kertas kerja bilik sal abm edit

7
KERTAS KERJA SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2 (SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN), JALAN USJ 2/3, USJ 2, 47600 SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN. PROJEK PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) BILIK SAL (SELF ACCESS LEARNING) (9-23 JULAI 2014) SK USJ 2, SUBANG JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN Disediakan Oleh: Cik Nabila Nadzirah bt Md Lizah Cik Nor Amalina Bt Haron Cik Nur Ismah Izzah Bt Mohd Rani

Upload: shahril-nazri-aj

Post on 04-Jan-2016

755 views

Category:

Documents


90 download

DESCRIPTION

gdfsdf

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Bilik Sal Abm Edit

KERTAS KERJA

SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2(SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN),

JALAN USJ 2/3, USJ 2, 47600 SUBANG JAYA,SELANGOR DARUL EHSAN.

PROJEK PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) BILIK SAL(SELF ACCESS LEARNING)

(9-23 JULAI 2014)

SK USJ 2, SUBANG JAYA,SELANGOR DARUL EHSAN

Disediakan Oleh:Cik Nabila Nadzirah bt Md Lizah

Cik Nor Amalina Bt HaronCik Nur Ismah Izzah Bt Mohd Rani

“BILIK SAL SEKOLAH YANG UNGGUL MENJANA POTENSI INDIVIDU YANG CEMERLANG”

Page 2: Kertas Kerja Bilik Sal Abm Edit

SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2,

JALAN USJ 2/3, 47600 SUBANG JAYA

SELANGOR

KERTAS KERJA PROJEK PENYEDIAAN BBM BILIK SAL

(SELF ACCESS LEARNING)

1.0. NAMA PROJEK

Projek Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Bilik SAL (Bilik Self Access

Learning)

2.0 LATAR BELAKANG

Bilik SAL digunakan oleh guru-guru Bahasa Inggeris untuk memperkayakan

lagi penguasaan subjek tersebut dalam kalangan pelajar melalui penggunaan

bahan-bahan pengajaran seperti kad bacaan, buku-buku cerita pada pelbagai tahap

dan permainan bahasa. Oleh yang demikian, program ini bertujuan untuk

menceriakan Bilik SAL supaya dapat menarik minat murid untuk menggunakan bilik

tersebut selain menyediakan persekitaran yang kondusif untuk belajar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membantu murid-murid memahami pembelajaran dalam Bahasa

Inggeris

3.2 Mewujudkan satu suasana pembelajaran yang akan mendorong

pelajar untuk lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang terbilang

dan cemerlang.

3.3 Membantu para guru untuk menjalankan sesi pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih efektif.

3.4 Menambah minat murid untuk belajar.

4.0 MOTTO

Page 3: Kertas Kerja Bilik Sal Abm Edit

“Bilik SAL Sekolah yang unggul menjana potensi individu yang

cemerlang”

5.0 ANJURAN

Guru-guru pelatih IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa.

6.0 TARIKH/WAKTU PELAKSANAAN

Penggal kedua (9-23 Julai 2014)

7.0 TEMPAT

Bilik Self Access Learning (SAL), SK USJ 2, Subang Jaya, Selangor.

8.0 MODUS OPERANDI

8.1 Terbuka kepada semua pelajar dan guru.

8.2 Bilik SAL Sekolah yang akan diceriakan dan dikemas-kini terletak di

aras dua bangunan sekolah.

8.3 Warga sekolah terutamanya guru-guru dapat menggunakan bilik ini

sebagai sumber rujukan utama untuk proses pengajaran efektif dan

meningkatkan pembelajaran murid-murid.

9.0 PELAN TINDAKAN

Rujuk Lampiran 1

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran 2

11.0 SYOR / CADANGAN

Page 4: Kertas Kerja Bilik Sal Abm Edit

Bahan-bahan seperti kadboad dan cat air diperlukan dalam proses

untuk menyediakan bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar akan

disediakan dengan menggunakan warna-warna dan visual yang menarik

untuk menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

12.0 PENUTUP

Semoga hasrat sekolah untuk mempunyai Bilik SAL Sekolah yang

lebih efektif dan menarik selepas projek ini dijalankan akan tercapai. Selain itu

juga diharap segala sumber rujukan dapat membantu pemprosesan

pengajaran guru dan juga pembelajaran murid-murid di sekolah. Akhirnya,

melalui projek ini ia akan dapat melahirkan pelajar generasi berkualiti dimana

penggunaan sumber dan kemudahan digunakan secara maksimum sejurus

membantu meningkatkan kecemerlangan mereka pada masa hadapan.

Disediakan oleh,

………………………………………

(CIK NABILA NADZIRAH MD LIZAH)

Guru Pelatih,

SK USJ 2

…………………………………….

(CIK NOR AMALINA BINTI HARON)

Guru Pelatih,

SK USJ 2

Page 5: Kertas Kerja Bilik Sal Abm Edit

……………………………………..

(CIK NUR ISMAH IZZAH MOHD RANI)

Guru Pelatih,

SK USJ 2

Disemak oleh,

…………………………………………..

(PN. FARIDA HANIM BT FADZIL)

Mentor,

SK USJ 2, Subang Jaya,

Selangor Darul Ehsan

Diluluskan oleh,

…………………………………………

(EN. MOHAMAD BIN HJ. NAPIS)

Guru Besar,

SK USJ 2, Subang Jaya,

Selangor Darul Ehsan

LAMPIRAN 1

Page 6: Kertas Kerja Bilik Sal Abm Edit

PELAN TINDAKAN PROJEK KECERIAAN BILIK SAL

(BILIK SELF ACCESS LEARNING), SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2 SUBANG

JAYA, SELANGOR.

Tarikh Tindakan

8/7/2014 : Meninjau keadaan Bilik SAL Sekolah

Berbincang dan menyediakan pelan tindakan

9-11/7/2014 : Mengemas bilikMenyediakan bahan-bahan untuk melabel dan

menghias

14-23/7/2014 : Memulakan kerja-kerja menghias dan menceriakan bilik.

LAMPIRAN 2

Page 7: Kertas Kerja Bilik Sal Abm Edit

ANGGARAN PERBELANJAAN PROJEK KECERIAAN BILIK SAL

(BILIK SELF ACCESS LEARNING SEKOLAH), SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 2

SUBANG JAYA, SELANGOR.

Item Unit Jumlah

Kertas Warna 1 rim RM 10.00

Double Tape 2 RM 5.00

Gam 2 RM 3.00

Kertas laminate 1 rim RM 22.00

Polistrine 5 RM 25.00

Card box 4 RM20.00

Jumlah : RM 85.00