kertas kerja guru penyayang
TRANSCRIPT
SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI RAMLI, KEDAI EMPAT34250 TANJONG PIANDANG, PERAK.
KERTAS KERJAPELAKSANAAN GURU PENYAYANG 2012
1. TUJUAN
Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan
membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
2. KONSEP
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,
mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna
Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern)
terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters)
dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat,
berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting
yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi
setiap masa.
Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru
dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
3. OBJEKTIF
Objektif Guru Penyayang;
3.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
3.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
3.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
3.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada
sekolah.
4. JAWATANKUASA PENGELOLA
PENASIHAT : PN HJH SITI EISHAH BT HJ SHAKARANI
GURU BESAR SK HAJI RAMLI
PENGERUSI : PN HJH HAMIZAN BT ARIFFIN
PK HEM SK HAJI RAMLI
NAIB PENGERUSI 1 : EN ZOLKIFLE B AHMAD
PK PENTADBIRAN SK HAJI RAMLI
NAIB PENGERUSI 11 : PN NORAIN BT HJ MAT SAID
PK KOKURIKULUM SK HAJI RAMLI
SETIAUSAHA : PN MURSHU HAIL BT MUHAMAD
AHLI JAWATANKUASA : 1. EN. ANUAR B. HASSAN
2. PN ANISAH BT OSMAN
3. PN NORHAYATI BT SALLEH
4. PN RAHIMAH BT BERAHIM
5. PN. AZLISANA BT ROHANI
5. JAWATANKUASA KERJA
Semua guru Sekolah Kebangsaan Haji Ramli, Kedai Empat sesi 2012.
6. SASARAN
Semua murid Sekolah Kebangsaan Haji Ramli, Kedai Empat sesi 2012.
7. TEMPOH PELAKSANAAN
Pelaksanaan berterusan sepanjang tahun 2012.
8. AKTIVITI
Pelaksanaan Guru Penyayang dijalankan secara berterusan serta merupakan budaya
guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang
secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah
melaksanakan tiga aktiviti berikut;
8.1 Mengalu-alukan kehadiran murid
8.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee
8.3 Memberi penghargaan kepada murid
Aktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah seperti di LAMPIRAN A.
9. ANGGARAN PERBELANJAAN
SUMBER :
Peruntukan PCG untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Haji Ramli, Kedai Empat.
JANGKAAN PERBELANJAAN :
Perbelanjaan bagi melaksanakan program ini sepanjang Tahun 2012 adalah
dianggarkan sebanyak RM 90.00 ( Sembilan Puluh Ringgit Sahaja )
Anggaran Perbelanjaan :
Bil Perkara Jumlah (RM)
1Banner Guru Penyayang / mengalukan
kedatangan murid.70.00
2 Perbelanjaan Runcit Mentor Mentee 20.00
JUMLAH 90.00
10. PENUTUP
Adalah diharap dengan adanya program guru penyayang akan mencapai
objektif sebagaimana yang telah ditetapkan. Dengan komitmen dan kerjasama yang
baik dari semua pihak, program yang pada asalnya hanyalah catatan serta cadangan
pada kertas akan menjadi suatu program yang amat bermakna melalui pelaksanaan.
Dengan ini, ia bukan sahaja membawa kebaikan kepada seluruh komuniti sekolah,
malah boleh meningkatkan kesedaran dikalangan ibu bapa agar mereka sedar
bahawa tanggungjawab guru bukan semata-mata untuk mengajar malahan lebih
daripada itu. Semoga segala impian SK Haji Ramli akan bertukar realiti.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
…………………………………..
(Pn Murshu Hail bt Muhamad )
Setiausaha Program Guru Penyayang
Unit Bimbingan dan Kaunseling
Sk Haji Ramli, Kedai Empat
………………………………………………
KEDAI EMPAT
PROGRAM GURU PENYAYANG
ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN HAJI RAMLI, KEDAI EMPAT.
LAMPIRAN A
PANDUAN AKTIVITI GURU PENYAYANG SESI 2012
Aktiviti Guru Penyayang dilaksanakan seperti berikut:
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA
1 MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN MURID
a. Guru mengalu-alukan murid di pintu pagar sekolah
i. Semasa murid memulakan sesi persekolahan baru
ii. Semasa murid datang ke sekolah
iii. Semasa murid pulang dari sekolah
i. Menyambut kedatangan murid:
a. Penampilan guru yang kemas dan ceria
b. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan menghormati murid
c. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut murid
ii. Membuat Sapaan
a. Memberi salam dan menyambut salam semasa datang sekolah Contoh: “Selamat pagi”, “Selamat datang” , “Jemput masuk”
b. Lambaian pulang Contoh: “Selamat pulang”, “Jaga diri baik-baik”, “Jumpa lagi”
c. Bertanya khabar Contoh: “Apa khabar hari ni?”, “ Dah makan ke belum ?”
Barisan kepimpinan sekolah
Guru yang bertugas mingguan.
iii. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah
Contoh: a. Membetulkan tali leher b. Mengenakan butang baju dll
iv. Membuat publisiti/promosi mengalu- alukan kehadiran murid ke sekolah dengan menyediakan kain rentang
Contoh: “Kehadiran Anda Impian Kami”
b. Guru mengambil peduli terhadap murid semasa di sekolah
i. Semasa di bilik darjah
ii. Semasa di kantin
iii. Semasa aktiviti kokurikulum
iv. Semasa perhimpunan
Interaksi Guru (rapport)
i. Penampilan guru kemas dan ceria sepanjang masa
ii. Bersikap mesra dan menunjukkan rasa hormat kepada murid
iii. Membuat sapaan
iv. Mengambil berat dan prihatin terhadap murid
Semua guru
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA
2 MENTOR MENTEE( RUJUK LAMPIRAN B & C)
a. Pelaksanaannya bertujuan untuk:
i. Membangunkan sahsiah diri murid
ii. Membina jati diri murid
iii. Mentor sebagai orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah murid
b. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut:
i) Sesi ramah mesraii) Meraikan hari lahiriii) Bimbingan hala tuju hidupiv) Sesi perkongsian masalah
1. Guru dengan penuh rasa kekeluargaan melaksanakan aktiviti mentor mentee
2. Strategi pelaksanaannya:
i. Seorang atau dua mentor bagi setiap kelas.
ii. Perjumpaan diadakan sekurang- kurangnya empat kali setahun dan diselaraskan dalam jadual waktu harian
3. Pengisian semasa perjumpaan:
i. Membuat sapaan serta beramah mesra untuk mengeratkan hubungan mentor mentee.
ii. Menyemak dan prihatin latar belakang mentee.
iii. Membimbing serta memberi motivasi mentee mengatasi masalah peribadi mahupun pelajaran.
iv. Membimbing mentee membina hala tuju dan kerjaya masa depan.
v. Membimbing mentee membentuk jati diri dan sahsiah diri.
4. Tugas guru yang dipilih sebagai mentor hendaklah disenaraikan sebagai salah satu tugasnya di sekolah
5. Aktiviti dan laporan perjumpaan didokumentasikan
6. Menyediakan profil setiap mentee.
MENTORGuru terpilih
MENTEESemua murid
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA
3 PENGHARGAAN MURID a) Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid melalui:
Aktiviti meraikan murid:
i) Hari Lahir Murid
ii) Sambutan Hari Kanak-Kanak
iii) Perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Aidil Fitri.
b) Pengiktirafan kepada murid melalui :
i) Menampal hasil kerja murid di sudut yang bersesuaian.
i. Guru meraikan murid dalam suasana gembira, rasa hormat, rasa dihargai, dengan penuh kasih sayang
ii. Antara kaedah yang digunakan :
a. Mengumumkan ucapan selamat .
b. Menyanyikan lagu bersesuaian dengan tema sambutan
Contoh: Lagu Hari Lahir Lagu Perayaan Utama
c. Membaca doa selamat kepada murid yang menyambut Hari Lahir pada setiap kali bacaan Yasin diadakan pada setiap hari Jumaat
iii. Aktiviti meraikan Hari Lahir murid dilaksanakan semasa perhimpunan pagi .
Semua guru termasuk pentadbir
sekolah
PROGRAM MENTOR MENTEE
LAMPIRAN B
SENARAI NAMA MENTOR
BIL KELAS NAMA MENTOR BIL. MENTEE
1 TAHUN 1PN RAHIMAH BT BERAHIM 14
EN ANUAR BIN HASSAN 14
2 TAHUN 2PN ROHANI BT ABDUL HAMID 13
PN HALIZA AKMAR BT ABD RAHMAN 12
3 TAHUN 3PN AZLISANA BT ROHANI 13
CIK FADLIYANA BT MOHD FATHIL 12
4 TAHUN 4
CIK SARASUVATHI A/P PALAKURU 11
CIK NOR LINA BT HUD 10
PN SUZANA BT ALIAS 10
5 TAHUN 5
PN MURSHU HAIL BT MUHAMAD 10
PN NORHAYATI BT SALLEH / PN HASMAH BT SHARIF 10
CIK SHAFIDA AZWANI BT MOHD SHAFIE 10
6 TAHUN 6PN ZARINA BT MOHAMAD ROOZI 12
PN ANISAH BT OSMAN 16
BIL AKTIVITI JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS
1 Beramah mesra bersama mentor dan mentee
2 Bimbingan hala tuju hidup dan kerjaya
3 Post mortem keputusan peperiksaan
4 Sesi perkongsian masalah ( peribadi / pembelajaran )
5 Memberi motivasi membentuk jati diri dan sahsiah diri
6 Meraikan Hari Lahir
PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE
Program mentor mentee dijalankan sekurang-kurangnya sekali sebulan. Dijalankan pada hari Rabu jam 2.30-3.30 ptg dan tertakluk pada kelapangan mentor tersebut.