kertas cadangan perkhemahan tkrs

6
KERTAS CADANGAN PERKHEMAHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH SK KAMPUNG SENAU 2015 ANJURAN SK.KAMPUNG SENAU, OYA DALAT Disediakan oleh PUAN JAMILAH RAJLI PK KOKURIKULUM SK.KAMPUNG SENAU,OYA DALAT 1.0 TUJUAN

Upload: noraini-razali

Post on 15-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sekadar perkongsian

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Perkhemahan Tkrs

KERTAS CADANGAN PERKHEMAHAN

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH SK KAMPUNG SENAU

2015

ANJURAN SK.KAMPUNG SENAU, OYA DALAT

Disediakan oleh

PUAN JAMILAH RAJLI PK KOKURIKULUM SK.KAMPUNG SENAU,OYA

DALAT

Page 2: Kertas Cadangan Perkhemahan Tkrs

1.0            TUJUAN

Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk mendapatkan peruntukan kewangan daripada Unit Kokurikulum bagi melaksanakan program ini.

2.0            MATLAMAT

Kursus ini dicadangkan bagi memantapkan aktiviti pasukan TKRS peringkat sekolah rendah di Daerah Dalat.

3.0            OBJEKTIF

3.1            Memperjelaskan kurikulum TKRS yang telah digariskan oleh KPM melalui program perkhemahan yang menarik minat murid.

3.2            Melahirkan pemimpin dan ahli kadet yang mampu melatih anggota dengan pelbagai disiplin TKRS.

3.3             Meningkatkan keyakinan diri setiap ahli kadet untuk berhadapan dengan segala cabaran hidup.

3.4             Mewujudkan semangat berpasukan dan jati diri yang tinggi dalam diri setiap ahli.

4.0            LATAR BELAKANG

Program perkhemahan ini dirancang khusus untuk semua ahli TKRS di SK.Kampung Senau. Memandangkan aktiviti TKRS ini bergantung sepenuhnya kepada guru-guru pemimpin, maka dengan adanya program ini, ahli TKRS dan guru-guru pemimpin dapat bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan mengenai TKRS dari sekolah masing-masing.

5.0            RASIONAL

Tunas Kadet Remaja Sekolah telah diluluskan penubuhannya oleh Jemaah Menteri pada 18 Januari 1995 dan telah dilancarkan secara rasminya pada 20 Jun 1995. Selepas lima tahun TKRS ditubuhkan untuk merealisasikan dan menyokong penubuhan KRS sebagai sebuah unit pakaian seragam yang bergerak secara aktif di seluruh negara dan berjaya membentuk unit yang

Page 3: Kertas Cadangan Perkhemahan Tkrs

mantap dan efektif. Pelaksanan aktiviti TKRS adalah bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengambil kira aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek.

Dalam usia muda sepanjang penubuhan TKRS ini, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan mengikut kurikulum teras dan pilihan yang telah digariskan. Setiap aktiviti yang dijalankan telah dapat menaikkan martabat TKRS sebagai satu unit pakaian seragam yang CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG.

6.0            CADANGAN PELAKSANAAN

6.1 Tarikh : 6.2 Tempat : 6.3 Sasaran :

6.4             Jawatankuasa Pelaksana:

Pengerusi : Guru Besar( Komandan TKRS Daerah)

Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran(Timbalan kOMANDAN TKRS)

Naib Pengerusi : Puan Jamilah Binti Rajli (GPK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 2 : Puan Sara Binti Hamdin (GPK Hem)

Setiausaha : Puan Hajah Fauziah Binti Mahali Penyelaras Unit Beruniform TKRS

Bendahari : Puan Sabariah Binti Abang Wahab (Penyelaras Unit Beruniform)

Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Unit Beruniform TKRSSemua Guru Unit Beruniform PBSMSemua Guru Unit Beruniform PengakapSemua Guru Unit Beruniform Puteri Islam

Page 4: Kertas Cadangan Perkhemahan Tkrs

6.5 Tentatif Program

8.00 – 10.00 10.30 – 12.30 2.00 – 4.00 4.30 – 6.30 9.00 – 11.00

JUMAAT

PENDAFTARAN/

PERANAN/TUGAS/

TANGGUNGJAWAB

TKRS

TATACARA

BERPAKAIAN/BANTU

MULA

KOMPAS/

IKATANRIADAH

MALAM

KEBUDAYAA

N

SABTU KAWAD KAKITRACKING DAN

IKHTIAR HIDUP

KHIDMAS/

PENUTUP/

BERSURAI

TARIKH MASA SLOT PEGAWAI BERTUGAS

JUMAAT

8.00 – 11.00

PG

PERANAN/TUGAS/TANGGUNGJAWAB

TKRS

2.00 – 4.00

PTGTATACARA BERPAKAIAN/BANTU MULA

4.30 – 6.30

PTGMEMBACA KOMPAS/IKATAN

9.00 – 11.00

MLMMALAM KEBUDAYAAN

SABTU

8.00 – 10.00

PGKAWAD KAKI

10.30 – 4.30

PTG

TRACKING DAN IKHTIAR HIDUP/KHIDMAS/

PENUTUP/BERSURAI

Page 5: Kertas Cadangan Perkhemahan Tkrs
Page 6: Kertas Cadangan Perkhemahan Tkrs

7.0 KEWANGAN

7.1 Anggaran Perbelajanan

Makan dan Minum RM 8.00 x 50 x 2 hari RM 400.00

Bahan Kursus RM 5.00 x 50 RM 250.00

Cendermata Perasmi RM 50.00

Rencam RM40.00

JUMLAH RM740.00

8.0 PENUTUP

Kelulusan peruntukan bagi program ini diharapkan dapat merealisasikan harapan untuk memperkasakan TKRS SK.Kampung Senau. Program ini amat besar maknanya bagi TKRS SK.Kampung Senau demi memastikan pasukan badan beruniform ini mampu berfungsi sebagai pembina sahsiah dan jati diri ahli-ahlinya.

Disediakan oleh :

________________________( PUAN HAJAH FAUZIAH BINTI MAHALI )Setiausaha Program Perkhemahan TKRS SK.Kampung Senau