kertas kerja bijak sifir 2015

7
SEKOLAH KEBANGSAAN NYATOH 71200 RANTAU, NEGERI SEMBILAN. KERTAS KERJA CABARAN BIJAK SIFIR

Upload: cikgu-angahcomel

Post on 10-Sep-2015

1.135 views

Category:

Documents


219 download

DESCRIPTION

PROGRAM LINUS DAN PANITIA MATEMATIK

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN NYATOH71200 RANTAU, NEGERI SEMBILAN.

KERTAS KERJACABARAN BIJAK SIFIR

Program Panitia Matematik2015

1.0 PENDAHULUAN Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk menguasai mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian. Fokus utama adalah membantu murid - murid yang belum menguasai terutama murid LINUS dan PROTIM di samping murid - murid perdana yang masih belum menguasai sepenuhnya. Program ini akan diadakan selama tiga minggu di mana murid-murid yang terlibat akan membaca sifir yang telah di hafal pada guru matematik masing- masing. Murid yang pantas menghabiskan kesemua sifir akan di kira sebagai pemenang. Semua rekod akan di catat pada carta gergasi yang telah di bekalkan pada setiap kelas.

2.0RASIONAL Rasional menjalankan projek ini adalah untuk menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap subjek Matematik. Sedia maklum, Matematik merupakan matapelajaran asas yang wajib dikuasai oleh setiap murid. Justeru itu melalui program bijak sifir ini, diharap dapat meningkatkan prestasi murid-murid dalam subjek matematik.

3.0OBJEKTIF Membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran arus perdana. Membantu murid LINUS dan PROTIM yang masih lemah sifir. Menambah kecintaan pelajar terhadap subjek Matematik. Membolehkan murid menguasai sifir 2 hingga 12 dengan baik dan berkesan. Satu kaedah pertandingan bagi meningkatkan minat murid untuk belajar sifir. Untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan (GP Sekolah)

4.0 ANJURAN Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Nyatoh, Rantau di bawah program LINUS dan PROTIM5.0 TEMPOH PELAKSANAAN3 Minggu ( 22 Jun 2015 10 Julai 2015)6.0 KUMPULAN SASARANSemua murid Tahun 1 hingga Tahun Enam.

ISU

1) Masih ramai murid tidak menguasai sifir 2 hingga 12 dengan baik dan berkesan.

2) Peratus pencapaian MT masih belum ditahap cemerlang.

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil.Perkara

Jumlah

1Hadiah (RM 10 17) individu(RM 50 X 1) kelas

RM 170.00RM 50.00

2Banner 5x6 RM 80.00

JUMLAHRM 300.00

JAWATANKUASA PROGRAM BIJAK SIFIR

Penasihat: EN. Abu Kassim B. Abd Manap (Guru Besar)Pengerusi: En. Redzuan B. Alias (GPK 1)Naib Pengerusi 1.: Pn. Samarina bt Samon (GPK HEM ) 2.: Pn. Salina bt Hamdan (GPK Kokurikulum ) Penyelaras: En. Roslan B. Muhd Zain ( Ketua Panitia Matematik )Setiausaha: Pn. Roniza Bt HarunBendahari: Pn. Rosidah Bt MohammadDokumentasi: Pn. Norazidah Bt Saharom Pn. Nor Asiah Bt. Tahir Pn. Salina Bt Hamdan. Pn. Hairani Bt Dzulkefli Pn. Sabarina Bt Abu BakarHadiah: Pn. Norhayati Bt Mohd Ali Pn. Shahaliza Bt Md Shah

CABARAN BIJAK SIFIR Setiap murid di kehendaki menghafal dan membacakannya pada guru matematik kelas masing- masing dalam tempoh cabaran iaitu selama 3 minggu yang telah di tetapkan. Setiap sifir yang di hafal akan di rekodkan pada carta dalam kelas masing- masing. Murid yang paling pantas menghabiskan sifir akan di kira sebagai pemenang. 1 kelas yang paling tinggi peratus murid yang berjaya menghafal akan di pilih sebagai pemenang.

PENUTUP

Semoga program yang dirancang ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat sokongan serta kerjasama dari semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakannya.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh,

.. (En. Roslan bin Muhamad Zain) Ketua Panitia Matematik, SK Nyatoh, Rantau.

Disemak oleh,

.. (En. Redzuan b. Alias)Guru Penolong Kanan Kurikulum,SK Nyatoh, Rantau.

Disahkan oleh,

..(En. Abu Kassim bin Abd. Manap)Guru Besar,SK Nyatoh, Rantau.