kertas kerja 1 murid 1 sukan

9
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KADZI 889, JALAN TEMENGGUNG AHMAD, 84000 MUAR, JOJOR. KERTAS KERJA SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA TARIKH 8hb Mac 2014 MASA 7.20 PAGI – 8.50 PAGI TEMPAT DATARAN PERHIMPUNAN SK PARIT KADZI

Upload: norazlima-limat

Post on 24-May-2015

1.695 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

sports

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja 1 murid 1 sukan

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT KADZI

889, JALAN TEMENGGUNG AHMAD, 84000 MUAR, JOJOR.

KERTAS KERJA

SENAMROBIK

1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA

TARIKH

8hb Mac 2014

MASA

7.20 PAGI – 8.50 PAGI

TEMPAT

DATARAN PERHIMPUNAN SK PARIT KADZI

Page 2: Kertas kerja 1 murid 1 sukan

1.0 PENDAHULUAN

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada

pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi

memanaskan badan yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui

senamrobik, tahap kesediaan untuk melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke

tahap intensiti tinggi akan lebih terancang di samping membantu meransang otot dan

tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang

yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping

memperoleh keseronokan dan ketenangan minda. Aktiviti fizikal seperti senamrobik

merupakan salah satu cara senaman yang mampu meningkatkan prestasi paru-paru

dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui

aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan kecergasan fizikal

seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih. Keupayaan fizikal

yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan kecergasan serta kesihatan

dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat. Setiap individu boleh

meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Aktiviti senamrobik

merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal yang seimbang, terdiri dari gabungan

senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular atau daya tahan aerobik,

kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga

meningkatkan kecergasan pelakuan psikomotor yang melibatkan kelajuan,

keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan

Page 3: Kertas kerja 1 murid 1 sukan

2.0 RASIONAL

Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan

masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan

kerana senamrobik:

2.1 Merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress

serta meningkatkan kekuatan fungsi otak

2.2 Dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit

jantung dan pembuluh darah.

2.3 Dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan ini juga merupakan landasan bagi sekolah

melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di

semua sekolah seluruh Negara. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam

semua program di sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan

dan berupaya memeriahkan aktiviti sukan di sekolah. Seterusnya aktiviti senaman yang

menarik ini akan dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1 Murid 1

Sukan. Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid

sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya hidup sihat

dan aktif kepada semua masyarakat. Akhir sekali adalah diharapkan murid-murid dapat

melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara menyeluruh dan bersepadu bagi

menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.

.3.0 MATLAMAT

Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi

murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin

sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk

melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan

gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti

senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan

Page 4: Kertas kerja 1 murid 1 sukan

diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.

4.0 OBJEKTIF

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah

bagi mencapai objektif berikut:

4.1 meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk

bersukan;

4.2 melibatkan penyertaan semua murid;

4.3 mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;

4.4 mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;

4.5 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de

corp;

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

8hb MAC 2014

6.0 MASA

7.30 Pagi hingga 9.00 Pagi

7.0 TEMPAT

DATARAN PERHIMPUNAN SK PARIT KADZI

8.0 KUMPULAN SASARAN

8.1 Semua warga Sekolah yang diertikan seperti berikut:

Page 5: Kertas kerja 1 murid 1 sukan

8.1.1 Murid/pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas dan sekolah

swasta);

8.1.2 Guru, anggota khidmat sokongan

8.2 Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik tersebut.

9.0 CADANGAN ATURCARA

7.20 pagi : Semua Peserta/Murid berhimpun dalam barisan

mengikut kelas masing-masing

: Bacaan Doa

: Gimik Pelancaran

8.00 pagi : Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia bermula.

8.50 pagi : Bersurai

10.0 BELANJAWAN

BIL BUTIRAN RM

Page 6: Kertas kerja 1 murid 1 sukan

1. T-Shirt Pasukan Senamrobik

15 orang X RM 15 225.00

JUMLAH 225.00

11.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA

PENASIHAT

PUAN FAWZIAH KASSIM

GURU BESAR

Page 7: Kertas kerja 1 murid 1 sukan

PENGERUSI

PUAN RASIDAH

PK KO-KURIKULUM

SETIAUSAHA / PENYELARAS

PUAN NORAZLIMA LIMAT

AHLI JAWATANKUASA

DISIPLIN / KAWALAN MURID

TAHUN 1 : PUAN ARIBAH / PUAN LIM

TAHUN 2 : PUAN NORLIAH / PUAN NOH LAILI

TAHUN 3 : PUAN JUNAINAH / CIK FAUZANA

TAHUN 4 : PUAN WAN AZIAN / EN. TAN

TAHUN 5 : EN. ASFALIHIN / PUAN MUSLIFAH

TAHUN 6 : EN. RASYIDI / PUAN HALIMAH

P.A.SISTEM

EN. MUSLIM MAMU

EN. ZULHAIDI

PERSIAPAN TEMPAT / KEBERSIHAN

PUAN FAREHAH / CIK SITI AISYAH

PUAN ZURAIHA / PUAN NOREHAN

JURU GAMBAR

CIK FAUZANA / PUAN HANISAH

GIMIK PELANCARAN

PUAN MARYANI