kerja tuangan

Upload: ali-ismail

Post on 15-Jul-2015

1.406 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Pengertian kerja tuangany Proses tuangan adalah satu proses pengeluaran di

mana bahan yang diperlukan, dipanaskan sehingga lebur dan kemudiannya dituangkan ke dalam acuan dan dibiarkan memejal melalui penyejukan tersendiri sebelum dikeluarkan untuk dibersihkan atau di mesin semula

Jenis jenis kerja tuangany Tuangan pasir y Tuangan lilin y Tuangan die

Tuangan Pasiry Proses ini merupakan proses yang paling lama sekali digunakan. Satu acuan dihasilkan dengan memadatkan pasir-pasir pengacuan (campuran pasir silika dengan satu kadar tanah liat yang berfungsi sebagai pelekat), mengelilingi satu bentuk atau corak komponen yang diperbuat dari kayu. Acuan ini terbahagi kepada dua bahagian atau lebih. Bahagian atas acuan dinamakan COPE dan bahagian bawah pula dipanggil DRAG . Susunan ini membolehkan bentuk/corak kayu itu dikeluarkan dan dengan itu meninggalkan satu bentuk acuan kosong di mana ianya akan diisikan dengan cecair logam.

Kelebihan tuangan pasiry Boleh menghasilkan produk yang pelbagai saiz y Kos acuan yang murah

Kekurangan tuangan pasiry Logam mudah mengecut y Cantuman acuan kurang kemas y Penutupan sejuk kerana penuangan logam pada suhu

rendah y Terdapat liang gas pada logam kerana logam lebur mengandungi gas terlarut yang tinggi y Rekahan pada hasil tuangan akibat ketegangan dan ketegasan semasa proses pengecutan haba pada acuan yang tidak sesuai

Tuangan diey Proses ini digunakan untuk bahan-bahan yang

mempunyai suhu lebur yang rendah seperti aluminium dan pancalogam zink dan tidak untuk besi. Proses ini dijalankan dengan cara pemancitan cecair logam ke dalam suatu acuan logam di bawah tindakan tekanan

Kelebihan tuangan diey Struktur hablur seragam dengan bijian yang halus y Boleh menggunakan tuangan tersebut berulangkali y Menghasilkan produk yang kemas dan licin y Boleh menghasilkan produk dalam bentuk yang rumit

Kekurangan diey Aloi-aloi yang dapat dibentuk dengan acuan pasir

tidak boleh dibentuk dengan acuan jenis ini disebabkan kebarangkalian pengecutan adalah tinggi semasa pemejalan y Hanya aloi yang berasaskan Cu, Zn dan Al yang boleh dilakukan dalam proses ini

Tuangan liliny Dalam proses tuangan lilin, satu acuan utama (master

mould) diperbuat dari aloi loyang dengan operasi memesin. Acuan ini kemudiannya digunakakn untuk membuat bentuk corak lilin (wax pattern) yang tepat lalu dibalut dengan perekat seramik (slurry). Setelah itu ianya dikeringkan serta dikeraskan. Bentuk corak lilin itu kemudiannya akan dileburkan lalu mengalir keluar dan meninggalkan satu acuan seramik. Cecair logam dimasukkan ke dalam acuan dan mengisikan ruang kosong di bawah tekanan dengan beberapa cara.

Kelebihan tuangan liliny Ketepatan dimensi yang lebih tinggi (0.05mm) y Penghasilan produk yang kemas y Kos pemprosesan rendah

Kekurangan tuangan liliny Acuan tuangan hanya boleh diguna sekali sahaja. y Memerlukan tenaga kerja yang ramai.

Cara-cara melakukan tuangan pasiri) Langkah pertama Kotak acuan bawah diletakkan di atas papan rata dan bersih. Pastikan lantai lantai tempat papan acuan diletakkan adalah rata. Kotak acuan bawah hendaklah diterbalikkan.

ii) Langkah kedua Corak bawah diletakkan ke dalam kotak acuan bawah. Serbuk pemisah ditaburkan ke aras papan acuan dan corak.

iii) Langkah ketiga Campuran pasir halus diletakkan di sekeliling corak bawah sehingga pasir tersebut menutupi setebal 3 cm di sekeliling corak. Campuran pasir ditekan dengan hujung jari di sekeliling corak supaya padat. Pastikan corak tidak bergerak semasa campuran pasir. iv) Langkah keempat Campuran pasir yang tersedia dimasukkan ke dalam kotak acuan bawah sehingga daripada bekas itu. selepas itu pelantak digunakan untuk memampatkan pasir dengan hentakan yang perlahan-lahan. Campuran pasir ditambah lagi sehingga ia melimpah kotak acuan bawah dan padatkan dengan hentakan yang lebih kuat . proses ini diulang sehingga campuran pasir yang dipadatkan melebihi paras kotak acuan bawah.

v) Langkah kelima Bar perata digunakan untuk meratakan permukaan pasir yang telah dimampatkan tadi. Bar perata ditarik dari satu penjuru kotak acuan bawah sambil digerakkan kekiri dan ke kanan.

vi) Langkah keenam Kotak acuan bawah diterbalikan supaya corak berada pada bahagian atas, kemudian kotak acuan atas diletakkan pada kedudukan yang betul di atas kotak acuan bawah. Kedua-dua kotak acuan dikunci dengan cermat supaya kedudukannya sentiasa sejajar.

vii) Langkah ketujuh Corak atas diletakkan pada kedudukan yang betul di atas corak bawah, kemudian spru diletakkan pada kedudukan yang sesuai seperti Gambarajah 7.9 di bawah. Selepas itu serbuk pemisah ditaburkan ke tas permukaan atas kotak acuan bawah. viii) Langkah kelapan Pasir halus diletakkan di sekeliling corak atas sehingga menutupi corak lebih kurang 3 cm. Jari digunakan untuk memadatkan pasir halus di sekeliling corak.Campuran pasir ditambah ke dalam kotak acuan atas dan padatkan dengan cara yang sama seperti langkah keempat.

ix) Langkah kesembilan

Bar perata digunakan untuk meratakan permukaan kotak acuan atas. Sudip digunakan untuk meratakan permukaan pasir di sekeliling spru.

x) Langkah kesepuluh Spru dipusingkan sehingga longga, kemudian diangkatkan seperti. Gunakan dawai bolong untuk membuat liang-liang pengudaraan pada kotak acuan atas.

xi) Langkah kesebelas

Kotak acuan atas dipisahkan dan diterbalikan untuk mengeluarkan corak. Sebelum corak diangkat ketuk corak perlahan-lahan supaya permukaan corak dan pasir renggang. Gunakan skru penarik corak untuk mengeluarkan corak atas dan corak bawah daripada acuan. Rongga acuan kekal akan terhasil setelah corak dikeluarkan. xii) Langkah keduabelas Alur aliran logam dibuat dengan menggunakan sudu tuangan yang hujunnya benbentuk segiempat. Alur aliran logam mestilah menyambung rongga spru dan rongga acuan di bawah. Alur aliran logam berfunsi mengalirkan logam lebur ke dalam rongga acuan dari lubang spru.

xiii) Langkah ketigabelas Teras diletakkan pada kedudukannya di rongga acuan bawah kemudian kotak acuan atas diterbalikkan semula ke atas kotak acuan bawah. xiv) Langkah keempatbelas Sudu tuangan yang hujungnya berbentuk bulat digunakan untuk membuat besen curahan pada kotak acuan atas. Acuan yang telah disediakan tadi dibawa berdekatan dengan relau untuk dituang logam lebur. Logam lebur dicurahkan sehingga mengalir memenuhi spru dan rongga acuan. Selepas logam lebur memjal, hasil tuangan bolehlah dikeluarkan dengan memecahkan acuan.

Cara-cara melakukan tuangan diei) Langkah pertama Logam lebur dimasukkan ke dalam kebuk. ii) Langkah kedua Piston menolak masuk logam lebur ke dalam rongga die. iii) Langkah ketiga Teras dikeluarkan dan die pengeluar digerakkan ke belakang . iv) Langkah keempat Pin penolak akan menolak produk tuangan keluar dari die.

Cara-cara melakukan tuangan lilini) Langkah pertama Corak tuangan lilin dihasilkan dengan menggunakan lilin. Jenis-jenis lilin yang digunakan ialah paraffin, lilin lebah, acrawax dan damar. Corak lilin dicelup ke dalam pekatan bahan penyalut tahan panas untuk menghasilkan permukaan yang licin pada bahagian dalam dinding acuan.

ii) Langkah kedua Corak lilin yang disaluti bahan tahan panas diletakkan ke dalam bekas acuan logam. Bahan peleburan dituangkan ke dalam bekas acuan. Kemudian dibiarkan mengeras di keseluruhan bekas acuan bagi membentuk acuan. Bahan peleburan yang digunakan terdiri daripada bahan pengeras dan pasir silika.

iii) Langkah ketiga Acuan lilin seperti Gambarajah 7.17 di bawah dipanaskan di dalam relau pada julat suhu 100rC sehingga 200rC. Corak lilin akan lebur dan mengalir keluar untuk menghasilkan rongga acuan.

iv) Langkah keempat Acuan akan dikeluarkan daripada relau dan diterbalikkan. Logam lebur akan dituang ke dalam rongga acuan. Bila logam lebur telah memejal, produk tuangan bolehlah dikeluarkan.

Contoh tuangan pasirAluminum sand casting - YouTube.flv

Contoh tuangan diey Aluminum Die Casting - YouTube.flv

Contoh tuangan liliny Lost Wax Casting Process - YouTube.flv