di

    negeri melaka, tetapi diperingkat antarabangsa.

    Disediakan oleh :- Disahkan oleh :-

    ___________________ ____________________

    (Mohd Shafee Bin Sulaiman)

    Setiausaha sukan

    SK Paya Rumput