kertas cadangan kecemerlangan diri tahun 6 2015

5
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TELOK DATOK, 42700 BANTING, KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN KERTAS CADANGAN : BENGKEL KECEMERLANGAN DIRI 2015 ANJURAN : UNIT BIMIBIGAN DAN KAUSELING, SJK (T) TELOK DATOK, BANTING

Upload: teesagan

Post on 05-Nov-2015

251 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Unit Bimbingan Dan Kaunseling 2015

TRANSCRIPT

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TELOK DATOK,42700 BANTING, KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS CADANGAN :

BENGKEL KECEMERLANGAN DIRI2015

ANJURAN :

UNIT BIMIBIGAN DAN KAUSELING,SJK (T) TELOK DATOK, BANTING

Kecemerlangan Murid Tunggak Kejayaan Negara

1. PENDAHULUANKejayaan dan kecemerlangan akademik sentiasa menjadi impian dan harapan bukan sahaja kepada setiap murid malah guru-guru juga ibubapa murid. Namun, bukan semua murid mampu mencapai kejayaan yang diharap-harapkan. Berpegangkan kepada kepercayaan bahawa setiap murid mempunyai potensi untuk Berjaya dengan dorongan dan persediaan yang mantap, satu program motivasi perlu dirancang bagi membantu murid-murid yang bakal menduduki UPSR kea rah merealisasikan prestasi akademik yang cemerlang.Bengkel kecemerlangan diri ini diadakan bagi meningkatkan lagi daya saing murid dalam mempersiapkan diri terutamanya dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Bengkel ini juga akan memenuhi kehendak fokus kaunseling iaitu pembangunan dan perkembangan sahsiah murid. Penceramah yang diundang merupakan penceramah yang berpengalaman memberikan kursus motivasi dan psikologi dan perkembangan murid. Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu murid dalam menghadapi peperiksaan UPSR.

2. OBEJEKTIF2.1 Memberi kesedaran diri kepada murid-murid bagaimana meningkatkan potensi diri dalam pelajaran.2.2 Memotivasikan diri sendiri dimana jua tanpa pendorong

3. SASARANSemua murid tahun 6 (Jumlah : 107 murid)

4. TemaKecemerlangan Murid Tunggak Kejayaan Negara

5. TARIKH PELAKSANAAN DAN MASA27 Mei 2015 / 9.00pg 12.05 tgh

6. TEMPATDewan SJK (T) Telok Datok, Banting

7. AJK PELAKSANARujuk Lampiran A

8. ANGGARAN PERBELANJAANRujuk Lampiran B

9. PENUTUPBengkel Kecemerlangan Diri ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada peningkatan prestasi murid, terutamanya dalam UPSR 2015. Melalui bengkel murid akan dapat melihat potensi diri masing-masing dan seterusnya mengatur strategik untuk cemerlang dalam peperiksaan yang bakal lalui. Mereka juga didedahkan dengan motivasi diri dan mengenal pasti pembelajaran yang sesuai dengan citarasa masing-masing agar dapat diaplikasikan demi mencapai kejayaan yang hakiki. Semoga dengan usaha yang murni ini, para peserta akan dapat mengecapi kecemerlangan yang dimpi-impikan.

KECEMERLANGAN MURID TUNGGAK KEJAYAAN NEGARA

Disediakan oleh:Disahkan oleh,

.......................................................................................................[PUVANESAN RAMACHANDRAM]Guru Bimbingan Dan Kaunseling,SJK (T) Telok Datok,42700 Banting, Selangor.

Lampiran AAJK PELAKSANA BENGKEL KECEMERLANGAN DIRI 2015

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI: En. N. Anpalagan (Guru Besar)

TIMBALAN PENGERUSI: Pn. R. Gnanaammal (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI: Pn. S. Dhanalaksmi (Guru Penolong Kanan Pentadbiran): En. R. Saravanan (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

SETIAUSAHA: En. R. Puvanesan (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Juruacara:Pn. P. Sivagami

Siaraya / PA Sistem:En. R. Ramesh

Kebersihan:Pn. S. Ananthi

Disiplin Murid:Pn. V. AmuthavalliPn. K. Shantha

Persiapan Dewan/ :Pn. M. Rajasvaree (K)Disiplin MuridPn. T. UmaSemua Guru Kelas Tahun 6

Jemputan Penceramah:En. N. Pasupathy

Fotografi:En. R. Ramesh

Dokumentasi:En. R. Puvanesan

Makanan Murid / Penceramah:En. R. Puvanesan / En. S. Nantha Kumar

Lampiran BANGGARAN PERBELANJAAN

PENDAPATANPERBELANJAAN

BUTIRANAMAUNBUTIRANAMAUN(RM)

Peruntukan daripada sekolah(PCG - KAUNSELING)RM 267.50Makanan Murid (107 x RM2.50)

267.50

Jumlah BesarRM 267.50Jumlah Besar267.50

Disediakan Oleh,Disahkan Oleh,

.. PUVANESAN A/L RAMACHANDRAMGURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING,SJK (T) TELOK DATOK, BANTING.