kertas kerja diwali 2014

12
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT MERTAJAM 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI DEEPAVALI TARIKH 14 NOVEMBER 2014 (JUMAAT) MASA 9.00 PG – 10.00 PG TEMPAT

Upload: kevin-cross

Post on 23-Dec-2015

1.115 views

Category:

Documents


105 download

DESCRIPTION

convent

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Diwali 2014

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT BUKIT MERTAJAM

14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI DEEPAVALI

TARIKH

14 NOVEMBER 2014 (JUMAAT)

MASA

9.00 PG – 10.00 PG

TEMPAT

DEWAN SK CONVENT BUKIT MERTAJAM

Page 2: Kertas Kerja Diwali 2014

1.0    Pengenalan

 

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Program Rancangan  Integrasi Murid Untuk  Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah  rendah. KPM  memandang  berat  tentang  pentingnya  dijalin  hubungan  rapat  antara murid  pelbagai kaum di sekolah  supaya  wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Berkonsepkan  penglibatan  masyarakat  setempat, para guru dan kerjasama murid-murid  dalam  kegiatan-kegiatan  khas  serta  penggunaan bersama kemudahan  peralatan, penggemblengan  tenaga  dan  kepakaran.

Bertemakan “Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku” yang  membawa maksud rakyat perlu bekerjasama  di antara  satu sama lain dalam menjaga keamanan, memajukan  negara serta kaum-kaum   di Malaysia  yang  bersefahaman   bagi    menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan  dalam perpaduan. Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu dalam mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cinta akan negara.

Selaras dengan pendekatan tema ini, konsep sambutan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.Insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.

Justeru, kita sebagai warga yang bertanggungjawab  perlu memikirkan apakah pengisian terbaik yang wajib dilaksanakan ke arah memastikan negara kita Malaysia akan sentiasa berdiri gah di mata dunia. Apakah cara dan perlakuan yang perlu dilakukan setiap warganya dalam usaha memastikan Malaysia bukan sahaja maju  daripada  segi  fizikalnya tetapi  juga maju daripada segi pemikiran, bertatasusila serta bertamadun tinggi yang terkandung  warganegaranya yang  bersahsiah, berpendidikan kelas dunia, saling menghormati pelbagai kaum dan sebagainya lagi.

Page 3: Kertas Kerja Diwali 2014

2.0    Objektif & Matlamat

 

Sambutan  Hari Deepavali  yang  setiap  tahun diadakan di sekolah merupakan salah satu daripada pengisian wajar  bagi mengenang dan menghargai perpaduan di negara Malaysia. Di samping itu juga, sambutan ini bermatlamat untuk;

a.   Mewujudkan sikap bekerjasama , tolong menolong dan mewujudkan  suasana muhibbah  secara sedar dan terancang

b.   Menanamkan sikap bertanggungjawab dan semangat cintakan negara pelajar kepada perpaduan negara Malaysia

 c.   Menyemai perasaan hormat-menghormati antara semua kaum yang menjadi warga negara   Malaysia

d.   Memberi kesedaran kepada pelajar betapa penting hidup dalam keadaan aman damai

e.  Memberi kesedaran kepada pelajar betapa beruntungnya kita menjadi warganegara Malaysia

 

3.0   Tarikh, Tempat & Masa

 

Tarikh Tentatif                 : 14 November 2014

Masa                           : 9 pagi – 10 pagi (Sesi Pagi)

3.00 ptg – 3:30 ptg (Sesi Ptg)

Tempat                             : Dewan SK Convent Bukit Mertajam

 

4.0   Sasaran Program          : Semua warga SK Convent Bukit Mertajam

5.0 Jumlah Peserta : Jumlah peserta adalah seramai 681 murid Tahap 1 dan Tahap 2.

Page 4: Kertas Kerja Diwali 2014

6.0    Jawatankuasa Induk    

 

Penasihat                   :           Pn. Norazmah Binti Shuib

(Guru Besar SK Convent Bukit Mertajam)

 

Pengerusi      :           Pn. Siti Suria Binti Walat

(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi II      :           Pn.Punitha Paramasvaram

(Ketua Panitia Pend.Moral)

Setiausaha                  :           Cik.Durgaa Devi Saralan

(Setiausaha Panitia Pend.Moral)

 

 Ahli Jawatankuasa   :          

1. En.Makadevan Sinnasamy

2. Pn.Assaikumari Krishnasamy

3. Pn.Athirah Ayob

4. Pn.Iffah Syamimi Bt Kamarulizham

5. Pn.Rosmaniza Ripai

6. Pn.Rohayah Bt Hamad

Page 5: Kertas Kerja Diwali 2014

 7.0       Anggaran Perbelanjaan & Sumber

Tidak dapat dinafikan bahawa untuk menjayakan sesuatu program, yang paling penting ialah sumber kewangan. Tanpa peruntukan yang disediakan agak mustahil untuk sesiapa sahaja melaksanakan program yang dirancang itu akan berjalan  lancar.

BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH

1. Kuih Tradisional 681 orang x RM 2.00 RM 1362

JUMLAH BESAR RM 1362

Peruntukan diperoleh daripada Panitia Pendidikan Moral SK Convent Bukit Mertajam.

8.0       Kesimpulan

Langkah pihak sekolah untuk mengadakan Program Sambutan Hari Deepavali merupakan

satu  langkah amat positif dan perlu ke arah mewujudkan situasi perpaduan di samping

mendedahkan  para pelajar tentang bagaimana sepatutnya negara kita diraikan dan juga  untuk

merealisasikan Program RIMUP  bersesuaian dengan KPM yang telah melancarkan program

tersebut sejak tahun 1986.

Kemerdekaan yang  telah dikecapi  oleh negara kita selama 56 tahun bukanlah datang secara

percuma.  Pengorbanan, semangat kental dan iltizam mereka yang terdahulu  dan  atas titik

tolak perundingan  yang  telah diketuai Tunku Abdul Rahman, untuk  membebaskan  tanah air

kita daripada  belenggu  penjajahan selama  lebih 4  abad menjadi  pencetus  dan  pemangkin

kepada kemerdekaan ini.

Seluruh  warga SK Convent Bukit Mertajam, diharapkan  kita semua dapat turut serta dalam

program-program yang  telah  diatur  oleh  pihak  Jawatankuasa Sambutan Hari Deepavali,

dengan harapan  akan menyemarakkan  rasa  kecintaan dan  apresiasi kita  kepada negara

tercinta.  Usah  dibangkitkan  bebanan  tugas yang terpaksa dipikul secara individu  malah

Page 6: Kertas Kerja Diwali 2014

lakukanlah secara  bijaksana, cemerlang  dan ikhlas. Sama-samalah kita  mengibarkan Jalur

gemilang sebagai memperingati dan menghayati Hari Kemerdekaan Negara dan menyedarkan

kita sebagai rakyat  Malaysia  tentang  hakikat  sebenar kemerdekaan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………………………… ………………………………….( PUNITHA A/P PARAMASVARAM ) ( SITI SURIA BT WALAT )KETUA PANITIA PENDIDIKAN MORAL PK PENTADBIRAN SKCONVENT BM

Disahkan oleh,

…………………………………( NORAZMAH BINTI SHUIB )

Guru Besar SK Convent BM

Page 7: Kertas Kerja Diwali 2014

ATURCARA MAJLIS

Tarikh : 30 Ogos 2013

Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi

7:30 pagi : - Guru dan murid berkumpul di Dewan SK Convent Bukit

Mertajam

- Ucapan guru bertugas

- Serah majlis kepada pengacara majlis untuk acara Sambutan

Kemerdekaan

7:40 pagi : - Bacaan doa

7:45 pagi : - Penutup sambutan oleh Guru Besar Sk Convent Bukit Mertajam

(Murid Tahun 6 dikehendaki untuk ke kelas masing-masing)

7:55 pagi : - Pertandingan Deklamasi Sajak

8:10 pagi : - Persembahan Sketsa Hari Kemerdekaan

8:15 pagi : - Pertandingan Nyanyian Koir

8:35 pagi : - Laungan Merdeka

8:40 pagi : - Bersurai

Page 8: Kertas Kerja Diwali 2014

ATURCARA MAJLIS

Tarikh : 30 Ogos 2013

Masa : 2:00 ptg hingga 3:10 ptg

2:00 ptg : - Guru dan murid berkumpul di Dewan SK Convent Bukit

Mertajam

- Bendera diedarkan kepada semua murid dan guru

2:15 ptg : - Bacaan doa

2:20 ptg : - Ucapan Program Bulan Kemerdekaan Yang Ke 56 Tahun 2013

2:40 ptg : - Pertandingan Ratu Merdeka

3:00 ptg : - Nyanyian Lagu Keranamu Malaysia, Malaysiaku Gemilang dan

Tanggal 31

3:05 ptg : - Laungan Merdeka

3:10 ptg : - Bersurai

Page 9: Kertas Kerja Diwali 2014

ATURCARA MAJLIS

Tarikh : 2 September 2013

Masa : 7:30 pagi hingga 8:10 pagi

7:30 pagi : - Guru dan murid berkumpul di Dewan SK Convent Bukit

Mertajam

- Ucapan guru bertugas

- Serah majlis kepada pengacara majlis untuk acara Penutup

Kemerdekaan

7:40 pagi : - Bacaan doa

7:45 pagi : - Nyanyian Lagu Keranamu Malaysia, Malaysiaku Gemilang dan

Tanggal 31

7:50 pagi : - Penyampaian Hadiah Pertandingan Dekorasi Kelas,

7:55 pagi : - Laungan Merdeka

8:10 pagi : - Bersurai