kertas kerja 2015

4
KERTAS KERJA PROGRAM KEMERDEKAAN BAGI MURID SESI PETANG SMK SULTAN ABDUL AZIZ TAHUN 2015 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Panitia Sejarah akan mengadakan aktiviti Bulan Kemerdekaan bermula 8 Ogos hingga 28 September 2015 bagi mengisi takwin SMK Sultan Abdul Aziz bagi tahun 2015. Pihak panitia akan mengambil inisiatif mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan murid-murid Tingkatan 1 hingga 2 bagi sesi petang. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama daripada warga SMK Sultan Abdul Aziz. 1.2 Matlamat Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai : 1.2.1 memupuk semangat patriotisme dan cinta akan Negara Malaysia. 1.2.2 mencungkil bakat terpendam murid-murid SMK Sultan Abdul Aziz secara menyeluruh. 1.2.3 memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari pengalaman Bulan Kemerdekaan yang dijalankan. 1.3 Objektif Berikut adalah objektif yang ingin kami capai : 1.3.1 Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini. 1.3.2 Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh negara dari pelbagai bidang yang telah mengharumkan nama Malaysia. 1.3.3 Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan. 1.3.4 Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini. 1.4 Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut : 1.4.1 Semua warga SMK Sultan Abdul Aziz sesi petang.

Upload: norhaziahzakaria

Post on 07-Dec-2015

219 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA 2015

KERTAS KERJA PROGRAM KEMERDEKAAN

BAGI MURID SESI PETANG SMK SULTAN ABDUL AZIZ TAHUN 2015

1.0         PENDAHULUAN

1.1         Pengenalan

Panitia Sejarah akan mengadakan aktiviti Bulan Kemerdekaan bermula 8 Ogos hingga 28 September

2015 bagi mengisi takwin SMK Sultan Abdul Aziz bagi tahun 2015. Pihak panitia akan mengambil inisiatif

mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan murid-murid Tingkatan 1 hingga 2 bagi sesi petang.

Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi manfaat dan pendedahan kepada murid selain

sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan mesra dan kerjasama daripada warga SMK Sultan Abdul Aziz.

1.2         Matlamat

Berikut adalah matlamat program yang ingin dicapai :

1.2.1   memupuk semangat patriotisme dan cinta akan Negara Malaysia.

1.2.2   mencungkil bakat terpendam murid-murid SMK Sultan Abdul Aziz secara menyeluruh.

1.2.3     memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif hasil dari pengalaman Bulan

Kemerdekaan yang dijalankan.

1.3       Objektif

Berikut adalah objektif yang ingin kami capai :

1.3.1   Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan  berusaha untuk mengekalkan

kemerdekaan ini.

1.3.2   Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh negara dari pelbagai bidang yang telah mengharumkan

nama Malaysia.

1.3.3   Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati

tema sambutan kemerdekaan.

1.3.4   Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat

kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.

1.4      Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :

1.4.1     Semua warga SMK Sultan Abdul Aziz sesi petang.

Page 2: KERTAS KERJA 2015

2.0         JAWATANKUASA PELAKSANA

Jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini adalah seperti di bawah :

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat  : Tn Hj Mazlan bin Palid (Pengetua)

Pengerusi : Pn. Norhuda binti Jailani (PK Petang)

Naib Pengerusi  : En. Mohd Shaharuddin bin Mohd Masdar (Pen.PK Petang)

Setiausaha                : Pn. Norhaziah binti Zakaria

AJK PELAKSANA

Penyelaras Pertandingan

Pertandingan mengumpul botol : Pn Norhaziah binti Zakaria

Pertandingan mewarna poster kemerdekaan : Pn Zalela binti Awang

Pertandingan keceriaan kelas : YM Tengku Masyhadi bin Tengku Mahamood

Kuiz Sejarah : Pn Farahusna binti Mohamed Yusop

                          

3.0         AKTIVITI :

1. Pertandingan mengumpul botol 1.5L (individu)

2. Pertandingan mengumpul botol 1.5L (kelas)

3. Pertandingan mengumpul botol 1.5L (guru)

4. Pertandingan mewarna poster kemerdekaan

5. Pertandingan keceriaan kelas

6. Kuiz Sejarah

4.0       TEMPAT

4.1       SMK Sultan Abdul Aziz

    

6.0   TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh      : 8 Ogos – 28 September 2015

Page 3: KERTAS KERJA 2015

7.0   ANGGARAN PERBELANJAAN

BI

L

AKTIVITI JUMLAH

1Pertandingan mengumpul botol 1.5L (individu)

Tempat Pertama – RM 20.00

Tempat Kedua – RM 10.00

Tempat Ketiga – RM 5.00

RM 35.00

2Pertandingan mengumpul botol 1.5L (kelas)

Tempat Pertama – RM 30.00

Tempat Kedua – RM 20.00

Tempat Ketiga – RM 10.00

RM 60.00

3Pertandingan mengumpul botol 1.5L (guru)

Tempat Pertama – RM 20.00

Tempat Kedua – RM 10.00

Tempat Ketiga – RM 5.00

RM 35.00

4Pertandingan mewarna poster kemerdekaan (Tingkatan 1)

Tempat Pertama – RM 20.00

Tempat Kedua – RM 10.00

Tempat Ketiga – RM 5.00

RM 35.00

5Pertandingan mewarna poster kemerdekaan (Tingkatan 2)

Tempat Pertama – RM 20.00

Tempat Kedua – RM 10.00

Tempat Ketiga – RM 5.00

RM 35.00

6Pertandingan Keceriaan Kelas (Ting 1 dan Ting 2)

Tempat Pertama – RM 30.00

Tempat Kedua – RM 20.00

Tempat Ketiga – RM 10.00

RM 60.00

7Kuiz Sejarah (Tingkatan 1 dan Tingkatan 2)

20 soalan = 20 pemenang x RM 2.00RM 40.00

JumlahRM300.00

8.0  PERTIMBANGAN

Diharapkan permohonan untuk mengadakan program ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang

sewajarnya dari pihak tuan.

9.0  PENUTUP

            Program ini, diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi semangat nasionalisme dan cinta

akan Negara di kalangan murid dan guru sekolah ini.

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

___________________ _____________________ _____________________Pn. Norhaziah Zakaria Pn. Ton Junaidah bt Abd Rahim Tn. Haji Mazlan b PalidGuru Sejarah Ketua Panitia Sejarah Pengetua

Page 4: KERTAS KERJA 2015

SMK Sultan Abdul Aziz SMK Sultan Abdul Aziz SMK Sultan Abdul Aziz