kerja sekolah

Upload: azrika89

Post on 18-Jul-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Nor Atikah binti Zulkifli. 7 PISMP PA/BA/AQ 2 Tajuk : Membantu Murid Tahun Tiga Membezakan Sebutan Huruf Sin ( )dan Tha ( )Menggunakan Kaedah Tongue Twister. Objektif : Kajian ini dilakukan berdasarkan beberapa objektif seperti berikut:1. Meningkatkan penguasaan murid dalam membezakan sebutan huruf sin ( )dan

tha ( )dengan menggunakan kaedah Tongue Twister. 2. Mengenalpasti kaedah yang pengajaran yang sesuai untuk digunakan dalam membantu muri menguasai perbezaan sebutan huruf sin dan tha. Soalan kajian: 1. Adakah penggunaan kaedah Tongue Twister dapat membantu murid dalam meningkatkan penguasaan dalam membezakan sebutan huruf sin dan tha? Kaedah pengumpulan data: Kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Bagi kaedah kuantitatif, antara instrumen yang telah digunakan adalah : 1. Soal selidik. Instrumen ini digunakan adalah untuk mengukur sama ada kumpulan sasaran pernah mengetahui perbezaan bunyi bagi kedua-dua huruf ini mahupun tidak. Ia juga adalah untuk mengukur sama ada kumpulan sasaran boleh menyebut kalimahkalimah yang mempunyai kedua-dua huruf ini dengan betul mahupun tidak. 2. Ujian pra dan ujian pos. Instrumen ini digunakan adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai tahap penguasaan kumpulan sasaran dalam membezakan sebutan

kedua-dua huruf ini sewaktu sebelum kaedah Tongue Twister digunakan dan selepas ia digunakan dalam proses P&P. Bagi kaedah kualitatif pula, antara instrumen yang digunakan adalah temu bual. Ini adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap iaitu dengan menemu bual guru-guru yang pernah mengajar kumpulan sasaran.

Huraikan maksud istilah-istilah berikut. 1. Data kuantitatif-

Merupakan data yang terdiri daripada kuantiti kerangka yang menunjukkan banyak kekuatan atau saiz sesuatu cirri seperti berat, umur, tinggi dan lainlain. (Chew Chong Bew, (1996), Matematik SPM Statistik, Penerbit Fajar Bakti.

2. Analisis deskriptif (Statistik deskriptif)-

Merupakan statistik yang digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri pembolehubah dan menggunakan petunjuk seperti min, median, sisihan piawai dsb. (Chua Yan Piaw, (2006), Kaedah dan Statisitik Penyelidikan Asas Statistik Penyelidikan Buku 2, Mc Graw Hill Education, Kuala Lumpur)

3. Frekuensi-

Perihal berulang-ulang, kekerapan, kitaran yang berlaku pada setiap saat bagi suatu fenomena yang berhala. (__, (2007), Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, DBP, Kuala Lumpur)

4. Peratusan-

Pempiawaian data dengan menggunakan peratusan sebenarnya ialah dengan mempiawaikan jumlah keseluruhan populasi kepada 100%. (Chua Yan Piaw, (2006), Kaedah dan Statisitik Penyelidikan Asas Statistik Penyelidikan Buku 2, Mc Graw Hill Education, Kuala Lumpur)

5. Min-

Merupakan nilai purata yang digunakan untuk mewakili satu set nilai yang diperhatikan. (Chua Yan Piaw, (2006), Kaedah dan Statisitik Penyelidikan Asas Statistik Penyelidikan Buku 2, Mc Graw Hill Education, Kuala Lumpur)

6. Mod

-

Merupakan nilai yang eujud paling kerap dalam sesuatu taburan. Biasanya ia digunakan untuk menyatakan ciri-ciri demografi subjek kajian. (Chua Yan Piaw, (2006), Kaedah dan Statisitik Penyelidikan Asas Statistik Penyelidikan Buku 2, Mc Graw Hill Education, Kuala Lumpur)

7. Median-

Nilai tengah suatu taburan skor yang disusun mengikut urutan menaik atau menurun. (Chua Yan Piaw, (2006), Kaedah dan Statisitik Penyelidikan Asas Statistik Penyelidikan Buku 2, Mc Graw Hill Education, Kuala Lumpur)

8. Sisihan piawai-

Petunjuk pengukuran yang utama dalam penyelidikan untuk menyatakan keserakan skor-skor dalam suatu taburan. Ia digunakan pada data skala selang atau nisbah. (Chua Yan Piaw, (2006), Kaedah dan Statisitik Penyelidikan Asas Statistik Penyelidikan Buku 2, Mc Graw Hill Education, Kuala Lumpur)

9. Pekali korelasi-

Perhubungan antara variable-variabel dan kekuatannya diwakili oleh pekali korelasi dalam ujian korelasi. (Chua Yan Piaw, (2006), Kaedah dan Statisitik Penyelidikan Asas Statistik Penyelidikan Buku 2, Mc Graw Hill Education, Kuala Lumpur)

-

Hubungan antara pembolehubah-pembolehubah dan kekuatan hubungan tersebut. (Mokhtar Ismail, (2011), Kaedah Penyelidikan Kuantitatif dalam Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur)