kertas cadangan pusat sains

6
KERTAS CADANGAN: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT SAINS NEGARA 1.0 PENDAHULUAN SK (P) Jalan Batu mempunyai murid Program Pendidikan Kelas Integrasi (PPKI) seramai 24 orang iaitu 14 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Murid-murid ini terdiri daripada pelbagai kategori seperti autistik, sindrom down, hiperaktif dan slow learner. Mereka ini dikelaskan mengikut tahap keupayaan masing-masing iaitu tahap rendah, sederhana dan juga tinggi. Wujudnya perbezaan tahap pembelajaran di kalangan murid-murid ini, maka cara pembelajaran juga perlu berbeza mengikut kesesuaian tahap mereka. Untuk pengetahuan semua, kurikulum murid-murid bermasalah pembelajaran berlandaskan kepada 3 prinsip utama iaitu pendidikan menyeluruh dan bersepadu, pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna serta pendidikan sepanjang hayat. Oleh yang demikian, tenaga pengajar PPKI sentiasa mencari corak pembelajaran yang menarik dan berkesan. Cadangan lawatan ke Pusat Sains Negara ini merupakan konsep pembelajaran luar bilik darjah yang dapat memberi pendedahan sebenar berbanding dengan pembelajaran di dalam bilik darjah. 2.0 MATLAMAT Matlamat program ini diharap dapat mencetus dan menyemai minat murid-murid PPKI ke arah pembelajaran sains dan 1

Upload: nixzal

Post on 24-Dec-2015

247 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Kertas Cadangan Lawatan

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Pusat Sains

KERTAS CADANGAN:

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT SAINS NEGARA

1.0 PENDAHULUAN

SK (P) Jalan Batu mempunyai murid Program Pendidikan Kelas Integrasi (PPKI) seramai

24 orang iaitu 14 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Murid-murid ini

terdiri daripada pelbagai kategori seperti autistik, sindrom down, hiperaktif dan slow

learner. Mereka ini dikelaskan mengikut tahap keupayaan masing-masing iaitu tahap

rendah, sederhana dan juga tinggi.

Wujudnya perbezaan tahap pembelajaran di kalangan murid-murid ini, maka cara

pembelajaran juga perlu berbeza mengikut kesesuaian tahap mereka. Untuk pengetahuan

semua, kurikulum murid-murid bermasalah pembelajaran berlandaskan kepada 3 prinsip

utama iaitu pendidikan menyeluruh dan bersepadu, pembelajaran yang menggembirakan

dan bermakna serta pendidikan sepanjang hayat.

Oleh yang demikian, tenaga pengajar PPKI sentiasa mencari corak pembelajaran

yang menarik dan berkesan. Cadangan lawatan ke Pusat Sains Negara ini merupakan

konsep pembelajaran luar bilik darjah yang dapat memberi pendedahan sebenar

berbanding dengan pembelajaran di dalam bilik darjah.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini diharap dapat mencetus dan menyemai minat murid-murid PPKI

ke arah pembelajaran sains dan teknologi. Pembelajaran secara terbuka dan santai ini

secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi serta

meningkatkan keyakinan diri murid-murid bermasalah pembelajaran ini.

3.0 OBJEKTIF

Objektif lawatan ke Pusat Sains Negara ialah :

a. meningkatkan kesedaran dan kefahaman murid PPKI terhadap sains dan

teknologi.

b. memupuk minat “ingin tahu” di kalangan murid-murid.

c. meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

d. memperluaskan perhubungan sosial murid selain persekitaran sekolah.

1

Page 2: Kertas Cadangan Pusat Sains

4.0 SASARAN

Sasaran mereka yang akan menyertai aktiviti lawatan ke Pusat Sains Negara ialah :

KETEGORI BILANGAN

MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN 24 ORANG

GURU PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN 7 ORANG

PEMBANTU PENGURUSAN MURID 2 ORANG

JUMLAH BESAR 33 ORANG

5.0 CADANGAN AKTIVITI

Aktiviti yang dirancang ialah :

a. Aktiviti mewarna bagi murid-murid Tahap Rendah dan Tahap Sederhana.

b. Soalan Kuiz bagi murid-murid Tahap Tinggi.

c. Suaikan gambar akan diberi kepada semua muri

6.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Cadangan tarikh, masa dan tempat adalah seperti berikut :

a. Tarikh : 10 Julai 2012

b. Masa : 9.00 – 2.00 petang

c. Tempat/Alamat : Pusat Sains Negara Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Persiaran Bukit Kiara Bukit Kiara 50662 Kuala Lumpur.

7.0 TENTATIF ATURCARA LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA:

9.00 pagi - Bertolak dengan menaiki bas ke Pusat Sains Negara

10.00 pagi - Memulakan lawatan di Pusat Sains Negara

12.00 tengahari

1.00 petang

2.00 petang

- Aktiviti

a. Aktiviti mewarna bagi murid-murid Tahap Rendah & Tahap Sederhana

b. Kuiz bagi murid Tahap Tinggi c. Suaikan gambar (semua murid)

- Makan tengahari

- Bertolak balik ke sekolah

- Sampai di SK (P) Jalan Batu, Kuala Lumpur

2

Page 3: Kertas Cadangan Pusat Sains

8.0 SENARAI PENGURUSAN LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA:

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn. Nanki a/p ShankardasPengerusi Lawatan : Pn. Roselina bt. HashimKetua Lawatan : En. Zuharizam b Ab. Rahman

Setiausaha : Cik Saidah bt. SaidinBendahari : Pn. Suwarti bt. Mulyati

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

MAKANAN

Cik Suriyati bt. TumiranPn. Monaliza bt. Mohd. Isa

AKTIVITI & JURUGAMBAR

Pn. Norrita bt. ShahlanPn. Norhaida bt. Mohd. Amin

PENGANGKUTAN

En. Mohd. Sazeri b. AhmadEn. Zuharizam b Ab. Rahman

PERHUBUNGAN & DOKUMENTASI

Cik Saidah bt. Saidin

DISIPLIN : SEMUA GURU

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN LAWATAN KE PUSAT SAINS NEGARA:

PENDAPATAN (RM) PERBELANJAAN(RM)

Bayaran Murid 24 x RM10 = 240.00

Guru, PPM & 9 x RM10 = 90.00

Kos pengangkutan bas

Makanan 33 orang x RM3 Pelbagai

= 250.00

= 99.00

= 19.00

JUMLAH = 330.00 JUMLAH = 330.00

3

Page 4: Kertas Cadangan Pusat Sains

10.0 PENUTUP

Diharap program lawatan ini dapat membantu murid-murid Pendidikan Khas menambah

pengetahuan dan pengalaman dalam dunia sains dan teknologi. Selain itu juga, diharap

aktiviti ini memberi impak positif terhadap daya kreativiti murid-murid khas yang

berpotensi untuk ke arah pemikiran kreatif dan inovatif. Meskipun mereka terdiri

daripada murid-murid istimewa tetapi peluang harus diberi kepada mereka dalam

meneroka dunia luar yang sebenar.

“MEREALISASIKAN KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA”

Disediakan oleh :

……………………………………(CIK SAIDAH BT. SAIDIN)

SetiausahaLawatan PPKI

SK (P) Jalan Batu, Kuala Lumpur2012

Disemak oleh :

…………………………………(PN. ROSELINA BT. HASHIM)

Guru Penolong KananPendidikan Khas

SK (P) Jalan Batu, Kuala Lumpur.2012

Disahkan oleh :

………………………………… ( )

4