kertas kerja big pra

11
SEKOLAH KEBANGSAAN CHAROK KUDONG 06700 PENDANG, KEDAH KERTAS KERJA KEM SAYANGI SEKOLAH SAYA PERINGKAT SEKOLAH “KECERIAAN PRASEKOLAH CEMERLANG” MEI 2014 Anjuran: PELAJAR PPG SEMESTER 6 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARUL AMAN Dengan Kerjasama SEKOLAH KEBANGSAAN CHAROK KUDONG

Upload: syamsyila

Post on 16-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

SEKOLAH KEBANGSAAN CHAROK KUDONG06700 PENDANG, KEDAH

KERTAS KERJA

KEM SAYANGI SEKOLAH SAYA PERINGKAT SEKOLAH

KECERIAAN PRASEKOLAH CEMERLANG

MEI 2014

Anjuran:

PELAJAR PPG SEMESTER 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARUL AMAN

Dengan Kerjasama

SEKOLAH KEBANGSAAN CHAROK KUDONG

06700 PENDANG, KEDAH

1.0 PENDAHULUANSistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.

Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan, dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Prinsip utama yang digunakan adalah pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam perkembangandan pembangunan seseorang kanak-kanak. Sekiranya seorang kanak-kanak mendapat pendidikan asas yang berkualiti, maka diyakini kanak-kanak tersebut akan terus berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi. Untuk itu, asas dan persediaan untuk kehidupan akan datang. Kelas Prasekolah dapat membantu kanak-kanak berkembang dengan cara dan kadar yangberbeza-beza dari segi intelek, rohani, emosi, sosial,moral dan jasmani. Semua kanak-kanak mempunyai kebolehan yang boleh dikenal pasti dan dipertingkatkan. Kanak-kanak belajar daripada apa yang berlaku pada mereka dan di sekitar mereka. Mereka tidak memisahkan pembelajaran mereka, subjek atau disiplin diri. Sesuai dengan status permulaan bagi pembelajaran awal kanak-kanak, kelas prasekolah haruslah lebih kondusif, selesa, selamat, menarik dan berkesan..Pembangunan modal insan dapat dipupuk dengan lebih awal pada kanak=kanak dengan direalisasikan melalui proses pemgajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, kelas prasekolah hendaklah memberi fokus kepada aspek aspek seperti pertama, membantu kanak-kanak menyukai kelas yang bersih, ceria dan selamat. Kedua, menggalakkan pemahaman dan menimbulkan minat yang mendalam. Ketiga, menggalakkan penyertaan yang maksimum dalam pembelajaran dengan keadakan tempat yang menyeronokkan dan keeempat, menyediakan prasana yang kondusif dan selesa untuk murid menjalankan aktiviti pembelajaran yang berkualiti. Kelas prasekolah yang dilengkapi dengan kemudahan, peralatan dan bahan secukupnya merupakan wahana penting bagi perlaksanaan aktiviti yang mungkin membantu murid mencapai hasil / standard pembelajaran yang telah ditetapkan. 2.0 MATLAMAT

2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.

2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program keceriaan kelas prasekolah.

2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.

2.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.

3.0 OBJEKTIF3.1 Melahirkan murid yang cintakan kebersihan, sukakan keceriaan dan mahukan kelas prasekolah yang menarik.3.2 Memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan murid.3.3 Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan kebersihan.3.4 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid tentang aspek kebersihan.3.5 Memberi kesedaran kepada murid terhadap kesukaran menjadikan kelas prasekolah ceria, bersih dan menarik serta murid menghargainya.4.0 TARIKH PROGRAM / AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

4.1 Tarikh cadangan: 28 Mei 2014 (Rabu)

4.2 Tempat

: Prasekolah SK Charok Kudong4.3 Masa

: 8.00 pagi 5.00 petang

4.4 Pakaian

: Pakaian sukan

5.0 SASARAN

5.1 Guru PPG5.2 Guru Kelab Alam Sekitar5.3 Ahli Kelab Alam Sekitar6.0 CADANGAN AKTIVITI DAN SKOP TUGAS

BILAKTIVITISKOP TUGAS

6.1Mengecat dan pembersihanMengecat dinding dan kelas prasekolah serta pembersihan alatan dan bahan dalam kelas prasekolah yang berhabuk.

6.2Membuat dan menampal

6.2.1 Carta Organisasi

6.2.2 Peraturan Kelas

Prasekolah6.2.3 Pelan lantai

6.2.4 Jadual Waktu

6.2.5 Jadual waktu Tugasan

Menghias, menggunting dan menampal bahan pada tempat yang ditetapkan.

6.3Membuat Kata-kata HikmahPerkataan digunting dan ditampal di bahagian hadapan kelas.

6.4Melabel alatan dan objekLabel alatan dan objek digunting dan ditampal pada tempat yang ditetapkan.

6.5Melukis MuralMural pada dinding luar dan di dalam kelas prasekolah..

6.6Keceriaan

6.6.1 Susun Atur Perabot

6.6.2 Pemasangan LangsirMenyusun atur perabot, alatan dan bahan bacaan yang telah dibersihkan pada tempat yang asal dan sepatutnya.

6.7Sudut Hasil Kerja MuridSudut diwujudkan untuk menempatkan hasil hasil kerja amali murid.

7.0TENTATIF PROGRAM

MASAAKTIVITI

8.00 pagiKetibaan Guru dan Murid ke sekolah

8.30 pagiPembahagian Kumpulan

9.00 pagiSenamrobik

10.30 pagiMinum pagi

11.00 pagiMembuat bahan bahan keceriaan

12.45 tengah hariMakan Tengahari dan solat

2.15 petangGotong royong Keceriaan

5.00 petangMinum petang dan bersurai

8.0SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN

Sumbangan diperolehi daripada:

a) Sekolah

= RM420

9.0ANGGARAN PERBELANJAAN

a) Murid

= 39 orang

b) Guru

= 5 orangJumlah

= 44 orang9.1 CADANGAN PEMBELIAN BARANGAN / ALATAN

BilPeralatanHargaJumlah

(RM)

1.Cat 1 unit x RM30.0030.00

2.Berus Cat5 unit x RM2.0010.00

3.Plastik Laminate2 unit x RM20.0040.00

4.Kertas Warna (A4)2 unit x RM10.0020.00

5.Selotape Foam 5 unit x RM6.0030.00

6.Pelaka 5 unit x RM10.0050.00

7.Rantai 1 gelung x RM20.0020.00

8.Makan dan Minuman44 orang x RM5.00220.00

Jumlah420.00

10.0JAWATANKUASA KEM SAYANGI SEKOLAH SAYA

Penasihat

:En Jaafar Khalid Guru Besar

Pengerusi

:En Rushdi Zakaria

Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi:En Mohd Fauzi Abu SemanPenolong Kanan KokurikulumPenyelaras

: Pn Norsyamsyilawati SalimBendahari

: Pn Norliza Md Nadzir

Pembantu Tadbir Kewangan Sekolah

AJK

: En Rosslan Shaari

: Cik Ruhaya Ismail

: En Muhd Rodhi Ali

:Pn. Mariana Osman

Disediakan oleh

...

( NORSYAMSYILAWATI SALIM )

Penyelaras Kem Sayangi Sekolah Saya,

SK Charok Kudong

PAGE 9