kertas kerja bengkel pss 2014

7
 KERTAS KERJA Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjong, 16250 Wakaf Bharu , Kelantan. BENGKEL ASAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2013 1. PENGENALAN Bengkel Pengurusan Asas Pusat Sumber Sekolah ialah aktiviti yang diadakan setiap tahun untuk pengawas pusat sumber sekolah setelah menerima pelantikan. Biasanya bengkel ini diadakan selama sehari bermula pukul 7:45 pagi sehingga 4:30 petang. Matlamat Bengkel Etika Pengurusan Asas Pusat Sumber Sekolah adalah untuk melatih dan mendedahkan pengawas pusat sumber sekolah yang baru tentang pengurusan asas pusat sumber sekolah seperti membuat proses teknik buku, baik pulih buku, peranan dan tanggungjawab, mengetahui bidang tugas masing-masing iaitu bahagian kaunter, sirkulasi, bahagian rak buku, bahagian pinjaman dan pemulangan buku dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti ini diharapkan pengawas sumber sekolah yang baru dan yang lama akan lebih memahami dan mahir dalam pengurusan pusat sumber sekolah.Ini

Upload: noor-izwan-noordin

Post on 02-Mar-2016

453 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Bengkel Pss 2014

 

 

KERTAS KERJA

Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjong,

16250 Wakaf Bharu , Kelantan.

BENGKEL ASAS PENGURUSAN

PUSAT SUMBER SEKOLAH

2013 

1. PENGENALAN

Bengkel Pengurusan Asas Pusat Sumber Sekolah ialah aktiviti yang diadakan setiap

tahun untuk pengawas pusat sumber sekolah setelah menerima pelantikan. Biasanya

bengkel ini diadakan selama sehari bermula pukul 7:45 pagi sehingga 4:30 petang.

Matlamat Bengkel Etika Pengurusan Asas Pusat Sumber Sekolah adalah untuk melatih

dan mendedahkan pengawas pusat sumber sekolah yang baru tentang pengurusan

asas pusat sumber sekolah seperti membuat proses teknik buku, baik pulih buku,

peranan dan tanggungjawab, mengetahui bidang tugas masing-masing iaitu bahagian

kaunter, sirkulasi, bahagian rak buku, bahagian pinjaman dan pemulangan buku dan

sebagainya.

Melalui aktiviti seperti ini diharapkan pengawas sumber sekolah yang baru dan yang

lama akan lebih memahami dan mahir dalam pengurusan pusat sumber sekolah.Ini

Page 2: Kertas Kerja Bengkel Pss 2014

 

adalah kerana tanggungjawab menjaga harta awam seperti buku-buku, majalah, dan

semua bahan bercetak mahupun bahan bukan bercetak perlu dijaga walaupun semasa

ketiadaan guru. Pengawas pusat sumber hendaklah sentiasa bertanggungjawab

dengan amanah yang diberikan.

2. OBJEKTIF

Memberi pendedahan asas kepada pengawas PSS tentang sistem pengurusan pss.

Meningkatkan kemahiran pengawas PSS dalam melaksanakan tugas dan

tanggungjawab mereka khususnya dalam pengurusan bahan dan

fizikal serta meningkatkan penggunaan PSS dikalangan guru dan pelajar

3. TARIKH

20 November 2013/ Rabu

4. TEMPAT

Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjong, Kelantan

5. SASARAN

Semua Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2013-2014

6. BILANGAN PESERTA

68 orang

Page 3: Kertas Kerja Bengkel Pss 2014

 

7. ATURCARA PROGRAM

7.45 PG-8.00 PG : Pendaftaran Peserta

8.00 PG-8.30 Pg : Perasmian oleh Tuan Guru Besar

8.30 Pg-10.30pg : Ldk I  –Etika Pengawas semasa bertugas

 _Peranan dan tanggungjawab

 _Agihan Tugas

10.30pg-11.00 Pg : Kudapan (Rehat )

11.00 Pg-1.30 Ptg : Ldk 2-Pengurusan Buku dan Bahan Bukan Cetak

-Pengkelasan Buku

1.30 Ptg-2.30 Ptg : Makan Tengahari dan Solat

2.30 Ptg-4.30 Ptg :Ldk 3- Baik Pulih Buku

4.30 Ptg :Cicipan dan Bersurai

8. FASILITATOR

i. Penyelaras Pss (Pn Nurliana Ruhila Asong bt Abdullah)

ii. Guru Pustaka (Pn Norazmira bt Che Hashim)

iii. Guru BBM/APD (Pn Fathilah bt Mohamad Yusof)

Page 4: Kertas Kerja Bengkel Pss 2014

 

 

9. JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT : Tn. Hj. Ab. Hamid Bin Abdullah ( Guru Besar)

PENGERUSI : Pn. Wan Rokiah Bt Wan Yaacob (Pk Pentadbiran)

NAIB PENGERUSI 1 : En. Osmanudin Bin Ibrahim ( PK Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI 2 : Pn. Hjh.Zarina Bt Othman (Pk Ko)

SETIAUSAHA : Pn.Nurliana Ruhila Asong Bt Abdulllah

BENDAHARI : Pn. Rosnah Binti Mohamad

 AJK : Pn.Mek Zainun Bt Ibrahim

Pn. Nooryatinee Bt Ariffin

Pn.Norazmira Bt Che Hassim

Page 5: Kertas Kerja Bengkel Pss 2014

 

 

JAWATANKUASA KERJA

Pendaftaran peserta

Fathilah bt Mohd Yusup

Pn. Norazmira Bt Che Hassim

Pengacara Majlis

Rosnah Mohamad

Persegaran

Pn Mek Zainun Bt ibrahim

Pn Rosdayana Bt Mohd Nawi

Hadiah

Cik Nurul Huda Bt Ismail

Buku Program

Pn Nurliana Ruhila Asong Bt Abdullah

Fasilitator

Pn Nurliana Ruhila Asong bt Abdullah

Pn Norazmira bt Che Hashim

Pn Fathilah bt Mohamad Yusup

Siaraya

Ustaz Kamel Bin Ghazali

Page 6: Kertas Kerja Bengkel Pss 2014

 

 

10. CADANGAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH

1. MINUM PAGI RM 1.00 X 68 RM 68.00

2. MAKAN TENGAHARI RM 4.00 X 68 RM 272.00

4. SIJIL 1 RIM RM 37.50

JUMLAH RM 377.50

11. SUMBER KEWANGAN

PERUNTUKAN PSS

Page 7: Kertas Kerja Bengkel Pss 2014

 

12. .PENUTUP

 Adalah diharapkan dengan terlaksana Bengkel Pengurusan Asas Pusat Sumber

Sekolah yang mendapat kerjasama daripada semua pihak dapat mencapai objektif

yang diharapkan. Disamping itu juga pelaksanaan program ini akan memberi kesan

positif kepada pengawas pss dalam meningkatkan kemahiran,kesungguhan dan

rasa tanggungjawab mereka dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

.......................................................... ...................................................

(Pn Nurliana Ruhila Asong Bt Abdullah ) (AB.HAMID BIN ABDULLAH)

Setiausaha Guru Besar

Bengkel Pengurusan Asas Sk.Padang Pohon Tanjong

Pusat Sumber Sekolah 16250 Wakaf Bharu

Sk.Padang Pohon Tanjong Kelantan

16250 Wakaf Bharu

Kelantan