026 bahasa cina pemahaman maklumat kertas … · kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian:...

18

Upload: doantram

Post on 05-May-2019

274 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

026 BAHASA CINA PEMAHAMAN

Bahasa Cina Pemahaman 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

MAKLUMAT KERTAS PEPERIKSAAN Kod Mata Pelajaran : 026 Markah Penuh : 50 markah (Bahagian A -20 markah)

(Bahagian B - 30 markah) Masa : 1 Jam 15 Minit FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN 1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian. 3. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang disediakan.

Bahasa Cina Pemahaman 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

PRESTASI TERPERINCI MENGIKUT SOALAN Bahagian B Soalan 21 (a)

Soalan ini mengkehendaki calon supaya memilih dan menulis kosa kata yang betul dan tepat pada ruang yang disediakan. Contoh Jawapan Cemerlang:

Kosa kata yang dipilih oleh calon sangat tepat calon menulis jawapan pada ruang kosong yang disediakan dengan jelas. Contoh Jawapan Sederhana 1:

Hanya satu kosa kata yang dipilih oleh calon adalah tepat dan satu lagi tidak tepat. Calon mengisi jawapan pada ruang kosong yang disediakan dengan jelas. Contoh Jawapan Sederhana 2:

Bahasa Cina Pemahaman 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Calon dapat memilih hanya satu kosa kata yang tepat dan kemudian menulis jawapan pada ruang kosong yang disediakan.

Bahasa Cina Pemahaman 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Soalan 21(b)

Soalan ini mengkehendaki calon memahami ayat yang diberi dan memilih frasa yang bersesuaian dengan ayat yang diberi dengan menuliskannya pada ruang yang disediakan. Contoh Jawapan Cemerlang:

Calon memahami kehendak soalan dan dapat memilih frasa yang bersesuaian dengan ayat yang diberi dan menulis jawapan tersebut pada ruang kosong yang disediakan dengan jelas. Contoh Jawapan Sederhana 1:

Calon hanya dapat memilih satu frasa yang bersesuaian dengan ayat yang diberi. Manakala satu lagi frasa yang dipilih oleh calon tidak bersesuaian dengan ayat yang diberi. Contoh Jawapan Sederhana 2:

Hanya satu frasa yang dipilih oleh calon bersesuaian dengan ayat diberi dan satu frasa lagi tidak bersesuaian dengan ayat yang diberi. Calon mungkin keliru dengan kehendak soalan.

Bahasa Cina Pemahaman 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Soalan 21(c)

Soalan ini mengkehendaki calon memahami ayat-ayat yang diberi dan menyusun semula supaya menjadi perenggan mengikut urutan yang betul. Contoh Jawapan Cemerlang:

Calon dapat memahami ayat-ayat yang diberi dengan jelas dan menyusun semula ayat-ayat tersebut mengikut urutan yang betul dan tepat. Contoh Jawapan Sederhana 1:

Jawapan yang diberikan menunjukkan calon kurang memahami ayat-ayat yang diberi dan calon hanya dapat menyusun semula sebahagian ayat-ayat tersebut mengikut urutan yang betul.

Bahasa Cina Pemahaman 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 2:

Calon tidak memahami ayat-ayat yang diberi dan tidak dapat menyusun semula ayat-ayat tersebut mengikut urutan yang betul. Soalan 21(d)

Soalan ini mengkehendaki calon menggunakan kata hubung dengan tepat dalam dua ayat yang diberi. Contoh Jawapan Cemerlang:

Kata hubung yang dipilih oleh calon untuk menyambung dua ayat yang diberi adalah tepat. Ini menunjukkan calon memahami maksud ayat yang diberi. Contoh Jawapan Sederhana 1:

Calon dapat menyambung dua ayat yang diberi dengan kata hubung yang betul tetapi isi yang diberikan kurang lengkap.

Bahasa Cina Pemahaman 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 2:

Calon dapat menyambung dua ayat yang diberi dengan salah satu kata hubung yang betul.

Bahasa Cina Pemahaman 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Bahasa Cina Pemahaman 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Soalan 22(a)

Soalan ini mengkehendaki calon memahami petikan yang diberi dan dapat menjawab mengapakah anak helang sentiasa memukul sayapnya dengan kuat. Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon memahami petikan dan menulis jawapan dengan tepat dan ringkas bagi menjelaskan mengapa anak helang sentiasa memukul sayapnya dengan kuat. Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Jawapan yang diberikan oleh calon menunjukkan calon memahami petikan yang diberi dengan baik. Calon dapat menjelaskan dengan baik mengapa anak helang sentiasa memukul sayapnya dengan kuat. Soalan 22(b)

Soalan ini mengkehendaki calon memahami cabaran yang hendak ditangani oleh anak helang semasa mempelajari cara-cara untuk terbang.

Bahasa Cina Pemahaman 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon berjaya mengemukakan cabaran yang hendak ditangani oleh anak helang dengan jelas dan tepat. Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Jawapan yang diberikan oleh calon sangat tepat. Calon menjelaskan anak helang perlu menangani perasaan takut terhadap ketinggian. Contoh Jawapan Sederhana 1:

Calon dapat mengemukakan cabaran yang hendak ditangani oleh anak helang tetapi kurang menepati sasaran jawapan. Contoh Jawapan Sederhana 2:

Calon dapat mengemukakan cabaran yang hendak ditangani oleh anak helang tetapi terdapat konflik pada jawapan.

Bahasa Cina Pemahaman 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Soalan 23

Soalan ini merupakan soalan KBAT dan mengkehendaki calon memahami soalan dan membuat analisis. Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon dapat menghayati petikan dengan baik dan dapat menganalisis soalan serta menghuraikan niat ibu helang memberi kata-kata semangat kepada anaknya. Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Calon mampu menganalisis soalan dengan tepat dan memberi jawapan yang baik dan terperinci. Jawapan yang diberikan dapat dihuraikan dengan jelas dan diolah dengan baik.

Bahasa Cina Pemahaman 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 1:

Calon dapat memahami saolan dan berjaya membuat analisis tetapi jawapan yang diberi tidak dihuraikan dan diolah dengan baik. Contoh Jawapan Sederhana 2:

Jawapan yang diberikan menunjukkan calon dapat menganalisis soalan tetapi jawapan yang diberi oleh calon berulang-ulang. Soalan 24

Soalan ini mengkehendaki calon menyatakan bagaimanakah ibu helang mengajar anak helang untuk terbang dan seterusnya calon perlu memberi dua evidens terhadap ulasan tersebut.

Bahasa Cina Pemahaman 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Calon ini menunjukkan kematangan dalam jawapan yang dikemukakan dengan menyatakan bagaimanakah ibu helang mengajar anak helang untuk terbang. Calon juga dapat memberi dua evidens terhadap ulasan tersebut dengan tepat. Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Jawapan yang diberi dapat menerangkan bagaimanakah ibu helang mengajar anak helang untuk terbang dan kedua-dua eviden yang diberi terhadap ulasan tersebut adalah tepat. Contoh Jawapan Sederhana 1:

Calon ini dapat menyatakan bagaimanakah ibu helang mengajar anak helang untuk terbang namun evidens yang diberi adalah terhad terhadap ulasan tersebut. Contoh Jawapan Sederhana 2:

Calon ini dapat menyatakan bagaimanakah ibu helang mengajar anak helang untuk terbang namun dua evidens yang diberi mempunyai maksud yang sama.

Bahasa Cina Pemahaman 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Soalan 25

Soalan ini mengkehendaki calon menghayati ajaran nilai murni daripada petikan tersebut. Contoh Jawapan Cemerlang 1:

Jawapan yang diberi menunjukan kematangan pemikiran calon dalam memberikan jawapan yang menyeluruh. Calon dapat menghayati nilai murni yang terdapat dalam petikan dengan cemerlang. Contoh Jawapan Cemerlang 2:

Calon dapat menghayati nilai murni yang terdapat dalam petikan dengan baik. Jawapan yang diberikan dihurai dengan baik, jelas dan tepat. Contoh Jawapan Sederhana 1:

Calon dapat menjawab soalan berdasarkan petikan tetapi isi jawapan yang diberi kurang lengkap dan tidak dihuraikan dengan jelas.

Bahasa Cina Pemahaman 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

Contoh Jawapan Sederhana 2:

Calon dapat menghayati nilai murni berdasarkan petikan tetapi isi jawapan yang diberi kurang bernas.

Bahasa Cina Pemahaman 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SARANAN KEPADA CALON Bahagian B. 1. Calon mestilah membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan . 2. Calon perlu membaca, memahami dan menghayati petikan yang diberi dengan

teliti. 3. Sebelum menjawab soalan, calon perlu memahami kehendak soalan dan

seterusnya memberi jawapan yang tepat dan ringkas. 4. Tulisan calon haruslah kemas dan jelas. 5. Untuk meningkatkan penguasaan bahasa dan pemahaman petikan, calon

digalakkan banyak membaca petikan-petikan, buku cerita, risalah-risalah dan lain-lain bahan bacaan.

Bahasa Cina Pemahaman 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2017

SARANAN KEPADA GURU 1. Guru haruslah membimbing calon banyak membaca supaya menguasai

kemahiran membaca dan seterusnya memahami bahan bacaan secara mendalam.

2. Semasa pengajaran dan pembelajaran, guru harus menggunakan teknik menyoal yang betul supaya mencungkil pemikiran KBAT calon atas pemahaman bahan bacaannya.

3. Latihan format subjektif adalah diperlukan supaya calon menguasai teknik menjawab soalan tersebut.

4. Calon perlu diberi had masa dalam menjawab soalan-soalan subjektif. 5. Perbincangan secara mendalam setiap latihan subjektif yang diberi, dan

pembetulan atas jawapan yang salah adalah diperlukan.