kertas kerja bilik komputer

6
Sek. Keb. Methodist Malim Nawar Jalan Tanjong Tualang , 31700 Malim Nawar, Perak KERTAS KERJA MEMBINA BILIK KOMPUTER SK METHODIST MALIM NAWAR

Upload: is1977

Post on 27-Oct-2015

477 views

Category:

Documents


46 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Bilik Komputer

Sek. Keb. Methodist Malim Nawar

Jalan Tanjong Tualang ,

31700 Malim Nawar, Perak

KERTAS KERJA

MEMBINA BILIK KOMPUTERSK METHODIST MALIM NAWAR

Page 2: Kertas Kerja Bilik Komputer

1.0 PENDAHULUAN

Makmal Komputer di sekolah merupakan tempat di mana murid – murid

mendalami ilmu ICT di sekolah. Makmal komputer juga berfungsi sebagai sumber ilmu

kepada murid – murid juga kakitangan sekolah bagi mendapatkan sumber dari internet

juga kemudahan mengunakan komputer dalam tugas seharian. Ini sejajar dengan

kehendak kurikulum baru dalam KSSR yang menekankan TMK dalam PdP.

Walaubagaimanapun kemudahan makmal komputer ini tidak wujud di sekolah

ini. Ini menyebabkan jurang perbezaan diantara murid sekolah ini dengan murid

sekolah sekitar amat ketara. Ini mendorong ibubapa lebih cenderung menghantar anak-

anak mereka ke sekolah bantuan kerajan yang mempunyai kemudahan dan

kelengkapan yang lengkap berbanding sekolah bantuan modal. Selain itu, guru-guru

juga menghadapi masalah dalam melaksanakan PdP yang melibatkan ICT.

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon dana sumbangan bagi

membangunkan sebuah makmal komputer atau sekurang-kurangnya bilik komputer di

sekolah SK Methodist Malim Nawar.

2.0 MATLAMAT

Mewujudkan satu persekitaran teknologi maklumat dan ICT di SK Methodist bagi

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta

pengurusan selaras dengan Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.0 OBJEKTIF

a) Mengurangkan jurang perbezaan antara murid-murid SK Methodist dengan

murid-murid sekolah berhampiran dalam penggunaan ICT.

b) Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT.

c) Melahirkan murid yang celik IT selari dengan kehendak dan dasar Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Page 3: Kertas Kerja Bilik Komputer

4.0 Sasaran

a. Murid tahun 1 - 6

b. Kakitangan sekolah

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL KEPERLUAN KUANTITI

HARGA

1UNIT

( RM )

JUMLAH

(RM)

1Bilik komputer

(18’ x 30’)540 k.p 45.37/k.p 24 500

2 Pendawaian elektrik 1 blok 7 120

3 Penghawa Dingin 2( 2.0 hp )

1 500 3 000

4 Meja 6 189 1 134

5 Kerusi 25 25 625

6 Printer 1 300 300

7 Skrin LCD 70”x70” 2 300 600

8 Papan putih 1 320 320

9 Almari 1 500 500

10 Soft board 2

JUMLAH39 565

Page 4: Kertas Kerja Bilik Komputer

6.0 SUMBER KEWANGAN

a) Dana Kerajaan

b) Sumbangan orang perseorangan

c) Colourthon

7.0 PENUTUP

Besarlah harapan kami agar projek yang kami rancangan ini beroleh sokongan dari

semua pihak agar harapan kami untuk membangunkan sebuah makmal komputer atau

sekurang-kurangnya bilik komputer ini tercapai hendaknya.

Disediakan Oleh:-

………………………………… ………………………………….(Mohd Osman B zakaria)

Guru ICT

Sk. Methodist Malim Nawar

Disahkan Oleh:-

(Pn. Indhira A/P

Thirunavukarasu)

Guru Besar

Sk. Methodist Malim Nawar

Page 5: Kertas Kerja Bilik Komputer

30 k

aki

CADANGAN PELAN LANTAI BILIK KOMPUTER

18 kaki

Skrin LCD dan papan putih

Meja guru

Pintu

Projekter Troli

Meja murid Meja murid

Meja murid Meja murid

Meja murid Meja murid

Papan kenyataanAlmari

Petunjuk:

1. – penghawa dingin

2. – pemadam api

3. – kerusi

4. – soket tiga pin (plug)

Lampu

Lampu