kertas cadangan program galakan membaca

4
KERTAS CADANGAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA ANJURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKA TUN PERAK, JASIN, MELAKA. PENGENALAN Pusat Sumber merupakan nadi ilmu bagi sebuah sekolah. Perpustakaan salah satu daripada cabang unit yang membentuk pusat sumber. Oleh itu murid-murid perlu mengenali dan sentiasa mendampingi pusat sumber. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mempunyai kaitan yang rapat dengan pengetahuan tentang pusat sumber. Oleh yang demikian, setiap tahun pada bulan Februari diadakan majlis pelancaran Program NILAM. Kempen Membaca telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1995 melalui sambutan Bulan Membaca Kebangsaan dengan slogan ‘Mari Membaca Bersama’. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan ilmu telah dirancangkan untuk dilaksanakan sepanjang tahun ini. Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk menanam minat membaca yang berterusan dikalangan warga SMKA Tun Perak disamping melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya terutamanya di kalangan warga SMKA Tun Perak. 2.0 NAMA PROGRAM Pelancaran Program NILAM peringkat SMKA Tun Perak 2012 3.0 ANJURAN Pusat Sumber SMKA Tun Perak 4.0 MATLAMAT Melahirkan pelajar yang cakna akan bidang pembacaan, di dalam literasi maklumat juga seseorang harus berupaya mengenal pasti sumber-sumber maklumat yang terdiri daripada sumber premier, sumber sekunder dan sumber tertiari bagi memudahkan skop pencarian maklumat dengan menggunakan strategi pencarian maklumat yang tepat. 5.0 VISI Ilmu Membangunkan Tamadun 6.0 MISI Memupuk Budaya Membaca Sepanjang Hayat 7.0 TEMA

Upload: rubyshamshir

Post on 05-Feb-2016

1.116 views

Category:

Documents


35 download

DESCRIPTION

contoh cadangan program galakan membaca

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Program Galakan Membaca

KERTAS CADANGAN PROGRAM GALAKAN MEMBACAANJURAN PUSAT SUMBER SEKOLAHSMKA TUN PERAK, JASIN, MELAKA.

PENGENALANPusat Sumber merupakan nadi ilmu bagi sebuah sekolah. Perpustakaan salah satu daripada cabang unit yang membentuk pusat sumber. Oleh itu murid-murid perlu mengenali dan sentiasa mendampingi pusat sumber. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mempunyai kaitan yang rapat dengan pengetahuan tentang pusat sumber. Oleh yang demikian, setiap tahun pada bulan Februari diadakan majlis pelancaran Program NILAM. Kempen Membaca telah dilaksanakan secara rasminya pada tahun 1995 melalui sambutan Bulan Membaca Kebangsaan dengan slogan ‘Mari Membaca Bersama’. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan dan ilmu telah dirancangkan untuk dilaksanakan sepanjang tahun ini. Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk menanam minat membaca yang berterusan dikalangan warga SMKA Tun Perak disamping melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya terutamanya di kalangan warga SMKA Tun Perak.

2.0 NAMA PROGRAMPelancaran Program NILAM peringkat SMKA Tun Perak 2012

3.0 ANJURANPusat Sumber SMKA Tun Perak

4.0 MATLAMATMelahirkan pelajar yang cakna akan bidang pembacaan, di dalam literasi maklumat juga seseorang harus berupaya mengenal pasti sumber-sumber maklumat yang terdiri daripada sumber premier, sumber sekunder dan sumber tertiari bagi memudahkan skop pencarian maklumat dengan menggunakan strategi pencarian maklumat yang tepat.

5.0 VISIIlmu Membangunkan Tamadun

6.0 MISIMemupuk Budaya Membaca Sepanjang Hayat

7.0 TEMA“BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA”

Page 2: Kertas Cadangan Program Galakan Membaca

8.0 OBJEKTIFDiharapkan murid-murid dapat:

1. Meminati dan mencintai buku sepanjang waktu persekolahan.2. Menarik pernyataan murid dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi

menyuburkan minat membaca.3. Memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan

membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai budaya hidup.

4. Memupuk minat dan tabiat membaca sebagai satu gaya hidup masyarakat Malaysia pada masa kini dan akan datang.

5. Mempertingkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti-aktivitri berkaitan pembacaan dan keilmuan.

6. Merapatkan warga SMKA Tun Perak dengan bahan bacaan dan memupuk minat membaca dikalangan rakyat Malaysia.

7. Menanam budaya membaca kearah melahirkan masyarakat berpengetahuan, ketrampilan dan cemerlang akademik.

9.0 TEMPOH PERLAKSANAAN9.1 Tarikh cadangan: 4 Februari 2013

10.0 TEMPAT10.1 Dataran Ilmu SMKA Tun Perak

11.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

Bil. Perkara Tarikh Tindakan1. Mesyuarat JK Kerja PSS 6/2/2013 GPM2. Majlis Pelancaran Program NILAM 4/2/2013 JK NILAM3. Pertandingan Membina Blog Kelas 9/2/2013 - 29/3/2013 JK ICT4. Ulasan Buku Baru PSS Setiap minggu mulai

11/2/2013JK Perpustakaan/ Pengawas PSS

5. Pertandingan Peminjam Terbanyak Kelas Setiap hujung bulan JK Smartcard/ Astro dan Eduwebtv

6. Tayangan Filem Setiap Jumaat petang JK Bilik Tayang7. Pertandingan Ulat Buku Mengikut Kelas Setiap hujung bulan JK NILAM8. Pinjaman Kotak Buku Setiap minggu PAP PSS9. Pondok Rehat & Baca Setiap minggu JK NILAM10. Papan Info Terkini Setiap hari Pengawas PSS dan PT

Data11. Program IQRA’ Setiap hari 10 minit

sebelum perhimpunanPengawas PSS dan JK NILAM

12.0 TENTATIF PROGRAM (sila rujuk lampiran)

Page 3: Kertas Cadangan Program Galakan Membaca

13.0 SASARAN13.1 Murid dan guru SMKA Tun Perak.

14.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM

Penasihat : Puan Juariah binti Hj. YunusPengerusi : En. Johari bin Abu BakarNaib Pengerusi : Pn. Yazidah binti Yazid dan Tn. Hj. Sahari bin Md DerusPenyelaras : Pn. Fauziah binti OmarSetiausaha : Pn. Siti Asiah binti Md IsaBendahari : PT KewanganAJK : Pn. Zainuriah binti Ibrahim

Cik Shuwaibah Aslamiah binti ZulkifliCik Norzilawati binti SahiminTn. Hj. Rizual Azam bin IbrahimPn. Rosita binti RoslanCik Intan Zafirah binti Ramli

15.0 ANGGARAN KASAR PERBELANJAAN15.1 Hadiah15.1.1 Set alat tulis 3x RM30 RM 90.0015.1.2 Tuala Muka 3x RM20 RM 60.0015.1.3 Fail Clear Holder 3x RM10 RM 30.0015.1.4 Banner Perlancaran Program NILAM RM 50.0015.1.5 Brosur RM 10.00JUMLAH RM 240.00

16.0 ANGGARAN PENDAPATAN16.1 Duit Aktiviti Pusat Sumber Sekolah (Yuran Khas) RM 240.00

PENUTUPKerjasama dan komitment dari semua pihak amat diharapkan. Semoga program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Semoga jasa dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan mendapat balasan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Diharapkan melalui aktiviti yang akan dijalankan akan dapat meningkatkan pengetahuan murid dan menimbulkan minat mereka untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah.

Disediakan oleh; Disemak oleh; Diluluskan oleh;

(SITI ASIAH BINTI MD ISA)Guru Perpustakaan dan MediaSMKA Tun Perak