kertas cadangan kajian tindakan: celik jawi – mengenal, membaca dan menulis perkataan jawi mudah...

10

Click here to load reader

Upload: suhana-kamaluddin

Post on 09-Jul-2015

14.132 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS PERKATAAN JAWI MUDAH DENGAN KAEDAH BAHAN DAN RAKAN BANTU RAKAN (R&R)

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN

MENULIS PERKATAAN JAWI MUDAH DENGAN KAEDAH BAHAN DAN RAKAN BANTU

RAKAN (R&R) BAGI PELAJAR TINGKATAN 1 EFISIEN

NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SAGOR, 36 700 LANGKAP,

PERAK.

KPR 4063 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KUMPULAN : B

AHLI KUMPULAN:

NURHIDAYAH BT HAMZAH L20111006521

SUHANA ZURYATI BT KAMALUDDIN L20111006530

ZULYANEI BT BADOLDIN L20111006526

ZURINA BT MOHAMED ARSHAD L20111006518

Page 2: KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS PERKATAAN JAWI MUDAH DENGAN KAEDAH BAHAN DAN RAKAN BANTU RAKAN (R&R)

1.0 PENGENALAN

Kami telah membuat pemerhatian terhadap keputusan dan pencapaian akademik mata

pelajaran Pendidikan Islam pelajar Tingkatan 1 Efisien, Dato' Sagor, adalah salah sebuah

sekolah di kawasan Langkap, Perak. Pelajar yang terlibat sebagai sampel kajian adalah

seramai 30 orang dipilih secara rawak daripada 40 orang pelajar dalam kelas 1 Efisien

melibatkan 5 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan. Masalah yang dikenalpasti

adalah kurangnya kemahiran penggunaan tulisan jawi dan pencapaian pelajar dalam

matapelajaran Pendidikan Islam. Dari pemerhatian yang telah dilakukan, pelajar kurang

berminat untuk belajar jawi dan kurang menumpukan perhatian sewaktu sesi pengajaran dan

pembelajaran. Kami telah menemuduga guru matapelajaran Pendidikan Islam tentang isu ini

serta pencapaian pelajar-pelajar tersebut. Berdasarkan rekod keputusan Ujian 1, didapati

bahawa Jawi merupakan kelemahan pelajar yang begitu ketara. Oleh itu, untuk meningkatkan

kemahiran pelajar dalam mengenal, membaca dan menulis Jawi, kami merangkan satu pelan

tindakan yang dikenali sebagai Rakan Bantu Rakan (R&R) dan juga menggunakan alat bantu

mengajar yang lebih menarik bagi membolehkan pelajar lebih berminat untuk mempelajari

tulisan Jawi.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan rekod Ujian 1 yang dijalankan, didapati bahawa pencapaian pelajar dalam

mata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya tulisan Jawi adalah sangat rendah. Guru

matapelajaran menyatakan bahawa mereka tidak celik jawi dan mereka tidak boleh menulis jawi

walaupun perkataan jawi mudah. Malahan ada yang tidak mengenal langsung huruf jawi.

Berdasarkan pemerhatian dan temuramah, pelajar mengatakan bahawa susah untuk

menguasai bahasa jawi. Kemungkinan guru menggunakan kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang kurang menarik. Keadaan di dalam kelas dan persekitaran kawasan

sekolah juga tidak mesra jawi. Kemungkinan juga pengaruh keluarga, rakan-rakan dan sistem

pendidikan yang kurang memberi penekanan terhadap penguasaan bahasa jawi memburukkan

lagi keadaan.

Page 3: KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS PERKATAAN JAWI MUDAH DENGAN KAEDAH BAHAN DAN RAKAN BANTU RAKAN (R&R)

3.0 RASIONAL KAJIAN

Rasional kajian ini dijalankan adalah kerana bahasa jawi adalah bahasa Al-Quran. Ia

tidak kurang pentingnya dengan bahasa lain. Jika masalah ini tidak ditangani, ia akan

menyebabkan pelajar tidak celik Al-Quran seterusnya menyukarkan pelajar dalam hafazan.

Kaedah yang sesuai perlu diterapkan supaya pelajar boleh sekurang-kurangnya menguasai

jawai mudah atau celik jawi agar warisan kesenian Islam ini tidak pupus ditelan zaman.

Secara rasionalnya, kajian ini dilakukan kerana pencapaian pelajar Tingkatan 1 Efisien

dalam matapelajaran Pendidikan Islam amat rendah. Secara tidak langsung akan memberi

kesan yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Jika kajian ini berjaya dilaksanakan

sekurang-kurangnya dapat membantu pihak sekolah dalam menangani masalah ini seterusnya

semua pihak dapat mengetahui kepentingan bahasa dan tulisan jawi ini.

4.0 FOKUS KAJIAN

Melalui kajian ini, kami akan memfokuskan kepada kemahiran mengenal huruf,

membaca dan menulis satu dan dua suku kata terbuka dan tertutup dalam tulisan jawi. Ini

kerana kebanyakan pelajar tidak mengenal langsung huruf jawi menyebabkan pelajar kurang

berminat untuk belajar jawi.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar dapat mencapai objektif berikut:

5.1 Objektif umum

Pelajar dapat mengenal huruf, mengeja dan menulis perkataan dalam tulisan jawi

dengan mudah.

Page 4: KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS PERKATAAN JAWI MUDAH DENGAN KAEDAH BAHAN DAN RAKAN BANTU RAKAN (R&R)

5.2 Objektif khusus

i. Untuk menarik minat pelajar mempelajari bahasa jawi.

ii. Membantu pelajar dapat mengenal huruf jawi.

iii. Membantu pelajar mengetahui cara menyambung huruf dengan cara

yang betul.

iv. Membantu pelajar membezakan huruf yang boleh disambung dengan

huruf yang tidak boleh disambung.

v. Membantu pelajar mengeja satu dan dua suku kata dalam tulian jawi

dengan betul.

vi. Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 30 orang daripada 40 orang pelajar dalam Tingkatan1 Efisien.

Pelajar itu terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan.

7.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya di ambil dalam menjalankan kajian ini,

tinjauan awal masalah yang dikenalpasti akan di buat untuk memahami dengan lebih mendalam

masalah ini. Tinjauan dilakukan dengan mengumpul data seperti berikut:

7.1 TINJAUAN AWAL MASALAH

7.1.1. Pre-Test Jawi.

Kami mendapati pencapaian pelajar adalah sangat lemah dalam jawi

berdasarkan pre-test dan Ujian 1 yang telah dijalankan di dalam kelas. Melalui ujian

tersebut didapati pencapaian pelajar adalah sangat lemah dalam bahagian

menyambung huruf dan menulis perkataan dalam tulisan jawi.

Page 5: KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS PERKATAAN JAWI MUDAH DENGAN KAEDAH BAHAN DAN RAKAN BANTU RAKAN (R&R)

7.1.2.Buku Latihan

Masalah pelajar dalam menguasai jawi juga dapat dikenalpasti apabila

kami memeriksa buku latihan Jawi pelajar. Di sini kami mendapati bahawa:

a) Terdapat pelajar yang lansung tidak menulis suku kata jawi.

b) Ada pelajar yang tidak dapat menulis dengan cara yang betul.

c) Ada pelajar yang tidak menulis suku kata itu sehingga lengkap.

d) Ada pelajar yang menulis sehingga saya tidak dapat mengenal pasti

kalimah apa yang telah ditulis.

7.1.3. Bacaan spontan dalam kelas.

Semasa proses P&P di dalam kelas, kami telah meminta pelajar untuk

membaca buku teks atau petikan mudah secara bergilir. Daripada pemerhatian yang

telah dilakukan jumlah pelajar yang celik jawi adalah sangat sedikit. Melalui

pemerhatian kami juga kebanyakkan pelajar tidak boleh menyebut malahan pelajar

juga tidak boleh membaca teks yang telah diberikan.

7.1.4.Sikap dan Minat.

Hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan, ianya menunjukan

pelajar-pelajar ini tidak berminat untuk mempelajari jawi. Ini kerana pelajar

berpendapat bahawa adalah sangat sukar untuk dipeljari dan inaya tidak penting

berbanding kemahiran-kemahiran lain. Selain daripada itu hasil pemerhatian juga

menunjukkan pelajar tidak menggunakan masa yang terluang dengan sebaik-

baiknya untuk mempelajari kemahiran jawi walaupun pelajar sedar akan kekurangan

dan kelemahan diri masing-masing.

7.1.5.Peranan Ibu Bapa

Page 6: KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS PERKATAAN JAWI MUDAH DENGAN KAEDAH BAHAN DAN RAKAN BANTU RAKAN (R&R)

Melalui pemerhatian juga didapati pelajar lemah dalam penguasaan jawi

disebabkan oleh faktor ibu bapa. Kesedaran ibu bapa dalam membantu anak-anak

mereka menguasai jawi adalah sangat kurang. Tambahan pula, terdapat pelajar

yang tidak pernah dihantar belajar di sekolah agama oleh ibu bapa. Sebagai ibu

bapa, mereka perlulah menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama yang

kebiasaannya terdapat pada waktu petang sejak di peringkat rendah lagi. Ini penting

untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari jawi dan untuk memastikan pelajar

mendapat kemahiran asas jawi daripada awal lagi. Pelajar-pelajar yang dihantar ke

sekolah agama, secara tidak langsung akan lebih cekap dalam menguasai jawi

apabila belajar di sekolah.

8.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Setelah membuat pemerhatian di atas permasalahan yang dihadapi oleh pelajar, kami

telah menjalankan beberapa kaedah yang dianggap bersesuaian untuk memastikan pelajar-

pelajar mendapat menguasai jawi dengan sebaik-baiknya.

8.1.Kaedah flash card/carta.

Kaedah flash card ataupun dikenali juga sebagai carta adalah kaedah dimana

guru akan menunjukkan flash card/ carta yang mana mempunyai tulisan jawi yang

sangat jelas dan menarik. Setelah itu guru tersebut akan menyebut satu persatu dan

akan diikuti oleh pelajar beramai-ramai dan juga secara individu. Flash card/ carta yang

jelas dan interaktif akan menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan terhadap apa

yang diajar oleh guru.

8.2.Kaedah tekap.

Kaedah ini pula dilakukan dengan cara guru akan mengedarkan suku kata

tertutup ynag mempunyai tulisan jawi kepada pelajar-pelajar. Setelah itu, guru akan

mengarahkan pelajar untuk menekap tulisan guru tersebut. Pada masa yang sama,

guru akan memegang tangan murid untuk menekap tulisan jawi itu dengan cara yang

Page 7: KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS PERKATAAN JAWI MUDAH DENGAN KAEDAH BAHAN DAN RAKAN BANTU RAKAN (R&R)

betul. Manakala pelajar pula akan mengikut kaliamh itu berulang-ulang kali sehingga

tamat.

8.3.Tunjukcara

Kaedah ini adalah salah satu cara yang digunakan untuk meningkatkan

penguasaan pelajar dalam jawi. Teknik yang dilakukan adalah di mana, guru akan

mengajar pelajar menulis jawi di udara. Guru akan menunjukan cara menulis jawi

dengan cara yang betul di udara. Setelah itu guru akan menyuruh pelajar-pelajar

mengangkat tangan sehingga ke paras bahu dan menggunakan jari telunjuk menulis

huruf itu di udara. Di samping itu, kami juga meminta pelajar menulis di hadapan kelas

secara bergilir-gilir.

8.4.Rakan bantu rakan (R&R)

Teknik pertama yang dilakukan dalam kaedah ini adalah dengan mengenal pasti

kebolehan pelajar-pelajar di dalam kelas. Pelajar yang dikenal pasti mempunyai

penguasaan jawi yang lebih baik akan dilantik menjadi ketua. Dalam kaedah ini ketua

yang dilantik akan diberikan tugas. Tugas tersebut adalah memastikan arahan yang

disampaikan oleh guru difahami dan dikuasai sepenuhnya oleh anak buah mereka.

Sebagai seorang ketua, mestilah bertanggungjawab untuk melaporkan prestasi dan

hasil daripada setiap aktiviti yang dijalankan yang mana merangkumi:

a) Penggunaan buku Kaedah Cepat Jawi 1 & 2.

b) Penggunaan buk Kaedah Mudah Jawi

c) Akhbar dalam darjah- penggunaan akhabar Sisipan Jawi di dalam suratkhabar

Utusan Malaysia pada setipa hari Isnin.

d) Power-point Jawi.

e) Bahan-bahan riso.

Page 8: KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS PERKATAAN JAWI MUDAH DENGAN KAEDAH BAHAN DAN RAKAN BANTU RAKAN (R&R)

9.0 JADUAL PERLAKSANAAN

BIL. AKTIVITITEMPOH

PERLAKSANAANCATATAN

1.Mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal. 18 Julai 2011

2. Merancang Tindakan 25 Julai 2011

3. Menulis proposal kajian 29 Julai 2011

4. Melaksanakan tindakan (aktiviti 1) 1 Ogos 2011

5.Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan aktiviti 1

12 Ogos 2011

6. Melaksanakan tindakan (aktiviti 2 & 3) 15 Ogos 2011

7.Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan aktiviti 2 & 3

5 September 2011

8. Melaksanakan tindakan (aktiviti 4) 12 September 2011

9.Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan aktiviti 4

30 September 2011

10. Ujian untuk mengesan pencapaian 6 Oktober 2011

11. Refleksi Kajian 14 Oktober 2011

12. Menulis Laporan Kajian 17 Oktober 2011

Page 9: KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS PERKATAAN JAWI MUDAH DENGAN KAEDAH BAHAN DAN RAKAN BANTU RAKAN (R&R)

13. Pembentangan Dapatan Kajian 31 Oktober 2011

10. KOS PERBELANJAAN

BIL. JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA SEUNIT

JUMLAH KOS

1. Kertas A4 5 x RM 8.00 RM 40.00

2. Printer Cartridge 1 x RM 85.00 RM 85.00

3. Fotostat Bahan RM 50.00

4. Buku Catatan Guru 1 x RM 2.00 RM 2.00

5. Kad Manila 10 x RM 0.50 RM 5.00

6. Kertas Warna 8 x RM 1.00 RM 8.00

7. Alat tulis dan Marker Pen RM 10.00

JUMLAH RM 200.00

8. PENUTUP

Berbekalkan keazaman, usaha, komitmen dan kesabaran yang tinggi serta pelbagai aktiviti yang

dirancang ini diharap dapat menarik dan memupuk minat pelajar untuk menguasai penulisan jawi yang

merupakan khazanah bangsa yang sangat berharga.

Page 10: KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS PERKATAAN JAWI MUDAH DENGAN KAEDAH BAHAN DAN RAKAN BANTU RAKAN (R&R)