kerja kursus.docx

30
PENGENALAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak lansung melonjakkan negara Malaysia untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan di negara-negara membangun yang lain. Pendidikan di Malaysia daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat universiti mempunyai sistem tersendiri yang sistematik dan berperingkat . Berikut merupakan hasrat dalam FPK : "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2005) perkataan ‘falsafah’ berasal daripada beberapa perkataan asing iaitu philo (cinta) daripada istilah Yunani dan sophos (hikmah,kebijaksanaan). Jadi, gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud cinta kepada kebijaksaan atau love of wisdom dalam bahasa Inggeris. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu, falsafah diertikan 1

Upload: hemahnaidu

Post on 13-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua

aktiviti pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak lansung melonjakkan

negara Malaysia untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan di

negara-negara membangun yang lain. Pendidikan di Malaysia daripada peringkat pra-

sekolah sehinggalah ke peringkat universiti mempunyai sistem tersendiri yang

sistematik dan berperingkat . Berikut merupakan hasrat dalam FPK :

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara."

Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2005) perkataan ‘falsafah’ berasal

daripada beberapa perkataan asing iaitu philo (cinta) daripada istilah Yunani

dan sophos (hikmah,kebijaksanaan). Jadi, gabungan kedua-dua perkataan ini

membawa maksud cinta kepada kebijaksaan atau love of wisdom dalam bahasa

Inggeris. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan

Melayu, falsafah diertikan sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab

kewujudan sesuatu ataupun mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu.

Pendidikan merupakan satu proses terancang  untuk mewujudkan suasana

proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut

menjadi lancer dan dapat mengembangkan potensi diri masing-masing. Usaha

melahirkan generasi yang mapan dengan ilmu di dada bukan sahaja mencakupi aspek

akademik seseorang pelajar malah melibat beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial.

1

            Pendidikan sangat penting, memandangkan dalam era globalisasi kini, setiap

perkara memerlukan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu maju ke

hadapan. Terdapat banyak kepentingan pendidikan seperti salah satu cara untuk

mengembangkan potensi individu, menyalurkan cara penyampaian dan penerimaan

ilmu dengan betul, mempunyai peluang masa depan yang cerah, persiapan mengalami

perubahan seiring dengan gelombang perkembangan arus dunia dan banyak lagi.

Disebabkan oleh kepentingan-kepentingan demikian, kerajaan Malaysia

bersetuju menyelaraskan pendidikan di seluruh negara dengan mewujudkan Falsafah

Pendidikan Negara berdasarkan Akta Pendidikan dan Laporan Pendidikan. Falsafah ini

bertujuan mewujudkan insan yang seimbang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri (self well-being)  serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pendidikan awal yang diwajibkan bagi setiap kanak-kanak bermula dari sekolah

rendah seawal tujuh tahun. Di samping menjadi wadah penyampaian ilmu, sekolah

merupakan tempat pembentukan peribadi seseorang pelajar untuk mengamalkan nilai-

nilai murni. Walaupun tertakluk kepada Falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan di

Malaysia sering berunbah mengikut keperluan semasa dan sejajar dengan perubahan

aspek ekonomi, sosial dan politik.

2

Bincangkan sejauhmanakah elemen-elemen FPK “melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia , bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesahteraan diri serta sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara dapat direalisasikan oleh guru di sekolah.

Hujah anda mestilah disertakan dengan contoh yang bersesuaian.

Elemen pertama adalah membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Elemen ini menyaran rakyat

yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan

menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu

pengetahuan iaitu gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan

dan berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan di samping

memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan

mendalam. Misalnya, Nur Amalina Che Bakri adalah seorang pelajar yang mencapai 17

A1 pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia pada 2007. Satu rekod bagi bilangan 1As

dicapai oleh pelajar dalam sejarah pendidikan Malaysia. Beliau telah ditaja oleh Bank

Negara Malaysia untuk belajar perubatan di United Kingdom.

Rakyat Malaysia yang berketerampilan juga adalah elemen yang ditekankan

dalam FPK. Hal ini disebabkan kerana rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan

kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan negara dengan cekap

dan sempuma. Rakyat Malaysia yang berketerampilan merupakan rakyat yangmemiliki

ciri-ciri seperti berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang

dipertanggungjawabkan dan mempunyai kemahiran yang sesuai dalam perlaksanaan

tugasnya secara cekap dan sempurna. Ini boleh dilihat Mhendran dan Mohandass

merupakan insane pertama yang berjaya mendaki gunung Everest di Nepal dari

Malaysia.

Seterusnya, rakyat malaysia yang berakhlak mulia menyaran rakyat perlu

memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan

mengamalkannya dalam kehidupan harian. Secara umumnya, rakyat Malaysia yang

berakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh ciri-ciri seperti mengetahui yang mana

3

nilai baik dan mana yang buruk atau menyedari kesan dan akibat daripada perbuatan

baik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap nilai murni dan dapat menghayati nilai

kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan serta mengamalkan perlakuan baik

dan mengelakkan perbuatan buruk. Nilai berakhlak mulia ini dapat diperlihatkan melalui

Julai lepas, seramai 10 orang anggota Kontinjen Pasukan Tentera Malaysia dihantar ke

Afghanistan untuk berkhidmat dengan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa

(Malcon ISAF) bagi membantu membina semula infrastruktur dan menyediakan

bantuan perubatan di wilayah Bamyan, Afghanistan.

Selain itu, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab juga ditekankan kerana

rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna tehadap Tuhan, bangsa

dannegara, akan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Rakyat

Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti menyedari

tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna, sentiasa berusaha

meningkatkan daya pengeluaran dengan mematuhi peraturan dan undang-undang

negara dan berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan

agama.

Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri juga

disarankan sebagai salah satu elemen dalam FPK. Melalui perkembangan potensi

individu secara menyeluruh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk

memahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rakyat

Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri ialah rakyat yang memiliki

keupayaan seperti daya katahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup dari

semasa ke semasa, berfikiran waras dengan jiwa tenang dan tubuh badan yang sihat

dan memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan yang baik.

Elemen yang terakhir yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

ialah “rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan”. Sebenarnya, melalui latihan,

rakyat boleh menggnunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk

mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara. Rakyat Maysia

4

yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara ialah rakyat yang memeroleh keupayaan seperti memupuk

keharmonian keluarga, semangat kerjasama, kekitaan, perpaduan, muhibbah,tolerensi

dan hormat dan menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk perkembangan dan

kemajuan negara. Selain itu, individu ini juga dapat mengekalkan kestabilan negara

dengan mematuhi, mengekalkan dan mempertahankan Perlembangan sebagai

menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersemangat patriotik

dan cintakan negara.

Sebagai kesimpulannya, peringkat keharmonian dan kemakmuran masyarakat

dan negara ini boleh dicapai dengan mengamalkan sikap toleransi, berkerjasama,

hormat-menghormati serta memupuk perpaduan di antara kaum. Suasana keharmonian

yang tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di

dalam semua bidang kehidupan, dan seterusnya muncul keadaan kemakmuran

masyarakat dan negara.

Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) boleh dicerminkan dalam rajah di

bawahdengan menggambarkan falsafah pendidikan yang berpaksikan kepada

Ketuhanan.

5

Peranan guru amat penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Peranan utama guru ialah sebagai seorang pendidik. Dalam

merealisasikan matlamat pendidikan negara, seorang guru bertanggungjawab untuk

mendidik murid-murid iaitu dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan

pengalaman serta mendidik murid-muridnya berakhlak mulia. Guru berperanan dalam

mengajar, menyampai maklumat, berbincang, mengendalikan bengkel dan sebagainya.

Hal ini kerana guru merupakan insan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik

murid-murid dengan segala ilmu pengetahuan supaya mereka dapat mengembangkan

segala aspek yang ada dalam diri mereka iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek

dan sosial. Guru juga perlu mendedahkan murid-muridnya dengan pengalaman-

pengalaman tertentu. Antaranya pengalaman mengembara, ikhtiat hidup di hutan, dan

menyertai pertandingan. Hal ini adalah berkaitan dengan kegiatan kokurikulum di

sekolah. Seterusnya, guru juga berperanan dalam mendidik murid-muridnya berakhlak

mulia supaya mereka menjadi insan yang mulia. Dalam hal ini, pendidikan moral dan

agama adalah penting. Guru hendaklah mendidik pelajarnya cara berhubung,

berkomunikasi, adab makan, adab berpakaian, adab bergaul dan sebagainya supaya

mereka menjadi insan yang berilmu dan bersahsiah selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Peranan guru yang seterusnya ialah sebagai kaunselor murid. Kaunselor

berperanan dalam membantu dan memberi nasihat kepada murid sekiranya mereka

menghadapi masalah. Selain daripada ibu bapa, guru merupakan insan terbaik dalam

membantu murid menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Hal ini kerana

sesetengah murid gagal berkomunikasi dengan ibu bapa apabila mereka menghadapi

masalah. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan yang penting dalam

menenangkan fikiran dan emosi mereka supaya mereka tidak melakukan perkara-

perkara yang negatif. Guru juga harus meluangkan masa yang lebih dan memberi

perhatian tambahan kepada murid-murid yang menghadapi masalah. Khususnya,

mereka yang menghadapi masalah keluarga, kewangan, disiplin dan masalah

kesihatan. Hal ini supaya murid-murid berasa selesa dan tidak menghadapi masalah

untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan mendapat

pencapaian yang terbaik.

6

Berikutnya, bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru

berperanan sebagai jurulatih yang mencungkil bakat dan potensi murid. Setiap murid di

sekolah mempunyai keistimewaan tersendiri. Guru merupakan insan yang terbaik

dalam mengenalpasti dan mengembangkan bakat dan potensi murid-muridnya. Hal ini

kerana, sesetengah murid yang berbakat tidak dapat menonjolkan bakatnya kerana

tidak mempunyai peluang dan tidak mengetahui cara yang betul untuk

mengembangkan bakat mereka. Sekiranya guru di sekolah peka terhadap bakat dan

potensi yang ada dikalangan murid, bakat mereka boleh diketengahkan dan dilatih ke

tahap yang terbaik supaya dapat memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan ke

peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, sekiranya seseorang murid itu mempunyai

potensi dalam acara sukan, guru boleh melatih, membimbing dan memberi tunjuk ajar

kepada beliau supaya bakat beliau dapat diasah dan menjadi atlet yang terbaik. Secara

tidak langsung, faktor jasmani murid tersebut dapat diperkembangkan dan mencapai

salah satu matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Di samping itu, guru juga berperanan sebagai penasihat kepada ibu bapa. Guru

haruslah menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa supaya perkembangan

murid di sekolah dan di rumah dapat diikuti. Sehubungan itu, guru haruslah mengetahui

latar belakang keluarga muridnya. Guru juga bertanggungjawab dalam menyimpan

semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau

mengenai anak mereka dan tidak membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada

mereka yang berhak mengetahuinya. Hal ini kerana guru merupakan insan yang paling

dipercayai oleh ibu bapa dalam menjaga dan mendidik anak mereka di rumah dengan

cara yang terbaik dan berkesan. Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah berkaitan

dengan anak mereka, guru merupakan insan yang terbaik untuk mereka meluahkan

perasan dan masalah serta meminta nasihat dan dorongan untuk menyelesaikan

masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian, peranan guru ketika ini amatlah penting

dalam memberi nasihat, dorongan dan bimbingan kepada ibu bapa supaya mereka

dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan anak mereka dan membantu

anak mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengembangan

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial anak mereka.

7

Kesimpulannya, guru merupakan insan terpenting dalam merealisasikan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini kerana guru berperanan

sebagai seorang pendidik, pembimbing, jurulatih, kaunselor, penasihat dan role model

kepada murid-murid dan masyarakat. Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai

kemahiran profesional seperti kemahiran belajar, berfikir, merancang, menyediakan

bahan pengajaran pembelajaran, mengajar, mengurus, menilai, berkomunikasi,

menangani masalah dan berusaha ke arah perkembangan kendiri. Hal ini supaya

mereka dapat mendidik dan melahirkan anak bangsa yang berkualiti, berpengetahuan,

bersahsiah dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

8

SOALAN B)

Bincangkan sejauhmanakah program kurikulum dan aktiviti ko kurikulum yang

dilaksanakan di sekolah mampu membentuk murid yang seimbang?

Kurikulum yang digubal mempunyai kepentingan tertentu yang berkait rapat

dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Kurikulum yang dibentuk dapat membantu

melahirkan insan yang seimbang dari keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif. Aspek

pembangunan insan merupakan keperluan negara dalam proses pembentukan modal

insan berkualiti.

Pendidikan di Malaysia telah melalui fasa perubahan kurikulum seiring dengan

zaman bagi memastikan kurikulum yang sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan

yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Antara

kurikulum tersebut adalah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan yang terbaru Kurikulum Standad Sekolah

Rendah.

Kurikulum amatlah penting bagi melahirkan seorang murid yang seimbang.

Dengan adanya pendidikan dapat melahirkan sebuah generasi yang berilmu

pengetahuan. Dengan itu, mereka dapat lah berfikiran rasional Selain itu, guru

hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata

pelajaran, khasnya mata pelajaran KSSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan.

Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapkan dapat

membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-

sama pelajar di dalam kelas. Melaui perbincangan seperti ini pelajar dapat mengetahui

tentang kepentingan pendidikan dan akan cuba untuk menimba ilmu untuk menjadi

seorang murid yang seimbang.

Guru-guru hendaklah lebih cekap berbanding dengan pelajar sama ada dari segi

pendidkan ataupun lain daripada pendidikan iaitu isu semasa, penggunaan ICT,

memahiri sesuatu kemahiran dan sebagainya. Ini kerana guru bolehlah menimbakan

ilmu kepada murid melalui ICT. Murid-murid pada masa kimi lebih menggemari untuk

mendapatkan ilmu melalui ICT. Ini lagi memudahkan proses pengajaran lebih mudah.

9

Guru perlu memastikan bahawa dirinya mempunyai pengetahuan luas dan

kemahiran yang tinggi. Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami

perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat, percantuman teknologi-

teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa

banyak cabaran kepada kita. Guru diibaratkan sebagai golongan yang cerdik pandai

serta berkelulusan tinggi. Guru hendaklah sempurna dari segi ilmu pengetahuan

supaya dapat memberi ilmu yang banyak kepada anak muridnya.

Di samping itu, guru-guru perlu menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai

murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah

Pendidikan Guru melalui pengajaran pendidikan moral. Peranan mengajar dan

mendidik adalah gabungan usaha untuk mencerna minda dan membentuk peribadi

pelajar. Ketinggian ilmu yang disulami nilai murni ialah ciri modal insan yang diingini

untuk merealisasikan wawasan negara melaui melehirkan murid yang seimbang.

Pelajar pada hari inilah yang bakal menjadi pemimpin, baik pemimpin negara,

organisasi, persatuan, mahupun keluarga. Kejayaan pelajar adalah manifestasi

kejayaan guru dalam menerapkan ajaran dan menyemaikan didikannya. Lantas kepada

guru disandarkan harapan negara untuk mempunyai warganegara yang cinta akan

bangsa dan negaranya, kuat jati dirinya, serta mampu mengharungi sebarang cabaran

dari segi ekonomi, sosial, dan budaya. Pelaksanaan dan penerapan nilai penting untuk

menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa

hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Tiga puluh enam nilai murni

yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu.

Selepas dimiliki oleh guru maka guru tersebut haruslah berusaha untuk menerapkannya

kedalam diri murid supaya dapat membentuk murid yang seimbang.

Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini,

profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang

terpuji. Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan

bahawa nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Ini kerana murid yang

berakhlak mulia akan dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

10

“Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa”. Malaysia memerlukan tenaga

pemuda dan bakal pemimpin untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan negara

ini pada masa hadapan. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan

semau pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum demi melahirkan insan yang

seimbang. Kegiatan kokurikulum dapat ditafsirkan sebagai kegiatan sekolah yang

dijalankan di luar waktu persekolahan dan terbahagi kepada tiga kategori, iaitu kegiatan

sekolah unit beruniform, persatuan, serta sukan dan permainan.

Tambahan pula, aktiviti kokurikulum banyak berperanan membentuk pelajar

yang seimbang dalam semua aspek yang merangkumi aspek emosi, rohani, jasmani,

dan intelek. antara maslahat kegiatan ini ialah sifat kepimpinan dapat diwujudkan dalam

diri pelajar. Setiap persatuan pasti mempunyai ahli-ahli jawatankuasa tertentu untuk

menerajui pergerakan persatuan tersebut, seperti pengerusi, setiausaha, bendahari,

ahli-ahli jawatankuasa kecil, dan juruaudit. Pelajar-pelajar yang terpilih akan

bertanggungjawab merancang aktiviti-aktiviti persatuan serta mengawal disiplin ahli.

Oleh itu, mereka berpeluang mempersiapkan diri untuk memikul tugas-tugas sebagai

seorang pemimpin pada masa hadapan dan pada masa yang sama, mereka akan

dihormati dan disegani oleh rakan-rakan mereka. Oleh sebab pemilihan pemimpin

adalah secara demokrasi, pelajar-pelajar dapat memilih peneraju persatuan mereka

secara adil dan harmoni.

Seterusnya, kegiatan ini dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan

pelajar untuk menyokong aspirasi “Satu Malaysia” yang dikemukakan oleh Yang

berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Tun Razak. bak kata

pepatah, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Pelajar-pelajar dapat bergaul dan berinteraksi

dengan rakan-rakan yang berlainan latar belakang dan budaya semasa menyertai

kehiatan kokurikulum. Oleh sebab terdapat sesetengah aktiviti yang memerlukan

kegiatan berkumpulan, sikap tolong-menolong bagai aur dengan tebing dapat

diwujudkan dalam kalangan ahli persatuan untuk melancarkan kegiatan tersebut.

Dengan cara ini, perpaduan dan permuafakatan dapat diwujudkan dalam kalangan

pelajar sekolah kerana “Perpaduan Teras Kejayaan”.

11

Di samping itu, pelajar-pelajar akan lebih berdisiplin dan berdikari. Aktiviti-aktiviti

perkhemahan yang dianjurkan oleh pasukan unit-unit beruniform seperti Renjer Puteri,

Kadet Remaja Sekolah, dan Kadet Pertahanan Awam, memerlukan kemampuan pelajar

untuk mejalankan aktiviti-aktiviti harian tanpa bergantung kepada orang lain serta

disiplin yang tinggi. Sekiranya disiplin dan peraturan dalam sesebuah pertubuhan tidak

dipatuhi oleh seseorang ahli, ahli tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib. Oleh itu,

kegiatan kokurikulum terutamanya kegiatan badan-badan beruniform dapat membentuk

pelajar yang berdisiplin dan berkeyakinan untuk berdikari, yang sememangnya amat

penting sebagai persediaan pelajar untuk melangkah ke alam kerja.

Pada masa yang sama, para pelajar dapat mengasah bakat dan kemahiran

mereka tatkala menyertai persatuan atau mana-mana kegiatan sukan yang diminati

oleh mereka, misalnya Persatuan Komputer, Kelab Catur, dan Kelab Keceriaan.

Pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam kegiatan persatuan secara aktif dapat

menyerlahkan bakat mereka sepenuhnya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh

mereka, seterusnya memantapkan kemahiran yang dimiliki oleh mereka. Mereka juga

dapat mempelajari kemahiran-kemahiran baru seperti memasak, membuat simpulan,

dan menggunakan teknologi maklumat terkini, serta ilmu-ilmu yang tidak dapat

diperoleh dalam bilik darjah. Rentetan itu, pelajar yang ada bakat dapat menyerlahkan

bakat mereka dalam kehidupan harian. Sementara pelajar-pelajar yang lain pula dapat

melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan menggalakkan persaingan yang sihat

dalam kalangan pelajar sekolah.

Sebagai intihanya, murid-murid wajar menyertai aktiviti kokurikulum dengan aktif

untuk menggalakkan perkembangan diri yang sihat dalam pelbagai aspek dan

bukannya sebagai profesor dalam dewan peperiksaan sahaja. Marilah kita sedar dan

berganding bahu mempersiapkan diri sebagai bakal pemimpin negara dengan

menyertai kegiatan kokurikulum secara aktif dari sekarang, kerana melentur buluh

biarlah dari rebungnya. Sememangnya manusia yang cemerlang adalah manusia yang

berkemahiran dalam pelbagai bidang dan bukannya sebagai alat peperiksaan sahaja.

12

Soalan C

Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara

kaum di sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang

menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem

latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam matapelajaran

Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik digunakan agar pelajar dapat

memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dan kepercayaan kepada tuhan

serta menjadi warga negara yang baik. Pelajar-pelajar juga sering bergaul antara

pelbagai kaum secara lebih dekat semasa diadakan kegiatan ko-kurikulum, kerja luar

dan juga semasa belajar dalam kelas. Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah

untuk guru memupuk semangat bekerjasama antara kaum dan saling faham dan

memahami antara satu dengan lain.

Sekolah juga harus bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir

dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan kaum perlu

didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat

menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan

kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui ko-kurikulum pula pelajar-

pelajar dari semua kumpulan kaum hendaklah digalakkan bercampur gaul dan

memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah

dapat melahirkan keharmonian kaum di sekolah.

Seterusnya, kita boleh melihat bahawa murid-murid masa kini berkelakuan

sebagai kehilangan nilai-nilai murni. Bagi negara kita amalan nilai-nilai moral adalah

perkara yang perlu dipertimbangkan oleh masyarakat untuk mencapai konsep satu

Malaysia yang telah diwujudkan oleh Perdana menteri kita iaitu Dato Najib bin Tun

Razak. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga telah menerapkan nilai-nilai murni

seperti kepercayaan kepada tuhan, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia , rakyat

Malaysia yang bertanggungjawab dan sebagainya. Jika nilai-nilai murni

mengimbangkan penyerapan kemajuan Negara maka populasi di Negara kita yang

berlainan etnik dan ras dapat dikekalkan dan hidup secara harmonis. Walaupun

kelunturan nilai-nilai murni bukan sebagai masalah yang baru kemunculan tetapi

13

langkah yang drastik perlu diambil oleh semua pihak terutamanya pihak pendidikan .

Sebagai guru , mereka perlu menerapkan nilai – nilai murni dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Pengajaran adalah kaedah yang terbaik dan mudah untuk

menjelaskan nilai-nilai murid dan dapat dihayati oleh murid. Guru seharusnya

mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dengan

mengamalkan personaliti yang mulia. Contohnya, mereka perlu bersikap penyayang

kepada semua murid dalam bilik darjah dan menggunakan bahan bantu mengajar yang

menarik minat murid. Jika murid berminat dengan pengajaran dan para guru maka apa

yang guru menyampaikan akan diserap sepenuhnya oleh anak murid. Dengan ini, guru

akan mudah untuk memupuk nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, menghormati,

bertutur dengan sopan dan sebagainya. Akhirnya, guru tidak akan berhadapan dengan

masalah disiplin jika melakukan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik

minat murid.

Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan dengan

berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar penggunaan bahasa Melayu

sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-

kurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai kaum yang lebih komunikatif

antara satu sama lain dan lebih saling memahami. Walau bagaimana pada waktu ini

cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara kaum kadangkala

dapat dilihat jelas. Walaupun Dasar Pendidikan Kebangsaan membenarkan sekolah

dua aliran tetapi kita hendaklah memastikan matlamat penggunaan bahasa Melayu di

semua sebagai alat integrasi tercapai.

Pendidikan juga dapat menjayakan konsep kesedaran diri dan keharmonian

kaum di sekolah dengan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya. Bahasa Melayu

pelu diperkayakan sebagai bahasa ilmu yang lengkap. Usaha ini bukan saja

meletakkan taraf bahasa Melayu di tempat sewajarnya, tetapi dapat membantu

merapatkan hubungan antara kaum di sekolah dengan penggunaan satu bahasa.

Bahasa Melayu sebagai alat untuk berinteraksi dapat mewujudkan semangat kekitaan

di kalangan pelajar yang berbilang kaum.

14

Sekolah juga harus bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir

dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan kaum perlu

didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat

menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan

kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui ko-kurikulum pula pelajar-

pelajar dari semua kumpulan kaum hendaklaha digalakkan bercampur gaul dan

memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah

akan melahirkan rakyat Malaysia bersatu padu dan mempunyai semangat

kemalaysiaan yang kuat walaupun berlainan kaum.

Selain itu, sekolah pelaksananan sekolah satu aliran juga dapat membentuk

konsep sejahteraan diri dan keharmonian kaum di sekolah.Sistem Sekolah satu aliran

merupakan satu lagi alternatif bagi memupuk integrasi di antara etnik di sekolah. Sistem

sekolah satu aliran ialah sistem yang menggunakan satu bahasa penghantar saja di

sekolah-sekolah. Dalam konteks Malaysia, bahasa penghantar adalah bahasa Melayu.

Pada waktu ini, di negara kita terdapat tiga aliran sistem persekolahan iaitu sekolah

kebangsaan iaitu berbahasa penghantar bahasa Melayu, sekolah Jenis Kebangsaan

Cina dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Masalah yang timbul di sini ialah kurangnya

interaksi diantara pelbagai etnik yang menggunakan pelbagai sistem ini. Ini

menyebabkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah berjalan agak perlahan

dan lambat.

Menerusi sistem sekolah satu aliran, tidak akan menimbulkan masalah

penghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik. Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil

perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar

Melayu atau sesiapa saja dari lain-lain etnik yang berminat. Melalui cara ini, disamping

boleh bergaul secara meluas antara mereka, mereka juga boleh memahami budaya

etnik atau kaum lain.

Jika ini dapat dipraktikkan masalah hubungan antara etnik yang lambat dapat

diatasi dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-

memahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telah menanam

15

semangat perkauman atau etnik pelajar sekolah rendah dari awal lagi. Fenomena ini

akan menular pula di peringkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi.

Menerusi sistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman atau etnik akan

dapat dihapuskan sejak peringkat sekolah rendah lagi. Pergaulan di antara pelbagai

etnik yang berlainan membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dan

dapat bertolak ansur jika timbul sesuatu masalah. Hal ini perlu diberi perhatian segera

demi mewujudkan proses integrasi yang jitu antara pelbagai etnik demi masa depan

negara yang makmur dan harmoni.

Selain itu, pihak sekolah boleh menganjurkan program RIMUP. Melalui program

ini perpaduan di antara kaum dapat diterapkan dengan lebih baik lagi. Seterusnya,

Selain itu , cadangan penambahbaikan yang dapat membantu guru adalah guru sendiri

menjadi pembimbing kepada golongan murid . Dalam soalan dua telah dinyatakan

bahawa masalah kegangguan emosi pelajar menjadi cabaran kepada guru untuk

menjayakan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan. Masalah emosi adalah sebuah

masalah sosial yang menular dalam budaya negara kita . Perkara ini mengakibatkan

pelbagai kes seperti pembunuhan diri berlaku dalam kalangan murid. Dalam surat

khabar tamil iaitu ‘nanban’ di muka surat lapan menyatakan bahawa kes pembunuhan

diri kerap berlaku dalam kalangan murid.

Perkara ini disebabkan oleh murid tidak mempunyai pemikiran yang waras untuk

menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan mereka. Dengan ini mereka

mengatakan bahawa ibu bapa perlu mengawasi tingkah laku dan pergerakan mereka.

Oleh yang sebab, guru perlu menjadi pembimbing di sekolah kepada

murid .Kegangguan emosi murid kita tidak boleh dinyatakan akibat pemikiran yang

waras sahaja maka latar belakang murid juga boleh menjadi penyebab kepada masalah

emosi murid . Kemungkinan besar murid berhadapan dengan ketidak prihatinan dan

mengambil berat oleh ibu bapa . Perkara ini menjadikan murid beringat dirinya terbiar

oleh iu bapa sendiri. Dengan guru menjadi pembimbing di sekolah dengan mengenal

pasti masalah murid dan cuba menyelesaikannya. Selain itu, guru juga perlu member

kasih sayang kepada murid supaya mereka tidak berfikir sebagai dibiarkan oleh semua

16

pihak. Oleh yang demikian, guru harus bersifat pembimbing untuk murid demi anak

murid dapat mengimbang dari segi emosi serta jasmani, intelek, dan rohani .

Maka terdapatlah pelbagai cara yang boleh diamalkan supaya dapat

mewujudkan dan menjayakan konsep kesejahtetraan diri dan keharmonian kaum di

sekolah. Guru haruslah mengamalkan semua cara ini supaya dapat melahirkan

jenerasi yang berbilang kaum hidup dengan aman.

17

PENUTUP

Secara ringkasnya (FPK) menggariskan segala istilah, pemikiran, dan prinsipberkaitan

dengan bidang pendidikan negara di negara kita. Dengan kata lain, iamenggabungkan

matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang

tekal, jelas dan logik. Falsafah pendidikan kebangsaan mempunyai beberapa kategori atau

aspek yang penting termasuklah pembentukan,analisis dan implikasi terhadap sistem

pendidikan Negara. Dalam pada itu, ideology kebangsaan termasuklah Rukun Negara, Dasar

Ekonomi Baru, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan dirujuk.

Seperti yang kita sedia maklum, negara kita Malaysia adalah sebuah Negara yang

sedang membangun setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Justeru itu, agak

penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan sendiri. Falsafah Pendidikan Negara (FPN)

telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara. setelah menyedari

hakikat tersebut.Guru merupakan insan terpenting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini kerana guru berperanan sebagai seorang

pendidik, pembimbing, jurulatih, kaunselor, penasihat dan role model kepada murid-murid dan

masyarakat.

Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai kemahiran profesional seperti kemahiran

belajar, berfikir, merancang, menyediakan bahan pengajaran pembelajaran, mengajar,

mengurus, menilai, berkomunikasi,menangani masalah dan berusaha ke arah perkembangan

kendiri. Hal ini supayamereka dapat mendidik dan melahirkan anak bangsa yang

berkualiti,berpengetahuan, bersahsiah dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelekdan sosial.Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berganding bahu dan bekerjasama

bagimenjayakan serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana iamerupakan

tanggungjawab bersama.

18

REFLEKSINama: HAMAH LATHA A/P SUMNADE

No. Matrik :29452

Salam Sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan kerana

pada hari ini saya masih lagi diberikan peluang untuk bersama sahabat-sahabat dalam

satu penyatuan yang sama iaitu menuntut ilmu dunia dan akhirat. Tanpa belas kasih

sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu saya tidak berjaya menyempurnakan kerja

kursus ini. Memang benarlah kata pepatah Melayu, “Kalau tak dipecahkan ruyung

manakan dapat sagunya.” Begitu juga dengan saya, jika saya tidak mencanai usaha

membentuk gagasan kerjasama yang utuh, sudah tentu tugasan ini berlangsung ala

kadar asalkan siap sahaja. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada Pensyarah pembimbing iaitu Encik Mustafa Kamal Bin Alias atas segala

bimbingan dan tunjuk ajar mereka dalam proses perlaksanaan tugasan ini. Tanpa

bimbingan dari mereka tidak mungkin saya berjaya melaksanakan tugasan ini pada

tarikh yang ditetapkan.

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus Falsafah Pendidikan Kebangsaan

saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai

bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan

di Pusat Sumber, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang kepentingan

nilai-nilai murni yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan secara terperinci.

Perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus berasaskan ilmu

ini adalah terhadap sub-sub tugasan yang telah saya lakukan secara individu. Saya

dikehendaki melakukan tugasan ini secara individu.

19

Setelah memahami isi-isi penting yang perlu dimasukkan ke dalam kerja kursus

ini, saya membuat rujukan menerusi beberapa buah buku dan nota yang telah

dibentangkan oleh pensyarah pembimbing memandangkan saya merasakan kurang

jelas dengan kefahaman saya selama ini. Hal ini membuktikan bahawa lebih kurang

tiga puluh peratus sahaja pembelajaran di dalam kelas membantu daya ingatan kami.

Saya mulai akur dengan pendapat yang menyatakan kita tidak dapat memperoleh

sepenuhnya ilmu yang disampaikan dengan hanya mendengar. Oleh hal yang

demikian, bermula hari ini saya bertekad akan lebih fokus dalam pembelajaran di

dalam kelas dan mencatat apa yang diajar bukan hanya melihat dan mendengar

samata-mata. Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di

institusi ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal

yang demikian, saya rasa apa yang diajar di sini mempunyai perkaitan antara satu

sama lain dan merupakan keperluan bagi seseorang bakal guru. Selepas ini saya tidak

akan lagi mengambil mudah terhadap apa yang dipelajari dan akan sentiasa

memastikan diri saya memberi fokus seratus peratus terhadap apa yang disampaikan

di dalam kelas.

Melalui kerja kursus ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat

untuk mempelajari lebih banyak isu yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang mendisiplinkan kita sebagai bakal guru daripada pensyarah-

pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi

mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan

setiap pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan sentiasa berkesan. Semua

yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi

guru kelak.

Secara keseluruhannya, mata pelajaran Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini

telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih berdikari

iaitu kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang

lain. Ini kerana saya dapat membuat rujukan di Pusat sumber tanpa bergantung dengan

pensyarah saya tetapi saya amat berterima kasih kepada Encik Mustafa Kamal bin

Alias atas bimbingan beliau sepanjang kerja kursus ini. Melalui kajian ini menambahkan

lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal

20

insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. Apa

yang saya dapat simpulkan disini sepanjang saya membuat kerja kursus ini banyak

yang telah saya pelajari dan banyak memberi manfaat kepada diri saya. Perkembangan

kank-kanak banyak membantu saya dalam menambahkan mutu dalam meningkat

kemahiran membuat tugasan terutamanya dalam membuat rujukan menggunakan

system APA dan mempelajari cara menghasilkan penulisan ilmiah yang bermutu yang

sebelum ini saya belum pernah didedahkan secara terperinci oleh mana-mana

pensyarah.

Akhir kata saya berharap apa yang saya pelajari dalam kerja kursus dapat saya

praktikkan dengan sebaik mungkin. Segala yang baik datangnya dari Tuhan dan segala

kekurangan datang dari diri saya sendiri. Saya memohon maaf atas segala

kekurangan. Sekian Terima Kasih.

21