kertas 011 bahagian a

8
7/23/2019 Kertas 011 Bahagian A http://slidepdf.com/reader/full/kertas-011-bahagian-a 1/8 SULIT JAWATANKUASA PANITIA BAHASA MELAYU PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BAU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 TAHUN LIMA BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011 Oktober 1¼ jam Satu jam lima belas minit Bahagian A JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini. 3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.  Bagi setiap soalan, pilih satu  jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas  jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda  yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. 4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini. Kertas soalan ini mengandungi 8halaman bercetak dan 9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak di Bahagian B. [Lihat halaman sebelah 011 © 2015 Hak Cipta Jawatankuasa Panitia BM PPD Bau SULIT

Upload: anonymous-wgrnjja

Post on 17-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas 011 Bahagian A

7/23/2019 Kertas 011 Bahagian A

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-011-bahagian-a 1/8

SULIT

JAWATANKUASA PANITIA BAHASA MELAYU

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BAU

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015TAHUN LIMA

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011

Oktober1¼ jam Satu jam lima belas minit

Bahagian A

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan

D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas

 jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda

 yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak dan 9 halaman bercetak dan 1 halaman tidak 

bercetak di Bahagian B.

[Lihat halaman sebelah

011 © 2015 Hak Cipta Jawatankuasa Panitia BM PPD Bau SULIT

Page 2: Kertas 011 Bahagian A

7/23/2019 Kertas 011 Bahagian A

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-011-bahagian-a 2/8

SULIT 2 011

BAHAGIAN A

[ 20 markah ]

Soalan 1 hingga 13

 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “ ________________ sudah menjangka engkau akan mengkhianati aku,” tinggi suara

Amelly ketika marah.

A Dia

B Aku

C Kamu

D Kita

2 Sultan Selangor melawat Sekolah Kebangsaan Sungai Polo. ________________ diiringi

oleh Menteri Besar Selangor.

A Patik 

B Beta

C Baginda

D Hamba

3 Ibu bapa boleh _______________ anak mereka ke tahun satu selepas melengkapkan

borang ini.

A mengurus

B melaporkan

C mendaftarkan

D memberitahu

4 Kapal terbang yang rosak itu berjaya _______________ dengan selamat.

A mendarat

B menyeberang

C melintas

D menjalankan

[Lihat halaman sebelah

011 © 2015 Hak Cipta Jawatankuasa Panitia BM PPD Bau SULIT

Page 3: Kertas 011 Bahagian A

7/23/2019 Kertas 011 Bahagian A

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-011-bahagian-a 3/8

SULIT 3 011

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Encik Lim Peng membeli beberapa ________________ langsat dan se_______________rambutan di pasar malam.

A gugus … ikat

B tandan … biji

C tangkai … buah

D rumpun … ikat

6 Jangan terlalu percaya akan kata-katanya, __________________ dia menipu.

A selalu-selalu

B kira-kira

C kalau-kalau

D entah-entah

7 Jumlah kematian yang _______________ daripada kemalangan jalan raya di negara kita

amat tinggi.

A punca

B berpunca

C terpunca

D berpuncakan

[Lihat halaman sebelah

011 © 2015 Hak Cipta Jawatankuasa Panitia BM PPD Bau SULIT

Page 4: Kertas 011 Bahagian A

7/23/2019 Kertas 011 Bahagian A

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-011-bahagian-a 4/8

SULIT 4 011

8 Perempuan itu berjaya menguruskan badannya _______________ kelihatan kurus dan

langsing.

A sejak 

B selain

C hingga

D akan

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9 Adam duduk di ________________ ayah ketika menonton televisyen di ruang tamurumahnya.

A sisi

B tengah

C antara

D hadapan

10 “Bacalah soalan dengan berhati-hati ________________ kamu tidak melakukankesilapan,” kata Cikgu Maman.

A lalu

B sambil

C agar

D tetapi

[Lihat halaman sebelah

011 © 2015 Hak Cipta Jawatankuasa Panitia BM PPD Bau SULIT

Page 5: Kertas 011 Bahagian A

7/23/2019 Kertas 011 Bahagian A

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-011-bahagian-a 5/8

SULIT 5 011

11 Ibu tunggal itu menghadapi ________________ untuk membesarkan kelima-lima anaknya

itu dengan tabah.

A pahit -maung

B susup-sasap

C kelam-kabut

D remuk-redam

12 Pakaian lelaki yang tidak siuman itu _______________ dan tidak terurus.

A kusut-masai

B comot-momot

C compang-camping

D calar-balar

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Mak Leha _________________ padi di sawahnya menggunakan kuku kambing.

A ditanamB bertanam

C tertanam

D menanam

[Lihat halaman sebelah

011 © 2015 Hak Cipta Jawatankuasa Panitia BM PPD Bau SULIT

Page 6: Kertas 011 Bahagian A

7/23/2019 Kertas 011 Bahagian A

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-011-bahagian-a 6/8

SULIT 6 011

Soalan 14 hingga 15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

14 Ibu bapa ialah contoh terbaik kepada anak-anak dalam memupuk tabiat gemar membaca.

A Tabiat gemar membaca harus diamalkan oleh ibu bapa dan anak-anak.

B Contoh terbaik kepada anak-anak supaya gemar membaca ialah ibu bapa.

C Anak-anak yang gemar membaca akan dipengaruhi oleh ibu bapa mereka.

D Ibu bapa dan anak-anak perlu menjadi contoh terbaik kepada amalan gemar

membaca.

15 Encik Lim melarang anak-anaknya memijak rumput yang baru ditanam itu.

A “Kita tidak dibenarkan memijak rumput yang baru ditanam itu,” kata Encik Lim

kepada anak-anaknya.

B “Kamu tidak dibenarkan memijak rumput yang baru ditanam itu,” kata Encik  Lim

kepada anak-anaknya.

C “Jangan pijak rumput yang baru ditanam itu,” kata anak -anak kepada Encik Lim.

D “Mereka memijak rumput yang baru ditanam itu,” kata Encik Lim kepada anak -

anaknya.

Pilih ayat yang betul.

16 A Oleh kerana terlalu letih, dia tertidur di atas sofa.

B Kakak telah memasak semua sayur-sayur yang dibeli oleh ibu di pasar pada pagi

tadi.

C Mereka telah mengumpulkan di belakang rumah semua tin dan botol kosong

tersebut.

D Kereta Abang Brandon dihiasi dengan Jalur Gemilang bersempena dengan sambutan

Hari Kebangsaan.

[Lihat halaman sebelah

011 © 2015 Hak Cipta Jawatankuasa Panitia BM PPD Bau SULIT

Page 7: Kertas 011 Bahagian A

7/23/2019 Kertas 011 Bahagian A

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-011-bahagian-a 7/8

SULIT 7 011

Soalan 17 hingga 20

 Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada masa dahulu, seni sulaman benang emas atau seni tekat memenuhi barangan

perhiasan dalam rumah masyarakat Cina Peranakan. Seni sulaman ini dipercayai terkenal sejak 

zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Kemudian, seni ini tersebar ke negeri-negeri lain di

Semenanjung Tanah Melayu. Pada masa kini, seni sulaman benang emas menjadi kebanggaan

masyarakat Melayu di Perak dan Selangor iaitu negeri yang terkenal sebagai pengeluar benang

emas yang bermutu tinggi.

Sulaman benang emas kini amat sinonim dengan perhiasan dalam istiadat kebesaran raja-

raja dan majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Sulaman timbul benang emas biasanya dapatdilihat pada kipas tangan, cadar, sarung bantal, kusyen, tepak sirih, dan kasut.

Bahan-bahan asas untuk seni sulaman ini ialah benang emas, benang kapas hitam atau

putih, dan kain baldu berwarna gelap seperti hitam, merah, hijau, atau biru tua. Rotan atau kertas

tebal pula digunakan untuk membuat pencontoh dan pelapik atau isi bagi menghasilkan bentuk 

sulam timbul. Benang kasar dan lain-lain serat digunakan juga sebagai isi dalam menghasilkan

sulaman yang sangat halus.

Seni sulaman Melayu lazimnya menggunakan motif tumbuh-tumbuhan yang ada dipersekitaran seperti dedaun, bunga-bungaan, dan buah-buahan. Misalnya, motif paku-pakis,

daun keladi, pegaga, bunga raya, bunga kemboja, bunga cengkih, bunga teratai, bunga tanjung,

buah pala, buah delima, buah ketapang, dan lain-lain lagi.

Dalam pada itu, seni sulaman bagi masyarakat Cina berbeza sedikit daripada seni

sulaman masyarakat Melayu. Masyarakat Cina lebih menggemari sulaman dengan motif 

binatang. Misalnya, motif naga, burung cenderawasih, dan burung phoenix. Fabrik asas yang

digunakan oleh masyarakat Cina dalam seni sulaman juga berbeza dengan masyarakat Melayu.

Masyarakat Cina lebih menggemari kain sutera atau muslin.

Sesungguhnya, seni sulaman memerlukan ketelitian dan biasanya memakan masa yang

agak lama untuk disiapkan. Oleh sebab penghasilannya yang tidak mudah, seni sulaman terhad

kepada barang-barang perhiasan dan peralatan yang penting sahaja. Justeru, seni sulaman amat

dihargai kerana kehalusan, keanggunan, dan keindahannya.

[Lihat halaman sebelah

011 © 2015 Hak Cipta Jawatankuasa Panitia BM PPD Bau SULIT

Page 8: Kertas 011 Bahagian A

7/23/2019 Kertas 011 Bahagian A

http://slidepdf.com/reader/full/kertas-011-bahagian-a 8/8

SULIT 8 011

17 Sejak bilakah seni sulaman benang emas digunakan oleh masyarakat?

A Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka

B Sejak negeri Perak dan Selangor mengeluarkan benang emas yang bermutu tinggi

C Sejak kain baldu dihasilkan

D Sejak tumbuh-tumbuhan yang cantik tumbuh subur di Tanah Melayu

18 Yang manakah antara berikut bukan motif yang digunakan oleh masyarakat Melayu dalam

seni sulamannya?

A Dedaun

B Buah-buahan

C Rumput-rampai

D Bunga-bungaan

19 Mengapakah hasil seni sulaman dapat dilihat di tempat yang tertentu sahaja?

A Kerana seni sulaman hanya dimiliki oleh golongan bangsawan

B Kerana seni sulaman tidak dapat dihasilkan dengan cepat dan banyak sekaligus

C Kerana seni sulaman tidak boleh dipamerkan sesuka hati

D Kerana seni sulaman hanya boleh diletakkan di tempat tertentu

20 Pernyataan yang berikut menunjukkan ketelitian dan kehalusan dalam penghasilan seni

sulaman, kecuali…..

A penghasilannya mengambil masa yang lama dan panjang

B benang kasar digunakan sebagai pelapik bagi menghasilkan bentuk sulam timbul

yang sangat halus

C motif sulaman ialah alam semula jadi yang indah

D sebelum menyulam, penyulam perlu membuat benang emas sendiri

KERTAS SOALAN TAMAT

011 © 2015 Hak Cipta Jawatankuasa Panitia BM PPD Bau SULIT