kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

18
KERTAS CADANGAN PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA SK BANDAR TASIK PUTERI 48000 RAWANG, SELANGOR 1.0 PENDAHULUAN Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, kesihatan dan kebersihan ) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat

Upload: ahmad-nazri

Post on 09-Aug-2015

53 views

Category:

Investor Relations


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

KERTAS CADANGANPROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA

SK BANDAR TASIK PUTERI48000 RAWANG, SELANGOR

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat

falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan

berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu

faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut.

Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu

dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa

memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran

yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran

dengan lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, kesihatan dan

kebersihan ) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong perdana bersama

pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar

tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah.

Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri

mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan

longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta

menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah

Gombak yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan ‘fogging’ atau menyembur

asap disekitar kawasan sekolah.

Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SKBTP akan memperoleh

manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

Page 2: Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

Program 3K atau Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar

Sekolah telah diadakan selama lebih 18 tahun sejak tahun 1991. Program ini telah memberi

impak yang besar terhadap pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara.

Sekolah-sekolah lebih ceria dan selamat malah kadar kemalangan di kawasan sekolah juga amat

berkurangan. Program ini telah mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat

kepada budaya yang lebih baik. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan

kerjasama yang diberikan oleh penduduk setempat serta kepimpinan pengetua telah

membuahkan hasil dengan meningkatnya prestasi kecemerlangan pendidikan di sekolah- sekolah

berkenaan.

Penekanan kepada perkembangan kanak-kanak adalah perlu diberikan secara menyeluruh dari

segi jasmani, mental dan juga rohani. Perkembangan yang menyeluruh dan seimbang ini akan

membantu murid-murid untuk mencapai kemajuan pada peringkat yang terbaik. Untuk

memastikan kejayaan ini bukan sahaja perlu dilihat daripada kejayaan akademik sahaja tetapi

juga dari segi kebersihan, kesihatan dan keselamatannya. Ini kerana tiada nilai sesuatu kejayaan

itu jika tiada moral yang baik. Oleh yang demikian, keseimbangan menyeluruh dari segi

Jasmani,Emosi,Rohani,Intelek dan Sosial amat diutamakan sejajar dengan Falsafah Pendidikan

Negara.

Program gotong-royong yang dicadangkan ini adalah meliputi kegiatan serta aktiviti yang telah

dirancang untuk menyemai nilai murni yang tinggi melalui kesedaran kebersihan dan kesihatan

diri kerana apa yang pasti dengan adanya tahap kesihatan yang tinggi ianya akan menjamin

keharmonian seseorang dan memastikan kejayaan yang menyeluruh. Selain daripada melalui

kesedaran kesihatan, program ini juga menekankan aspek kebersihan dari segi fizikal dan

persekitaran. Untuk belajar dengan selesa maka seseorang itu sentiasa berada dalam situasi yang

bersih dan menjaga kebersihan diri atau tempat pembelajarannya supaya rasa selesa dan tenang

ketika menjalani aktiviti-aktiviti di sekolah. . Disamping itu, penekanan utama juga diberikan

kepada kesihatan diri . Untuk mendapat kesihatan yang optimum maka perlulah seseorang itu

mengamalkan cara hidup yang sihat, sama ada dari segi pemakanan ataupun aktiviti harian yang

lain.

Page 3: Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

2.0 Tujuan

Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran sekolah .

Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria akan

memastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan

mereka akan dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.

.

Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk memberikan

ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih selesa ketika berada di

sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa.

Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk menempatkan anak-anak untuk menimba ilmu dan

melakukan pelbagai aktiviti dalam suasana yang selamat dan ceria.

3.0 Nama Program

“GOTONG-ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA”

4.0 Tema Program

“Persekitaran yang bersih dan ceria menjana suasana pembelajaran di sekolah”

5.0 Matlamat Program Gotong –royong Perdana 1 Malaysia.

Matlamat gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar kepada warga

sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan kebersihan dan keceriaan

sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat pendedahan yang sebenar dan murid

kerap kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan amalan kebersihan di persekitaran

sekolah berbanding di rumah . Namun demikian sebenarnya cara amalan kebersihan ini

mempunyai ciri-ciri yang khusus dan piawaian yang sempurna. Murid kurang memahami

maksud sebenar ceria , indah , wangi , bersih , berfungsi dan selamat.

Page 4: Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

Melalui aktiviti gotong royong ini , warga sekolah juga boleh ,meningkatkan rasa tanggungjawab

terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti membersihkan persekitaran

sekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan

yang positif terhadap kebersihan dan keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang peka

terhadap persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

Selain itu, memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa,

bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar. Ibubapa dapat bekerjasama dengan kakitangan

sekolah iaitu guru-guru dan pekerja serta wakil PIBG untuk menyediakan suasana yang lebih

ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba

ilmu baik di waktu pagi dan petang.Kawasan yang menjadi tumpuan ialah tempat rehat wakaf

dan kawasan belakang sekolah yang terbiar agar boleh memberi tempat untuk murid membaca,

berbincang dan mengulangkaji di tempat yang selesa dan ceria.

6. 0 Objektif

Objektif program ini adalah:

i. Mewujudkan kawasan tempat rehat wakaf dan taman belakang sekolah yang lebih

ceria dan harmonis. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting

bagi meningkatkan mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah yang ceria,

tenang dan selesa penting untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

ii. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang

bersih, indah, selamat dan ceria.

iii. Melaksanakan  amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

iv. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid

ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang

berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

Page 5: Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

v. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap

kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah

disediakan

vi. Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan

keberkesanan aktiviti.

 

7. 0 Format Pelaksanaan

Manual Pelaksanaan Program

BIL PELAKSANAAN TUGAS TINDAKAN

1 Penyediaan kertas kerja program :

- Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan

persetujuan dari pihak-pihak penganjur dan pelaksanaan

program melalui mesyuarat dan bersemuka.

- Mesyuarat kali pertama.

Setiausaha

Program

2 Pelantikan AJK Program secara rasmi. Setiausaha

Program

3 Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaan kerja-kerja asas

program :

Cadangan : bilik mesyuarat sekolah.

Setiausaha

Program

4 Mesyuarat AJK Program kali ke 2. Setiausaha

Program

5 Menjalankan kerja-kerja penyediaan , percetakan dan mengirim

surat menyurat , kad dan surat jemputan.

Setiausaha

Program

6 Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat pos

laju , e-mel, mesin faksimili atau pertemuan peribadi (kepada

agensi-agensi dan individu yang terlibat )

Setiausaha

Program

7 Menyenaraikan dan menyediakan peralatan-peralatan yang perlu

digunakan untuk gotong-royong.

AJK Peralatan

8 Menyediakan hadiah dan cenderahati AJK Hadiah

Page 6: Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

9 Tempahan makanan untuk jamuan. AJK Jamuan

10 Menyediakan dewan untuk kegunaan Ucapan Perasmian dan

Pelancaran.

AJK Persiapan Tempat

11 Kerja pembersihan tempat / kawasan gotong royong. Semua AJK dan

peserta.

8.0 PENGANJUR

Program ini dianjurkan oleh unit 3K dengan kerjasama Unit Hal-Ehwal-Murid dan Persatuan Ibu

Bapa dan Guru (PIBG)

9.0 CADANGAN TARIKH

26 Februari 2011 ( Sabtu )

10.0 TEMPAT

Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri

10.1 FOKUS KAWASAN

Terdapat 2 kawasan yang menjadi fokus utama di dalam projek gotong royong ini iaitu Tempat

Rehat Wakaf dan Kawasan Belakang Sekolah. Kedua-dua kawasan ini dipilih memandangkan

banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan di kawasan ini supaya lebih ceria dan memberi

manfaat kepada murid serta warga sekolah.

i. Kawasan Rehat / Wakaf perlu diceriakan dengan :

Meletakkan “pavement” dari bangunan sekolah ke wakaf dan antara wakaf.

Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat tumpuan

pelajar.

Page 7: Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.

Memperbanyakkan tanaman hiasan

Menanam rumput

Tempat Rehat Wakaf yang ceria boleh dijadikan tempat yang menarik dan boleh menarik minat

murid untuk belajar , berbincang dan melakukan pelbagai aktiviti terutama sekali ketika

menjalankan aktiviti kokurikulum kerana sekolah ini terdapat dua sesi persekolahan. Maka amat

sesuai sekali kawasan rehat wakaf yang ceria, menarik dan selesa dijadikan salah satu tempat

untuk menjalankan aktiviti.

ii. Kawasan Belakang Sekolah perlu juga diceriakan untuk :

Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.

Memperbanyakkan tanaman hiasan

Menanam rumput

Memperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajar

Meletakkan buku-buku bacaan di wakaf tersebut

Menanam pokok sebagai teduhan

Kawasan belakang sekolah yang kelihatan terbiar juga merupakan salah satu tempat di mana

aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dapat dilakukan. Kawasan tersebut boleh di ubahsuai

menjadi kawasan istirehat murid-murid ketika rehat dan juga menjadi tempat perbincangan dan

belajar semasa proses P&P dijalankan.

11.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN:

Seluruh warga SK Bandar Tasik Puteri iaitu guru-guru, pekerja sekolah , murid-murid tahun 5

dan 6 , ibu bapa dan komuniti setempat iaitu ahli jawatan kuasa Perumahan Bandar Tasik

Puteri dan Majlis Perbandaran Selayang.

Sasaran : Warga sekolah, Ibu bapa serta jabatan-jabatan lain

Page 8: Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

12.0 Carta Organisasi

Organisasi pelaksanaan program Gotong-royong Perdana 1 Malaysia

JAWATANKUASA INDUK

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2011

Penasihat

En Rosman bin Mansor(Guru Besar)

Pengerusi

Pn Norazizah binti Lamijan(Guru Penolong Kanan HEM)

Naib Pengerusi I

Pn Noriah binti Mohd Nor (Guru Penolong Kanan Kurikulum)

Naib Pengerusi II

Pn Roshida binti Md Isa (Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Setiausaha

Pn. Ruzina binti amrun

(Guru Penyelaras 3K)

Bendahari

Pn. Nurita Azleena bt Husin

Page 9: Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

Ahli Jawatankuasa

Encik Tarmizi binti Salleh

Pn. Rohana binti sameon

En. Izham bin Adam

En Ahmad Fuad b. Fauzi (wakil PIBG)

En. Shahrizal b. Ahmad (wakil Kantin)

Encik Mohd Rizal bin Karim ( wakil MPS)

AJK PELAKSANA

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 1 MALAYSIA

PENYAMBUT TETAMU PERALATAN

En Rosman bin Mansor En. Syed Akmal Pn Norazizah binti Lamijan En. Roslan bin SallehPN Noriah binti Mohd Nor En. Mohamed bin MahmudPn Roshida binti Md Isa En Amin bin Taufiq

CENDERAHATI DOKUMENTASI JAMUAN

Pn. Sharmilla bt Mat Pn. Hamimi bt KarimPn. Kamalia bt Sidik Pn. Kartina bt Husni

PENGERUSI MAJLIS BUKU PROGRAM

PN Latifah binti Zakaria Pn Zarina binti Hassan

BACAAN DOA PERSIAPAN TEMPAT

En. Mazli bin Husin Encik Anuar binti Ali

SIARANRAYA DOKUMENTASI

En. Nazim bin Nazri Pn Suraya binti Naim.

Page 10: Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

13.0 Program Tentatif

1. Semua guru, murid dan ibu bapa berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.

2. Ucapan aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang.

3. Semua yang hadir dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu untuk aktiviti di Tempat

Rehat Wakaf dan juga di Belakang Sekolah.

4. Aktiviti aktiviti di tempat rehat wakaf :

Meletakkan “pavement” dari bangunan sekolah ke wakaf dan antara wakaf.

Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat

tumpuan pelajar.

Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.

Memperbanyakkan tanaman hiasan

Menanam rumput

5. Aktiviti-aktiviti di belakang sekolah:

Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.

Memperbanyakkan tanaman hiasan

Menanam rumput

Memperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajar

Meletakkan buku-buku bacaan di wakaf tersebut

Menanam pokok sebagai teduhan

Page 11: Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

13.1 Tentatif perjalanan aktiviti

7: 30 pagi : Semua guru , murid serta ibu bapa berkumpul di tapak perhimpunan.

8:00 pagi : Guru Besar menyampaikan ucapan aluan.

8:15 pagi : Taklimat gotong royong

: Pengagihan kumpulan

Kumpulan 1 - Kawasan Tempat Rehat Wakaf dan Persekitarannya

Kumpulan 2 – Kawasan Belakang Sekolah

8: 20 pagi : Aktiviti gotong royong dimulakan.

12:30 t/hari : Jamuan

1.00 t/hari : Bersurai

14.0 Anggaran perbelanjaan

Cadangan anggaran perbelanjaan bagi menjayakan program ini telah dirancang dengan baik agar

program ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar. Kebanyakkan sumber yang digunakan

untuk menjayakan aktiviti ini disumbangkan oleh ibu bapa, pihak kantin, dan MPS. Berikut

disenaraikan anggaran perbelanjaan untuk aktiviti ini :

BIL PERKARA PERBELANJAAN

1 Perbelanjaan cetakan

1. Buku Program

2. Surat-menyurat

RM 0.50 X 10

RM 0.50 X 4

RM 5.00

RM 2.00

JUMLAH PERBELANJAAN CETAKAN

2 Peralatan:

1. Tin cat

2. Berus cat

3. Cangkul

4. Plastik Sampah

5. Tong Sampah

6. Paku

RM 25.00 X 3

RM 2.50 X 10

RM 6.00 X 5

RM 1.00 X 2

RM 50.00 X 10

RM 25.00 X 1

RM 75.00

RM 25.00

RM 30.00

RM 2.00

RM 500.00

RM 25.00

Page 12: Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

7. Gergaji

8. Kayu / papan

RM 6.00 X 20

RM 8.00 X 30

RM120.00

RM240.00

JUMLAH PERBELANJAAN PERALATAN RM 547.00

3 Jamuan makan tengah hari RM 2.00 X 100 RM 200.00

JUMLAH PERBELANJAAN JAMUAN RM 200.00

4 Hadiah dan Cenderahati RM 10.00 X 1 RM 10.00

JUMLAH PERBELANJAAN HADIAH RM 10.00

5 Lain-lain perbelanjaan RM 100.00

JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM 757.00

Tajaan:

a) Pokok-pokok bunga dan baja ditaja oleh MPS

b) Rumput ditaja oleh MPS

c) Tong Sampah Kitar Semula ditaja oleh MPS

d) Minuman ringan ditaja oleh Pengusaha kantin

15.0 Penutup

Adalah diharapkan aktiviti Gotong Royong Perdana 1 Malaysia ini akan dapat menghasilkan

satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta dapat menarik minat murid

untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras dengan hasrat Kementerian

Pelajaran Malaysia untuk menjadikan sekolah sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh

masyarakat serta tempat yang dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warga sekolah

khasnya dan ibu bapa dan masyarakat setempat Dalam menjalankan aktiviti gotong royong

perdana muhibbah ini, dapat menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra antara

masyarakat dan pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk saling

bekerjasama antara satu sama lain.

Page 13: Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp

Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua pihak yang

terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada murid-murid dalam menghadapi kehidupan

harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik ibu bapa yang sama menjayakan

program ini diberkati dan dirahmati.

Disediakan oleh:

………………………………………….

( RUZINA BINTI AMRUN )

Setiausaha 3K.

SK Bandar Tasik Puteri, Rawang

Selangor  

 

Setelah disemak bahawasanya kertas kerja ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN di atas

sebab-sebab berikut:

……………………………………………………………………………………………………..

 

 

 

 

……………………………………..

( ROSMAN BIN MANSOOR )

Guru Besar,

SK Bandar Tasik Puteri, Rawang

Selangor.

Page 14: Kertas cadangan ruzina gotong royong perdana skbtp