kertas cadangan ihya ramadhan sktpsh 2014.docx

12
KERTAS CADANGAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2014/1435H SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH 06300 KUALA NERANG KEDAH. 1.0 PENDAHULUAN Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan. Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran di bulan Ramadhan Al- Mubarak ini. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui Program Ihya’ Ramadhan 1435H ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak. 1

Upload: khairul-imran

Post on 23-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS CADANGAN IHYA RAMADHAN SKTPSH 2014.docx

KERTAS CADANGAN

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2014/1435H

SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH 06300 KUALA NERANG KEDAH.

1.0 PENDAHULUAN

Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana

ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima

kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala

ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan

soleh. Ibadah puasa yang difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah

yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan

penuh keikhlasan.

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk mendapat

pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan

dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang

dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan

penghayatan dan pengajaran di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.

Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan

tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar.

Pengalaman yang ditimba melalui Program Ihya’ Ramadhan 1435H ini bakal

diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat

membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif-

objektif yang di rancang.

2.0 MATLAMAT

Tujuan Program Ihya’ Ramadhan 1435H ini dijalankan adalah untuk:

2.1 Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1

Page 2: KERTAS CADANGAN IHYA RAMADHAN SKTPSH 2014.docx

2.2 Melahirkan kesedaran tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan Al-

Mubarak.

2.3 Menyebarkan ilmu dan maklumat tentang kelebihan ibadah puasa dan amalan

sunat lain.

2.4 Menggalakkan ibadah membaca Al-Quran dikalangan guru-guru, staf dan

pelajar.

2.5 Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan insan yang

berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

2.6 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap

individu.

2.7 Memberi peluang warga sekolah menambahkan amal jariah dengan mewakafkan

Al-Quran dan juga wang.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melatih individu agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri

3.2 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

3.3 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap

mementingkan diri sendiri.

3.4 Membentuk individu yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam

setiap situasi.

3.6 Melatih individu melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

2

Page 3: KERTAS CADANGAN IHYA RAMADHAN SKTPSH 2014.docx

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Program ini akan diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh :Sepanjang Bulan Ramadhan 1433H

Hari :Setiap hari persekolahan bermula hari Ahad hingga Khamis.

Masa : Waktu Rehat (10.15 pagi hingga 10.45 pagi)

Tempat : Bilik JQAF ( Tahun 3)

Surau (Tahun 4)

Bilik PSS (Tahun 5)

Pentas Perhimpunan (Tahun 6)

5.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua murid Tahun 3,4,5 dan 6 serta guru-guru dan

kakitangan SKTPSH

6.0 PERLAKSANAAN AKTIVITI

6.1 Risalah Ramadhan.

Ia merupakan risalah bercetak pelbagai maklumat tentang ibadah puasa dan

aktiviti sepanjang Ihya Ramadhan. Risalah akan diedarkan sebanyak dua kali

sepanjang Ramadhan dengan pengisian mengikut fasa iaitu di awal Ramadhan

dan di akhir Ramadhan yang lebih memfokuskan kepada persiapan menyambut

Hari Raya Adidilfitri. Risalah-risalah ini akan ditampal di setiap kelas dan juga

papan buletin Agama Islam iaitu dihadapan bilik JQAF.

6.2 Tadarus Al-Quran.

Melalui program ini pelajar dan guru akan dibahagikan kepada kumpulan kecil.

Pelajar dan guru akan bertadarus membaca Al-Quran. Waktu yang ditetapkan

ialah pada waktu rehat setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.

6.3 Ramadhan Keudara.

Ia merupakan suatu program dimana di dalamnya mengandungi pelbagai

maklumat tentang Ramadhan akan disiarkan melalui Radio SKTPSH setiap hari.

nabi dan sebagainya.

3

Page 4: KERTAS CADANGAN IHYA RAMADHAN SKTPSH 2014.docx

6.4 Nur Pagi.

Bacaan ayat suci Al-Quran atau zikir munajat akan dipasang selama 10 minit

sebelum perhimpunann pagi dimulakan. Ia sebagai suatu kaedah bagi mendidik

jiwa agar mencintai Al-Quran dan sentiasa mengingati Allah.

6.5 Kuiz Ramadhan

Bagi menggalakkan pelajar membaca pelbagai maklumat tentang Ramadhan,

aktiviti kuiz akan diadakan dengan mengemukakan pelbagai soalan berkaitan

Ramadhan. Pelajar dikehendaki mencari jawapan kuiz melalui pelbagai sumber

seperti risalah bercetak, info di Pusat Sumber dan Internet.

6.6 Bacaan Yaasin

Dilaksanakan sekali seminggu iaitu pada setiap hari Khamis. Bacaan Yaasin

akan diadakan di dataran dan disertai oleh semua guru dan murid SKTPSH.

6.7 Majlis berbuka puasa dan tarawikh.

Majlis berbuka puasa ini akan diadakan pada 16 Julai 2014 bersamaan 18

Ramadhan 1435H iaitu pada hari Rabu. Majlis ini akan dihadiri oleh semua guru

dan staf SKTPSH bersama keluarga masing-masing. Pada hari tersebut juga

pihak sekolah akan mengadakan ‘moreh’ untuk disumbangkan kepada Masjid

Kg. Nai Teh. Selesai berbuka puasa semua hadirin akan menunaikan solat

tarawikh bersama.

6.8 Majlis Khatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quran akan diadakan pada akhir Ramadhan setelah pelajar

selesai khatam Al-Quran melaui program tadarus harian. Majlis akan dijalankan

pada 23 Julai 2014 bersamaan 25 Ramadhan 1435H pada jam 8.00 pagi hingga

10.00 pagi.

7.0 SUMBER KEWANGAN / PERBELANJAAN

Peruntukan sekolah

Sumbangan individu

8.0 Berikut merupakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

4

Page 5: KERTAS CADANGAN IHYA RAMADHAN SKTPSH 2014.docx

ANGGARAN PERBELANJAAN

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH 2014/1435H

BIL PERKARA KUANTITINILAI SETIAP

CENDERAHATI JUMLAH

1

Cenderahati Kuiz Ramadhan

(Thn. 1- 6)

Tempat 1

Tempat 2

Tempat 3

6

6

6

RM 4.00

RM 3.00

RM 2.00

RM 24.00

RM 18.00

RM 12.00

2Cenderahati Tadarus Al-Quran/

Khatam Al-Quran Guru dan Murid

110 RM 5.00 RM 550.00

3 Perbelanjaan Runcit - - RM 46.00

4 Jumlah RM 650.00

9.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En.Puzil Bin Osman (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Pn. Zakiah Binti Saad

(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi I : En. Mohd. Izham

(Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum)

Penyelaras :Pn. Iz-zah Binti Abd. Hamid

Setiausaha : Pn. Shahyon Binti Abdullah

Bendahari : En. Amir Fauzi Mahamad

AJK : Pn. Hajar

Pn. Nurzifah

5

Page 6: KERTAS CADANGAN IHYA RAMADHAN SKTPSH 2014.docx

9.0 PENUTUP

Sebagai kitab yang diturunkan untuk dibaca, dikaji dan dihayati, sememangnya Al-

Quran merupakan sumber bacaan yang tinggi nilainya, dan Allah SWT memberi

kemudahan kepada sesiapa yang mendalami ilmu-Nya.

Tidak dinafikan orang yang sentiasa mendampingi dan membaca Al-Quran adalah

orang yang dimurahkan rezekinya dan beroleh rahmat sepertimana dalam sabda

Rasullullah SAW “Barangsiapa yang membaca suatu huruf dari kitab Allah (Al-

Quran) maka baginya satu kebajikan sedang satu kebajikan itu menyamai sepuluh

kebajikan. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim, “Alif” itu satu huruf, dan “Lam” itu

satu huruf dan “Mim” itu satu huruf. (Riwayat Tarmizi).

Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini akan berupaya mengimarahkan bulan

Ramadhan yang penuh dengan keampunan dan keberkatan. Majlis seperti ini juga

diharapkan dapat memberi kesan yang mendalam khasnya murid-murid dalam

menghayati dan mengamalkan segala amalan yang wajib dilaksanakan dengan

sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada

Allah seterusnya untuk mencari keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat.

Namun segala usaha ini perlulah mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada

seluruh warga sekolah agar matlamat dan objektif yang telah digariskan dapat

dicapai dengan jayanya. Insyaallah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. …………………………..

(IZ-ZAH BINTI ABD. HAMID)

Penyelaras Ihya’ Ramadhan 1434H

SK Toh Puan Sharifah Hanifah

6

Page 7: KERTAS CADANGAN IHYA RAMADHAN SKTPSH 2014.docx

AGIHAN JUZUK BAGI MURID YANG MENGIKUTI PROGRAM TADARUS

IHYA’ RAMADHAN SKTPSH 2014/1433H

TAHUN 3: JUZ 1-7

BIL NAMA MURID

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

TAHUN 4: JUZ 8-14

BIL NAMA MURID

1

2

3

4

5

6

7

8

9

7

Page 8: KERTAS CADANGAN IHYA RAMADHAN SKTPSH 2014.docx

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

TAHUN 5: JUZ 15-21

BIL NAMA MURID

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

8

Page 9: KERTAS CADANGAN IHYA RAMADHAN SKTPSH 2014.docx

TAHUN 6: JUZ 22-29

BIL NAMA MURID

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

9