kertas cadangan pembinaan padang sekolah

Upload: kalilullail

Post on 03-Jun-2018

1.248 views

Category:

Documents


79 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Kertas Cadangan Pembinaan Padang Sekolah

    1/6

    KERTAS CADANGAN PEMBINAAN PADANG SEKOLAH

    DI SEKOLAH KEBANGSAAN BABAGON, PENAMPANG

    1.0 LATAR BELAKANG

    Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan

    Kementerian Pelajaran Malaysia amat komited untuk membangunkan sukan

    padang dan balapan di Malaysia. Sebagai makluman, Moyog dan Babagon di

    daerah Penampang mempunyai ramai pelajar berpotensi untuk maju dalam

    arena sukan namun, kemudahan sukan padang dan balapan yang lengkapterlalu jauh dan tidak logistik menyebabkan potensi mereka tidak dapat

    dipertengahkan sepenuhnya. Maka melalui kertas kerja ini diharapkan hasrat

    untuk memiliki padang yang baik dan kemudahan berkaitan di Sekolah

    Kebangsaan Babagon akan menjadi kenyataan.

    2.0 MATLAMAT PROJEK

    2.1 Projek ini merupakan projek untuk membina sebuah padang sukan dan

    balapan mini bersaiz 200m X 100m di Sekolah Kebangsaan Babagon. Oleh

    itu, bagi merealisasikan matlamat ini, pihak sekolah bercadang untuk mencari

    dana yang secukupnya sebanyak RM 500, 000.

    2.2 Melalui projek ini, pihak-pihak berwajib seperti kementerian-

    kementerian, bank-bank perdagangan, syarikat-syarikat korporat serta orang-

    orang perseorangan diharapkan dapat menyumbang dana bagi pembinaan

    mini turf yang dimaksudkan.

    2.3 Selain itu juga, dengan berjayanya pembinaan padang hiki mini

    astroturf ini, perkembangan sukan hoki di STAR semakin rancak dan

    membuahkan hasil yang positif dalam jangka masa yang panjang nanti.

  • 8/11/2019 Kertas Cadangan Pembinaan Padang Sekolah

    2/6

    3.0 KEKUATAN SUKAN HOKI DI STAR

    3.1 STAR pernah melahirkan pemain-pemain yang pernahmewakili negeri Perak seperti Tajul Arifin Muhammad, Saari Sungib dan

    Mad Shah.

    3.2 Pada tahun 2013, STAR mencatatkan sejarah apabila buat pertama

    kali menyertai Liga Hoki Remaja Kebangsaan (MJHL). Liga ini merupakan liga

    yang paling berprestij di Malaysia untuk pemain-pemain di bawah umur 19

    tahun. Ramai pemain-pemain Malaysia yang dicungkil bakat melalui liga ini.

    Dengan penglibatan liga ini, para pemain didedahkan dengan persainganhigh levelkerana turut bersaing dengan pemain remaja negara.

    3.3 STAR merupakan johan Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh

    Zon Utara pada tahun 2010 dan 2011 dan mewakili zon utara di peringkat

    kebangsaan.

    3.4 Di peringkat Daerah Kinta Utara, STAR berada di belakang SMK

    Anderson, iaitu sekolah projek hoki dalam Kejohanan Hoki MSSD Kinta Utara

    2010-2013.

    3.5 STAR memiliki pemain hoki yang ramai. Sehngga hari ini, STAR

    memiliki seramai 60 orang pemain dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

    Pemain-pemain hoki STAR merupakan pemain yang berpotensi kerana

    pernah mewakili sekolah dan daerah sewaktu berada di sekolah rendah.

    3.6 Para pemain hoki STAR turut cemerlang dari aspek akademik dan

    sering mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Setiap tahun,

    ramai pemain hoki STAR berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara

    mahupun di dalam negara dan menerima biasiswa dari kerajaan dan agensi-

    agensi tertentu. Ini menunjukkan selain kecemerlangan pelajar STAR adalahseiring antara akademik dan kokurikulum.

  • 8/11/2019 Kertas Cadangan Pembinaan Padang Sekolah

    3/6

    3.7 Beberapa orang pemain hoki STAR berjaya mewakili universiti

    masing-masing selepas tamat persekolahan di STAR dan terlibat dengan

    Kejohanan Hoki Universiti-universiti Malaysia (MASUM).

    3.8 STAR juga memiliki jurulatih dalam kalangan guru yang memiliki sijil

    kejurulatihan dari Malaysian Hockey Confederation (MHC). Ini menunjukkan

    STAR tidak memiliki masalah dari aspek kejurulatihan berdasarkan

    pengalaman dan pengiktirafan yang diberikan oleh MHC.

    4.0 PERNYATAAN MASALAH

    Walaupun STAR memiliki kekuatan tersendiri dalam sukan hoki,

    namun didapati beberapa kekangan timbul dari aspek latihan. Antaranya

    STAR tidak memiliki tempat latihan yang sempurna kerana hanya berlatih di

    atas simen gelanggang bola tampar sejak tiga tahun yang lepas. Keadaan ini

    menimbulkan kekangan dalam mendapatkan latihan yang berkualiti kerana:

    4.1 Gelanggang bola tampar yang tidak sesuai untuk latihan

    kerana berlubang dan mengalami rekahan. Selain masalah bola tersangkut

    timbul juga masalah keselamatan kerana simen yang berlubang.

    4.2 Saiz gelanggang bola tampar yang agak sempit dan hanya berukuran

    17 X 35 meter dan menyukarkan para pemain untuk berlatih kerana jumlah

    pemain seramai 60 orang. Keadaan ini menyebabkan jurulatih hanya dapat

    menumpukan perhatian kepada aspek latihan asas sahaja kerana drilldan

    taktikal tidak dapat dilakukakan disebabkan oleh saiz tempat latihan yang

    sempit.

    .

    4.3 Para pemain junior terpaksa menumpang di gelanggang

    bola keranjang bersebelahan tempat latihan. Tempat latihan lama di atas

    rumput kini dijadikan sebagai padang bola sepak.

  • 8/11/2019 Kertas Cadangan Pembinaan Padang Sekolah

    4/6

    4.4 Masalah kewangan untuk menyewa Stadium Azlan Shah (astroturf)

    kerana kadar sewaan adalah sebanyak RM 40.00 sejam pada hari bekerja

    dan RM 50.00 sejam pada hari minggu. Selain itu juga hanya pitch 2sahaja

    yang boleh disewa dan ini menyukarkan jurulatih kerana tempahan seringkalibertembung dengan tempahan dari sekolah dan institusi lain.

    5.0 CADANGAN PEMBINAAN

    5.1 Padang Hoki mini bersaiz 30m X 50m iaitu separuh saiz sebenar standard

    padang penuh.

    5.2 Tempat yang dicadangkan ialah gelanggang bola tampar dan gelanggang tenis

    lama yang tidak digunakan dan digabungkan menjadi padang mini astroturf.

    5.3 Cadangan hanya melibatkan pembinaan asas/tapak sahaja dan tidak melibatkan

    karpet/turf . Pihak sekolah bercadang untuk memohon mengambil karpet/turf di

    Stadium Hoki Azlan Shah yang tidak digunakan lagi kerana telah digantikan dengan

    turf bewarna biru.

    6.0 KEWANGAN

    Bil Perihal barag-barang/perkhidmatan dan

    syarat-syarat khas

    Harga (RM)

    1 Kerja-kerja permulaan dengan membekal tenaga kerja, mesin dan

    peralatan untuk membaikpulih permukaan gelanggang hoki yang

    telah rosak serta tidak rata berkeluasan 17 meter X 35 meter.

    10 000.00

    2 Mengorek laluan saluran paip buang jenis spring (subsoil) bawah

    permukaan gelanggang bagi membuang sisa air yang bertakung

    apabila hari hujan dan kerja-kerja pemasangan longkang dan sum.

    35 000.00

    3 Menambak pasir dan tanah bagi meratakan permukaan gelanggang

    serta kerja memadatkan permukaan tanah menggunakan jentera.

    25 000.00

    4 Pemasangan paip air serta sistem pam. 15 000.00

    5 Kerja-kerja pendawaian eletrik menggunakan armor kabel,

    pemasangan tiang Galavinise steel sebanyak enam meter,

    pemasangan enam unit lampu limpah berkuasa 500W setiap satu

    beserta aksesori kelengkapannya termasuk kotak DB Eletrik.

    30 000.00

    6 Upah pemasangan karpet/turf yang disediakan. 8 000.007 Kerja pemasangan intelock brick di bahagian tepi luar gelanggang 40 000.00

  • 8/11/2019 Kertas Cadangan Pembinaan Padang Sekolah

    5/6

    hingga ke pagar.

    8 Memasang pagar dawai di sekeliling gelangang. 25 000.00

    9 Membuang sisa-sisa pembinaan dan membawa keluar, serta

    mengemas semula kawasan kerja.

    2 000.00

    JUMLAH BESAR 190 000.00

    8.0 PENUTUP

    Adalah menjadi hasrat pihak sekolah untuk melihat pembinaan padang hoki ini

    Astroturf ini menjadi kenyataan hasil daripada sokongan kewangan pihak-pihak yang

    terlibat. Sememangnya masalah kewangan merupakan cabaran terhebat dalam

    menjadikan matlamat projek ini dapat dicapai dan pihak sekolah percaya dengan

    keprihatinan pihak-pihak berwajib , syarikat koporat mahupun orang perseorangan

    hasrat untuk melihat pembangunan sukan hoki di STAR akan menjadi

    kenyataan. Sumbangan boleh lah dibuat melalui cek atas nama PIBG SEK

    TUANKU ABD RAHMAN ataupun melalui akaun PIBG 08013010003411

    (Bank Islam Malaysia Berhad).

    Disediakan oleh :

    (SHAHNUN BIN ABDUL GHANI)

    Guru penyelaras/Jurulatih hoki

    Sekolah Tuanku Abdul Rahman, IPOH

    Disahkan oleh :

    (TUAN HAJI ABDUL HASHIM BIN ABDUL KARIM, AMP, PPG.)Pengetua Cemerlang

  • 8/11/2019 Kertas Cadangan Pembinaan Padang Sekolah

    6/6