kerja kursus sejarah,di kg gum gum ,syahrul nizam bin mohd darwis

31
Tajuk kajian perayaan hari raya aidilfitri nama: syahrul nizam mohd darwis tingkatan: 3 al hanafi angka giliran: hf022 klo2 nama dan alamat sekolah: SMK Gum - Gum,PPM ELOPURA 90000 , SANDAKAN

Upload: syahrul-nizam-jiwa-tenang

Post on 19-Jun-2015

282 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

Tajuk kajian perayaan hari raya

aidilfitrinama: syahrul nizam mohd darwis

tingkatan: 3 al hanafi

angka giliran: hf022 klo2

nama dan alamat sekolah: SMK Gum - Gum,PPM

ELOPURA 90000 , SANDAKAN

SABAH , MALAYSIA

tajuk kerja kursus: perayaan tradisi kaum di . . malaysia hari raya aidilfitri

nama guru: cik masitah binti othman

Page 2: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis
Page 3: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

SENARAI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.TAJUK KAJIAN

2.SENARAI KANDUNGAN

3.PENGHARGAAN

4.OBJEKTIF KAJIAN

5.KAEDAH KAJIAN

6.HASIL KAJIAN

7.RUMUSAN

8.LAMPIRAN

9.RUJUKAN

Page 4: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu.saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru sejarah saya cik masitah binti othman kerana tugasan memberikan bimbingan dan panduan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus sejarah ini.

Penghargaan ini juga saya sampaikan kepada pak cik saya encik yunus bin abdul latif kerana telah memberi saya maklumat serta gambar-gambar yang berkaitan dengan perayaan kajian saya.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pengetua sekolah menengah kebangsaan gum-gum, sandakan, sabah, iaitu encik roslan bin diming atas nasihat ,panduan dan dorongan kepada kami pelajar tingkatan tiga untuk menjalankan kajian ini.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan setinggi –tinggi penghargaan kepada seluruh ahli keluarga khususnya bapa saya encik mohd darwis bin abdul latif dan ibu saya puan asidah binti asong . bantuan berbentuk material dan moral yang memberikan telah banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Penghargaan ini juga saya tunjukkan kepada rakan –rakan dalam kumpulan saya ,iaitu kairul anuar amrin , sukiman bin sainuddin , ahmad saleh bin maruan, irwan din,joko jaudi bin majelin , dan sharin umar ,kerana kerjasama dan bantuan yang di hulurkan .sesungguhnya komitmen mereka akan dikenang sepanjang hayat saya.

Page 5: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

OBJEKTIF KAJIAN

1. kajian yang saya lakukan ini dapat menjadikan saya seorang insan dan manusia yang menghargai dan bersyukur kepada allah terhadap apa yang dikurniakan kerana HARI RAYA AIDILFITRI adalah kemenangan umat islam seluruh dunia.

2. melalui kajian ini juga saya mengetahui jenis – jenis perayaan tradisi pelbagai kaum yang terdapat di negara malaysia ini seperti hari aya aidilfitri, hari raya aidil adha, tahun baru cina, deepavalli dan cristmast.

3. melalui kajian ini juga saya mengetaui sejarah HARI RAYA dalam islam dan konsep HARI RAYA dalam islam yang jelas menunjukkan bahawa ia perayaan keagamaan dan ia disambut sebagai satu ibadat.

4. melalui kajian ini juga dapat melahirkan kerjasama antara saya dengan guru, ibu bapa dan rakan – rakan dan mereka yang terlibat dengan kajian ini.

Page 6: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

kaedah kajian Antara kaedah kajian yang telah saya jalankan dalam menyiapkan kerja kursus ini ialah kaedah temu bual orang sumber iaitu encik mohd darwis bin abdul latif, seorang supervisor yang juga merupakan bapa saya sendiri . saya telah mendapat kerjasama yang baik daripada orang sumber saya . segala soalan yang saya ajukan di jawab dengan jelas oleh beliau . hasil saya mendapat banyak maklumat tentang perayaan hari raya aidilfitri.

Saya telah membuat rujukan ke atas buku – buku berkaitan antara buku yang menjadi rujukan saya ialah buku teks sejarah tingkatan 2,4,5 . melalui rujukan ini saya mendapat maklumat tentang konsep migrasi,migrasi dalaman rujukan internet .

Kaedah penyelidikan di perpustakaan juga telah saya jalan kan saya telah membuat penyelidikan di perpustakaan awam dan perpustakaan desa , mencari buku ilmiah,esiklopedia serta keratan akhbar yang berkaitan dengan tajuk perayaan kaedah ini dilakukan untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Page 7: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

hasil Kajian1. PERAYAAN TRADISI: HARI RAYA AIDILFITRI 

 

Nama hari Raya Aidilfitri berasala daripada bahasa Arab iaitu Ayd al-Fitr.Nama lain bagi Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari  Lebaran. Ia juga dinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran( Indonesia), Shemai Eid( Bangladesh), Ramazan Bayrami( Turki)  

      Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan  ini ialah seluruh Umat Islam di seluruh dunia.Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ialah kaum Melayu yang beragama Islam.  

      Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan.Perayaan ini bermula selepas berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa.Hari raya bermula melalui dua cara iaitu melalui rukyah( melihat anak bulan) ataupun secara hisap( kiraan). Sekiranya melalui rukya, Apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan syawal, iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga magrib di beberapa tempat yang strategik.  

      Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang harisepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara yang

Page 8: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

dilarang oleh Allah, di mana sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa. 

      Kalimat “FITRI” itu yang bermaksud fitra iaitu dengan kemenangan manusia balik kepada fitra yang asal.Fitra asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih dari noda dan dosa.  

2. LATAR BELAKANG 

sejarah/asal usul perayaan 

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.  Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.  Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

 Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

 Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya.

Page 9: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda. 

UPACARA KHUSUS DALAM PERAYAAN 

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:  “Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu harikiamat.”

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

 Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.” Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru."

Page 10: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

 Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan

Page 11: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

tuntutan agama.  

PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

SEBELUM

      Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

BULAN RAMADHAN  Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."  Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"   

  Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda

  Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu

  Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian 

Page 12: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

ketiga pembebasan dari api neraka

  Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.

  Benyakkan berdoa, berzikirz selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain

  Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.

  Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

  Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya

   

SEMASA

      Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari RayaAidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

      Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari   Raya . Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang

Page 13: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

      Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.

Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." , dan juga riwayat dari Umar ( عنه الله رضى ) menyebutkan bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " 

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.

PAKAIAN

      Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005,

Page 14: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. 

AMALAN SAMPINGAN ATAU SUNAT  Amalan sunat di bulan Syawal :  

  Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :  

a) Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri

b) Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik

c) Mendi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya

d) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid

e) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain

f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid

g) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.

   

 

  Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal) Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

   

Page 15: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

SELEPAS

      

Selepas sebulan umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri dan merayakannya dengan penuh hikmah dan meriah.umat islam bakal menyambut kedatangan bulan Islam seterusnya iaitu Bulan Zulkaedah dan bulan Zulhijah. 

 BULAN ZULKAEDAH  Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.    BULAN ZULHIJJAH  Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :  

 

  Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah  

  Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.  

  Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah 

Page 16: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

 

  Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.  

  Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan siksa kubur  

  Tanggal 6 Zulhijjah allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat  

  Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya  

  Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah  

  Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut terlah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).   Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.

  Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :  

a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.

Page 17: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

b) Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha

c) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain

d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid

e) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)  

 

  Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.

 

KESAN PERAYAAN  

KELUARGA 

      

Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan siraturrahim sesama keluarga.hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik.Semasa h

ari raya biasanya sanak-saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan hari kemenangan ini.Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.

  

Page 18: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

PERPADUAN 

Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana sem

ua kaum dan bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-masing.Di Hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjugi menjadi amalan rutin.perayaan disambut bersama.kemeriahan dikongsi bersama, Justeru itu perpadu

an dan keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan tenteram. 

PELANCONGAN 

      

Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kera

na mereka datang sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini.secara tidak langsung menyumbang

sumber perlaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan negara. 

KEAGAMAAN 

Kesan perayaan terhadap agama.Sebagai umat Islam kita berbangga kera

na dapat menunaikan amanat dan perintah Allah yang esa.Islam meminta kita meraikan Hari kemenangan iaitu

menyambut Hari raya Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulan Ramadhan.      

Page 19: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

 

Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini dapat beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi. melalui tajuk kajian yang saya siapkan ini menjadikan saya seorang yang bersyukur & menghargai perayaan ini kerana perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang dituntut dalam agama saya. saya juga berasa bangga dengan perayaan ini kerana ia merupakan perkara istimewa dalam hidup saya.

Melalui kajian ini saya dapat mengetahui serba sedikit latar belakang perayaan yang ada di malaysia ini. perayaan tradisi akan disambut oleh semua kaum yang ada di malaysia ini. sama ada kaum melayu, cina atau india.perayaan tradisi ini melahirka perpaduan terhadap bangsa di malaysia, melahirkan nilai hormat – menghormati antara kaum dan perpaduan bertambah erat dengan kunjung mengunjung antara kaum semasa perayaan . Kegembiraan dikongsi bersama.

Sebagai rakyat malaysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum dan perayaan tradisi. negara malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum . saya amat menyayangi negara malaysia . salam satu malaysia.

TAMAT

Page 20: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

TAJUK LAIN.

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Budi Bahasa Budaya Kita

Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.

Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.

Perbuatan Tidak Berbudi Bahasa

         Situasi di mana pemandu tidak bertimbang rasa di jalan raya,         Orang ramai membuang sampah sesuka hati,         Memotong barisan tabiat memandu yang kurang sopan dan merbahaya         Tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan,         Bercakap kasar dengan pelanggan / kekasaran terhadap para pelanggan         Merokok di kawasan larangan merokok ialah          kurangnya perasaan sivik terhadap harta benda awamSenyuman Ikhlas

Malah budi bahasa yang paling asas iaitu melemparkan senyuman dan mengucapkan terima kasih masih sukar dilihat dalam masyarakat kini.

Beberapa pakar  berkata kempen itu, yang kini dinamakan program Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni, baik tujuannya dan memang perlu diteruskan biarpun keberkesanannya belum meluas.

 

Page 21: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

Rakyat Kelas Pertama

Dapat kita rasakan bahawa ungkapan “first class infrastructure, third class mentality” itu tepat menggambarkan kerisauan ramai rakyat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekonomi negara terus berkembang pesat; penggunaan teknologi semakin berleluasa; jalan raya diperbanyakkan dan diperluaskan; dan banyak kawasan dibangunkan untuk perumahan dan perindustrian moden.

Namun, cara pemikiran kita dan peradaban kita tidak mengalami kemajuan yang sama, malah seolah-olah semakin mundur. Kita menghadapi satu senario di mana sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis. identiti dan jati diri masyarakat  Malaysia semakin luntur.

Budi Pekerti Asas Utama

Kepincangan ini telah melahirkan beberapa sindrom negatif yang kini dipandang seakan-akan satu kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia.   Namun, pada hakikatnya, kita telah meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara, dari Rukun Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020. Jelaslah bahawa aspirasi kita dalam bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan realiti kehidupan kita masa kini.

Dalam kesibukan kita sehari-hari, kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak kita. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi bahasa warisan kita. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri sendiri, peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat.

Nilai-nilai Murni

Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting kerajaanuntuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni kedalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini diharap dapat memperkukuhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri setiap individu. Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian.

 

Page 22: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

Aktiviti Yang Dijalankan

1.Mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan)

Mengadakan aktiviti seperti makan sekeluarga, menghormati ibu dan bapa, meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa, pertandingan sajak, pertandingan bergambar dan minggu keluarga.

2. Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran)

Mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa, choral speaking,boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, animasi, Anugerah Asrama Terbilang dan Kem Jatidiri.

3. Berbudi Bahasa (Kemasyarakatan)

Mengadakan aktiviti seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen Pemanduan Bersopan.

4. Senyum dan Terima Kasih (Perkhidmatan)

Mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih.

5.Cintai Alam Sekitar, Flora dan Founa

Mengadakan aktiviti seperti gotong-royong 'Sungaiku Bersih Alamku Permai', ´'Tandas Bersih',' Kampung Indah Masyarakat Ceria','Anugerah Bandar Berbudi Bahasa', 'Anugerah Gerai/Pasaraya Terbaik' dan 'Anugerah Untuk Perusahaan Kecil'

Kempen ini perlu diadakan kerana kedapatan di kalangan masyarakat masa kini nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang tidak berbahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab. Cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan seterusnya menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai.

Kempen Budi Bahasa Budaya Kita

Kini  kita bergerak untuk mengutip kembali warisan yang sangat berharga itu. Kempen Budi Bahasa Budaya 

Kita adalah satu gelombang yang diharap akan mengembalikan rakyat kepada asas hidup berbudaya negara 

ini.

Page 23: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah sepenting dan sebesar Wawasan 2020, destinasi impian yang 

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri. Cuba lihat kembali cabaran-cabaran Wawasan 2020 

menjadi negara maju dalam acuan budaya kita.

Untuk tidak kelihatan terlalu besar dan menakutkan, lihat saja budi bahasa dalam konteks kehidupan 

seharian semua kelas sosial dalam masyarakat. Amalan-amalan budi bahasa yang mudah dilakukan misalnya 

menyambut tetamu, melayan tetamu dan tatacara tidak rasmi ketika bertemu.

Budi dan bahasa tidak akan terbalas dan bukan untuk dibalas. Budi dan bahasa yang baik akan terus kekal 

menjadi kenang-kenangan.

Pantun Budi

Dari Daik pulang ke Daik

Sehari-hari berkebun pisang

Budi baik dibalas baik

Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa

Terbit bunga pucuk mati

Budi tuan saya tak lupa

Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut

Sampan kolek mudik ke tanjung

Hati terkenang mulut menyebut

Budi baik rasa nak junjung

Kapal belayar dari Arakan

Ambil gaji jadi jemudi

Mati ikan kerana umpan

Mati saya kerana budi

Burung Serindit terbang melayang 

Mari hinggap di ranting mati 

Bukan ringgit dipandang orang 

Budi bahasa rangkaian hati

Page 24: Kerja Kursus Sejarah,Di Kg Gum Gum ,Syahrul Nizam Bin Mohd Darwis

KALAU ADA SALAH HURUF, KOMEN YE SAYA BOLEH BETUL KAN....