kertas kerja ko akademik

Upload: ferdaooz-azhar-al-moot

Post on 07-Mar-2016

192 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja Ko Akademik

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

SK TAMAN SERI REMBAU

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN UNIT BERUNIFORM & KELAB/PERSATUANTAHUN 2013DISEDIAKAN:UNIT KO-KURIKULUM

SK TAMAN SERI REMBAU

PENGENALANKokurikulum, khususnya bidang badan beruniform adalah satu bidang pembelajaran yang berasaskan pelbagai gerak kerja dan aktiviti terancang yang boleh dilakukan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Secara amnya, kokurikulum adalah aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Aktiviti kokurikulum lebih menekankan perkara dan aspek tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial, ketahanan mental dan fizikal dan sebagainya. Pertandingan ini diadakan secara tidak langsung untuk menguji kemampuan fizikal dan minda murid serta menekankan penglibatan setiap pelajar dalam ko-kurikulum. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, pemahaman, dan pengetahuan mengenai unit beruniform dan persatuan yang mereka ceburi. Oleh itu, tahun ini merupakan tahun pertama Pertandingan Petanq Ko-Kurikulum peringkat sekolah.MATLAMATPertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat dan minat murid terhadap sukan dan juga menguji pengetahuan murid terhadap unit beruniform dan persatuan yang disertai.OBJEKTIF Memberi peluang kepada murid SK Taman Seri Rembau untuk membina keyakinan diri. Mendedahkan kepada murid tentang cara kepimpinan dan pengurusan sesuatu perkhemahan. Mengembangkan perasaan bersatu padu, persahabatan dan menggalakkan taat setia kepada rakan, organisasi yang disertai, sekolah dan Negara. Membentuk murid yang berkarisma, berketrampilan, dan sihat mental, emosi dan fizikalnya. Membina dan mendidik akhlak murid melalui pertandingan yang dirancang dengan teliti selaras dengan kehendak agama.

TARIKH CADANGAN

Tarikh Pertandingan

: 8, 15 dan 22 Mei 2013 Hari

: RabuMasa

: 2.30 5.30 petangTempat: Sekolah Kebangsaan Taman Seri RembauSASARAN KUMPULANMurid Tahap 2 SK Taman Seri RembauKATEGORI PERTANDINGANMengikut ketetapan aktiviti yang telah dipersetujui oleh setiap Unit Beruniform dan Kelab/Persatuan.JAWATANKUASA INDUK Pengerusi

Pn. Hjh Fadzilah Bt Md IsaNaib Pengerusi

Tn. Hj Hassan B Abd HamidSetiausaha

En. Muhamad Firdaus B Muhamad AzharPenyelarasPn. Nafisah Bt Senafi (Kelab dan Persatuan)Pn. Nurkhidayah Bt Baharuddin (Unit Berunifrom)Pn. Norhayati Bt Ismail (1M1S)JAWATANKUASA KERJA PERTANDINGAN BilJawatankuasaNama Guru

1JK PendaftaranPemimpin dan Guru Penasihat

2JK AktivitiPemimpin dan Guru Penasihat

3JK Hadiah & SijilPemimpin dan Guru Penasihat

4Juri / PengadilPemimpin dan Guru Penasihat

ANGGARAN PERBELANJAANBilPerkaraButiranJumlah

1Hadiah PertandinganUnit Beruniform Pertama 10 x RM5.00 x 5 Kedua - 10 x RM 4.00 x 5 Ketiga 10 x RM 3.00 x 5Kelab & Persatuan Pertama 10 x RM 5.00 x 3 Kedua 10 x RM 4.00 x 3 Ketiga 10 x RM 3.00 x 31M1S

Bola Sepak

Pertama 9 x RM 5.00 Kedua 9 x RM 4.00 Ketiga 9 x RM 3.00

Bola Jaring

Pertama 7 x RM 5.00 Kedua 7 x RM 4.00 Ketiga 7 x RM 3.00

Sepak Takraw

Pertama 3 x RM 5.00 Kedua 3 x RM 4.00 Ketiga 3 x RM 3.00

Bola Tampar

Pertama 6 x RM 5.00 Kedua 6 x RM 4.00 Ketiga 6 x RM 3.00

RM 250.00RM 200.00RM 150.00RM 150.00RM 120.00RM 90.00RM 45.00

RM 36.00

RM 27.00RM 35.00

RM 24.00

RM 21.00

RM 15.00

RM 12.00

RM 9.00

RM 30.00

RM 24.00

RM 18.00

2Air mineral20 kotak x RM 9.00RM 180.00

JUMLAHRM1436.00

PENUTUP

Adalah diharapkan dengan adanya aktiviti ini, murid mendapat pengetahuan berkaitan unit uniform,kelab dan persatuan yang disertai serta mengembangkan cara kepimpinan, perasaan bersatu-padu , persahabatan dan menggalakkan perasaan taat setia kepada rakan, organisasi yang disertai, sekolah dan agama. Akhirnya, harapan kami dengan aktiviti ini ia dapat membentuk murid yang berkarisma, berketrampilan, mempunyai daya pemikiran yang sihat, emosi serta fizkalnya dan yang cemerlang serta terbilang di dalam bidang akedemiknya.

Disediakan oleh,_______________________Muhamad Firdaus B Muhamad AzharSetiausaha Ko-Kurikulum

SK Taman Seri RembauDisemakkan oleh :

Disahkan oleh :

_______________________

____________________Tn Hj Hassan B Abd Hamid

Pn. Hjh Fadzilah Bt Md IsaGPK Ko-Kurikulum

Guru Besar SK Taman Seri Rembau

SK Taman Seri Rembau