kertakerjaprojekpemprosesanbuku

Upload: ellysuzyla-jerry-kolin

Post on 06-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBALANG PETI SURAT 113, 89208 TUARAN, SABAH

KERTAS KERJA PROJEK PEMPROSESAN BUKU PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN TAMBALANG

TARIKH:5 9 Oktober 2015

ANJURAN:INTERNSHIP PISMP SEMESTER 8

2015

1.0PENGENALANProjek pemprosesan buku pusat sumber ialah merupakan salah satu projek yang bakal dijalankan oleh guru pelatih dari IPG Kampus Perlis bagi memenuhi syarat Internship bagi semester 8 ini. Projek pemprosesan buku pusat sumber merupakan projek yang bertujuan untuk untuk memproses buku yang baru sampai ke PSS dengan teknik yang betul. Memberi pendedahan agar guru pelatih mengetahui dan memahami proses teknik buku mengikut sistem yang betul. Selain itu, dapat memproses dan melengkapkan maklumat yang terdapat di dalam slip kerja dengan tepat dan betul.

2.0RASIONALSemua buku di Pusat Sumber Sekolah perlu diproses supaya dapat diedarkan untuk penggunaan dengan mudah dan cepat. Di dalam tugas memproses bahan yang pelbagai jenis di Pusat Sumber, guru pelatih perlu mengetahui skop bidang tugas Guru Perpustakaan dan Media Sekolah agar guru pelatih memperoleh ilmu yang berguna untuk diaplikasi di sekolah di masa hadapan.Guru pelatih perlu mengetahui bahawa tanggungjawab serta peranan Guru Perpustakan dan Media Sekolah amat penting bagi mengatasi masalah dan mengubahsuaikan keadaan serta mengemaskini perkhidmatan PSS sekolah supaya satu sistem yang sempurna dapat dicapai.

3.0MATLAMATMengemaskini serta memproses buku pusat sumber agar buku-buku dapat dikatalog serta disusun mengikut rak yang ditentukan.

4.0OBJEKTIFa. Menjadikan buku-buku di PSS mudah diselenggara serta dikatalogb. Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.c. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akuntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.d. Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.

5.0BUTIRAN PROJEKNama Projek: Projek Pemprosesan Buku Pusat SumberTempoh : 5 9 Oktober 2015Tempat: Pusat Sumber SK Tambalang, Tuaran

6.0ORGANISASIPenasihat:Encik Jerry M Inggang (Guru Besar SK Tambalang)Mentor :Noraidah binti Muparang

Pelaksana: Ellysuzyla Jerry Kolin

7.0PELAN TINDAKAN PROJEK

LangkahAktiviti

1 Mendengar taklimat serta demonstrasi terperinci tentang teknik memproses buku pusat sumber dari mentor

2 Melaksanakan projek memproses buku pusat sumber mengikut arahan serta teknik yang betul sepertimana yang diajar oleh Guru Perpustakaan dan Media sekolah

3 Membersihkan PSS secara berperingkat.

4 Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan.

8.0SUMBER KEWANGANPeruntukan daripada pihak SK Tambalang.

9.0ANGGARAN BELANJAWAN

BIL.PERKARAUNITHARGA SEUNIT (RM)JUMLAH (RM)

1. Poket buku300.5015.00

2. Slip perolehan300.5015.00

3. Slip pemulangan dan peminjaman300.206.00

JUMLAH KESELURUHAN36.00

10.0PENUTUPSemoga projek ini dapat membentuk bakal guru yang penuh dengan komitmen yang padu untuk kecemerlangan profesion keguruan pada masa hadapan. Semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan objektif yang sebenar serta dapat menjaga nama baik kelab. Justeru ,diharapkan agar segala objektif yang telah diatur dan nilai-nilai murni yang cuba diserapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian para peserta dan pihak yang terlibat..Disediakan oleh:

............... ( ELLYSUZYLA JERRY KOLIN )Guru Pelatih,IPG Kampus Perlis

Disemak dan Disahkan oleh:

......( JERRY M INGGANG ) Guru Besar, SK Tambalang, Tuaran