kertas cadangan khemah pengakap

15
SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA CHULAN, IPOH KERTAS CADANGAN PERKHEMAHAN BERSEPADU PERSATUAN PEGAKAP TAHUN 4 & 5 2014 TEMPAT: PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN KENDAIE LUNDU, SARAWAK HARI / TARIH: KHAMIS DAN JUMAAT (2 DAN 3 OKTOBER 2014) ANJURAN PENGAKAP DAN UNIT KOKURIKULUM & SEKOLAH KEBANGSAAN KENDAIE LUNDU 1

Upload: jinggo-johan

Post on 20-Nov-2015

49 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Kertas Cadangan Khemah Pengakap

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA CHULAN, IPOH

KERTAS CADANGANPERKHEMAHAN BERSEPADU PERSATUAN PEGAKAPTAHUN 4 & 5 2014TEMPAT:PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN KENDAIE LUNDU, SARAWAK

HARI / TARIH:KHAMIS DAN JUMAAT (2 DAN 3 OKTOBER 2014)

ANJURAN PENGAKAP DAN UNIT KOKURIKULUM&SEKOLAH KEBANGSAAN KENDAIE LUNDU

KANDUNGAN PERKARA1. Pengenalan2. Nama program3. Matlamat4. Objektif5. Jawatankuasa induk6. Jawatankuasa perlaksana7. Aktiviti program8. Bayaran penyertaan/ Anggaran perbelanjaan9. Senarai tugas10. Menu makanan dan minuman11. Tentative program12. penutup

1.0 PENGENALANSekolah Kebangsaan Kendaie Lundu merupakan sebuah dikategorikan sekolah pedalaman dua kerana kedudukannya yang jauh dari bandar dan tiada kemudahan asas. Sekolah ini merupakan sekolah kurang murid ( SKM ). Pada tahun ini jumlah murid keseluruhanya hanya 54 orang termasuk pelajar pra sekolah yang terdiri dari kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun. Untuk melaksanakan aktiviti seperti perkhemahan memang agak sukar kerana bilangan pelajarnya yang terlalu sedikit dan kurangnya peruntukan untuk membeli peralatan perkemahan. Oleh itu kelengkapan untuk perkemahan tidak dapat disediakan untuk pelajar yang ramai. Sekiranya terdapat perancangan untuk mengadakan perkemahan seperti ini, guru terpaksa menggunakan inisiatif sendiri untuk menyediakan alatan dan kelengkapan. Tahun-tahun sebelum ini, aktiviti perkemahan biasanya dilaksanakan bergabung dengan sekolah-sekolah lain di daerah Lundu. Tahun ini jumlah ahli untuk persatuan pengakap hanya 12 orang dan terdiri daripada murid Tahun 4 dan Tahun 5 sahaja. Melalui program BIG ini, saya merupakan orang pertama yang menganjurkan perkhemahan persatuan unit beruniform. Saya berharap semua aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik dan dapat mencapai objektif perlaksanaan program ini. Perkhemahan adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial dan mampu mengembang pontensi diri. Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Selain itu juga pelajar akan didedahkan dengan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang sukar diperolehi ketika di dalam bilik darjah. Ia menanam sifat keberanian dan kepercayaan interpersonal dan intrapersonal. Diharapkan program ini akan dapat memberi peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri di samping mengeratkan hubungan siratulrrahim di kalangan murid dan guru-guru.2.0 NAMA PROGRAM Perkhemahan Unit Beruniform ( Persatuan Pengakap Tahun 4 dan Tahun 5 SK Kendaie, Lundu.3.0 MATLAMATPerkhemahan Unit Uniform ini diharap dapat membina keyakinan diri murid apabila berhadapan dengan situasi kehidupan yang mencabar, di samping menerapkan sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain. Ia juga merupakan satu aktiviti pengukuhan ilmu pendidikan luar serta perkongsian ilmu dan pengalaman dalam unit persatuan Pengakap. Menanam sikap sukakan aktiviti luar sebagai suatu aktivti yang berfaedah. Selain itu dapat menerapkan sikap hormat-menghormati sesama insan dan menanam sifat ingin berdikari dalam kehidupan seharian dan berfikiran matang4.0 OBJEKTIF1. Memperolehi pengalaman yang berguna dalam kehidupan seharian.2. Menyemai semangat bekerja dalam kumpulan.3. Mengukuhkan semangat jati diri.4. Membina keyakinan dan ketrampilan diri.5. Menyatakan rasa seronok dengan aktiviti seperti jungle tracking, cina buta , mencari harta karun dan mendirikan khemah 6. Mendapat pengetahuan berguna daripada dua LDK yang disampaikan5.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN5.1 Tarikh : 2 & 3 Oktober 20145.2 Hari : Khamis dan Jumaat5.3 Tempat: Padang SK Kendaie 5.4 Masa mula: 3.00 petang5.5 Jurulatih dan fasilitator : Guru-guru dan kakitangan SK Kendaie5.6 Sasaran penyertaan : 12 orang pejalar ( 6 lelaki dan 6 perempuan)5.7 Khemah pasang siap, khemah urusetia.

6.0 KUMPULAN SASARANProgram ini adalah mensasarkan kepada unit beruniform Persatuan Pengakap SK Kendaie, yang terdiri daripada murid Tahun 4 dan Tahun 5 seramai 12 orang peserta

7.0 BAYARAN PENYERTAANSemua peserta tidak dikenakan sebarang bayaran penyertaan kerana perbelanjaan adalah ditanggung oleh wang persatuan dan dibantu olwh PIBG sekolah

8.0 JAWATANKUASA INDUK8.1 Penasihat : En. Mack Cross Watt ( Guru Besar )8.2 Pengerusi: En. Sualim Lahong ( PKKK)8.3 Penyelaras : En. Leman Dadang8.4 Setiausaha: Pn. Pamela Anyan ( Kerani )8.5 Bendahari: En. Saut Nowil

9.0 Jawatan Kuasa Perlaksana 9.1 Kem komanden: En. Leman Dadang ( Guru Penasihat Persatuan )9.2 Penyelaras aktiviti : En. Majid Bus9.3 Mendirikan Khemah : En. Sakawi Wasli/ Walter Guyut9.4 Jungle trekking : En. Charles Edward/ Puan Lija Amit9.5 Cina Buta : Cik. Molly Ang9.6 Mencari harta Karun : En. Abd Sani9.7 Hadiah : Pn Christie Lamat9.8 Makanan dan minuman : Pn. Lija amit9.9 Jurugambar/dokumentasi: En. Ruzaman Rusdi9.10 Senam pagi: En. Sakawi Wasli9.11 Menyediakan Alatan : En. Doti Ibrahim9.12 Keselamatan : En. Walter Guyut

10.0 Aktiviti program10.1 Taklimat peserta10.2 Mendirikan khemah10.3 Program LDK (1 & 2) 10.4 Program Cina buta10.5 Senaman Pagi10.6 Taklimat pengurusan masa10.7 Mencari harta karun10.8 Kembara ( Jungle Trekking )10.9 Penutupan

11.0 Senarai tugas11.1 KETUA PROJEKi. Membentuk jawatankuasaii. Mempengerusikan mesyuaratiii. Merujuk kepada penasihat11.2 SETIAUSAHAi. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaanii. Urusan surat menyurat dan boring11.3 BENDAHARIi. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program ii. Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar seperti yang sepatutnya.iii. Membeli peralatan dan kelengkapan11.4 PERALATANi. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program.ii. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah dengan keadaan baik seperti asal11.5 KESELAMATANi. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap.ii. Memastikan keselamatan para peserta terjamin di sepanjang aktiviti.iii. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

11.6 MAKANAN DAN MINUMANi. Merancang dan menentukan menu makananii. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatihiii. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.11.7 DOKUMENTASIi. Mencatat segala aktiviti yang berjalan.ii. mengambil foto untuk setiap aktiviti.iii. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan.iv. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan

12.0 Sumber kewangan /Anggaran perbelanjaan Sumber kewangan 12.1 Peruntukan wang kokurikulum membeli dua buah khemah RM400 dan Derma PIBG sebanyak RM500 Jumlah : RM900Perbelanjaan :12.2 Makanan dan minuman :RM40012.3 Membeli Khemah : RM40012.4 Ubat-ubatan RM 30.0012.5 Peralatan lain RM 50.0012.6 Hadiah: RM20.00Jumlah RM900

13.0 Menu makanan13.1 Rabu Minum petang: Air teh, biskut , roti, Makan malam :Nasi utih, ayam masak kicap, sayur bayam, air oren, Minum malam : Air milo, kuih 13.2 Khamis Sarapan pagi: Bee Hoon goreng, air milo, Makan tengah hari : Nasi putih ayam masak kari,sayur campur, air sirap Minum petang : air kopi dan biskut

14.0 Tentatif ProgramKhamis ( 2 Oktober 2014)MasaPerkaraTindakan

3.00-3.30 Pendaftaran PesertaAJK pendaftaran

3.30 -3.40Bertolak ke Tapak perkhemahanSemua guru

3.40-3.50Taklimat mendirikan khemahEn. Sakawi Wasli

3.50-4.50Mendirikan KhemahSemua guru/ Peserta

5.00-5.30Kawad kakiKem Komanden

5.30-6.50Mandi dan makan malamAjk makanan

7.00-8.00Ceramah LDK (1) Visi dan Misi PersatuanEn. Sualim Sualim

8.10-9.20Program Cina ButaEn. Molly Ang

9.40-10.30Minum dan kemas diriAJK makanan

10.30Tidur Kem komanden

Jumaat ( 3 Oktober 2014)MasaPerkara Tindakan

06.00Bangun pagi dan kemas diriEn. Leman Dadang

7.00-8.00Senaman PagiEn. Sakawi Wasli

8.40-9.40LDK ( 2) Hubungan Manusia di BumiUtz Mohd Shafiq

10.00-11.30Mencari Harta KarunEn. Abd Sani

11.30-1.00Makan tengah hari dan kemas diriEn. Leman Dadang

2.30- 4.00Aktiviti kembaraEn. Walter Guyut/ Pn Lija

4.00-4. 40Penyampaian hadiah dan penutupanEn. Saut Nowil/ Leman Dadang

4.40 -5.00Roboh khemah dan bersihkan kawasan Semua guru/ pelajar SK Kendaie

5.00Bersurai

15. 0 PENUTUP Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik pada masa hadapan.1