kertas kerja kem pengawas

6
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ISAP 25150 KUANTAN KERTAS KERJA _____________________________________________________ ___________ KEM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN PENGAWAS SEKOLAH _____________________________________________________ ___________ TARIKH: APRIL( JUMAAT, SABTU DAN AHAD)

Upload: cikgu-lindasmkbsa

Post on 14-Nov-2015

251 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

PENGAWAS SEKOLAH

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ISAP25150 KUANTAN

KERTAS KERJA

________________________________________________________________

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN PENGAWAS SEKOLAH

________________________________________________________________

TARIKH: APRIL( JUMAAT, SABTU DAN AHAD)

1.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu aktiviti oleh badan Pengawas dan Kelab Pencegahan Jenayah di bawah Unit Hal Ehwal Murid SMK. Sungai Isap. Program ini melibatkan semua pengawas sekolah merangkap ahli Kelab Pencegahan Jenayah. Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan pengendalian tugas yang pelbagai dan sebagai panduan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh itu, program ini dirancang bagi meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan sahsiah pelajar.

Justeru, Kem Pemantapan Sahsiah dan Ketrampilan Pengawas Sekolah ini perlu diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pengawas sekolah yang mempunyai karisma kepimpinan khususnyabdalam menjalankan tugas harian. Kursus ini diharap dapat membantu pengawas sekolah menjalankan tugas khususnya semasa perhimpunan rasmi disamping tugas-tugas yang lain.

Ketrampilan pengawas mencerminkan personality dan ketokohan kepimpinan murid-murid SMK Sungai Isap yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan program ini mendapat kerjasama semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Membentuk sahsiah dan ketrampilan pengawas2.2 Memurnikan tugas harian pengawas sekolah khususnya di sekolah2.3 Menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin murid2.4 Membina kepercayaan dan keyakinan diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan para pengawas dapat membantu kea rah peningkatan akademik dan sahsiah.

3.0 NAMA PROGRAMKEM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN PENGAWAS SEKOLAH

4.0 ANJURANSMK SUNGAI ISAP5.0 TEMAPELAJAR BERKETRAMPILAN MELONJAKKKAN TRANFORMASI KEPIMPINAN

6.0 SASARAN80 orang Pegawas Sekolah merangkap Ahli Kelab Pencegahan Jenayah

7.0 AKTIVITI PROGRAM

7.1 Ceramah KepimpinanMenerangkan erti sebenar kepimpinan dan menjadikan pelajar tahu tanggungjawab mereka di sekolah sebagai seprang pemimpin.

7.2 Latihan Dlam Kumpulan (LDK)Menggalakkan pelajar tampil ke hadapan dan meningkatkan keyakinan diri dengan mengemukakan idea merka dan berkongis dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, LDK juga dapat menerapakan konsep kerjasama antara ahli kumpulan dan mewujudkan perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

7.3 Muhasabah DiriMembantu pelajar merenung kembali kelebihan dan kelemahan diri mereka. Kelebihan yang ada dala diri akan menjadi batu loncatan untuk terus Berjaya dan yakin dengan kebolehan diri. Kelemahan yang ada dalam diri pula perlu diatasi dengan cara yang positif dan bukan hanya mengalah begitu sahaja.

7.4 Pengucapan AwamMembina keyakinan diri dan memupuk kemahiran komunikasi yang berkesan dalam kalangan pemimpin pelajar. Setersunya dapat menghindar sikap rendah diri dan malu apabila berhadapan dengan orang ramai.

8.0 ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGGARAN PENDAPATANJUMLAH (RM)ANGGARAN PERBELANJAANJUMLAH (RM)

Yuran Penyertaan(RM50 x 80)

Sumbangan PIBGRM 4000

RM 570Kos Makan Pelajar(RM20 X80)Kos makan Guru dan fasilitator(RM 20 X 15)Kos PengangkutanKos tempat dan penginapanCenderahati Fasilitator BannerCenderahati PerasmiSijilBahan dan peralatanRM 1600

RM 300RM 800RM 1500RM 100RM 100RM 30RM 40RM 100

JUMLAHRM 4570RM 4570

9.0 JAWATANKUASA PROGRAMPengerusi: Pn Hajah Norliza bt Ghazali PengetuaTimbalan I: Tn Hj Abdillah bin Sulaiman GPK HEMTimbalan II: Pn Sharifah Radziah bt Syed Mohamed GPK Pentadbiran: En Mohd Suhadi bin Harun GPK KokurikulumSetiausaha: Cik Norhaslinda binti Mohamad AliNaib Setiausaha: Pn Rusmina bt Abd RashidBendahari: Pn Hasnah bt IsmailNaib Bendahari: Pn Su Badariah bt AwangAJK: Pn Norleta bt Md Darus En Yuzairi bin Mohamad Nor10.0 PENUTUPSemoga program ini dapat memberi pengetahuan dan semangat baru kepada pelajar dalam melaksanakan tugas sebagai Pemimpin Pelajar SMK Sungai Isap. Diharap objektif program tercapai dan memberi kesan yang positif dan manfaat kepada pelajar sebagai bekalan dalam melengkapkan diri menempuh permasalahan pelajar di sekolah yang semakin mencabar.Sekian.

Disediakan oleh

NORHASLINDA BINTI MOHAMAD ALISetiausaha

Disahkan oleh,

NORLIZA BT GHAZALIPengetuaSMK Sungai Isap